1
BAB 2.2
PENAWARAN
Objektif Pengajaran 2
a. Mentakrifkan penawaran
b. Menerangkan jadual dan keluk penawaran
firma
c. Menerangkan Hukum penawaran
d. Menerangkan fungsi dan persamaan
penawaran
e. Membentuk keluk penawaran pasaran
TEORI PENAWARAN 3
a. Definisi Penawaran
Penawaran ialah kuantiti barang dan
perkhidmatan yang ingin dan mampu
dijual/ditawarkan oleh pengeluar pada tingkat
harga tertentu dan dalam tempoh masa
tertentu.
2 jenis penawaran 4
i. penawaran individu
Penawaran sesuatu barang dan perkhidmatan oleh sebuah
firma pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa
tertentu
Contoh : penawaran kereta oleh Syarikat Honda
Ii. Penawaran pasaran
Penawaran semua firma dalam pasaran yang dicampurkan
pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.
Contoh: penawaran kereta oleh semua pengeluar
seperti Syarikat Honda,Syarikat Toyota, Syarikat Perodua.
5
b. Jadual penawaran dan keluk penawaran
Jadual penawaran adalah jadual yang
menunjukkan hubungan antara harga sesuatu
barang dengan kuantiti ditawarkan oleh firma
terhadap barang tersebut.
Keadaan Harga (RM) Kuantiti
ditawarkan
A 4
B 3 8
C 2
D 1 6
4
2
Huraian jadual 6
Jadual menunjukkan hubungan positif antara
harga barang dan kuantiti barang yang
ditawarkan.
Semakin rendah harga barang semakin kurang
kuantiti barang yang ditawarkan.
Berdasarkan jadual, satu keluk penawaran
dapat dilukis seperti berikut:
Rajah: Keluk Penawaran 7
Harga Kuantiti
B
4 A
2
S
0 48
8
Keluk penawaran ditakrifkan sebagai keluk yang
menunjukkan kuantiti yang ditawarkan oleh
seseorang pengeluar pada pelbagai tingkat
harga.
Keluk penawaran bercerun positif. Ini menunjukkan
hubungan positif antara harga sesuatu barang
dengan kuantiti barang yang ditawarkan.
Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke
kanan.
Keluk penawaran bergaris lurus kerana kecerunan
adalah malar.
c. Hukum Penawaran 9
Hukum penawaran menerangkan hubungan antara
harga dengan kuantiti ditawar adalah langsung
(positif).
Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti
ditawar akan meningkat dan apabila harga sesuatu
barang jatuh, kuantiti ditawar akan jatuh dengan
andaian ceteris paribus.
Ceteris paribus.
ialah faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri
diandaikan tidak berubah/ malar.
10
Hukum ini menunjukkan wujud hubungan positif
antara tingkat harga dan kuantiti ditawar. Ini
disebabkan:-
i. Harga yang tinggi memberi keuntungan yang lebih
kepada pengeluar, jadi pengeluar akan menawarkan lebih
banyak barang.
ii. Harga yang tinggi , menyebabkan pengeluar
berpendapat barang tersebut sangat diminta oleh
pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.
Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk
memenuhi permintaan.
d. Fungsi dan Persamaan Penawaran 11
Persamaan penawaran menunjukkan
hubungan antara tingkat harga dan
kuantiti yang ditawarkan.
Qs = a + bP
Qs = Kuantiti ditawar
a = Pemalar yang menunjukkan kuantiti ditawar pada harga kosong
b = Kecerunan keluk penawaran
P = Harga
Contoh Pengiraan: 12
(Kaedah persamaan serentak)
Katakan harga asal ialah RM5 dan kuantiti ditawar
adalah sebanyak 100 dan apabila harga
meningkat kepada RM15, kuantiti ditawar
meningkat kepada 120.
100 = a + 5b ………….persamaan (1)
120 = a + 15b .……… persamaan (2)
(2) - (1) 20 = 10b
b = 20/10
b=2
Gantikan b dalam mana-mana persamaan, 13
katakan dalam persamaan (1):
100 = a - 5(2)
a = 100 – 10
a = 90
Maka fungsi penawaran ialah
Qs = 90 + 2P
fungsi/persamaan menggunakan 14
kecerunan
Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)
10 1000
20 1500
Cari fungsi penawaran? 15
Langkah 1 cari nilai b
b = ∆Qs/∆P
= 1500 – 1000
20-10
= 50
Langkah 2 cari nilai a
Qs = a+bP
1000 = a+(50)10
a= 500
Qs = 500 + 50P
e. Penawaran Pasaran 16
Penawaran firma:
Penawaran sesuatu barang dan
perkhidmatan oleh sebuah firma pada tingkat
harga tertentu dan dalam jangka masa
tertentu.
