The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihah5309, 2022-05-30 13:18:49

PENULISAN (AMALAN BIDAAH DLM MASYARAKAT MELAYU)

DPD10012

DPD10022 – USUL FEQH
SESI II 2020/2021

PENSYARAH : PN. NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR

TUGASAN PENULISAN
TAJUK : AMALAN BID’AH DALAM MASYARAKAT ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
AINA NATASHA BINTI MOHD NOR 17DIB21F2006
NUR IZYAN NAJIHAH BINTI BAHARIN 17DIB21F2002
NUR RADINATUL SHAKINAH BINTI MOHD. RATHI 17DIB21F2036

ARZANI 17DIB21F2004
SHAHARIZATUL BINTI AZEMI 17DIB21F2062
SITI SUHAINI BINTI JABAR@PATRICK

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1.0 PENGENALAN 2
2.0 MAKNA BIDAAH
3.0 JENIS-JENIS BIDAAH 3-4
4.0 SEBAB-SEBAB WUJUDNYA BIDAAH 5-7
5.0 CARA MENCEGAH BIDAAH
6.0 KESIMPULAN 8-11
7.0 SUMBER RUJUKAN 12-13

14
15

PENGENALAN

Bid’ah merupakan perkataan dari bahasa Arab yang membawa maksud sesuatu yang menjadi
permulaan. Dari segi bahasa membawa maksud perkara baharu yang berlaku di dalam agama
dan selain agama. Bid’ah secara amnya sesuatu perkara yang dilarang di dalam Islam dan ia
boleh menyebabkan pelakunya berada di dalam kesesatan. Namun begitu, yang menjadi
perselisihan para ulama mengenai pengklasifikasian bid’ah. Bid’ah yang dimaksudkan oleh
hadis Rasulullah SAW itu sendiri. Adakah benar semua perkara baharu itu menjadi bid’ah yang
dilarang atau terdapat pengkhususan tertentu dalam memahami maksud hadis tersebut.
Berhubung dengan perkara tersebut maka timbul pandangan yang bersifat kontradiks dalam
memahami teori bid’ah. Antara yang menjadi pelapor ialah Ibn ‘Abd al-Salam dan juga al-
Shatibi. Sebagaimana sedia maklum, al-Shatibi begitu tegas di dalam perkara yang berkaitan
bid’ah dengan menyatakan semua bid’ah di dalam agama adalah sesat mendapat dosa kepada
pelakunya. Manakala Ibn ‘Abd al-Salam pula berlainan pendapat di dalam permasalahan ini
dengan menyatakan terdapat pembahagian bid’ah kepada hukum yang lima waktu iaitu wajib,
sunat, harus, makruh, dan haram di dalam Islam. Kedua-dua ilmuwan tersebut berbeza
pandangan dalam hal ini.

Rentetan daripada perbezaan pemikiran tersebut, realitinya masyarakat hari ini khususnya di
Malaysia yang rata-ratanya bermazhab Shafi’e masih lagi keliru dengan pelbagai pandangan
serta tanggapan terhadapat hukum bagi amalan yang telah dilaksanakan secara turun temurun
di dalam masyarakat pada hari ini. Ini dapat dilihat melalui penulisan dan juga pertentangan
yang berlaku berhubung isu bid’ah di antara golongan Kaum Tua dan Kaum Muda yang wujud
di Malaysia. Dua pandangan utama membicarakan mengenai bid’ah. Pertama mereka yang
menolak secara keseluruhan terhadap segala perkara baharu yang berlaku dalam bid’ah selepas
zaman Rasulullah SAW dan juga zaman sahabat yang empat. Manakala kelompok yang kedua
mereka yang membahagikan bid’ah kepada dua kategori iaitu bid’ah yang sesat dan juga bid’ah
yang baik serta sebahagian dari mereka mentafsirkan pembahagian bid’ah kepada hukum yang
lima. Perbezaan antara dua kelompok ini memberi implikasi yang pelbagai dalam kalangan
cendiakawan Islam. Perselisihan ini timbul berikutan pemahaman berbeza dalam memahami
nas syarak yang berkaitan dengan bid’ah. Lebih mendukacitakan lagi, apabila perbezaan

pandangan tersebut melahirkan pengikut yang tegar dalam kalangan masyarakat khususnya di
Malaysia sehingga mereka tidak boleh bekerjasama dan bersatu antara satu sama lain.

