RANCANGAN AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA & NEGARA SEJAHTERA” TARIKH : 10 -14 MAC 2024 MASA : 7.45 PAGI – 1.15 TENGAH HARI Disediakan oleh NORZALMIE BINTI ZAKARIA Guru Bimbingan & Kaunseling SK Sungai Kob SK SUNGAI KOB 09700 KARANGAN, KEDAH
JADUAL MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SK SUNGAI KOB HARI : AHAD TARIKH : 10 MAC 2024 MASA : 7.45 AM – 1.15 PM MASA AKTIVITI TINDAKAN 7.00 am Mengalu kehadiran murid (Program Amalan Guru Penyayang) Bacaan Nilam Guru bertugas Barisan Pentadbir Pengawal Keselamatan 7.45 am Perhimpunan rasmi - Bacaan Doa - Bacaan Ikrar - Nyanyian lagu perhimpunan - Pengawas membaca 2 perkara yang terdapat ada dalam buku peraturan. - Ucapan Guru Bertugas - Ucapan Guru Besar - Suai Kenal - Mengenali Guru kelas & Pembantu - Bergerak masuk ke kelas – (Penggunaan tangga) Guru Bertugas Guru Pengawas Unit Disiplin (Cikgu Subhi) UBK 8.45 am Aktiviti Perkenalan - Teka siapa saya - Suai kenal - Serlahkan Potensimu (Nyanyian)-Solo/Kumpulan Mencungkil bakat *SEMUA Kelas (Tahun 1 hingga 6) Di dalam kelas Guru Subjek (Ikut jadual waktu) 9.45 am REHAT TAHAP 1 10.15 am REHAT TAHAP 2 10.15 am-1.15 am 10.45 am-1.15 am TAHAP 1 Persembahan kreatif – Aktiviti Kumpulan - Penerapan nilai seperti kasih sayang, berani, yakin, hormat-menghormati, toleransi,kerjasama *Tahun Satu: Program Transisi TAHAP 2 Program Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling (Dewan) Di dalam kelas Guru Subjek (Ikut jadual waktu) Di Dewan Ilmu Guru B&K Guru Subjek (sila berada di dewan bersama Cikgu Norzalmie)
HARI : ISNIN TARIKH : 11 MAC 2024 MASA : 7.45 AM – 1.15 PM PAKAIAN SUKAN TAHAP 1 & TAHAP 2 TAHUN 1 – PROGRAM TRANSISI MASA AKTIVITI TINDAKAN 7.00 am Mengalu kehadiran murid (Program Amalan Guru Penyayang) Bacaan Nilam Guru bertugas 7.45 am -8.45 am Aktiviti Senam Sihat Panitia PJ & Kesihatan Guru Bertugas Guru Pengawas Unit Disiplin UBK 8.45 am -9.45 am TAHUN 1 * Program Transisi TAHUN 2 - 6 Kenali jenis kerjaya Lampiran 2.1 Guru Subjek MASA AKTIVITI TINDAKAN 9.45 am – 10.15 am REHAT TAHAP 1 10.15 am – 10.45 am REHAT TAHAP 2 10.45 am – 11.45 am Pelancaran Ihya Ramadhan Panitia Pendidikan Islam 11.45 pm – 1.15 pm TAHUN 2 - 6 Aktiviti kelasku Ceria Lampiran 2.2 Guru Subjek
HARI : SELASA TARIKH : 12 MAC 2024
HARI : RABU TARIKH : 13 MAC 2024 MASA : 7.45 AM – 1.15 PM TAHUN 1 – PROGRAM TRANSISI Sepanjang Bulan Puasa, waktu rehat, semua murid perlu berada di dewan. MASA AKTIVITI TINDAKAN 7.00 am Mengalu kehadiran murid (Program Amalan Guru Penyayang) Bacaan Nilam Guru bertugas 7.45 am -8.45 am Aktiviti LDK (latihan Dalam Kumpulan) Tajuk : “Kalungan Bunga” Aktiviti : Sediakan rantai cita-cita Guru Subjek 8.45 am -9.45 am Aktiviti LDK (latihan Dalam Kumpulan) Tajuk : “Kalungan Bunga” Aktiviti : Sediakan rantai cita-cita Guru Subjek 9.45 am – 10.15 am REHAT TAHAP 1/Tazkirah Ramadhan Panitia PI 10.15 am – 10.45 am REHAT TAHAP 2/Tazkirah Ramadhan Panitia PI 10.15 am – 11.15 am 10.45 am – 11.45 am Tajuk : Perasaanku Aktiviti : Menyelami Perasaan - semasa cuti - sehari sebelum sekolah bermula - Hari ini Lampiran 3 Guru Subjek 11. 15 am -12.15 pm 11.45 am – 12.45 pm Tajuk : Jom Fokus Aktiviti : Murid melukis imej cermin. Lampiran 4 Guru Subjek 12.15 pm – 1.15 am 12.45 pm – 1.15 pm Tajuk : Hot seat Percutian Ideal saya Aktiviti : Minta murid bercerita dan bertanyakan antara satu sama lain tentang percutian ideal mereka. Guru Subjek