Penawaran pasaran:
Penawaran semua firma dalam pasaran yang
dicampurkan pada tingkat harga tertentu dan
dalam jangka masa tertentu.
Jadual Penawaran Firma 17
Jadual penawaran menunjukkan hubungan antara harga dan
kuantiti yang ditawarkan oleh sesebuah firma bagi sesuatu
barang.
Keadaan Harga (RM) Qs
A
5 100
B
C 4 80
D 3 60
2 40
Berdasarkan jadual penawaran firma, keluk 18
penawaran firma dapat dibentuk seperti berikut:
harga
S
5A
4B
3C
2D
S kuantiti
40 60 80 100
Keluk Penawaran Pasaran 19
Keluk penawaran pasaran dibentuk dengan
menjumlahkan keluk penawaran semua firma
dalam pasaran secara mendatar seperti jadual dan
rajah berikut:
Keadaan Harga Qs Qs Penawaran
A 4 Firma A Firma B Pasaran
B 3 23
C 2 9 14
D 1 16
6 10
9
3 6
2
0 2
Keluk penawaran firma dan pasaran 20
KELUK PENAWARAN KELUK PENAWARAN KELUK PENAWARAN
FIRMA A
FIRMA B PASARAN
P SA P SA P SP
4A 4A 4A
3B 3B 3B
SA SA SP
6 89 Q 10 14 Q 16 22 Q
Penentu Penawaran 21
1. Harga barang itu sendiri
2. Harga barang lain
(penawaran bersama dan penawaran bersaing)
3. Kos pengeluaran
4. Matlamat pengeluar
5. Teknologi
6. Dasar kerajaan
7. Bilangan firma
8. Musim
*a hingga e untuk firma sahaja
*f hingga h untuk pasaran
1. Harga barang itu sendiri 22
Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin
banyak kuantiti barang ditawarkan. Sebaliknya
semakin rendah harga sesuatu barang semakin
kurang kuantiti barang ditawarkan dengan
andaian ceteris paribus.
(Pergerakan disepanjang keluk penawaran)
Rajah: Perubahan harga barang itu sendiri 23
Harga S
P1 B
P0 A
P2 C
S
Q2 Q0 Q1 kuantiti
2. Harga barang lain 24
i . Penawaran Bersama
ii. Penawaran Bersaing
i. Penawaran Bersama
Melibatkan barangan yang akan dikeluarkan secara
bersama-sama dengan pengeluaran barang lain.
Contohnya: Daging lembu dan kulit lembu
merupakan penawaran bersama. Kenaikan harga
daging lembu menyebabkan pertambahan
penawaran kulit lembu.
(Keluk Penawaran beralih ke kanan atau ke kiri)
ii. Penawaran bersaing 25
Penawaran bersaing melibatkan barangan yang
pengeluarannya dapat diganti dengan mudah
untuk mengeluarkan barang lain yang
menggunakan faktor-faktor ekonomi yang sama.
Contohnya:
Sayur bayam dan sayur sawi. Kedua-dua ini dapat
dikeluarkan dengan faktor yang sama. Kenaikan
harga bayam menyebabkan penawaran barang
bersaing (sawi) berkurang dan sebaliknya kejatuhan
harga sayur bayam menyebabkan penawaran
sayur sawi bertambah.
Rajah: Perubahan harga barang lain 26
P (RM)
Po
0 Q1 Q0 Q2 Qs
Penerangan rajah 27
Daging lembu dah kulit lembu merupakan penawaran bersama.
Jika daging lembu ditawarkan, kulit lembu juga turut ditawarkan.
Jika harga daging lembu meningkat, kuantiti kulit lembu
ditawarkan juga meningkat. Pada harga yang sama kuantiti
penawaran kulit lembu bertambah dari Q0 ke Q2.
Jika harga daging lembu berkurang, kuantiti daging lembu yang
ditawarkan berkurang dan penawaran kulit lembu juga
berkurang. Pada harga yang sama, kuantiti penawaran kulit
lembu berkurang dari Q0 ke Q1
3. Kos Pengeluaran 28
Kenaikan kos pengeluaran seperti tanah,
buruh dan modal menyebabkan keuntungan
firma terjejas. Sekiranya harga barang yang
dijual dipasaran tetap. Maka untung firma
akan berkurang. Seterusnya firma akan cuba
mengurangkan bilangan penawaran barang
dan perkhidmatan.
