The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arina syahirah, 2020-12-29 22:10:58

LAPORAN PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI 2020

LAPORAN PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI 2020

• Tuan PPD mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberikan
komitmen yang baik dalam melaksanakan tugas dan amanah sepanjang
berada di PPD. Beberapa program bersama YB Halimah, Majlis Daerah &
Majlis Perbandaran sempena menghias bangunan sekolah dapat berjalan
dengan lancar dengan adanya kerjasama sektor yang meguruskan .

• Tahniah juga kepada sektor yang Berjaya melaksanakan dan menyelesaikan
program yang dirancang seperti Program bersama Pembantu Murid (PPM),
Pembantu Makmal dan Keptan.

• Bangunkan sumber manusia seperti mengadakan kursus dari segi
pengetahuan atau skill untuk membetulkan attitude sebagai penjawat awam
samada guru atau AKP.

• Sistem pengurusan Kualiti harus sentiasa diperbaiki setiap organisasi.
Contohnya surat keluar harusklah disemak dahulu dari segi saiz font, ada
maklumat yang tepat, ada penyedia dan disahkan. Tambah baik dari segi
sistem pengurusan.

• Berkaitan intergriti dan Akauntabiliti dalam melakukakn tugas. Tuan PPD
memaklum menerima surat daripada KSU KPM iaitu Surat Teguran pertama
“Kegagalan pembayaran bil dan tuntutan dalam tempoh 14Hari”. KPM sangat
series dalam pengurusan kewangan khususnya pembayaran bil. KPM
meletakkan KPI pertama” tidak ada bil lebih 14hari”.

• Dalam urusan kewangan bukan hanya melibatkan sektor kewangan sahaja
malah penyedia, syarikat, peraku 1 dan peraku 2 harus lebih berhati-hati dan
peka.

• Pemantauan yang dibuat oleh KPM terhadap PPDKT adalah pemantauan
selama 3 bulan berturut-turut . Jika gagal tatatertib akan diambil.

• Tuan PPD juga memberitahu lawatan EXCO pendidikan akan turun ke daerah
Kota Tinggi pada 03/09/2020. Selain slot melawat projek pembangunan, EXCO
akan bertemu warga PPDKT. Mohon semua ada masa itu.

• Dialog prestasi bersama-sama kepimpinan sekolah juga dihadiri pihak JPN
Johor.

EN. ZAMRI BIN SAFRI

• Memberitahu bahawa Pelaksanaan Kokurikulum boleh dijalankan mulai
01/09/2020 dengan mematuhi garis panduan Kokurikulum.

• Memberitahu kenaikan pangkat Cik rahida Binti Rasad N26 ke SMK
Laksamana.

HAJI ZULKIFLI BIN MOHAMED

• Satu Lawatan ke SJK T Jalan Tajul yang baharu pada 03/09/2020.
• Dialog Prestasi juga akan berlangsung pada 06/09/2020 hingga 09/09/2020
• Mesyuarat Jawatankuasa Induk akan bermesyuarat pada 1 atau 2hb/92020.

Tarikh sebenar akan diberitahu kelak.

EN. ZAYADI BIN HASSAN

• Mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai yang Berjaya meraikan
Program Profesional untuk Tn Haji Azazlan yang akan bersara pada tahun
hadapan.

• Pegawai yang terlibat dalam program ini, jika tidak dapat menghadiri
maklumkan pad En. Pahlawi

EN. SHAMSUDIN

• Mengucapkan tahniah kepada Puan Khaidiatun Binti atas penganugerahan
Perkhidmatan Cemerlang (APC) oleh JPN Johor.

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.50 pagi Disahkan oleh:

Disediakan oleh: (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pegawai Pendidikan Daerah
(SITI ZALILI BINTI ABDUL KARIM) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Pembantu Tadbir,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Tarikh:
Tarikh: 27 Ogos 2020

Nota:

Dokumen asal yang bertanda tangan boleh dirujuk di Sektor Perancangan, PPD Kota Tinggi
Terima kasih.

LAPORAN PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL1 SEPTEMBER 2020

TARIKH: 3 SEPTEMBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI CENDANA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz Mohd Sa’aban bin Anton
Surah : Al-Fath
Ayat : 1-9

2. PROGRAM MUTIARA ILMU
Tajuk: Lesen Memandu di UK- Kupasan Buku Lost In Sekutland
Penyampai: Puan Zaimedah binti Abdul Hamid

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

3.1.1 Alhamdulillah terima kasih kerana semua pegawai dan AKP yang hadir pada
hari ini.

3.1.2 Terima kasih kepada Puan Zaimedah atas perkongsian ilmu itu td. Semoga kita
semua mendapat manfaat daripada perkongsian tersebut.

3.1.3 Ucapan syukur kerana diberi kesihatan yang baik
3.1.4 Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua

pegawai dan staf yang terlibat dalam program Sambutan 50 Tahun Rukun
Negara di Jublin Intan Sultan Ibrahim. Tahniah kepada peserta koir, Ikrar dan
sajak.
3.1.5 Program bersama KEJORA. 3 sekolah yang terpilih telah dibekalkan tablet.
Semoga dengan pemberian tablet tersebut digunakan sebaiknya.
3.1.6 Program Pre-Verifikasi Penarafan Kecemerlangan PPD(KPPD) diadakan pada
10/9/2020. Audit daripada JPN akan ke PPD Kota Tinggi. Mohon kepada semua
yang terlibat dapat bersedia dengan dokumen masing-masing.

3.1.7 Pada 15/9/2020 akan diadakan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi di Mersing.
Jika ada isu atau pelaporan mohon maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli bin
Mohamed, Sektor Perancangan.

3.1.8 Beliau juga memaklumkan, pada 15/9/2020 pihak IAB akan ke PPD Kota Tinggi
bagi tujuan konsultasi.

3.1.9 Verifikasi Penarafan Kecemerlangan PPD akan diadakan pada 20 September
2020 dan 21 September 2020. Auditor daripada luar akan hadir ke PPD pada
hari berkenaan. Mohon kepada semua pewai dan AKP supaya dapat
memberikan kerjasama dalam program tersebut.

3.1.10 Dialog Prestasi Kurikulum akan diadakan pada 23 September 2020 melibatkan
Pengetua SM daerah Kota Tinggi. Dalam program tersebut akan dihadiri oleh
pihak JPN. Proses yang sama juga berlaku sekiranya pihak sekolah membuat
Dialog Prestasi. Di mana pihak PPD atau sekurang-kurangnya pegawai aflisiasi
akan turun ke sekolah untuk sama-sama menjayakan Dialog tersebut.

