Puteri Nana dan Penyihir Pengembaraan Fantasi dan Magis Karya Forever
Pada suatu hari ada sebuah kerajaan yang bernama kerajaan indra yang telah diperintah oleh seorang raja yang bernama raja Nendra. Baginda dikurniakan seorang puteri yang bernama Puteri Nana. Puteri Nana telah diasuh oleh ayahnya sendiri sehingga dewasa kerana ibu kepada Puteri Nana iaitu Ratu Suhana telah meninggal dunia semasa puteri dilahirkan. 18 tahun kemudian, Puteri Nana meningkat remaja. Kecantikkannya sangat terkenal di seluruh pelusuk negara. Bukan itu sahaja, kecantikan sang puteri juga seiring dengan sikapnya yang baik hati dan mesra dengan rakyatnya.
Pada setiap petang, sang puteri gemar menyanyi di buaian buatan ibunya. Suaranya yang merdu itu telah menarik perhatian haiwanhaiwan yang berada di taman istana. Antara haiwan yang sering menjadi peneman setia kepada sang puteri ialah Chiki si anak burung pipit, Koko si anak beruang, dan Top si tapir, mereka sering mengikuti Puteri Nana kemana sahaja dia pergi. Chiki si anak burung pipit merupakan seekor burung yang ceria dan suka menyanyi bersama Puteri Nana, Koko si anak beruang pula seekor beruang yang nakal dan aktif bermain , dan Top si arnab pula yang sangat bijak dalam membantu menyelesaikan masalah. Mereka semua sentiasa menceriakan hari-hari sang Puteri Nana.
Pada hari itu, baginda raja telah mengumumkan kepada rakyat jelata termasuk Puteri Nana bahawa baginda akan berkhawin dengan seorang wanita janda yang mempunyai seorang anak perempuan. Puteri Nana pun sangat gembira kerana dia akan mempunyai seorangibu dan kakak tiri. Tetapi sang raja dan sang puteri tidak tahu bahawa perempuan janda tersebut dan juga anak perempuannya merupakan seorang penyihir yang jahat ingin merebut kekuasaan baginda.
Sejurus selepas beberapa hari perkahwinan baginda Raja Nendra dengan pasangan barunya iaitu Permaisuri Mona (sang penyihir). Permaisuri Mona dan anaknya telah membuat rancangan untuk membunuh raja agar mereka dapat menguasai kerajaan baginda tersebut. Rancangan pertama permaisuri dan anaknya untuk membunuh sang raja adalah dengan memasukkan setitik racun yang boleh membunuh baginda. Tetapi semasa sang ratu dan anaknya ingin mencampur racun tersebut ke dalam makanan baginda, secara tidak sengaja sang puteri telah melihat perbuatan kejam ibu dan kakak tirinya. Sang Puteri terus bergegas menghadap raja dan mengabarkan kepada baginda bahawa permaisuri dan anaknya ingin meracuni baginda. Baginda pun berasa murka dan telah menyuruh pengawal istana menangkap permaisuri Mona dan anaknya. Tetapi sang Permaisuri dan anaknya telah merubah bentuk asalnya sebagai penyihir yang hodoh. Sang penyihir telah menyumpah semua pengawal istana untuk tunduk kepadanya. Setelah itu, penyihir tersebut bergegas menghadap sang raja dan menyihir baginda agar tunduk kepada segala perintahnya.
Semasa istana dalam keadaan kekacauan, sang raja memerintah puteri nana untuk meninggalkan istana agar puteri terselamat daripada kekacauan di istana. Pada akhirnya sang raja dikuasai oleh sang penyihir. Setelah sang puteri mendengarkan perintah daripada baginda, sang puteri pun bergegas meninggalkan istana bersama kawan-kawannya, pengawal yang tunduk segala perintah penyihir telah mengejar sang puteri. Tetapi sang puteri berjaya melarikan diri daripada pengawal-pengawal dengan memasuki hutan yang tebal. Untungnya sang puteri tidak berseorangan kerana dia ditemani oleh kawan-kawannya iaitu Chiki Si Anak Burung Pipit, Koko Si Anak Beruang dan Top Si Arnab. Hutan yang dimasukinya mempunyai banyak kisah misteri.