MAKNA BIDAAH
Bidaah adalah daripada perkataan arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu
tanpa contoh sebelumnya.

PEMBAHAGIAN BIDAAH
Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim :
“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah tercela
(mazmumah).Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah,maka itulah yang terpuji dan
mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela.’’
Berdasarkan kenyataan ini,ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu:

Bidaah sunnah
Bidaah sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat tarawih secara
berjemaah.

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian
yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara’

Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan adil dari syara’
seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan.

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk
menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain.’’

JENIS-JENIS BIDAAH
Bidaah Fi’ilah

Bidaah Fi’ilah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tidak dikerjakan oleh
Rasulullah.Ini termasuklah membuat hadis palsu,mengurangkan atau menambahkan rakaat
atau kaifiat solat,mengadakan solat-solat atau puasa khusus pada masa dan hari-hari yang
khusus pada masa dan hari-hari yang khusus,bersembahyang atau berpuasa pada waktu – waktu
dan hari-hari yang terlarang.

Bidaah Tarkiah

Meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh agama atau agama menggalakannya kerana
memandangkan ia lebih baik tidak dikerjakan.Bidaah yang termasuk dalam kategori Tarkiah
ini ialah :

* Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa sesuatu sebab yang
dibolehkan oleh syara’ atau beribadat terus menerus.

*Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab yang dibolehkan oleh
syarak dan juga sebaliknya.

*Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana mengutamakan akal
fikiran.
*Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syar’I ataupun mendahulukan akal dari
hadis.

*Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah

Bidaah I’tiqadiah Amaliah dan Qauliah
Beri’tiqad berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah dinamakan bidaah
I’tiqadiah seperti kepercayaan Wihdatul,syiah,khawarij,mu’tazilah.Qadariah dan Murjiah yang
beri’tiqad bahawa malaikat Harut dan Marut telah berbuat jahat dengan zuhrah lalu dikenakan
hukuman gantung dengan kaki di atas dan kepala di bawah di Babilon sampai hari
kiamat,manakala zuhrah disumpah menjadi bintang zuhrah.Ini juga termasuklah ber’itiqad
bahawa para wali lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan rasul.Bidaah Qauliah pula ialah
mengubah sesuatu yang keluar daripada mulut rasul.

Bidaah Zamaniah dan Makaniah

Bidaah Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa tertentu seperti
melakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-wujud di kalangan orang-orang sufi
pada masa-masa dan hari-hari tertentu seperti solat khas pada malam lailaturqadar,solat khas
pada malam nifsu syaaban,puasa khas pada hari khamis minggu pertama bulan rejab dan pada
hari yang kedua puluh tujuhnya.

Bidaah Kulliah dan Juziah

Kuliah bermaksud keseluruhan dan juziah bererti sebahagian-sebahagian.Bidaah kulliah ialah
satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan kepada orang lain,bukan hanya kepada
orang yang melakukannya sahaja seerti menggunakan akal untuk menetapkan sesuatu baik atau
buruknya sebagai ganti syarak dan seperti menolak hadis-hadis ahad (bukan mutawir) menjadi
hujah atau mengingkari beramal dengan hadis-hadis ahad.

Bidaah Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa melibatkan orang ramai
seperti seorang yang menyalahi sunnah rasul tetapi kesannya tidak mempengaruh atau
melibatkan orang ramai kerana dia bukan menjadi ikutan orang ramai.

