The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Digital - Dato' Onn b. Ja'afar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Isma Niza, 2021-04-05 09:37:19

e-Buku Skrap - Tokoh Pemimpin

Buku Skrap Digital - Dato' Onn b. Ja'afar

Tokoh Pemimpin di Johor
Dato’ Onn b. Ja’afar

Disediakan oleh ;
Nur Irdina Safiyyah bt. Nasri Fitri

SK Seri Medan

Biodata Peserta

• Nur Irdina Safiyyah binti Nasri Fitri
• Kelas 5 Gemilang, SK Seri Medan

• Email : [email protected]
• SK Seri Medan,

• Jalan Besar, Seri Medan, 83000, Johor

Isi Kandungan

• Pendahuluan
• Biodata tokoh pemimpin
• Latar belakang pendidikan
• Kerjaya tokoh
• Sumbangan tokoh
• Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi
• Penutup
• Sumber rujukan

Pendahuluan

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan buku skrap
digital tokoh pemimpin, Dato’ Onn bin Ja’afar.

Saya berasa amat bangga dan bertuah kerana telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan membuat
buku skrap digital ini.

Sekalung penghargaan buat kedua ibu bapa saya, En Nasri Fitri b. Sarbini dan Cikgu Ismaniza bt Ishak yang
menjadi tulang belakang saya, tanpa mereka siapalah saya. Tidak lupa juga buat guru-guru saya terutama Cikgu Saparilah yang
banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam pelaksanaannya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang
memberi sokongan.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapan terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses penghasilan buku skrap ini.

Sekian, terima kasih.

Biodata Tokoh Pemimpin

Anak sembilang anak tenggiri,
Dimasak gulai bersama rempah,

Onn bin Ja’afar nama diberi,
Buah hati Datuk Jaafar dan ibunya Rugayah.

Dato’ Onn bin Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu.

Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan. Bapanya Datuk
Ja’afar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. Datuk
Ja’afar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik, Indonesia. Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat,
berketurunan Turki. Dato’ Onn dipelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam

tahun.

Latar belakang pendidikan
Tokoh Pemimpin

Dato’ Onn b. Ja’afar

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke
England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu
Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun. Kemudian beliau belajar di sekolah
Aldeburg Lodge School, Suffolk di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di
England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi
pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar sehingga 1911.

Kerjaya Tokoh Pemimpin

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan

Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British

(British Advisor).
Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan

dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu
Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Dato’ Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian
dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang
berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

Kerjaya Tokoh Pemimpin

Atas perintah Sultan Ibrahim, Dato’ Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai
1917, berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General
Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim
disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan
termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau
balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah.

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun
berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.

Kerjaya Tokoh Pemimpin

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin
Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya
menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Dato’ Onn bertindak sebagai pengarangnya.

Pada tahun 1936 Dato’ Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Walau bagaimanapun, Dato’ Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun
1938 beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oleh
Sultan sama ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.

Dato’ Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di San Francisco, Amerika
Syarikat dalam tahun 1938. Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Dato’ Onn dengan Sultan, kedudukan
Dato’ Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu,
Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945.

Sumbangan Tokoh Pemimpin

Dato’ Onn b. Ja’afar
Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu
Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac
1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu
dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan
Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu
dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.

Sumbangan Tokoh
Pemimpin

Dato’ Onn b. Ja’afar
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang
melahirkan UMNO dengan Dato’ Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober
1946, Sultan Ibrahim melantik Dato’ Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor. Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah

dan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan tersebut.
Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Dato’ Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa

kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan
atau memimpin UMNO. Dato’ Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946,
kepimpinan Dato’ Onn menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya

Persekutuan Tanah Melayu.