3.1.11 Pada petang ini akan diadakan Majlis Lawatan Kerja oleh Yang Berbahagia
Tuan Haji Mazlan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Penerangan, Warisan dan Budaya ke PPD Kota Tinggi. Semoga majlis dapat
berjalan dengan lancar.

3.2 En. Nor Azan bin Hamin

3.2.1 Kelab Mesra menganjurkan Kejohanan Petaque bagi Warga PPD Kota Tinggi.

Kategori :

Lelaki : double
Perempuan: Double

VVIP= PPD
- TPPD
- SIP+

Penyampaian surat kenaikan pangkat DG42 ke DG44 oleh Tuan haji Mohamad Fadil
bin Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi kepada Tuan Haji Ishak bin Ismail.

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.10 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NAZATUL SHIMA BINTI RAZIK) (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pembantu Tadbir, Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Tarikh: Tarikh:





LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL 3 SEPTEMBER 2020

TARIKH: 17 SEPTEMBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI CENDANA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz MaizatulAkmam Buhori bin Mohd Ali
Surah : Al-Fath
Ayat : 16-23

2. PROGRAM MUTIARA ILMU
Tajuk: 77 silap mata profesional
Penyampai: Encik S.Arman bin Salikin

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

3.1.1 Ucapan terima kasih kepada En. S. Arman bin Salikin di atas perkongsian ilmu
itu tadi. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada ilmu silap mata. Kemahiran
yang boleh menarik minat pelajar.

3.1.2 Tuan pengerusi mengingatkan supaya segala urusan kerja dapat diselesaikan
mengikut jadual yang telah dirancang.

3.1.3 Precouncil PKPPD telah dilaksanakan pada 10 September 2020. Terima kasih
kepada Encik Sahri bin Ammat sebagai Pegawai Meja. Mohon segala teguran dapat
dibuat penambahbaikan.
3.1.4 Audit PKPPD akan diadakan pada 27 dan 28 September 2020. Semoga kita
semua dapat bersedia dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan
dengan baik.

3.1.5 Pada 14 dan 15 September, seramai 2 orang daripada pihak IAB telah hadir ke
PPD bagi program Schorlaly IAB bersama pegawai di PPD. Ini merupakan fasa
pertama.

3.1.6 Ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan kerana mewakili
beliau dalam beberapa program sepanjang ketiadaan beliau yang menghadiri
mesyuarat di Mersing. Dapatan mesyuarat:

• Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Sektor Infra terutamanya
kepada Encik Mohamad Azazlan dan Puan Roshayu kerana telah dapat
menguruskan kewangan bagi projek-projek pembangunan dengan baik.

• KPI Pengarah – memastikan tiada bil yang dibayar melebihi 14 hari. Beliau
mengharapkan perkara tersebut tidak berlaku lagi. Penyedia LO perlu
bertanggungjawab memastikan LO yang dibuat telah selesai sehingga
pembayaran dibuat.

3.1.7 e Cencus- banci bersama perangkaan pada petang ini. Perlu diselesaikan
sehingga hujung bulan September 2020. Semoga penerangan yang diberikan pada
petang ini dapat membantu pihak sekolah.

Tindakan: makluman

3.2 En. Samsudin bin Mohd Aripin
Timbalan PPD (Pembelajaran)

3.2.1 Program Scholarly Konsultasi bersama Pensyarah IAB telah diadakan pada 14
dan 15 September 2020 melibatkan semua ketua unit /Timbalan PPD. PSO akan
tamat pada 2020 dan akan memulakan proses intervensi..

• Focus pada data
• Perlu lihat punca utama isu – perinci dan cari alternative penyelesaian masalah
• Pembudayaan PLC di sekolah-sekolah

3.2.2 Bengkel Persediaan SPM dan STPM 2020 diadakan pada 17 September 2020
jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Seri Kenanga. Penglibatan 5 Pengetua Sekolah
Menengah dan beberapa pegawai di PPD

3.2.3 Peperiksaan SPM bermula pada 6 Januari 2020

3.2.4 Perekodan dan pelaporan perlu dibuat. Dan perlu dimasukkan ke dalam online
BPK

3.2.5 Pengemaskinian SAPS perlu diisi. Tarikh pengisian untuk peperiksaan
pertengahan tahun pada 1/9/2020 hingga 30/9/2020. Manakala percubaan pada
5/105/11/2020

3.2.6 Perubahan nama JKD. Dicadangakan nama berikut:
• Permuafakatan Strategik Kurikulum Daerah Kota Tinggi

• Peneraju Kebitaraan subjek Daerah
• Cendekia Bitara Subjek Daerah

3.2.7 PKPPD - Mohon pegawai yang menguruskan dokumen akademik bagi tahun
2019 supaya dapat sama-sama membantu menyediakan dokumen untuk persediaan
audit yang akan diadakan pada 27 Disember 2020 nanti.

Tindakan: makluman

3.3 En. Mahfudz bin Miskam
Pegawai SIS+ (TVET)

3.3.1 kajian Tindakan- sebelum ini hanya difokuskan kepada guru sahaja tetapi kini
diperluaskan kepada semua. Jika ada inovasi yang ingin diutarakan boleh maklumkan
kepada beliau

Tindakan: makluman

3.4 En. Roslan bin Mohd Noh
Pen. PPD Hal ehwal Murid

3.4.1 Majlis Send Off En. Rahmat dan En. Fauzi akan diadakan pada 20 September
2020 jam 2.00 petang di Dewan Seri Cendana

3.4.2 Aktiviti Kelab Kokorikulum:
• 3 Oktober 2020 – Petanque

Tempat : SMK Semenchu

• 1 Oktober 2020 – Boling (Khamis)
Ditaja oleh Kabin Md Syah
Penyertaan – 6 orang Kelab mesra wanita
- 21 orang lelaki
Setiap pemain akan dikenakan bayaran

Tindakan: makluman

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.06 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NAZATUL SHIMA BINTI RAZIK) (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pembantu Tadbir, Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Tarikh: Tarikh:

Nota:

Dokumen asal yang bertanda tangan boleh dirujuk di Sektor Perancangan, PPD Kota Tinggi
Terima kasih.

LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL.1 OKTOBER 2020

TARIKH: 1 OKTOBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI CENDANA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz MaizatulAkmam Buhori bin Mohd Ali
Surah : Al-Fath
Ayat : 24-29

2. PROGRAM MUTIARA ILMU
Tiada

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi
3.1.1 Kes penularan wabak virus covid semakin meningkat. Semoga kita semua
mengikut SOP yang ditetapkan.
3.1.2 Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah telah diadakan pada 27
dan 28 September 2020. Sasaran kita telah mencapai 5 bintang. Tahniah kepada
semua yang terlibat. Semoga semua amalan baik yang dilakukan dapat diteruskan.
3.1.3 Task force perubahan atau cadangan dimana SMK Tanjung Pengelih
ditukarkan sebagai Kolej Vokasional dan perkara tersebut telah dipesetujui oleh
KPM dan kerajaan negeri. Pada hari ini akan diadakan lawatan tapak ke sekolah
tersebut. Dijangkakan operasi sekolah pada tahun 2024
3.1.4 Terima kasih kepada Tuan Haji Abd Latif bin Samah dan Unit Infra kerana
telah dapat menyediakan kerusi baharu untuk kegunaan pejabat.
3.1.5 Tahniah kepada penyelaras kolokium Ts25 yang dilaksanakan pada 30
September 2020.

3.1.6 Penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke IPTA dan IPTS adalah di bawah Program Prihatin Pendidikan P156 2020
diadakan pada 27 September 2020 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim. Sumbangan
telah disampaikan oleh YB Datuk Halimah binti Mohamad Saddique.

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.06 pagi Disahkan oleh:

Disediakan oleh: (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pegawai Pendidikan Daerah
(NAZATUL SHIMA BINTI RAZIK) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Pembantu Tadbir,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Tarikh:
Tarikh:





LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL 3 OKTOBER 2020

TARIKH: 15 OKTOBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI - 9.30 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI KENANGA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz Maizatul Akmam Buhori bin Mohd Ali
Surah: Al-Hujurat Ayat 12-18

2. PROGRAM MUTIARA ILMU
Tajuk: Forensik Kewangan
Penyampai: Hj Hasrin bin Ab Samad

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Haji Mohamad Fadil Bin Ishak
• Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Maizatul Akmam Buhori bin

Mohd Ali kerana mengetuai bacaan al-Quran serta Hj Hasrin bin Ab Samad atas
perkongsian ilmu tentang forensik kewangan.

• Mesyuarat Covid 19 peringkat daerah Kota Tinggi, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi melihat
ada kebimbangan dan berharap kita sentiasa dilindungi kecuali jika ia berlaku atas
kecuaian diri sendiri kerana tidak mengikuti peraturan meskipun penguatkuasaan
dilaksanakan.

• Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Selangor serta didapati terdapat 3 kluster baharu di daerah Johor Bahru,
Pontian dan Batu Pahat yang dilihat semakin tersebar di beberapa daerah.

• Tuan pegawai telah mengumumkan 2 buah sekolah di Johor yang telah diarah tutup iaitu
SK Masai dan SMK Taman Rinting 2. Beliau berharap supaya sekolah-sekolah di daerah
Kota Tinggi sentiasa dilindungi.

• Pengerusi menyampaikan ucapan tahniah daripada Pengarah Pendidikan Negeri Johor
di atas pencapaian cemerlang dalam Penakrafan Kecemerlangan PPD Tahun 2019. 7
buah PPD telah mendapat takrafan 5 bintang dan 4 daerah dengan markah telah
meningkat.

• Terdapat 2 program besar di peringkat jabatan iaitu Mesyuarat Pengurusan Aset Kerajaan
dan Kewangan Akaun serta Dialog Prestasi Peringkat Negeri. Atas sokongan rakan-rakan
segala data maklum balas yang perlu dijawab telah dapat dijawab di mesyuarat dialog
berdasarkan bekalan data yang diberikan.

• Dalam Mesyuarat Dialog di JPNJ, Pengarah telah menekankan peranan Pegawai Angkat
sangat penting dalam membimbing pihak sekolah. Pegawai juga perlu tahu dalam semua
aspek. Jabatan telah mengagihkan setiap PPD 3 orang pegawai angkat mengikut jabatan
yang akan membantu dan surat rasmi akan dikeluarkan. Pegawai angkat PPD Kota Tinggi
ialah En Nazarudin daripada Sektor Pengurusan Sekolah, En Mohd Hanafi Ali Sektor
Pembangunan Murid dan En Jamaludin Zakaria Sektor Pembelajaran.

• Fokus utama jabatan ialah pelajar SPM.
• Program Delima atau Google Classroom, sekolah seluruh negeri akan diadakan semakan

bulanan dimana sekolah yang masih tidak bekerjasama perlu terlibat.

3.2 En. Samsudin Bin Mohd Aripin
• Kesemua warga PPD Kota Tinggi perlu mengambil berat tentang langkah-langkah yang

perlu diambil dan bertindak secara pantas bagi menjamin keselamatan bangunan di PPD
Kota Tinggi jika berlakunya kebakaran sama ada kecil atau besar.

• Beliau melihat tiada prosedur yang lengkap untuk diikuti jika berlaku kebakaran yang
besar dimana lokasi atau tempat yang sesuai bagi warga PPD Kota Tinggi berkumpul juga
tidak ditetapkan.

• PPD Kota Tinggi memiliki banyak pintu yang dapat diakses untuk masuk dan keluar pada
setiap unit, oleh itu surat peringatan akan dikeluarkan bagi setiap unit supaya menyemak
tahap keselamatan kunci yang disediakan pada pintu serta almari fail yang dimiliki oleh
setiap unit.

• PPD Kota Tinggi menyimpan pelbagai dokumen yang penting dan sulit, bagi menjamin
keselamatan perkara ini prosedur keluar masuk pelawat ke dalam pejabat perlu diperbaiki
supaya mereka yang memiliki urusan penting sahaja dibenarkan untuk memasuki
kawasan pejabat.

• Pendaftaran Manual PdP di Rumah yang akan disampaikan oleh Sektor Pembelajaran
PPD Kota Tinggi pada 9.30 pagi bertujuan untuk memberi kefahaman kepada mereka
yang terlibat tentang apa yang akan berlaku serta digunakan ketika menjalani
pembelajaran di rumah.

• Pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memberikan
sumbangan kepada daerah Kota Tinggi dalam Program Inspirasi YaPEIM 2020 dengan
menyumbangkan 600 unit modul pembelajaran bagi subjek Sejarah dan Bahasa Melayu
yang akan diberikan kepada 10 buah sekolah terpilih yang berfokuskan kepada kelompok
sederhana dan berpendapatan B40.

3.3 Cik. Ismaliza Binti Ismail
• Warga PPD Kota Tinggi dapat menuntut Panjar Wang Runcit (PWR) di Unit Kewangan

sebanyak RM100 sahaja yang disertakan bersama dokumen yang diperlukan iaitu resit
dan surat panggilan mesyuarat atau taklimat.
• Beliau turut memperingatkan semua warga PPD Kota Tinggi supaya menyeragamkan
kepala surat (letter head) bagi semua sektor. Pihak Sektor Pengurusan juga akan
mengeluarkan contoh format kepala surat (letter head) yang berkenaan sebagai rujukan
semua sektor.
• Dapatan Audit Naziran Kewangan memohon kepada semua pihak PPD Kota Tinggi
supaya mengambil maklum dimana setiap dokumen yang berkaitan dengan kewangan
perlu disertakan bersama tarikh bagi mengelakkan teguran daripada pengauditan.