Bidaah Haqiqah dan bidaah Idhafiah
Bidaah Haqiqah ialah bidaan yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran ataupun
sunnah,ijmak,athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak yang muktabar.Contohnya ialah
sembahyang Raghaib yang dikerjakan pada malam jumaat minggu pertama bulan Rejab
sesudah berpuasa siang harinya dan solat-solat serupa itu yang tidak didasarkan kepada dalil
syari’ tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu.
Bidaah Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat padanya dua
jurusan,iaitu jika dilihat dari satu perbuatan bidaah idhafiah seperti membaca al-quran dengan
kuat di dalam masjid sehingga menganggu ahli jamaah yang sedang beribadat dan membaca
al-quran dengan suara yang nyaring dari menara-menara masjid lalu menganggu orang yang
sedang tidur.

Bidaah Ibadiah
Bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri dengan Allah SWT,untuk
mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah.
Contohnya solat khas Nifsu Syaaban,Solat raghaib dan lain-lain.

Bidaah Adiah
Bidaah yang dikerjakan bukan kerana hendak mendekatkan diri dengan Allah tetapi mengenai
urusan muamalah antara manusia yang bertentangan dengan batas-batas yang ditetapkan oleh
Allah dan Rasulnya.

Sebab-sebab wujudnya bid’ah

 Jahil

Bid’ah mudah membiak dalam masyarakat dan pemimpin yang jahil serta ulama yang tidak
berani memperbetulkan atau bersuara. Terdapat sebahagian masyarakat gemar
membicarakan isu agama dan menjatuhkan hukum tanpa ilmu dari bimbingan ilmuan
seperti ustaz, ustazah dan para ulama. Ini dapat menuju kepada kesesatan dan
kesalahfahaman antara masyarakat.

 Jahil dalam Bahasa Arab

Kalam Allah (al-Quran), al-Hadith dan kitab-kitab hukum dijadikan dalam Bahasa Arab
mengikut bahasa agama Islam. Oleh kerana ramai masyarakat yang jahil dalam Bahasa
Arab, ianya mendatangkan kesesatan dan kesalahfahaman. Sebagai contoh:

Allah berfirman:

‫و اعبد ربك حتى يا تيك اليقين‬

Ertinya :

“ Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan kepadamu ”

Perkataan yakin dari ayat di atas bermaksud ialah mati, tetapi kerana jahil berbahasa Arab,
yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan. Ayat itu diertikan sebagai : “ Hendaklah kamu
berabdi kepada Allah sehinggalah datang kepadamu keyakinan ”, maka apabila sudah ada
keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada Allah. Maka dengan itu terjadinya tidak
berzakat, tidak mendirikan solat 5 waktu dan tidak mengerjakan haji kerana mereka
beralasan telah sampai ke martabat yakin.

 Jahil Sunnah

Kejahilan memahami martabat hadis , hadis terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Sahih ; hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil dan dhabit (
kekuatan hafazan dan tulisan )

2. Hassan ; hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil dan dhabit
tetapi kurang sempurna

3. Dhaif ; hadis mungkar, matruk, batil
4. Maudhu’; tidak boleh digunakan atau hadis palsu

Sebagai contoh, bagi menggalakkan umat Islam supaya mengadakan perayaan maulid
Rasul maka hadis ini digunakan :

‫من عظم مو لدى كنت شفيعا له يوم القيا مه‬

Ertinya :
“ Barang siapa yang membesarkan hari kelahiranku, maka akulah pemberi syafaat
kepadanya pada hari qiamat ”

 Jahil Konsep Ibadat

Sebahagian masyarakat Melayu memahami ibadat hanya sebatas ibadat-ibadat khusus
sahaja seperti solat wajib atau sunat, puasa wajib atau sunat, zakat, haji, umrah, wakaf,
zikir, tahlil, takbir, tahmid, tasbih, sedekah, istighfar , membaca al-Quran dan sebagainya.
Pada pemahaman mereka selain daripada yang disebut , tidak termasuk sebagai ibadat.
Oleh itu, mereka mencari-cari amalan lain yang boleh dikerjakan melalui buku-buku
agama, contohnya solat dan puasa khas yang dilakukan pada hari dan waktu tertentu sahaja.