Sumbangan Tokoh Pemimpin

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Usaha-usaha Dato’ Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya
keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan dalam kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh
suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan
bangsa Melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan. Pemerhatian yang dibuat oleh Dato’ Onn ada dinyatakan didalam
ucapannya :

“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai British sahaja tetapi diluaskan kepada tiap-tiap orang
Eropah di dalam pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-bagai cara lain lagi terdapat layanan yang
sama itu diketepikan. Apa yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan pegawai-pegawai kanan Melayu yang berada di dalam
perkhidmatan awam itu telah tertolak ke bawah oleh satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-pentadbir bagi jawatan yang lebih
tinggi itu.”

Sumbangan Tokoh
Pemimpin

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Ke-6 pada 25 dan 26 Ogos Dato’ Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua
UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Dato’ Onn dan ia sendiri pernah dituduh
sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Sebenarnya Dato’ Onn telah mendahului zamannya; orang-orang melayu masih tidak dapat bersetuju UMNO menerima keahlian
semua kaum sahaja. Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat diterima walaupun
kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi keada kaum-kaum lain.

Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui parti Perikatan (yang bagaimanapun
mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya).

Dato’ Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam
masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain
dan mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Sumbangan Tokoh
Pemimpin

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga
membenarkan seornag wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu. Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah, Dato’ Onn telah
dilantik menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Dalam
bidang pelajaran, nama Dato’ Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain
‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.

Setelah meninggalkan UMNO Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi tidak berjaya mendapat
sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi
pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Dato’ Onn dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak
berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair.

Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihanraya
Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat politiknya
dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan parti-parti lain.

Sumbangan Tokoh Pemimpin

Pada tahun 1962, Dato’ Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bahru. Perjalanan perjuangan Dato’
Onn adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu kita selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan
terhadapnya, tiada siapa pun dapat melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran
dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui
semua kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak
kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa ynag menakjubkan.
Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau wujud untuk memegang teraju
pimpinan orang-orang melayu dan membentuk corak olitik yang akan diikuti kemudian.

Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 di Johor Baharu.

Nilai Kepimpinan yang boleh dicontohi oleh
generasi sekarang

 Seorang pemimpin berjiwa rakyat
 Seorang pemimpin yang berani, tegas dan berpendirian
 Sanggup berkorban untuk bangsa dan negara demi perpaduan kaum
 Tidak kenal erti putus asa, sentiasa berjuang mempertahankan bangsa dan

agama hingga ke nafas terakhir.
 Berpandangan jauh ke hadapan
Seorang pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab
 Seorang pemimpin bijak, jujur, ikhlas dan bertimbang rasa

Penutup

Dato’ Onn bin Ja’afar
Dato’ Onn Ja’afar telah gagal dalam perjuangan politiknya. Asas tanggapan ini adalah kerana beliau memilih untuk tidak terus memimpin Umno, dan
kerananya tidak pula dapat memimpin negara sebagai Perdana Menteri, sebagaimana penggantinya sebagai Yang Dipertua Umno, Tunku Abdul Rahman. Namun,
apakah perjuangan seseorang tokoh politik itu hanya wajar dinilai sebagai berjaya apabila ia memegang tampuk kekuasaan negara? Walhal, begitu ramai pemimpin
muncul silih berganti, zaman-berzaman, mencurahkan bakti perjuangan dalam sejarah panjang pembentukan negara kita, yang bebas lagi merdeka ini.
Dato’ Onn bukan teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada 1957, tetapi beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan
kepada bangsa.
Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari Umno, pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan,
tetapi inti perjuangannya terpahat dengan teguh. Laungan perjuangan Hidup Melayu yang dicetuskannya, lebih 60 tahun lalu, tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat
dengan isi perjuangan membela kedudukan Raja-Raja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Pemimpin disanjung tinggi budinya
Perjuangan yang panjang berjiwa besar,

Menjadi tauladan generasi muda.
Walau hilang ditelan zaman dalam ingatan tetap segar

Sumber Rujukan

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
• https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
• Buku teks Sejarah Tahun 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka edisi

2020.

Sekian,
terima kasih


Click to View FlipBook Version