Rajah: Perubahan Kos pengeluaran 29
P (RM)
Po
Po Q1 Q0 Q2 Qs1
4. Matlamat Pengeluar 30
i. Memaksimumkan keuntungan
Jika pengeluar bertujuan memaksimumkan
keuntungan, maka ia akan
mengurangkan penawarannya.
ii. Memaksimumkan pengeluaran
Ia akan menawarkan barang seberapa
banyak yang mampu. Contoh firma
yang dimiliki oleh kerajaan
5. Teknologi 31
Penggunaan teknologi moden dan
canggih dapat meningkatkan daya
pengeluaran sesebuah firma. Melalui
teknologi moden, penghasilan barang
secara besar-besaran dapat dilakukan.
Oleh itu keupayaan penawaran dapat
ditingkatkan.
6. Dasar Kerajaan 32
Cukai :
Untuk menggalakkkan penawaran tempatan
kerajaan mengenakan cukai keatas barang
diimport. Kenaikan harga barang diimport
menyebabkan permintaan barang tempatan
meningkat. Seterusnya penawaran dalam negara
bertambah
Subsidi :
pemberian subsidi kerajaan terhadap firma
tempatan akan menyebabkan kos pengeluaran
berkurang. Keadaan ini dapat menggalakkan firma
mempertingkatkan pengeluaran sesuatu barang.
Kempen , undang-undang
7. Bilangan firma 33
Secara umumnya semakin ramai pengeluar dalam
sesuatu barang, semakin tinggi kuantiti penawaran
barang tersebut.
8. Musim
Pada musim-musim tertentu, jumlah penawaran
sesuatu barang akan ertambah atau berkurang.
Contoh pada musim tengkujuh, penawaran ikan
atau getah akan berkurangan.
Perubahan Kuantiti Yang Ditawar 34
Perubahan dalam kuantiti ditawar disebabkan
oleh perubahan harga barang itu sendiri. Faktor-
faktor lain diandaikan tetap. Ia merupakan
pergerakan titik disepanjang keluk penawaran
yang sama.
Kenaikan harga menyebabkan kuantiti
ditawarkan bertambah.
Penurunan harga menyebabkan kuantiti
ditawarkan berkurang.
Rajah: Perubahan kuantiti yang ditawarkan 35
Harga S
P1 B
P0 A
P2 C
S
Q2 Q0 Q1 kuantiti
Penerangan rajah 36
Berdasarkan rajah, harga asal pada P0, kuantiti
Q0 titik A. Apabila harga meningkat dari P0 ke P1,
kuantiti ditawar akan bertambah dari Q0 ke Q1
dari titik A ke titik B. Ini dikenali sebagai
pertambahan penawaran.
Jika harga berkurang dari P0 ke P2, kuantiti
ditawar akan berkurang dari Q0 ke Q2 dari titik A
ke titik C. Ini dikenali sebagai pengurangan
penawaran.
Perubahan Penawaran 37
Ia merujuk kepada peralihan keluk penawaran
sama ada ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh
perubahan dalam faktor-faktor lain selain daripada
perubahan harga barang itu sendiri.
Contohnya : Peningkatan teknologi akan
menambahkan penawaran. Peralihan ini dipanggil
pertambahan penawaran
Peningkatan kos pengeluaran akan menyebabkan
pengeluar mengurangkan penawaran. Peralihan
ini dikenali sebagai pengurangan penawaran.
Rajah: Perubahan Penawaran 38
P (RM)
Pengurangan Pertambahan
penawaran
Po penawaran
0 Q1 Q0 Q2 Q unit
Penerangan rajah 39
Berdasarkan rajah, harga asal pada P0 dan kuantiti
Q0.Andaikan teknologi pengeluaran meningkat, daya
pengeluaran akan meningkat. Ini akan menyebabkan
berlakunya pertambahan dalam penawaran barang. Ini
ditunjukkan oleh peralihan keluk ke kanan dari S0 ke S2. Ini
dikenali sebagai pertambahan penawaran.
Sekiranya kos pengeluaran meningkat, penawaran akan
berkurang. Berlaku peralihan keluk ke kiri dari S0 ke S1. Ini
dikenali sebagai pengurangan penawaran.