Semasa sang puteri menyelusuri hutan tersebut sang puteri dihadang seekor harimau yang ganas. Harimau ini digelar sang Belang Pusaka kerana terkenal dengan keganasan sehingga menjadi lagenda di Indera Maya. Ketika sang belang ini cuba untuk menyerang puteri, seorang lelaki tua datang untuk menyelamatkan Puteri Nana diterkam daripada sang belang. Setalah lelaki tua berjaya mengusir sang belang
lelaki tua membawa Puteri Nana ke tempat perlindungannya untuk beristirahat sementara waktu. Setelah mendengar cerita Puteri Nana, lelaki tua ini memberi tahu tentang tongkat ajaib yang dapat menewaskan penyihir yang tersembunyi di sebuah gunung. Lelaki tua juga memberi barang kelengkapan seperti peta dan tiga uncang misteri untuk kegunaan Puteri Nana melindungi dirinya ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan tongkat tersebut.
lelaki tua membawa Puteri Nana ke tempat perlindungannya untuk beristirahat sementara waktu. Setelah mendengar cerita Puteri Nana, lelaki tua ini memberi tahu tentang tongkat ajaib yang dapat menewaskan penyihir yang tersembunyi di sebuah gunung. Lelaki tua juga memberi barang kelengkapan seperti peta dan tiga uncang misteri untuk kegunaan Puteri Nana melindungi dirinya ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan tongkat tersebut. Puteri Naagin tersebut telah menunjukkan jalan untuk puteri Nana pergi mencari tongkat ajaib tersebut iaitu Puteri Nana harus masuk ke dalam gua tersebut untuk pergi mengambil tongkat ajaib tersebut.
Tetapi Puteri Naagin itu telah memberitahu kepada Puteri Nana apabila mereka keluar daripada gua tersebut. Maka mereka akan melihat sebuah jambatan yang panjang yang telah dijaga oleh dua raksasa yang kejam. Raksasa tersebut sangatlah kejam dan ganas kerana banyak orang yang melintasi jambatan tersebut telah menjadi santapan raksasa tersebut, oleh itu, Puteri Nana haruslah berhati-hati melintasi raksasa tersebut. Maka, Puteri Nana dan rakan-rakanya pun melanjutkan perjalanan memasuki gua tersebut. Dalam gua tersebut sangatlah gelap dan menyeramkan tetapi mereka terpaksa melanjutkan perjalanan demi menyelamatkan kerajaan ayahnya daripada penyihir tersebut. Setelah mereka melalui gua tersebut, akhirnya mereka sampai juga ke jambatan yang diberitahu oleh puteri Naagin. Semasa mereka ingin menuju ke jambatan tersebut, Tiba-tiba kawasan bergegar dengan hentakan kuat dua raksasa tersebut. Kerana raksasa tersebut mengetahui keberadaan mereka disitu. Puteri Nana dan kawan-kawannya sangat risau dan panik kerana raksasa tersebut hampi menghampiri mereka. Ketika raksasa semakin hampir di dekatnya puteri nana, tiba-tiba datangnya seorang lelaki yang berwajah tempan menyelamatkan puteri nana daripada dipijak oleh raksasa yang jahat tersebut. Meraka pun berlari tempat yang jauh daripada raksasa tersebut dan mencari cara bagaimana mengalahkan raksasa tersebut dengan mudahnya.
Sebelum mereka melanjutkan perjalanan Puteri Nana berbicara dengan lelaki tampan tersebut yang tidak tahu datang dari arah mana dan dia juga berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana telah menolongnya daripada dipijak oleh raksasa. Dalam pembicaraan itu juga, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya kepada puteri Nana bahawa dia juga merupakan seorang anak putera raja di kerajaan Indera Kayangan. Namun kerajaannya juga dihancurkan oleh penyihir jahat yang telah mengakibatkan keluarganya mati dibunuh dan dia sahaja terselamat daripada pembunuhan tersebut. Setelah pembicaraan mereka, Akhirnya dengan kata sepakat Puteri Nana bersama Putera Raja yang bernama Ricky bersama-sama berkerjasama mencari tongkat ajaib untuk mengalahkan penyihir jahat tersebut.
Mereka pun melanjutkan perjalanan dengan melintasi sebuah jambatan panjang tersebut untuk naik sebuah gunung yang tinggi tersebut. Setelah melintasi jambatan tersebut, maka puteri Nana dan Putera Ricky bersama-sama mendaki bukit yang tinggi itu hingga sampai ke puncak untuk mendapatkan tongkat ajaib tersebut. Mereka sangat berhati-hati menaiki bukit tersebut kerana bukit tersebut telalu banyaknya bebatuan yang boleh bergolek tiba-tiba sahaja apabila tersilap langkah. Tetapi dengan penuh tekad dan usaha yang kental akhirnya Puteri Nana, Putera Ricky dan kawan-kawannya sampai ke puncak bukit tersebut.
