Kancil dan kura-kura berkawan baik.
Mereka menanam pokok pisang, mangga, tembikai dan cili.
Ketika mereka sedang makan buah, datang Sang Monyet yang lapar.
Kancil dan kura-kura mengajak monyet makan bersama mereka.
Tiba-tiba monyet ternampak pokok berbuah merah.
Kancil dan kura-kura melarangnya tetapi monyet tetap berdegil.
Monyet makan cili itu dengan rakus dan laju.
Muka monyet menjadi merah.
Monyet melompat kepedasan.
Kancil memberi air kepada monyet.
Monyet minum dengan banyak sekali.
Akhirnya, monyet menyesal.
Dia meminta maaf kepada kancil dan kura-kura.
Pengajaran daripada kisah ini ialah :
Orang tamak selalu rugi, jadi hargai apa yang kita ada.
Dengarlah nasihat orang lain kerana nasihat yang diberi adalah
untuk kebaikan diri kita sendiri.