The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihah5309, 2022-04-27 09:48:04

PERBAHASAN 20 SIFAT WAJIB ALLAH

AKIDDAH ISLAMIYYAH/DPD10022

PERBAHASAN 20 SIFAT WAJIB
BAGI ALLAH

Akidah Islamiyah|DPD20012

USTAZ TOBRONI BIN SAHLAN

KUMPULAN 7

NAMA NO.MATRIKS

Nur Izyan Najihah bt 17DIB21F2002
Baharin 17DIB21F2062
17DIB21F2004
Siti Suhaini bt
Jabar@Patrick

Shaharizatul bt Azemi

Aina Natasha bt Mohd 17DIB21F2006
Nor 17DIB21F2036

Nur Radinatul
Shakinah bt Mohd

Rathi Arzani

Isi Kandungan

 Penghargaan (m/s 1)
 Definisi (m/s 2-3)
 Ciri-ciri 20 Sifat Wajib Allah (m/s

4-5)
 20 Sifat Wajib Allah (m/s 6-8)
 Nama-nama Seerti bagi Sifat

Allah (m/s 9)
 Kesan Beriman dengan 20 Sifat

Wajib bagi Allah
(m/s10-12)
 Kesan Buruk Tidak Beriman
dengan 20 Sifat (m/s13-15)
Wajib bagi Allah
 Kesimpulan (m/s16-17)
 Rujukan (m/s18)



Penghargaan

Salam sejahtera,

Bersyukur kepada tuhan kerana izinnya kami
sekumpulan dapat menyiapkan e-majalah yang telah
diusahakan selama ini yang bertajuk Perbahasan 20 Sifat
Wajib bagi Allah. E-majalah ini amat penting bagi kami
kerana ia adalah salah satu projek dalam subjek Akidah
Islamiyyah yang kami pelajarinya bersama ustaz Tobroni.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada individu yang banyak membantu kami
sepanjang kami menyiapkan e-majalah, dan juga
ucapan tahniah kepada diri kami sendiri diatas
kejayaan menyiapkan e-majalah pada waktu yang
ditetapkan.

DEFINISI

Allah SWT adalah zat Maha Pencipta
dan Maha Kuasa atas seluruh alam beserta
isinya. Allah SWT memiliki sifat wajib,
mustahil dan jaiz sebagai sifat
kesempurnaan bagi-Nya. Sebagai muslim
yang beriman, wajib mengetahui sifat-sifat
tersebut. Sifat wajib, ertinya sifat-sifat yang
pasti dimiliki oleh Allah SWT. Sifat wajib
Allah berjumlah 13 manakala 7 lagi sifat
wajib yang digambarkan dengan keadaan
Allah SWT menjadikan jumlah kesemuanya
20.

Sifat Allah yang wajib kita imani ada 20,
Wujud (Ada) Adanya Sifat Allah itu bukan
kerana ada yang mengadakan atau
menciptakan, tetapi Allah itu ada dengan
zat-Nya sendiri. Keimanan seseorang akan

membuatnya dapat berfikir dengan akal
sihat bahawa alam semesta beserta isinya
ada kerana Allah yang menciptakannya.
Kepercayaan ada dan tidak adanya Allah
SWT bergantung pada manusia itu sendiri
yang boleh menggunakan akal sihatnya,
sebagai bukti dengan adanya alam
beserta isinya.

“Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah
yang telah menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa, lalu Dia bersemayam
di atas Arsy. Dia menutupkan malam
kepada siang yang mengikutinya dengan
cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari,
bulan dan bintang-bintang (masing-
masing) tunduk kepada semua perintah-
Nya. Ingatlah, menciptakan dan

memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha
suci Allah, Rabb semesta alam“ … (QS. Al-
A’raf :54)

Jika kita perhatikan, maka dari mana
alam semesta itu berasal ? Siapakah Dia
Yang Maha Kuasa dan Maha Agung itu ?
Dialah Allah SWT yang Maha Suci dan
Maha Tinggi. Dialah yang mengadakan
segala sesuatu di alam ini, termasuk diri
kita. Selain melihat alam semesta, kita juga
dapat melihat tanda-tanda kekuasaan-
Nya, seperti manusia dengan segala
perlengkapan hidupnya di dunia ini. Tentu
kita boleh berfikir bahawa semua yang
ada pasti ada yang menciptakan, iaitu
Tuhan Yang Maha Kuasa ( Allah SWT).

