The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTOLONGAN CEMAS (PENGGUNAAN KAIN ANDUH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anajenny1984, 2023-07-11 06:39:29

PANDU PUTERI TUNAS SKTSM

PERTOLONGAN CEMAS (PENGGUNAAN KAIN ANDUH)

TAJUK: ASAS PERTOLONGAN CEMAS (PENGGUNAAN KAIN ANDUH)


DEFINISI • Pertolongan cemas adalah pertolongan awal atau serta merta yang diberi kepada orang yang sakit atau cedera (pesakit) sebelum dibawa ke hospital.


TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS: 1. Menyelamatkan nyawa. 2. Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa. 3. Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk. 4. Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera.


OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS: 1. Untuk mengelakkan kecederaan dari menjadi lebih teruk. 2. Untuk menyelamatkan nyawa. 3. Mengurangkan kesakitan/memberi kelegaan.


JENIS ANDUH: • Anduh Besar • Anduh Kecil • Anduh Pergelangan Tangan • Anduh Menaik


ANDUH BESAR 1. Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. 2. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. 3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.


ANDUH KECIL 1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh. 2. Kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. 3. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan di bawah. 4. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.


ANDUH PERGELANGAN TANGAN 1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. 2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambar rajah di bawah. 4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecederaan pada bahagian kaki yang mesti di balut.


ANDUH MENAIK 1. Kedua hujung yang baru dibuat dililitkan secara longgar ke leher, lalu diikat ke belakang. 2. Dasar segi tiga ditarik sehingga bahagian bahu yang cedera tertutup. 3. Lalu kedua hujung dasar segi tiga dililitkan ke lengan dan diikat.


BALUTAN ANDUH Anduh Lengan Anduh Tapak Kaki Anduh Kepala Anduh Lutut/Siku


ANDUH LENGAN 1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.


TUGASAN MURID: Tugasan 1: Salin nota ringkas sehingga ‘Jenis Anduh’ sahaja ke dalam buku log Pandu Puteri Tunas. Tugasan 2: Cuba lakukan aktiviti Anduh Lengan menggunakan kain bersesuaian yang ada di rumah. SELAMAT MENCUBA!


Click to View FlipBook Version