Puteri Nana dan Putera Ricky mendekati tongkat ajaib tersebut yang tertancap di sebuah batu. Mereka berdua pun bersama-sama memegang tongkat ajaib itu dan mencabutnya dengan mudah. Pada masa itu, Tongkat Ajaib itu mengeluarkan sebuah cahaya terang yang telah masuk ke dalam tubuhnya puteri Nana dan Putera Ricky yang merupakan sebuah kuasa yang ada pada tongkat ajaib tersebut. Kini mereka berdua telah mempunyai kuasa yang kuat untuk mengalahkan penyihir Mona yang jahat. Tanpa membuang masa puteri nana dan putera ricky telah menggunakan kuasa teleportasi untuk pergi ke istana Indra maya. Dengan menggunakan kuasa teleportasi Puteri Nana dan Putera Ricky sampai ke istana indra maya.
Mereka pun pergi mencari penyihir Mona di kawasan istana untuk dikalahakan. Setelah pencarian akhirnya puteri nana dan putera ricky bertemu penyihir mona di kawasan taman istana indra maya. Maka pertarungan pun bermula antara penyihir mona dan Puteri nana. Sementara Putera ricky melawan anak penyihir mona . Semasa pertarungan tersebut penyihir beberapa kali menyihir puteri Nana namun puteri nana mampu menangkis serangannya penyihir Mona. Pada ketika itu, Puteri Nana pun membalas serangan terhadap penyihir Mona dengan menggunakan tongkat Ajaib iaitu hanya dengan satu libasan yang kuat. Penyihir Mona terbuang jauh dan terluka parah sehingga menemui ajalnya. Manakala anak penyihir Mona juga tewas dikalahkan oleh Putera Ricky.
Setelah kematian Penyihir Mona dan anaknya, akhirnya kerajaan Indra Maya kembali pulih sedia kala setelah hampir setahun kerajaan itu di bawah kuasanya penyihir Mona. Sementara itu, Raja nendra pun telah merestui perkhawinannya Puteri Nana dan Putera Ricky dan pada masa itu juga Raja Nendra telah turun Taktha menjadi pemerintah Kerajaan Indra Maya. Beliau pun telah pun menyerahkan kerajaan kepada Raja Ricky dan anaknya Ratu Nana sebagai pemerintah baharu Kerajaan Indera Maya serta Kehidupanya Ratu Nana dan Raja Ricky menjadi bahagia dan mereka juga telah dikurniakan seorang anak laki-laki yang bernama putera Mateen yang kelak menjadi penerus kerajaan Indera Maya….. TAMAT
PENGAJARAN Jangan terlalu cepat mempercayai seseorang. Oleh itu, kita haruslah menyelidik dahulu latar belakang seseorang itu sebelum meletakkan kepercayaan kepada mereka. Jangan mengambil kesempatan terhadap kelebihan seseorang Kita mestilah berani dalam menghadapi apa juga cabaran yang dihadapi
BIODATA PENULIS RAZLAN BIN ABDULLAH 21 TAHUN SENI KREATIF DIRECTOR FARRAH JAZIMA BINTI KHALID 21 TAHUN SENI KREATIF PENULIS NANA SUHANA BINTI RAMLEE 21 TAHUN SENI KREATIF GRAFIK DAN ILUSTRASI RICKY SEAN THADDEUS 21 TAHUN SENI KREATIF EDITOR NUR SHAFIRA BINTI MUHAMMAD RUSSIDY 21 TAHUN SENI KREATIF PENULIS
Mengisahkan seorang puteri Nana yang tinggal di sebuah Kerajaan Indra Maya yang indah dan harmoni yang diperintah oleh seorang raja yang adil yang bernama Raja Nendra. Namun kehidupan sang puteri berubah saat kedatangan ibu tirinya/Penyihir yang menyamar menjadi perempuan cantik dan baik yang akan merebut takhta kerajaan milik ayah puteri Nana. Oleh itu, puteri terpaksa melalui pelbagai halangan untuk menyelamatkan ayahnya dan kerajaan Indra. Adakah sang puteri akan berjaya melakukannya?