CIRI CIRI 20 SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

1) SIFAT NAFSIYAH
-Sifat yang berhubung dengan zat
Allah, Iaitu wujud.
2) SIFAT SALBIYAH
- Sifat yang harus ada pada Allah SWT
yang menunjukkan keberadaan dan
kesempurnaannya. Iaitu Qidam, Baqa’,
Mukhalafatuhu lil Hawadisi, Qiyamuhu
Binafsihi dan Wahdaniyah.
3) SIFAT MA’ANI
-Sifat wajib Allah yang digambarkan
oleh akal fikiran manusia, dapat
meyakinkan orang lain dan
mempunyai bukti pancaindera. Iaitu

Qudrat, Iradah, Ilmu, Hayat, Sama’,
Bashar, Kalam.

4) SIFAT MA’NAWIYYAH

-Sifat yang berhubungan dengan sifat
Ma’ani. Iaitu Qadiran, Muridan,
Aliman, Hayan, Sami’an, Bashiran,
Mutakalliman.

20 SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

WUJUD Ada allah dengan
QIDAM sendirinya

BAQA’ Terdahulu, tidak
didahului
MUKHALAFATUHU
LIL HAWADITHI Kekal dan tidak
berubah

Berbeza dengan
semua makhluk

QIYAMUHU Berdiri sendiri, tidak
BINAFSIHI perlukan pertolongan

WAHDANIYAH Maha Esa, tidak ada
duanya

QUDRAT Berkuasa keatas
IRADAH segalanya

ILMU Berkehendak, tidak
ada yang
HAYAT
SAMA’ memerintahnya
BASHAR Mengetahui, Allah
KALAM mengetahui segala isi
QADIRAN
didalam hati
Hidup, tiada yang
menciptakan Allah
Mendengar, apa yang
dilangit dan dibumi
Melihat, melihat
segalanya tanpa batas
Berfirman, berbicara

Maha berkuasa atas
segalanya

MURIDAN Maha berkehendak

ALIMAN Maha mengetahui,
pengetahuan tidak
HAYYAN
SAMI’AN terbatas
Maha hidup, kekal
BASHIRAN
MUTAKALLIMAN selamanya
Maha mendengar,
segala yang bersuara

atau tidak
Maha melihat atas

segala sesuatu
Maha berkata kata

NAMA-NAMA SEERTI BAGI 20

SIFAT ALLAH

1) Qudrat – Qadiran
(berkuasa)

2) Iradat – Muridan
(berkehendak)

3) Ilmu – Alimah
(mengetahui)

4) Hayat – Hayyan (hidup)

5) Sama’ – Sami’an
(mendengar)

6) Bashar – Bashiran
(melihat)

7) Kalam – Mutakalliman
(berkata kata)

KESAN BERIMAN DENGAN 20

SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

Jika seseorang muslim itu beriman
dan meyaakini sepenuh hati dengan
20 sifat wajib bagi Allah, ia
menghadirkan rasa :

oRendah diri dan sentiasa tunduk
kepada Allah.

oMengharapkan keampunan dan
keredhaan daripada Allah SWT.

oMeningkatkan ketaqwaan
didalam diri serta kekhusyukan
didalam beribadah.

oMenghadirkan rasa syukur keatas
segala nikmat Allah dan

meningkatkan keimanan dalam
diri.
oHati sentiasa berasa ikhlas dan
sabar menghadapi segala
cabaran.
oJiwa seorang muslim
akan sentiasa berasa tenang.

oMelahirkan rasa sabar didalam
diri ketika menghadapi segala
cabaran.

oSeseorang muslim akan berasa
takut untuk melanggar perintah
Allah dan menyukutukannya.

oManusia akan lebih taat kepada
perintah Allah serta sentiasa
mengagungkan-Nya.

oMelahirkan rasa keinsafan
dengan kelemahan diri sendiri.

oMeningkatkan keyakinan diri
dengan sentiasa berusaha,
berikhtiar dan bertawakal.

oMelahirkan rasa suka dalam
melakukan kebaikan serta
merasai kemanisan iman.

oHidup seseorang muslim akan
sentiasa diberkati dan diredhai
oleh Allah SWT.



