NATURE'S LOVE
5 RAHSIA
SULIT
MENJADI
USAHAWAN
BERJAYA
"Pure delight." - A. Roa, The Kyobi Times
ZAINAB AHMAD
5 RAHSIA SULIT MENJADI USAHAWAN BERJAYA
Berniaga - satu perbuatan yang mudah kalau ikut definasi sebab ia libatkan dua
perkara utama iaitu jual dan beli. Tetapi kan, cabaran nak berniaga ni bukan kecil.
Banyak onak dan duri. Mereka yang berniaga dan menjadi usahawan berjaya
memang bukan sebarangan orang. Mereka ada rahsia mereka sendiri.
Saya sendiri berniaga. Saya berniaga secara full time sebagai kerja dari rumah
sahaja. Berniaga kecil-kecil. Saya bukan usahawan besar, apatah lagi nak
dikategorikan sebagai usahawan berjaya.
Ramai kawan-kawan saya di media sosial adalah di kalangan usahawan yang
berjaya. Memang hebat-hebat sampai ada yang jana jualan sehingga 5 angka
sebulan, buat bisnes jual barang di Facebook sahaja. Hebat kan?
Buat anda yang ingin menjadi seorang usahawan dan mula berniaga, mulakanlah
perniagaan anda segera. Jangan tunggu lama-lama, sebab bila dok tunggu ni, lama-
lama tak buat langsung.orang lain dah “next level” dah tetapi kita masih di tempat
yang sama. Sebab apa?? Sebab nak tengok orang Berjaya dulu..hehe
Kalau tangguh kerana nak kumpul modal permulaan, saya faham. Memang itu menjadi
kekangan banyak orang yang nak mula berniaga.
Tapi, saya harap anda tidak bertangguh lama sebelum segala perancangan hanya menjadi
sekadar angan-angan. Khusus buat usahawan yang berhasrat untuk memulakan
perniagaan, saya nak kongsikan kepada anda antara 5 rahsia sulit untuk menjadi
usahawan yang berjaya.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pedoman, panduan serta semangat, bukan untuk
diri anda sahaja, tetapi untuk ingatan diri saya juga. Chaiyookkkkk !!!!
Untuk pengetahuan anda, tips ini meskipun dilihat mudah untuk dilakukan tapi ramai antara
usahawan muda dan baru berjinak dalam perniagaan kurang nak praktik...hehe...
termasuklah saya.
Berikut antara tips yang boleh kita sama-sama amalkan untuk menjadi usahawan yang
berjaya., in Sha Allah. Antaranya adalah :
1. Niat Yang Betul
Dalam menjalankan urusan perniagaan, kita mestilah mempunyai niat yang betul
iaitu untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dengan niat yang betul, apa jua
pekerjaan yang dilakukan akan menjadi satu ibadah dan mendapat ganjaran dari
Allah S.W.T. Inilah keuntungan sebenar.
2. Daya Tahan Tinggi & Tidak Mudah Berputus Asa
Adat dalam berniaga mesti ada untung dan rugi. Jika perniagaan yang dijalankan
tidak mendatangkan keuntungan seperti yang diharapkan, kita mestilah bersabar
dan tidak cepat melatah. Usaha mesti digandakan dan semangat mesti ditingkatkan
untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang bak kata pepatah
'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'.
3. Ilmu Kemahiran Mencukupi Dalam Bidang Diceburi
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita mesti sentiasa menuntut ilmu dalam bidang
yang berkaitan untuk memudahkan kita berurusan dengan pihak luar. Tanpa ilmu, kita akan
mudah ditipu oleh pesaing-pesaing.
Perlu kuasai pelbagai cabang ilmu untuk memudahkan kita mencipta kejayaan demi
kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan. Ini bezanya antara seorang usahawan yang
bermisi dengan yang tidak. :)
4. Visi & Misi Jauh Ke Hadapan
Setiap usahawan yang bercita-cita mahu berjaya dalam bidang keusahawan mestilah
mempunyai visi dan misi yang jauh ke hadapan. Dengan adanya perancangan yang baik, ia
akan memudahkan kita untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Usahawan sejati adalah seorang yang strategik dan mempunyai daya saing yang tinggi. Itu
sebab perlu ada ilmu yang lengkap, dan bukannya menjadi seorang usahawan tong kosong
.. melakukan sesuatu perniagaan dengan sembrono.
5. Sentiasa Berfikiran Positif
Kita kena bijak mengurus tekanan atau stress dalam perniagaan. Amalkan berfikiran
positif kerana dengan berfikiran positif ia memberikan kesihatan yang baik kepada
tubuh badan kita.
Kita mesti melihat masalah itu sebagai satu cabaran yang mesti diselesaikan
dengan cara yang terbaik - dengan ilmu yang betul.
Sekali lagi, akhir diingatkan .. rezeki ini datangnya dari Allah S.W.T. Jadi, bila kita
ingat Allah dalam menjalankan perniagaan, in Sha Allah .. kita akan dibantu
olehNYA.
Jangan buat kerja separuh jalan. Jangan berhenti berusaha dengan bisnes dan
perniagaan anda. Semoga anda sentiasa menjadi orang yang Berjaya dunia dan
akhirat..
Para usahawan baru terutamanya haruslah konsisten dalam menjalankan
perniagaan. Buat yang akan menjalankan perniagaan pertama - Satu perkara yang
harus dipegang adalah jadikan perniagaan pertama sebagai batu loncatan dan
medium pembelajaran sebelum mengorak langkah untuk mengembangkan
perniagaan.
Mahu mencapai buah masak di hujung dahan, kenalah panjat dari bawah .. ye tak?
Yang benar,
Zainab Ahmad
Master Dealer Nature’s love
Pemborong Nature’s love