The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

perana ngo dalam negara sebagai tapak integrasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirah, 2024-04-02 23:46:57

peranan ngo dalam negara sebagai tapak integrasi

perana ngo dalam negara sebagai tapak integrasi

PERANANNGODALAM NERAGASEBAGAI TAPAKINTEGRASI ISSUE NO.09 MARCH 2024 MATAPELAJARAN PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN


ISI KANDUNGAN 01 PENDAHULUAN 03 PERANAN NGO DARI ASPEK KESELAMATAN DAN HAK ASASI SURUHAN JAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA SUARA RAKYAT MALAYSIA KESATUAN SEKERJA MALAYSIA SAHABAT ALAM MALAYSIA 02 PERANAN NGO DRI ASPEK SOSIAL MAJLIS BELIA ISLAM MALAYSIA MERCY PERSATUAN CINA MUSLIM MYKASIH 04 PERANAN NGO DARI ASPEK PENDIDIKAN DAN KEAGAMAAN TAMAN SINAR HARAPAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA YAYASAN SEJAHTERA GLOBAL PEACE FOUNDATION MALAYSIA TEACH FOR MALAYSIA DEFINASI OBJEKTIF DAN MATLAMAT KESIMPULAN SUMBER RUJUKAN PERMAINAN


PENDAHULUAN; NGO ORGANISASI BUKAN KERAJAAN NGO secara umumnya adalah swasta, pertubuhan sukarela, ahli-ahli adalah individu atau persatuan yang datang dengan tujuan yang sama. NGO mempunyal entiti yang pelbagai terdiri daripada organisasi sepenuhnya tempatan atau organisasi akar umbi yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan merentasi dunia. Terdapat empat ciri utama badan bukan kerajaan(NGO) iaitu bersifat sukarela, bukan kepartian, tidak bermatlamatkan keuntungan dan tidak menjalankan aktiviti jenayah. Manakala (Goldie, 1997) menvenaraikan tuiuh ciri NGO untuk membezakan dengan pertubuhan yang lain.Iaitu; Berdaftar secara rasmi Organisasi Berasingan daripada kerajaan Berbeza daripada organisasi perniagaan Diuruskan secara persendirian Bersifat sukarela Bukan bermotifkan dakwah Tidak terlibat dengan kempen pilihanraya DEFINASI NGO Organisasi swasta yang menjalankan kegiatan untuk meringankan penderitaan, menangani kemiskinan, memelihara lingkupan hidup, menyediakan layanan sosial dasar atau melakukan kegiatan pengembangan masyarakat dalam konteks yang luas, istilah NGO apat diertikan sebagai semua organisasi nirlaba (non-profit organization) yang tidak terkait dengan pemerintahan. Pada asalnya, NGO ialah kumpulan berdaftar yang sah bagi kegiatan bukan politik dan bukan berorientasi keuntungan. SEJARAH NGO; Istilah "non-goverment organization" digunakan sejak berdirinya PBB pada tahun 1945. Awalnya istilah ini digunakan untuk membezakan antara badan kerajaan dan organisasi swasta. Walaupun sejak lebih dari dua dekad terakhir telah semakin diprofesionalisasikan, namun prinsipprinsip mementingkan orang lain dan kesukarelaan mash menjadi ciri utamanya. OBJECKTIF DAN MATLAMAT NGO; Istilah "non-goverment organization" digunakan sejak berdirinya PBB pada tahun 1945. Awalnya istilah ini digunakan untuk membezakan antara badan kerajaan dan organisasi swasta. Walaupun sejak lebih dari dua dekad terakhir telah semakin diprofesionalisasikan, namun prinsipprinsip mementingkan orang lain dan kesukarelaan mash menjadi ciri utamanya.


KETUA PENGARAH KUMPULAN NUR SYAHIRAH BINTI MOHD WAZIR 17DAS23F2001 NURUL UMAIZA BINTI ABD RASHID 17DAS23F2003 EDITOR-IN-CHIEF NUR DANIA AHMAD CONTENT DIRECTOR NUR NAZIEHA PHOTOGRAPHER CHIN KAI QI CHRISTINE MANAGING EDITOR FADZIL MUHAIMIN ART DIRECTION HUDA IRDINA CONTRIBUTING WRITER KETUAPENGARAHKUMPULAN& KETUAEDITOR KETUA EDITOR NUR SYAHIRAH BINTI MOHD WAZIR NURUL UMAIZA BINTI ABD RASHID i.