 Bertuankan Hawa Nafsu

Ramai diantara masyarakat Melayu bertuankan hawa nafsu, demi mengecapi kemewahan
dan kesenangan hidup dengan jalan mudah mereka sanggup melakukan perbuatan keji yang
dibenci Allah dan Rasulnya. Nafsu mampu mengawal manusia yang jahil dan lemah
imannya, ia dapat menyebabkan manusia takbur, mementingkan diri, gemar diagungkan
dan melakukan perkara-perkara mungkar. Akibat daripada nafsu juga , manusia sangguup
mengada-adakan serta menokok nambah hukum Allah dan menolak kebenaran.

Allah berfirman di dalam al-Quran :

‫ان النفس لا مارة بالسوء الامارحم ربى‬

Ertinya :

“ Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati oleh
Tuhanku ”

 Taqlid Buta kepada Guru

Guru ataupun cikgu, meskipun tinggi martabat ilmunya dan keimanannya tidak lari dari
melakukan kesilapan. Sikap bertaqlid buta dapat menyebabkan matinya roh ijtihadnya.
Kebanyakan orangnya lebih utamakan fatwa guru berbanding al-Quran dan al-Sunnah,
guru dianggap serba tahu segala hal. Jika dikaji semula, tiada imam-imam mujtahidin yang
mewajibkan orang bermazhad kepada mereka. Umpama penyakit sikap bertaqlid buta
kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu dikalangan umat , disinilah lahirnya bid’ah.

 Memperdaya Umat Islam

Ajaran sesat seperti sebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bid’ah
dengan tujuan menghancurkan serta menyesatkan umat Islam. Di dalam ilmu Tasauf , ada
satu ajaran berkenaan kasyaf. Kasyaf merupakan sumber pengetahuan dalam ilmu tasawuf
yang sama kedudukannya dengan akal dalam Ilmu Tauhid. Dengan kasyaf, orang boleh
menokok nambah sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu cara ibadat yang
belum wujud atau disyariatkan melalui lidah para rasul. Tidak hairanlah jika Agama

Kristian kini ialah dari ajaran Paulus. Pengikutnya yakin bahawa beliau mendapat kasyaf
berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isa telah diangkat oleh Allah SWT.

Berdasarkan tafsiran kitab Tafsir al-Azhar, juzu’ II halaman 287-288 :
“ Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwuf yang
semacam itu ialah tentang adanya kasyaf. Kasyaf bermaksud pembukaan rahsia yang
tersembunyi. Menurut mereka, seseorang telah mencapai martabat wali itu boleh diberi
Allah kelebihan dengan dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-rahsia yang tersebunyi ,
yang ghaib. Kadang-kadang mereka mengubah hukum agama yang telah tertulis dalam al-
quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat kasyaf dari Allah baik melalui mimpi
atau sesuatu ilham supaya dilaksanakan begini atau begitu, yang tidak ada dari pokok
syariat dari al-Quran dan hadis itu.

Sebab-sebab Bid’ah Membiak

Ianya disebabkan orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bid’ah sesetengah
orang alim kerana yakin akan apa yang diamalkan orang tersebut adalah benar. Selain itu,
adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih utuh dan diamalkan
sebagai satu amalan agama , sebagai contoh urusan kematian, perkahwinan, pantang larang
orang tua-tua dan berkaitan wanita mengandung. Ianya dianggap benar kerana sesetengah
guru mendiamkannya, perbuatan berdiam diri dianggap membenarkan perbuatan bid’ah
tersebut. Terdapat juga penafian bid’ah dan cubaan menegakkan sunnah dianggap ilmu
menyesatkan kerana bertentangan dengan ajaran mazhab Syafi’I . Terdapat juga pemikiran
sebahagian orang yang menganggap bid’ah masalah kecil dan tidak perlu diambil serius.
Tidak lupa juga perasaan cinta akan kedudukan dan mempertahankannya lahir di dalam
hati dan bermaharajalela. Ada juga pemimpin tarikat atau pemimpin pemimpin jamaah
yang buta ilmu agama, demi menjaga kedudukannya dia sanggup mencipta amalan atau
wirid mahupun zikir dan seangkatannya untuk disebarkan kepada bawahan atau muridnya,
sedangkan dia bukanlah ahli. Disinilah terjadi bid’ah membiak sehingga tidak terkira.