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.25 pagi. Disahkan oleh:

Disediakan oleh: (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pegawai Pendidikan Daerah,
(ZUYYINAH BINTI HAMSAH) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Urus Setia,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Tarikh:
Tarikh: 18 Oktober 2020

LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL 4 /2020

TARIKH: 22 OKTOBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.05 PAGI
TEMPAT: DEWAN CENDANA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Tuan Haji Mohamad Fadil Bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz Mohd Sa’aban bin Anton
Surah : Qaf ayat 1 hingga 10

2. PROGRAM MUTIARA ILMU

Tajuk : Meneroka Khasiat Tempe

Penyampai : Cikgu Mohd Arbain Bin Mohd Ramly

Tajuk : Katak

Penyampai : Cikgu Mohd Hairizan Bin Tukirin

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Tuan Haji Mohamad Fadil bin Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

• Terima kasih kepada Ustaz Mohd Sa’aban Bin Anton kerana mengetuai bacaan
Al-Quran tersebut.

• Terima kasih juga kepada Cikgu Mohd Arbain Bin Mohd Ramly dan Cikgu
Mohd Hairizan Bin Tukirin atas perkongsian ilmu itu tadi juga berterima kasih
kepada semua yang hadir pada hari ini.

• Untuk tahun 2020 masih ada lagi 10 minggu dan PPDKT akan mempunyai 2
@ 3 bilik mesyuarat.

• Syukur dapat menziarahi Cik S. Arman yang kini sedang cuti sakit dan berdoa
agar beliau cepat sembuh.

• Berkenaan wabak Covid-19, terdapat 8 kluster yang baharu dikesan. Terdapat
1 sekolah di Negeri Kedah telah ditutup manakala 2 sekolah ditutup di negeri
Perak.

• Tuan PPD menegaskan tiada aktiviti dibuat yang melibatkan pelajar. Kita harus
akur dengan keputusan yang dikeluarkan. Terdapat 1 kes pelajar pengsan
ketika perhimpunan di sekolah.

• Tuan PPD mengingatkan lagi bahawa kita perlulah sentiasa mematuhi SOP
yang telah ditetapkan. Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Johor Bahru kini berada
di Zon Kuning.

• Semua Taklimat, Bengkel atau mesyuarat hendaklah ditangguhkan dan diubah
secara online.

• Tuan PPD mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberikan
komitmen yang baik dalam TS25.

• Tahniah kepada pengurusan kewangan yang Berjaya mendapat Dapatan
Naziran Perakaunan “Cemerlang”. Walau banyak perkara yang ditegur namun
keputusan nya sangat membanggakan.

• Namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan berjanji tidak akan
mengulangi kesilapan itu lagi di masa akan datang.

• Antara kesilapan yang ditemui oleh pihak naziran adalah: -

1- Salinan surat tidak disahkan
2- Aset yang dinilai tidak sama apa yang dinilai (tinggi)
3- Tidak menepati pekeliling kewangan
4- Dokumen tidak disertakan.

• Tuan PPD meminta agar setiap dokumen yang dilampirkan haruslah disemak
dahulu. Untuk penyedia, tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan baik.

• Tuan mengucapkan terima kasih kepada semua atas kebersamaan dalam
perhimpunan Profesional pada pagi ini.

EN. MOHD ARBAIN BIN MOHD RAMLY

• Kemasukkan Pelajar Praktikal Seramai 4 Orang Iaitu: -

1. Saudari Nabila ~ Sektor Peperiksaan
2. Saudari Nurmirza Afika ~ Sektor Pengurusan Sekolah
3. Saudari Noraina Binti Zainuren ~ Sektor Pembelajaran
4. Saudari Maiza Nur Syafeenaz Binti Abd Majid ~ Sektor Pembangunan

Murid

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.05 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(SITI ZALILI BINTI ABDUL KARIM) (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pembantu Tadbir, Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Tarikh: 22.10. 2020 Tarikh:

Nota:
Dokumen asal yang bertanda tangan boleh dirujuk di Sektor Perancangan, PPD Kota Tinggi.
Terima kasih.

LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI BIL.1 NOVEMBER 2020

TARIKH : 5 NOVEMBER 2020
HARI : KHAMIS

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI CENDANA,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:

Seperti di lampiran

PENGERUSI:

Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM:
1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

Pemimpin: Ustaz Maizatul Akmam Buhori bin Mohd Ali Surah
: Yasin

2. PROGRAM MUTIARA ILMU
Penyampai : Haji Ishak bin Haji Ismail
Tajuk : Menerobos Sempadan Diri

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Ucapan Pengerusi
Tuan Haji Mohamad Fadil bin Ishak – Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

3.1 Pengerusi memanjatkan rasa syukur di atas kehadiran semua pegawai dan AKP
dalam majlis kali ini.

3.2 Beliau juga mendoakan kesejahteraan Encik S.Arman bin Salikin supaya kembali
sihat seperti sedia kala.

3.3 Sebagai penjawat awam tertakluk kepada etika dan peraturan yang ditetapkan.
Mohon tidak membuat spekulasi di dalam media sosial. Intergriti perlu dijaga

3.4 Penularan Covid-19 semakin berleluasa. Kes semakin meningkat. Kawal
pergerakkan kita dan jaga jarak. Pastikan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 3.5
Terima kasih kepada yang terlibat dalam merealisasikan Pelan Perancangan Strategik
(PSO) untuk masa akan datang. Mudah-mudahan tugas yang dirancang dapat
dilaksanakan . Mid year report untuk 96 buah sekolah dapat dilihat melalui report yang
akan dihantar oleh pihak sekolah

3.2 Haji Zulkifli Bin Mohamed –Timbalan PPD Perancangan

3.2.1 Mohon kepada semua supaya dapat menjaga jarak dan mengikut SOP yang telah
ditetapkan. Perlu diingatkan juga kepada pihak sekolah supaya dapat menjaga sensitiviti dan
tidak menyebarkan gambar yang tidak mengikut SOP di media sosial.

3.2.2 Dialog Prestasi Kurikulum bil.4/2020 akan diadakan pada 10/11/2020 di Dewan Seri
Cendana. Lebih berfokuskan kepada peperiksaan SPM berdasarkan percubaan SPM.

3,2,3 Pre Council akan diadakan pada hari khamis di Bilik Mesyuarat Seri Kenanga. Mohon
kepada semua pegawai Aflisasi sekolah supaya dapat mengingatkan PGB di sekolah untuk
menghantar Laporan Dialog Prestasi Sekolah.