01 TOPIC: ETIKA PERANAN NGO DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan ,tetapi merujuk proses yang berbeza. ‘Tangan kanan memberi,tangan kiri tidak tahu” Mereka yang memberikan bantuan kepada masyarkat tanpa mengharapkan ganjaran.... Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal,sosial,ekonomi dan politik tetapi tidak termasuklah biologikal.Integrasi pula melibatkan semua penyatuan diatas termasuklah aspek biologikal.Malaysia sebagai sebuah negara yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai kebudayaan agama dan idealogi yang berlainan ,harus mementingkan kedua dua konsep ini. Perpaduan juga boleh didefinasikan sebagai satu proses bagi mewujudkan saatu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam banyak aspek.Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya,bahasa dan kepercayaan masing masing. Selain itu, NGO juga boleh memberikan pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional,seta nilai nilai yang kukuh.Merkeka juga boleh menjadi suara untuk kumpulan terpinggir dalam memperjuangkan dasar yang menyokong keterangkuman sosial dan mengurangkan jurang perbezaan antara kumpulan dalam masyarakat. Kemudian, degan melalui program pembangunan komuniti,NGO boleh memudahkan interaksi sesame kaum yang berbeza bgai mengukuhkan semangat perpaduan dikalangan mereka.NGO juga boleh menggalakan amalan demokrasi, keadilan dan undang undang yang saksama yang merupakan asas kepada integrasi nasional yang kukuh. Terdapat pertubuhab induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti pertubuhan belia dewan perniagaan dan perusahaan Malaysia.Pertubuhan NGO seperti ini pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia .Dari aspek kepimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau persatuan ,barisan kepimpinannya disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik.Contohnya kepimpinan Majlia Belia Malaysia.Melalui dialog dan seminar tersebut ,secara tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik.


NGO PENUHI KEPERLUAN SOSIAL RAKYAT NGO memainkan peranan beasar terutama dalam sektor yang tidak dapat dipenuhi oleh perkhidmatan kerajaan .Ia disebut sebagai sektor ketiga yang membantu menyesaikan masalah negara dan menangani keperluan sosial termasukla isu kemiskinan. Menurut STEPEN HEINTZ, dalam ucapanya bertajuk The Role of NGOs in Modern Societies and an Increasingly Interdependent World,peranan NGO dibahagikan kepada tiga bidang utama .HEINTZ adalah president kepada rockefeller Brother Fund, sebuah organisasi yang terkenal dengan kerja dermawan. Pertama, NGO membuka peluang mewujudkan organisasi masyarakat tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian sesebuah masyarakat. NGO ditubuh dan diurus oleh individu yang bekerja secara kolektif dan sukarela. Objektif NGO ini ialah untuk mempromosi nilai sosial dan matlamat sivik kepada mereka yang merangkumi bidang alam sekitar, kesihatan, pembasmian kemiskinan, budaya dan sastera, pendidikan dan sebagainya. Kedua, NGO mengisi ruang unik dan penting antara sektor swasta yang mementingkan keuntungan dan kerajaan yang mempunya, limitasi tertentu. NGO memainkan peranan sebagai entiti bebas atau watchdogs bagi kedua-dua pihak berkenaan. Ketiga, NGO membolehkan eksperimentasi dan perubahan sosial yang tidak dapat atau tidak akan dilaksanakan oleh sektor awam mahupun swasta. Organisasi masyarakat sivil boleh mengambil risiko yang tidak dapat diterima oleh pihak swasta dari aspek kepentingan ekonomi dan tidak dapat diterima oleh kerajaan dari segi kepentingan politik. DI sini ada banyak inovasi dicetuskan NGO yang akhirnya diguna pakai sebagai dasar kerajaan. www.reallygreatsite.com 02