HARI : KHAMIS TARIKH : 14 MAC 2024 MASA : 7.45 AM – 1.15 PM TAHUN 1 – PROGRAM TRANSISI Sepanjang Bulan Puasa, waktu rehat, semua murid perlu berada di dewan. MASA AKTIVITI TINDAKAN 7.00 am Mengalu kehadiran murid (Program Amalan Guru Penyayang) Bacaan Nilam Guru bertugas 7.45 am - 8.45 am Bacaan Yasin & Tazkirah Ramadhan – Mengimarahkan Bulan Ramadhan Aktiviti Pendidikan Moral – Murid Non Muslim Semua guru Guru Non Muslim 8.45 am -9.45 am Tahun 2 – 6 Tajuk : Kontrak / perjanjian / peraturan kelas Aktiviti : Minta murid menyenaraikan peraturan kelas, menulis kontrak perjanjian dan minta setiap ahli kelas menandatangani kontrak tersebut. Guru Subjek 9.45 am – 10.15 am REHAT TAHAP 1/Tazkirah Ramadhan Panitia PI 10.15 am – 10.45 am REHAT TAHAP 2/Aktiviti Panitia PI Panitia PI 10.15 am – 11.15 am 10.45 am – 11.45 am Tahun 2 – 6 Aktiviti LDK (latihan Dalam Kumpulan) Tajuk : Seronoknya Sekolah Aktiviti : Kolaj – Tahap 2 (Kumpulan) Mewarna – Tahap 1(Individu) Lampiran 5 Guru Subjek 11. 15 am -12.15 pm 11.45 am – 12.45 pm Mengenal Diri Tajuk : Kad Kelopak Bunga Cermin Diri Aktiviti : Menulis - 6 sikap positif & - 6 sikap negatif Lampiran 6 Guru Subjek 12.15 pm – 1.15 am 12.45 pm – 1.15 pm Kemahiran komunikasi Tajuk : Bercerita (Rumusan aktiviti) Aktiviti : Komunikasi 2 hala Guru Subjek
AKTIVITI : Kenali jenis Kerjaya OBJEKTIF : Pada akhir sesi, murid dapat - Menguji pengetahuan am - Belajar interaksi sesama kawan - Mahirkan psikomotor halus MASA : 1 jam ALATAN : Gambar kerjaya, gam dan gunting. KAEDAH PELAKSANAAN : - 1. Aktiviti dijalankan di dalam kelas masing-masing. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pelbagai kerjaya yang mereka ketahui. 3. Guru mengedarkan bahan seperti lampiran 2.1 4. Murid dikehendaki menyiapkan aktiviti. 5. Guru membimbing murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. JENIS KERJAYA
AKTIVITI : Kelasku Ceria MASA : 1 ½ jam TEMPAT : Kelas masing-masing ALATAN : Kain buruk/kain pengelap, penyapu dan alatan yang bersesuaian. OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat - Melatih murid menjaga kebersihan. - Memupuk sikap murid untuk menghargai kebersihan. - Menceritakan pengalaman membersihkan kelas. LANGKAH-LANGKAH: 1. Murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing. 2. Seorang muird dilantik ketua untuk mengendalikan aktiviti kecerian kelas. 3. Murid membuat aktiviti keceriaan kelas. - Pecah mengikut Kumpulan kecil. - Tugasan diagihkan mengikut Kumpulan. 4. Guru menjadi pengadil memberi markah kebersihan pada borang yang disediakan. 5. Guru dan murid memberikan rumusan. (Rumusan – Murid Ceria, guru Bahagia, sekolah bitara, negara Sejahtera) FALSAFAH : “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” KELASKU CERIA
AKTIVITI : Kalungan Bunga MASA : 2 jam ALATAN : Kertas warna A4, Pensel warna, gam, gunting. OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat - Mewujudkan keserokan murid dalam aktiviti bersama kawan. - Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara kawan. LANGKAH-LANGKAH : 1. Guru mengedarkan pelbagai warna ketas A4 untuk setiap kumpulan. 2. Guru membimbing murid bagaimana untuk menghasilkan kalungan bunga dengan menggunakan kertas. 3. Guru meminta murid menulis nama dan cita-cita mereka pada slip kertas itu. 4. Selesai menulis dan menghias slip tersebut, setiap murid perlu membaca cita-cita mereka. 5. Kemudian, mereka perlu gulungkan kertas mereka menjadi cincin dan cantumkan hujungnya. 6. Murid seterusnya melakukan perkara yang sama, iaitu menghubungkan slip mereka dengan yang sebelumnya, seperti seutas rantai yang panjang. FALSAFAH : Belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita anda. KALUNGAN BUNGA Contoh hasil
AKTIVITI : Kenali Pelbagai Perasaan MASA : 1 jam ALATAN : Lampiran 3, Pensel warna, gam, gunting. OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat - Mewujudkan keserokan murid dalam aktiviti bersama kawan. - Mengetahui pelbagai perasaan dalam diri manusia - Mengetahui bagaimana mengawal perasaan. LANGKAH-LANGKAH : 1. Guru bersoal jawab dengan perasaan murid-murid - semasa cuti - sehari sebelum sekolah bermula - Hari ini 2. Guru membimbing murid bagaimana untuk mengawal perasaan. 3. Guru mengedar lembaran kerja. 4. Murid menyiapkan lembaran kerja. 5. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil. FALSAFAH : Emosi amat berkait rapat dengan keadaan hati. Hati adalah raja bagi seluruh anggota tubuh; apabila sihat hati, sihat juga emosi. PERASAANKU