3.2.4 Bengkel Perancangan Strategik (PSO) 2021-2025. Perkara –perkara yang perlu
penambahbaikan perlu dihantar kepada urus setia.

3.3 En.Samsudin Bin Mohd Arifin – Timbalan PPD Pembelajaran

3.3.1 Pelaksanaan Dialog Prestasi sebanyak 4 kali setahun. Tindakan
sebelum Dialog Prestasi bermula

• ahli telah dipilih
• keputusan dibuat semasa perbincangan
• rumusan Dialog Prestasi dibuat dalam minit mesyuarat

Tindakan selepas Dialod Prestasi:
• maklum balas perlu ada dan dijawab
• buat pelaporan mengikut DTP 2.0

3.3.2 Pencapaian bagi Tahun 2019
GPS = 4.88
Peratus = 88.62%
Cemerlang = 73 orang

Sasaran bagi SPM 2020
GPS = 4.7
Peratus = 96.2%
Cemerlang = 75 orang

3.4 Encik Zamzure bin Yusup –Pen. PPD Sumber Dan Teknologi Pendidikan

3.4.1 DTP – telah diwujudkan dashboard untuk DTP. Pegawai perlu memasukkan dalam
dashboard dengan ringkas. Bagi penyebaran makluman awal.

Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

NAZATUL SHIMA BINTI RAZIK HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK
Pembantu Tadbir Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Kota Tinggi





LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL12/2020

TARIKH: 19 NOVEMBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.00 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI KENANGA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz Maizatulakmam Buhori bin Mohd Ali
Surah: Yassin (tahlil ringkas untuk arwah ayah Cik Salmiah)

2. PROGRAM MUTIARA ILMU
Tajuk: Perang Rasulullah
Penyampai: En Hj.Noor Khairri bin Pungut

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

• Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En Maizatulakmam Buhori bin
Mohd Ali kerana mengetuai bacaan yassin tersebut serta terima kasih kepada Hj
Noor Khairri bin Pungut atas perkongsian ilmu tentang Perang Rasulullah itu tadi.

• Beliau memanjatkan kesyukuran kerana covid di negara kita turun hanya 3 kes dan
pesakit yang aktif hanya tinggal 8%, secara global penularan telah melibatkan 11 juta
penduduk dunia dan kematian telah melebihi 500,000 iaitu setengah juta. Sehingga
kini jumlah kematian di Malaysia adalah sebanyak 121 kematian. Di Australia juga
sudah diistiharkan perintah berkurung apabila gelombang kedua naik secara
mendadak.

• Kita juga bimbang kerana Pendidikan adalah kelompok yang paling besar apabila
pelajar-pelajar bermula bersekolah, perkara ini juga perlu diurus dengan sebaik
mungkin.

• Pada 8 Julai 2020 diistiharkan kluster yang terbesar di Petaling telah tamat dan tiada
penularan, ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, pihak Pejabat
Kesihatan juga menyatakan dalam mesyuarat majlis tindakan iaitu berkaitan
pembunuh senyap denggi di johor dan kota tinggi adalah khususnya di Kawasan
yang sangat membimbangkan dengan cuaca pada masa ini hujan dan panas
membolehkan lagi pembiakan dengan lebih banyak.

• Pihak pengurusan dan juga rakan-rakan Timbalan mengucapkan terima kasih diatas
komitmen dan kerjasama rakan-rakan dalam mengendalikan beberapa program
yang lepas bersama-sama pihak luar iaitu bersama yang berbahagia dan berhormat
Dato Seri Dr Adham bin Baba.

• Tuan pengerusi menyatakan dalam mesyuarat pengurusan iaitu Haji Zulkifli bin Hj
Mohamed juga telah dilantik oleh pegawai-pegawai perhubungan parlimen untuk
memudahkan lagi urusan dan juga terdapat 3 parlimen dan 6 dun juga mendapat
banyak manfaat yang diperoleh pada YB dan juga wakil rakyat.

• Tuan Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
membantu menjayakan lawatan rasmi Pengarah Bahagian Pendidikan Latihan KV
turun ke SMK Tanjung Pengelih dan sekolah sekitar tersebut, bagi tujuan saranan
untuk menukarkan SMK Tanjung Pengelih kepada KV (Kolej Vokasional). Asset yang
ada di Tanjung Pengelih juga ada 30 bilik darjah dan yang digunakan hanya 5 bilik
sahaja.

• Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan (Pegawai)
khususnya yang terlibat dengan diskusi bersama guru besar pada hari Isnin 6 Julai
2020 dan akan terus mendapat makluman-makluman dari pelaksana sendiri.

• Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Sektor Pembangunan Murid
apabila kerana berkoloberasi dengan Petronas juga, Petronas juga menyampaikan
hand sanitizer kepada 13 buah sekolah. Salah satunya adalah Sek Keb LKTP
Kledang Dan Sek Keb LKTP Adela mendapat 200 liter hand sanitizer.

• Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana pada 8 Julai 2020 terdapat
penataran bersama pengetua dan guru besar sekolah menengah dan sekolah
rendah.

• Pada hari ini, terdapat penataran tuan PPD bersama En Samsudin bin Aripin
bersama Sektor Pembelajaran, untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
sepanjang PKPP diadakan 9 Julai 2020 jam 10 pada hari ini.

• Pada 12hb (petang) telah diadakan Bicara Professional bersama-sama dengan
Timbalan Pengurusan Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu En Ab
Rahim bin Lamin. Beliau juga akan pergi ke daerah-daerah yang berkenaan.

• Tuan Pengerusi mengumumkan pelantikan Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor
Pembelajaran) yang baru dari Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Shahilon bin Abd Halim
yang telah diberikan amanah untuk menerajui Sektor Pembelajaran.

• Beliau mengingatkan kepada semua Pegawai dan AKP, pada Julai ini akan ada
naziran di PPDKTG dan mohon kepada semua supaya mengambil tanggungjawab
supaya asset yang tidak berkenaan, asset persendirian dan asset yang sudah
dilupuskan diuruskan dengan sebaik mungkin supaya naziran hadir untuk
mengelakkan daripada teguran.

• Pada minggu hadapan 13 Julai 2020 akan diadakan mesyuarat kewangan pada
peringkat negeri. Kepada yang terlibat dengan urusan unit kewangan,laporan dan
sebagainya membantu untuk memberikan laporan lengkap sebelum dibawa ke
peringkat negeri.

• Unit Komunikasi Koperat yang melibatkan semua Pegawai dan AKP tentang
penggunaan jata baru. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan
perubahan yang baru iaitu petukaran penggunaan logo dimulai dengan serta merta
dan perlu menggunakan jata dan logo yang telah diubah dan ini adalah amat segera.