Bid’ah yang Menjadikan Pengamalnya kufur

Terdapat beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang masih diamalkan
boleh membawa kepada kekufuran. Bid’ah ini bersangkut paut dengan prinsip agama yang
mendatangkan masalah aqidah.

Contohnya ialah:

 Berfikiran serta berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur dapat melakukan
perkara-perkara seperti di dalam dunia, boleh mengarahkan manusia yang hidup serta
menjadi penyebab dalam mendapatkan sesuatu atau tidak.

 Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada Rasulullah.
 Berkeyakinan bahawa di antara para wali dapat mengabulkan permohonan peminta

seperti diselamatkan dari kecelakaan
 Berfikiran bahawa nikmat dan siksaan kubur tidak wujud kerana bertentangan dengan

akal
 Berkeyakinan terdapat ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-Quran
 Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu roh bagi Nabi Muhammad; sifat Nabi Muhammad

roh bagi manusia; sifat manusia roh bagi binatang.
 Mempercayai bahawa Nur itu zat Allah; Nur itu Muhammad
 Sembahyang itu memadai dengan niat di dalam hati sahaja

Al-Masalihul Mursalah bukan Bid’ah

Al-Masalihul Mursalah bukanlah bid’ah, ianya merupakan tindakan lanjut dari kaedah
prinsip “ Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu
tersebut menjadi wajib ”.

Perkara-perkara tersebut termasuklah:-

 Mengumpulkan catatan-catatan al-Quran sehingga menjadi sebuah kitab
 Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan
 Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal
 Membuat mihrab di dalam masjid
 Membuat Menara-menara dan tempat melaungkan azan yang tinggi di masjid
 Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar Jemaah yang besar dapat

mendengar khutbah dengan lebih jelas
 Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai
 Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis, ilmu fiqh, nahu saraf

dan lain-lain
 Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk membantu menumbuk biji-bijian
 Menaiki kenderaan seperti kereta dan motor
 Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku

Cara Mencegah Bidaah
Sebagai umat islam, tentu saja kita mahukan agar ibadah kita dapat diterima sempurna oleh
Allah SWT. Untuk itu, umat islam harus bisa memahami bagiamana cara agar tidak terkena
ibadah atau perilaku bid’ah yang bisa menolak ibadha kita.Cara menghindari bid'ah agar tidak
melakukannya, seorang muslim perlu memahami cara-cara beribadah dan bertindak sesuai
mengikut syariat Islam. Adapun cara menghindari bid'ah adalah seperti berikut:

1.Memperbanyak ilmu pengetahuan dengan dalil

Hal ini supaya tidak terjebak dalam bid'ah maka seorang muslim diwajibkan untuk
memperdalam ilmu agamanya.

2. Memahami Substansi Ibadah

Sebelum menjalankan ibadah, tentu kita harus memahami terlebih dahulu substansi dari ibadah
yang akan kita laksankaan. Hal ini supaya kita mengetahui ibadah kita tersebut apa tujuan dan
fugsinya yang dimaksudkan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul. Dengan Memahami
Subsntasinya kita tidak akan salah jalan dan selalu berada dalam jalur ibadah tersebut.

3.Melengkapi Ilmu Pengetahuan dengan Dalil

Hal ini kerana, bagi mengelakkan umat Islam terjebak pada bid’ah, sebaiknya ketika
mempelajari masalah ibadah, kita perlulah sentiasa menjaga ilmu pengetahuan tersebut dengan
dalil yang sah dan benar. Pengetahuan islam mengenai ibadah yang tanpa dalil akan membuat
kita berasa was-was dan teragak-agak untuk melakukannya.

4.Bertanya Berkenaan Ibadah Kepada Ahlinya

Dalam menjalankan perintah Allah, tentu saja tidak boleh sembarangan. Untuk itu, jika ada
informasi atau pengetahuan ibadah yang tidak kita ketahui, maka tanyakanlah kepada ahlinya

yang benar-benar memiliki pengetahuan dan kredibilitas. Hal ini bagi menghindarkan kita, dari
para ulama yang asal-asalan dalam memahami.