Kesan buruk tidak beriman dengan

20 sifat wajib bagi Allah

Sebagai seorang muslim yang
bertaqwa, meninggalkan apa yang
diperintahkan oleh Allah SWT adalah
suatu perkara yang tidak wajar
dilakukan dan mestilah dijauhi. Jika
seseorang muslim itu tidak beriman
dengan sifat-sifat Allah, ia melahirkan
rasa :

o Perasaan tidak bersyukur dengan
apa yang dikurniakan oleh Allah
kepada kita.

o Menjadikan kita seorang manusia
yang mudah melakukan maksiat dan
terpengaruh dengan benda-benda

buruk seperti mensyirikkan Allah
dengan sesuatu yang lain.
o Hidup seseorang itu tidak diberkati
dan diredhai oleh Allah.
o Melahirkan rasa sombong dan sikap
mudah putus asa terhadap takdir
Allah.
o Dapat merosakkan iman
seseorang muslim.
o Gagal dalam mengingati
Allah ketika diwaktu senang dan
susah.
o Dipandang hina di dunia dan di
akhirat serta jauh dari rahmat Allah
SWT.
o Melahirkan perasaan suka
meninggalkan perintah Allah tanpa
berasa berdosa dan serba salah.

o Melahirkan sikap sering

menyalahkan takdir dan

menyalahkan orang lain.

o Jiwa seseorang itu tidak berasa

aman dan tenteram.

o Menimbulkan rasa malas berusaha

dan kurang keyakinan terhadap

takdir Allah.

o Manusia akan lebih lalai dan leka

dengan habuan duniawi.

o Menimbulkan rasa tidak takut

dengan siksaan Allah.

o Sering merasakan diri sendiri

sentiasa betul dan sukar untuk

menerima pendapat orang laing

lain.

o Hilangnya sifat sabar didalam diri

ketika diuji dengan kesabaran atau

kesenangan.



KESIMPULAN

Semasa melafazkan kalimah "Ila ha" dalam
bersyahadah, kita dikehendaki mengingati diri kita
bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita bawa ini,
tidak boleh berdiri sendiri, hanyalah sekadar sifat yang
menumpang dan bergantung kepada sifat Allah. Diri kita
tidak memiliki apa-apa. Kita tidak akan dapat melihat
tanpa basirun Allah dan kita tidak akan dapat
mendengar tanpa samiun Allah. Dari kesedaran dan
keinsafan itu, membawa hati kita kepada suatu
perasaan kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan
perasaan fakir di hadapan Allah. Inilah tujuan kita
mempelajari sifat ma'ani.Diri kita ini sesungguhnya
yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibu bapa, anak-
isteri, kaum-keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya
miskin itu, adalah hak Allah ta'ala, yang boleh
diambilnya balik pada bila-bila masa. Yang kita miliki ini,
adalah semata-mata hak kepunyaan Allah. Di tangan
Allah lah diri kita, segala kekuatan, kecantikan, kekayaan
dan kegagahan yang selama ini kita megah-megahkan
itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan Allah. Dengan
kefahaman bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati
dan menumpang. Seumpama sifat mata, telinga, mulut,

tangan, kaki dan seluruh anggota, menumpang wajah
kebesaran Allah. Yang hendaknya dikembalikan semula
sifat itu kepada Allah. Anggaplah diri kita ini, sudah mati,
binasa, hilang dan lenyap dalam wajah Allah. Yang kita
miliki ini, semuanya adalah hak Allah Ta'ala belaka.
Hendaklah kita serah kembali kepada Allah. Kembalikan
sifat-sifat tersebut kepada Allah. Jadikanlah diri kita ini
seumpama fakir, muflis, hina, mati, binasa, dan hilang
dalam kekuasaan Allah. Inilah di antara hikmah dan di
antara intipati mempelajari sifat ma'ani dalam sifat 20.
Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua
sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah kepunyaan Allah,
diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat Allah.
Apabila kita faham sifat ma'ani, dengan sendirinya
membawa diri kita pulang ke pangkuan Allah dengan
tangan kosong, dengan menyerahkan segala sifat
kepada Allah. Bahawasanya diri kita ini, sebenarnya
adalah kepunyaan dan milik Allah sepenuhnya secara
mutlak. Sifat yang kita pakai dan yang ada pada kita ini,
seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya
bayang.

RUJUKAN

1. https://youtu.be/OM5X0sMU2cY
2.https://zulsegamat.wordpress.com/2017/04/

27/mengenal-sifat-20-allah-swt-dan-
memahami-penjelasan-tentangnya/amp/
3.https://www.inews.id/amp/lifestyle/muslim/s
ifat-wajib-allah
4.https://amp.tirto.id/mengenal-20-sifat-wajib-
allah-makna-dan-pengelompokannya-gajV

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version