Perhimpunan ditangguhkan pada 10.00 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NORAZYA BINTI MOHD DIN) (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pembantu Tadbir, Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Tarikh: 12/7/2020 Tarikh:

LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL 4 /2020

TARIKH: 26 NOVEMBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN KENANGA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Tuan Haji Mohamad Fadil Bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz Mohd Sa’aban bin Anton
Surah : Qaf ayat 36 hingga 46

2. PROGRAM MUTIARA ILMU

Tajuk : Belajar Hidup Dari Rumi Serpihan-serpihan Puisi Penerang Jiwa

Penyampai : Cikgu Ehsam Bin Abd Hamid

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Tuan Haji Mohamad Fadil bin Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota
Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

• Terima kasih kepada Ustaz Mohd Sa’aban Bin Anton kerana mengetuai bacaan
Al-Quran tersebut.

• Terima kasih juga kepada Cikgu Ehsam Bin Abd Hamid atas perkongsian ilmu
itu tadi juga berterima kasih kepada semua yang mengikuti Perhimpunan
Profesional Minggu melalui google meet.

• Merasakan rasa kesyukuran masih berada di PPD Kota Tinggi dengan
keaadaan covid-19 yang sukar diramal. Berikutan Kota Tinggi berada di Zon
Merah perniagaan hanya boleh beroperasi sehingga pukul 8.00 malam.

• Warga PPDKT Harus patuh dengan segala SOP yang ditetapkan dan sentiasa
berdoa agar Daerah Kota Tinggi kembali hijau.

• Bersyukur juga dengan cuaca yang semakin baik namun di sebelah utara
cuaca tengkujuh telah bermula. Jesteru itu, kita harus berjaga-jaga dalam
mendepani kaedaan ini.

• Jawatankuasa Payung harus bersiap siaga dalam setiap sudut.

• Dalam ucapan Dialog prestasi yang dihadiri oleh Tuan Pengarah sendiri,
memaklumkan bahawa kita hendaklah sentiasa beryukur dalam apa jua
keadaan. Menganggap kejadian banjir dan wabak Covid-19 adalah satu ujian
kita sebagai hamba allah.

• Menegaskan walau apa pun cabaran yang dilalui, khidmat kita harus sampai
ke pelanggan dan sentiasa berada dalam landasan yang betul.

• Rakan –rakan amnya Guru haruslah sentiasa mematuhi arahan-arahan yang
dipinda, dan bersedia dalam pelbagai sudut. Hal ini berikutan, pelajar-pelajar
kini belajar melalui system online. Terdapat masalah seperti tidak dapat
mengakses, tiada peranti yang hanya boleh diakses hanya beberapa orang.

• Mengharap agar guru kreatif dalam membuat pengajaran dan pembelajaran
secara online.

• Mengingatkan agar rakan-rakan guru sentiasa mematuhi arahan kerana daerah
Kota Tinggi masih lagi tertumpu dalam pembelajaran Digital dan PDPR.

• 7 Buah sekolah daripada 13 buah sekolah Negeri Johor yang gagal membuat
PDPR adalah dari Daerah Kota Tinggi. Jesteru itu pegawai Afiliasi harus
mengingatkan kepada GPK untuk memaklumkan kepada guru-guru tentang
perkara ini pembelajaran dari rumah wajib dilaksanakan.

• Menegaskan bahawa sikap Intergriti harus ada dalam setiap penjawat awam.

• Mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Kelab Mesra PPDKT Berjaya
membuat kutipan untuk Barisan Hadapan Negara. Berharap agar dengan
sumbangan ini dapat memberi sokongan kepada pihak KKM khususnya.

EN. MOHD SHAMSUDIN

• Beliau menjawab berikutan 7 buah sekolah yang dimaklumkan sebentar tadi
oleh Tuan PPD bahawa terdapat masalah teknikal kepada sekolah-sekolah
yang berkaitan.

• Beliau juga telah mengambil maklum tentang perkara ini.

HAJI ZULKIFLI BIN MOHAMED

• Mengingatkan bahawa PSO berada dalam fasa terakhir yang akan dikeluarkan
pada akhir tahun.

• Semua sektor perlu mengambil tindakan perkara yang diminta.
• Bagi PSO sekolah, pihak sekolah perlu menyediakan untuk 3 Tahun.

Peringatan ini akan dimaklumkan kepada semua sekolah pada minggu
hadapan.
• Peringatan untuk Laporan BDR, borang BDR haruslah dihantar mengikut sektor
masing-masing. Namun Google form juga hendaklah diisi.
• Memaklumkan tiada kes penambahan bagi Covid-19 diperingkat sekolah.
• Sentiasa patuhi SOP dan boleh mengakses laman MKN, CPCR dan Covid
Malaysia memalui Telegram.

TUAN HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK

• Memaklumkan kenaikan Pangkat DG44 ke DG48

1. Haji Mohamad Azazlan Bin Shamsudin
2. Puan Masnira Binti Ismail
3. En. Tarmizi Bin Mohamad
4. Tuan Haji Latif Bin Samah
5. Ustaz Maizatul Akmam Bin Bohari
• Tahniah diucapakan kepada semua semoga terus berkhidmat dengan
cemerlang

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.05 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(SITI ZALILI BINTI ABDUL KARIM) (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pembantu Tadbir, Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Tarikh: 26.11. 2020 Tarikh:

Nota:

Dokumen asal yang bertanda tangan boleh dirujuk di Sektor Perancangan, PPD Kota Tinggi.
1
Terima kasih.

LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI BIL.1 DISEMBER 2020

TARIKH : 3 DISEMBER 2020
HARI : KHAMIS

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SERI KENANGA,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:

Seperti di lampiran

PENGERUSI:

Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM:
1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

Pemimpin: Ustaz Maizatul Akmam Buhori bin Mohd Ali
Surah : Az-Zaariyaat
Ayat : 1-30

2. PROGRAM MUTIARA ILMU
1. Penyampai : En. Norwanidi bin Hassan
Tajuk : Aku Bukan Malaikat

2. Penyampai : En. Saifuzi bin Mohd Jofery
Tajuk : Gambaran Keseluruhan Menyepadukan Pembelajaran Anak-anak

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Ucapan Pengerusi
Tuan Haji Mohamad Fadil bin Ishak – Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

3.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir sama
dalam bacaan Al-Quran pada hari ini yang dibuat secara atas talian “google meet”.

3.1.2 Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Maizatulakmam Buhori atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

3.1.3 Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan oleh En. Norwanidi bin Hassan
dan En. Saifuzi bin Mohd Jofrry. Semoga segala perkongsian tersebut dapat
memberikan manfaat kepada kita semua.