6.Selalu Mempelajari Lebih Dalam Masalah Agama

Walaupun seorang muslim bukanlah ulama, mempelajari lebih dalam soal agama adalah
kewajiban. Orang yang menjalankan bid’ah biasanya karena memang ia tidak memahami dan
mempelajarinya lebih mendalam. Untuk itu, selalu memperdalam masalah agama adalah hal
yang harus dilakukan untuk menghindari bid’ah.

7.Tidak Tergesa-Gesa

Tidak tergesa-gesa dalam menerapkan agama ertinya tidak suka bertunda- tunda namun, selalu
bersemangat dan berusaha dalam mencari sumber pengetahuan dengan lebih mendalam lagi.
Jangan mudah mempercayai sesuatu perkara, dari apa yang disampaikan, terutama oleh orang
yang dalam ilmunya mengenai agama.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak ruang dakwah bagi menangani isu bid’ah. Ia dapat ditangani
dengan cara memerlukan penelitian yang mendalam dan bukan sekadar dalam lingkungan halal
dan haram. Sebaliknya amalan dan budaya masyarakat itu adalah sesuatu yang perlu dijelaskan
secara ilmiah dan mendalam. Tambahan pula realiti masyarakat kita hari ini lebih terbuka
(“open minded”) dan bersifat ingin mencuba benda baru namun tiada pengetahuan tentang
agama. Ahli agama dan pendakwah perlu mendalami sesuatu isu serta lebih berhati-hati dalam
mengeluarkan pandangan. Hal ini penting untuk menjaga integriti golongan tersebut. Amalan-
amalan bid’ah sejak dari zaman dahulu kala dapat dikekang agar masyarakat melayu tidak
mudah terpengaruh. Masyarakat Melayu perlu lebih mencaritahu tentang hukum hakam islam
dan lebih banyak membaca serta berguru. Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu
sumber pengetahuan sahaja. Lebih lagi pada zaman era globalisasi ini. Mereka perlu melihat
dunia dengan mata halus dan bukan dengan mata kasar. Kadang-kadang kita tidak sedar
bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela dan boleh membawa kepada kekufuran.
Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itu tidak kelihatan. Jika tersilap langkah, kita akan
berada di sebelah kiri batu sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah.
Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim kita haruslah menjauhi bid’ah agar kita tidak
tergolong dalam golongan orang yang jahil. Setiap muslim haruslah peka dan sama-sama
berpegang teguh dalam mencegah bid’ah supaya masyarakat melayu di Malaysia tidak tersesat
dan tidak mengamalkan bid’ah dalam kehidupan harian mereka. Kita harus bersama-sama
mencegah perkara-perkara yang akan memburukkan agama kita dan sentiasa mengekalkan
keaslian hukum hakam agama Islam agar tidak ditokok tambahkan dengan perkara yang tidak
benar. Kerana bid’ah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan
amalan oleh Allah. Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkan motif apa
bidaah itu dilakukan. Allah telah berfirman :

‫ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به الله‬

Ertinya :
“ Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk
mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah?”

Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ dan Tauhid al-
Sifat, kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungan kefahaman yang boleh
menyelamatkan diri kita daripada perkara-perjara syirik, khurafat dan bidaah dan Insya Allah
kita tergolong dalam golongan yang dinamakan golongan Al-sabiqun dan golongan ashabul
Yamin. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang
anasir bidaah, syirik dan khurafat.

SUMBER RUJUKAN

1. vol_13_2010_103_114.pdf (uum.edu.my)
2. ZaaG LiFeStyLe: Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu
(zaag2010.blogspot.com)
3. BID’AH DALAM AMALAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA -
CTU PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM NAMA PENSYARAH: - StuDocu
4. amalan bid'ah dalam masyarakat malayu - Search (bing.com)

5. https://www.slideshare.net/sudinjaffar/amalan-bidaah-dalam-masyarakat-melayu


Click to View FlipBook Version