AKTIVITI : Jom Fokus MASA : 1 jam ALATAN : Lampiran 4, Pensel, & Pensel warna OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat - Mewujudkan keserokan murid dalam aktiviti bersama kawan. - Memberi fokus pada sesuatu untuk mendapatkan hasil yang baik. LANGKAH-LANGKAH: 1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid. 2. Guru mengedar lembaran kerja. 3. Guru membimbing murid bagaimana untuk membuat lembaran kerja. 4. Murid menyiapkan lembaran kerja. 5. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil. FALSAFAH : Mata dan Minda kurniaan Allah, jadi jagalah ia sebaik mungkin. JOM FOKUS
AKTIVITI : Hot seat Percutian Ideal saya MASA : 1 jam ALATAN : - tiada - OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat - Mewujudkan keserokan murid dalam aktiviti bersama kawan. - Berani dan yakin menyampaikan idea kepada kawan-kawan. LANGKAH-LANGKAH: 1. Guru menyediakan 1 hot seat. 2. Guru memanggil murid untuk ke hot seat mengikut kreativiti cikgu. 3. Murid terpilih meluah/menceritakan percutian ideal kepada kawan-kawan. 4. Sesi soal jawab. FALSAFAH : Anda berani anda pasti Berjaya. HOT SEAT
AKTIVITI : Kontrak / perjanjian / peraturan kelas MASA : 1 jam ALATAN : Kertas A4 OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat - Mewujudkan keserokan murid dalam aktiviti bersama kawan. - Berjanji akan patuh pada peraturan. LANGKAH-LANGKAH: 1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang peraturan kelas dan pembahagian Kumpulan. 2. Guru mengedar kertas A4 pada setiap Kumpulan. 3. Murid munilis setiap 1 peraturan kelas yang perlu mereka patuh. 4. Ahli Kumpulan menandatangani kontrak yang dibuat. 5. Guru menampal pada papan kenyataan kelas. FALSAFAH : Orang yang berdisiplin, hidupnya sangat berjaya. KONTRAK
AKTIVITI : Kolaj / mewarna “Seronoknya Sekolah” OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat - Membina kejelikitan Kumpulan - Belajar interaksi sesama kawan - Bersatu dalam semua situasi MASA : 2 jam ALATAN : Gambar “Seronoknya Sekolah”, kertas warna, pensel warna, gam dan gunting. KAEDAH PELAKSANAAN : - 1. Aktiviti dijalankan di dalam kelas masing-masing. 2. Ahli di bahagikan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang dalam setiap kumpulan. 3. Guru mengedarkan bahan seperti lampiran mewarna “Seronoknya Sekolah” dan kertas warna. 4. Murid dikehendaki menyiapkan aktiviti kolaj ini secara berkumpulan. 5. Guru membimbing murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Falsafah : Perpaduan teras kejayaan pasukan Kepimpinan yang berkesan sumber kejayaan kumpulan Bersatu teguh bercerai roboh SERONOKNYA SEKOLAH
MENGENAL DIRI AKTIVITI : CERMIN DIRI OBJEKTIF : 1. Murid dapat mengenal diri mereka sendiri. 2. Melatih dan menggalakkan murid-murid membuat pendedahan mengenai diri dengan lebih terbuka dan mendalam. BAHAN : kertas A4, pensil warna MASA : 60 minit KAEDAH PELAKSANAAN : 1. Guru mengedarkan lampiran 6 kepada murid. 2. Guru menerangkan maksud sikap positif dan sikap negatif Contoh ; POSITIF – sabar , kemas NEGATIF – malas , kotor 3. Murid diminta diam sejenak selama satu minit untuk memikirkan ciri-ciri positif dan negatif yang ada pada diri mereka. 4. Murid menyenaraikan sikap positif dan negatif yang ada pada diri mereka ke dalam lampiran yang diberi tadi. Sekuntum bunga sikap positif / satu kuntum bunga sikap negatif 5. Guru memilih beberapa orang murid secara sukarela untuk membacakan mengenai cermin dirinya. 6. Guru mencatatkan ciri-ciri positif yang ada pada murid dan membuat pengukuhan pada ciri-ciri tersebut. 7. Guru juga mencatatkan ciri-ciri negatif yang ada pada murid dan meminta rakan-rakan yang lain menerangkan cara-cara mengatasinya. RUMUSAN : 1. Murid-murid dibimbing untuk menginsafi ciri-ciri yang ada pada dirinya dan berusaha mengamalkan yang positif serta meninggalkan yang negatif. FALSAFAH : Kenal diri sebelum kenal orang lain CERMIN DIRI Contoh hasil