3.1.4 Penularan covid -19 semakin berkurang di daerah Kota Tinggi. Kini Kluster Jeri di
Sedili Besar. Kita mengharapkan supaya ada pengurangan jangkitan covid-19
dalam masyarakat kita.

2

3.1.5 Terima kasih kepada semua pegawai atas komitmen yang diberikan selama ini.
Proses bimbingan kepada sekolah masih perlu diteruskan memandangkan kita
kini dalam proses TS25 modul ke7. Modul ke-8 akan kita cuba untuk
sempurnakan. Pelaksanaan ini memberikan impak yang baik kepada sekolah.

3.1.6 Tahniah kerana dapat membimbing pihak skeolah terutamanya guru-guru yang

telah banyak memenangi anugerah di peringkat kebangsaan dalam beberapa

kategori berikut:

• Keputusan Kolokium Di Sarawak:

Pra Sekolah = Cikgu Azlina binti Norudin (SK Sungai Telor ) = Perak

Sekolah Rendah = Cikgu Liman bin Hashim (SK Muzaffar Syah) = Perak

= Cikgu Norhanimah binti Muhamad Someran

(SK Taman Kota Jaya) = Perak

= Cikgu Noor Naseffa binti Mohd Nasir

(SKFelcra Sungai Ara) = Perak

Sekolah Menengah = Puan Hajah Minah Selamat (SMK Air Tawar = emas

= Haji Khairun Rashid bin Mohamad

(SMK Tan Sri Jaafar Albar) = Perak

3.1.7 Mohon kepada semua pegawai supaya dapat membuat persiapan untuk
pembukaan sekolah pada tahun 2021. Pengurusan data sekolah perlu lengkap
dan diharapkan kita semua dapat sama-sama berikan bantuan kepada sekolah
yang memerlukan. Pembelajaran di rumah dapat diteruskan. Perlu diingatkan kita
masih dalam PKPB dan mohon di sepanjang tempoh tersebut kita menjaga SOP
seperti yang telah ditetapkan.

3.1.8 Perubahan barisan hadapan yang telah diisi oleh Guru Besar yang berikut:
SK Laksamana = Haji Nizam bin Abd Rahman
SK Gembut = Cikgu Mohammed Hajazi bin Abdul Hamid

3 orang Penolong Kanan telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar.
Antaranya:
• En. Yaakob dari SK Lok Heng Selatan ke daerah Segamat
• Puan Rafidah SK Seri Aman ke daerah Batu Pahat
• Puan Norlela SK Bandar Penawar 2 ke daerah Pontian

13 pergerakan bagi pengisian jawatan telah dibuat. Diharapkan dengan pertukaran
tersebut guru-guru yang dipilih untuk menjadi barisan hadapan di sekolah dapat
memberikan komitmen yang baik dalam pengurusan serta dapat meningkatkan
kecemerlangan sekolah hendaknya.

Pengerusi juga memaklumkan Puan Rohana Guru Besar SK Tanjung Surat telah
bertukar ke daerah Muar. Dan tempat beliau telah digantikan oleh Cikgu Mohd
Akhir bin Othman

3.1.9 Berikut adalah pergerakan guru bagi Sekolah Menengah yang baharu:
• Cikgu Aimoor Afiza binti Mohd Shafri – GKMP Sains Kemasyarakatan SMK Air

TAwar
• Cikgu Abdul Rahim bin Salman – GPK Pentadbiran SMK Seri Aman

3.1.10 Mohon kepada pegawai afliasi supaya dapat berhubung dan membuat bimbingan
ke atas guru-guru yang baru dilantik dalam jawatan tersebut.

3

3.1.11 Pengerusi mengingatkan kepada semua supaya boring tuntutan perjalanan perlu
dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan supaya pengurusan kewangan
dapat berjalan dengan lancar. Mana-mana TNT yang lebih tarikh tidak boleh
dituntut kerana tidak mengikut ketetapan tarikh yang telah diberitahu sebelum ini.

Tindakan: Makluman

3.2 Haji Zulkifli Bin Mohamed –Timbalan PPD Perancangan

3.2.1 Susulan daripada Bengkel Kerja Pitching Perancangan Strategik yang dihadiri oleh
beliau pada 1 Disember 2020 di JPNJ, satu bengkel Pelan Strategik Organisasi(PSO)
untuk PPD Kota Tinggi akan diadakan pada 6 Disember 2020. Mohon kepada sektor
yang terlibat hadir ke bengkel tersebut. Mohon kerjasama semua supaya dapat
menyemak semula PSO yang telah dibuat.

3.2.2 Kepada semua pegawai Aflisasi, untuk Dialog Prestasi 4 telah dikumpulkan semua
maklumbalas daripada pihak sekolah. Semua pegawai boleh mendapatkan maklumat
berkaitan di Bilik Melcia, PPD Kota Tinggi mengikut fail afiliasi masing-masing.
Tindakan: Makluman

Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 9.00 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

NAZATUL SHIMA BINTI RAZIK HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK
Pembantu Tadbir Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Kota Tinggi

Tarikh: 3 Disember 2020 Tarikh :

4

LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL. 2 2020

TARIKH: 10 Disember 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SEMINAR SERI CENDANA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Haji Mohamad Fadil bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz Mohd Sa’aban Bin Anton
Surah : Surah Adh- Dhariyat ayat 31-51

2. PROGRAM MUTIARA ILMU

Tajuk: Panduan Mudah Menjaga Kereta
Penyampai: Mohd Azhar Bin Azis

Tajuk : Motivasi Gaya Rasullullah
Penyampai : Tarmizi Bin Muhammad

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

• Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ustaz Mohd Sa’aban Bin
Anton dengan bacaan surah dan terima kasih juga kepada Cikgu Mohd
Azhar Bin Azis dan Cikgu Tarmizi Bin Muhammad atas perkongsian
buku untuk Program Mutiara Ilmu. Pengerusi juga mengingatkan
kepada semua agar mengawal masa untuk penyampaian Program
Mutiara Ilmu.

5

• Terima kasih juga kepada Sektor Pengurusan kerana telah menjakan
‘Task Force’ untuk baucer bayaran pada tahun 2020.

• Pengerusi memaklumkan terdapat enam program yang akan
berlangsung sepanjang bulan seperti tetetapan berikut :

1. Pre Council DTP – 10 Disember 2020
2. Mesyuarat Pengurusan PPDKT – 13 Disember 2020

3. Dialong Prestasi - 14 Disember 2020

4. Year & Report SIP+ dan Guru Besar - 15 Disember 2020

5. Mesyuarat Tertinggi Bersama JPN

untuk Pembukaan Sekolah-Sekolah

pada Tahun 2021 - 16 Disember 2020

6. Perhimpunan Profesional Bersama - 22&23 Disember 2020

Pengetua dan Guru Besar

3.2 Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamad

• Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan
Program Mutiara Ilmu. Terima kasih juga kepada Hajah Nur Zaini Binti
Danian keran beliau telah memberi cadangan untuk Program Mutiara
Ilmu.

• Dialog Prestasi Bersama Sekolah-Sekolah Daerah Kota Tinggi akan
diadakan pada 14 Disember 2020. Semua Pegawai Afiliasi hendaklah
terlibat sama dalam mendengar DP.

• Perhimpunan Profesional akan diadakan pada 22 Disember 2020.
Segala SOP tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara.

Perhimpunan ditangguhkan pada 8.40 pagi Disahkan oleh:

Disediakan oleh: (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pegawai Pendidikan Daerah
(NORLIANA BINTI SULAIMAN) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Pembantu Tadbir,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Tarikh:
Tarikh:

6

LAPORAN
PERHIMPUNAN PROFESIONAL MINGGUAN
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL 4 /2020

TARIKH: 24 DISEMBER 2020
HARI: KHAMIS

MASA: 8.00 PAGI -9.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI CENDANA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

KEHADIRAN:
Seperti di lampiran

PENGERUSI:
Tuan Haji Mohamad Fadil Bin Ishak
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

TENTATIF PROGRAM

1. PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN
Pemimpin: Ustaz Mohd Sa’aban bin Anton
Surah : At-Tur 15-30

2. PROGRAM MUTIARA ILMU

Tajuk : Himpunan Tazkirah Cantik

Penyampai : Ustaz Mohd Sa’aban bin Anton

3. PERKONGSIAN MAKLUMAT

3.1 Tuan Haji Mohamad Fadil bin Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

• Terima kasih kepada Ustaz Mohd Sa’aban bin Anton kerana mengetuai bacaan
Al-Quran juga atas perkongsian ilmu.

• Terima kasih kepada semua yang mengikuti Perhimpunan Profesional Minggu
ini.

• Merasakan rasa kesyukuran kerana diberikan kekuatan masih berada di PPD
Kota Tinggi. Pada yang dilanda musibah bersabar dengan dugaan yang diberi.

7

• Pengerusi juga berharap bahawa Program Membudayakan al-quran dapat
diteruskan dan diamalkan dan sentiasa muhasabah diri serta menghormati
orang lain.

• Memaklumkan tiada lagi Bekerja Dari Rumah (BDR),

• Pada 31/12/2020 satu mesyuarat Bersama JPN Johor akan berlangsung.
TPPD akan menjadi wakil dalam mesyuarat tersebut.

• Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua kerana Berjaya
mengadakan taklimat Bersama Pengetua dan Guru Besar yang telah
berlangsung pada 22/12/2020 dan 23/12/2020.

• Berterima kasih kepada Kelab Mesra kerana Berjaya mencantikkan dewan
makan juga kepada dermawan yang menyumbangkan sumbangan.

• Beliau mengingatkan bahawa jika terdapat program yang tidak dapat
berlangusng pada tahun ini dibawa pada tahun hadapan.

• Menyatakan bahawa keadaan covid-19 yang sukar diramal. Terdapat
beberapan yang masih berada di Zon Merah seperti Selangor, Kulai dan Johor
Bahru.

• Demam Denggi juga jangan diambil mudah kerana Kawasan kota tinggi (Kota
Jaya) adalah Kawasan hitam bagi demam denggi.

• Memaklumkan bhawa sekolah akan dibuka mulai 20/1/2021. Berikutan itu,
mesyuarat boleh dibuat pada 18-20 Januari 2021. Kepada semua pegawai
Afisiliasi boleh berbincang dengan pihak sekolah mengenai perkara ini.

HAJI ZULKIFLI BIN MOHAMED

• Mengucapkan terima kasih pada semua yang menjayakan Perhimpunan
Profesional pada tahun ini dan dapat meneruskan program ini.

• Mengingatkan mesyuarat warga rasmi akan diadakan pada 7/1/2021 dan
1/7/2021

• Pada 7/1/2021 pegawai lelaki haruslah berbaju melayu. Antara tentative yang
akan diadakan ialah ucapan Tuan PPD, Ikrar Penjawat Awam dan
menandatanganii borang Aku Janji.

• Memberitahu bahawa Panduan Pengurusan PPD akan disatukan dan
diedarkan dalam web PPD.

8

• Hari Anugerah & Kualiti dijalankan pada 12/01/2021 hari selasa. Tetamu Khas
telah diputuskan.Segala sijil diedar dalam frame.

EN. MOHD ARBAIN BIN RAMLY

• Memperkenalkan 2 orang Pelajar Praktikal.
1. Cik Sumitha ~ SPS
2. Cik Hana Sofiah ~ Pengrusan Sumber Manusia

• Memberitahu bahawa kelab mesra akan membuat dana kebajikan Murid Kota
Tinggi. Pengurusan Tertinggi & Kelab Mesra telah memutuskan setiap hari
khamis minggu ke-4 tabung lain akan diedarkan khas bagi dana ini sahaja.

• Membentangkan kertas kerja bagi Lambaian Kasih Sanjungan Budi yang
diadakan pada 5/1/2021 bertempat di Hotel Amansari Desaru. Program ini
diadakan bagi tujuan meraikan rakan-rakan yang bersara, dan bertukar keluar
dari PPDKT sepanjang tahun 2020.

• Tema pada malam itu adalah hitam @ Gold.

• Memaklumkan bahawa bagi pelajar praktikal dikenakan bayaran sebanyak
RM55.00 sahaja.Namun tiada paksaan untuk hadir ke majlis tersebut.

• Peringatan untuk semua bahawa pada 31/12/2020 adalah majlis send off bagi
Tuan Hj Azazlan yang akan bersara wajib pada 03.01.2020.

EN. ZAYADI BIN HASSAN
• Memaklumkan juga mengenai Send OFF Tuan Hj Azazlan dan berharap agar
rakan-rakan dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut jam 2.30 petang.

• Antara acara pada hari itu ialah, Tuan Hj Azazlan akan merasmikan Dewan
Seri Laksamana Bentan bagi menghargai jasa beliau.

PUAN NORAINI BINTI MOHD ALI
• Mengingatkan mengenai permohonan GCR dan Cuti Tahunan. Boleh Mohon
terus dan tidak dibenarkan memohon pada 1/1/2021.

Perhimpunan ditangguhkan pada 9.05 pagi

9

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(SITI ZALILI BINTI ABDUL KARIM) (HJ MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)
Pembantu Tadbir, Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Tarikh: 24.12.2020 Tarikh:

10


Click to View FlipBook Version