REALLYGREATSITE.COM 03 Syahirah Contributor Etika Publication Date march 2024 Pelan & Strategi ingensi Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holistik amat mencabar kerana gagasan yang retorik dan simbolik dan semata mata hanya menghasilkan impak yang kurang berkesan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mcngukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonomi. Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu dilaksanakan oleh semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat clan NGO bersesuaian dengan peranan yang diperlukan. PLATFORM INTEGRASI Makro (peranan kerajaan) Meso (peranan NGO) Mikro (peranan rakyat)


KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN Perpaduan dapat meniadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika it yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala “enau dalam belukar” melepaskan pucuk masing-masing Perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan ole masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara 04


Peranan ngo dari aspek sosial Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan badan induk yang menyelaras pertubuhan beli dan pelajar di Malaysia. la ditubuhkan pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur dengan nama Majlis Belia Malaya. Pada 23 Julai 1948, pertemuan seramai 75 orang wakilwakil pertubuhan di Victoria Institutiontelah membuka laluan kepada penubuhan Majlis Belia Malaya.Ekoran dari penubuhan awatankuasa Khas Sementara Belia ini, Abdul Razak Hussein (Tun) dan Tengku Jaafar telah mewakili Tanah Melayu diPersidangan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Brunei.Bermula dari itulah WAY telah mengiktiraf MBM (sementara) sebagai Jawatankuasa Kebangsaan baginya di Tanah Melayu. Antara peranan MBM : Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara. Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa. Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang. Memupuk sika bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia. Majlis Belia Malaysia (MBM) Mercy Ditubuhkan pada bulan April 2009, MyKasih Foundation adalah sebuah organisasi amal yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, dan isterinya, Puan Sri Jean Ngau, untuk membantu keluarga berpendapatan rendah melalui bantuan makanan dan pendidikan, tapa mengira bangsa, agama atau keturunan. Program MyKasih mendorong pengagihan kesejahteraan dengan perbezaan teknologi. Program bantuan makanan MyKasih 'Love My Neighborhood' dan program bursa pelajar MyKasih’Love My School' dijalankan berdasarkan sistem pembayaran tapa tunai yang cekap yang dibangunkan oleh DIV Services Sdn Bhd, anak syarikat DIALOG Group Berhad. Sistem ini menggunakan teknologi cip kepunyaan MyKad (kad pengenalan nasional Malaysia) yang mash belum dilantik untuk menunaikan bantuan kepada penerima yang disasarkan. Mykasih Magazine 05 MERCY Malaysia tau Medical Relief Society Malaysia adalah organisasi nirlaba yang member tumpuan untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan yang berkesinambungan dan aktiviti pengurangan risiko untuk komuniti yang rentan dalam situasi Krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah organisasi bukan untung, MERCY Malaysia hanya bergantung pada dana dan sumbangan dari organisasi dan individu yang dermawan untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima bantuan, baik di Malaysia dan di luar negara. Organisasi ini adalah pertubuhan berdaftar menurut Aka Pertubuhan 1966 di Malaysia, dan ibu pejabatnya berada di ibu kota Kuala Lumpur Semua staf dan sukarelawan menegakkan MERCY Malaysia Misi dan Nila Teras dalam melaksanakan tugas mereka, sama ada di Ibu Pejabat, Pejabat Lapangan Negara, atau di mana-mana lokasi di mana mereka mewakili organisasi. • VISI - Menjadi cemerlang dalam menyampaikan bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada semua. MISI - MERCY Malaysia adalah organisasi nirlaba antarabangsa yang member tumpuan untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan yang mampan, dan aktiviti pengurangan risiko bagi masyarakat yang rentan, baik dalam situasi krisis mahupun bukan krisis.


PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIA (MACMA) MAMA singkatan nama Malaysian Chinese Muslim Association atau Persatuan Cina Muslim Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada 8hb September 1994 bagi memenuhi kehendak masyarakat Cina Muslim untuk menggembleng usaha dakwah dengan lebih berkesan dan terfokus kepada bangsa Cina serta rakyat berbilang kaum di negara ini. 06 Antara peranan MACMA: Mempromosikan atau menyampaikan pengajaran islam kepada masyarakat Cina juga bertujuan menyediakan bantuan dan perkhidmatan dari pelbagai aspek kepada ahli seperti kelas fardhu ain dan kelas bimbingan lanjutan dalam pelbagai bahasa khususnya dalam bahasa Cina, menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli, member khidmat kaunseling dan sokongan moral, menyediakan peluang pendidikan lanjutan sepanjang hayat , meningkatkan taraf sosial ekonomi dan memupuk semangat sukarela di kalangan ahli supaya dapat melahirkan satu golongan Cina Muslim yang bertaqwa untuk menjadi " Khairul Ummah " sepertimana dituntut dari kitab suci AIQuran. Macma juga memainkan peranan sebagai jurucakap bagi golongan Cina Muslim di Malaysia dan juga sebagai jambatan untuk membina penyatuan melalui kepelbagaian bangsa dan kepercayaan di dalam keunikan masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya kepada masyarakat Cina yang belum Islam.


P E RA N A N N G O D A RIA S P E K K E S E LA M ATA N D A N H A K A S A SI D A LA M M E M P E R KA S A KA N IN T E G RA SI N A SIO N A L Syara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Malaysia di Malaysia yang diwujudkan pada tahun 1987 selepas Operasi Lalang. Tujuan utamanya adalah untuk berkmpen bagi memansuhkan ISA dan penahanan tanpa bicara. SUARAM kemudian berkembang memperjuangkan hak asasi manusia dan alam sekitar. D A TE FA S HIO N 13 March 2028 Borcelle Magazine Antara peranan SUARAM ialah membina penglibatan dan mengadakan dialog antara kerajaan dengan lebih banyak dalam melahirkan keterbukaan untuk mendengar pandangan lain kearah menyelesaikan isu-isu berkenaan. Selain itu, menghentikan pencabulan hak asasi manusia dengan mengamalkan penguatkuasaan undangundang yang lebih inklusif dan saksama dalam melindungi hak rakyat Malaysia. Peranan SUHAKAM : Mempromosikan kesedaran dan pendidikan berkaitan hak asasi manusia. Menasihat dan membantu Kerajaan merumuskan undang-undang dan prosedur dan engesyorkan langkahlangkah yang peru diambil. mengesyorkan kepada Kerajaan berhubung perjanjian dan dokumen antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia. Menyiasat aduan tentang pelnaggaran hak asasi manusia. Kesatuan Sekerja Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan mempunyai kealian semasa iaitu seramai 154 orang. Peranan MTUC: Untuk melakukan segalanya untuk mempromosikan kepentingan organisasi gabungannya, untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan sosial pekerja serta memberi mereka bantuan. Untuk memastikan bahawa dasar-dasar dikembangkan dan tindakan diambil untuk memastikan pekerjaan penuh, berusaha menuju penerapan upah minimum minggu kerja maksimum 44 jam dan untuk mewujudkan pusat latihan dan perluasan kemudahan latihan untuk pekerja. Peruntukan untuk langkah-lsngkah Jaminan Sosial yang diatur untuk memberi perlindungan terhadap penyakit, pengangguran usia tua,kecederaan, ketidakupayaan dan faedah pensiun dan promosi stansard kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan yang tinggi di semua tempat pekerjaan dan mencari pampasan yang mencukupi untuk pekerja cacat akibat kemalangan dan penyakit. Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Hak Asasi Manusia seperti yang erkandung dalam Perlembangan Malaysia termasuklah: Hak untuk beruara Hak untuk bergerak Hak untuk berhimpun 07


S A H A B A T A L A M M A L Y SIA ( S A M ) Sahabat Alam Malaysia – Friends of the Earth Malaysia (SAM) adalah sebuah pertubuhan bukan-kerajaan kebangsaan bebas yang ditubuhkan pada tahun 1977 di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. SAM beroperasi dari dua buah pejabat; di Pulau Pinang di Semenanjung Malaysia dan di Marudi di Sarawak, Borneo. Semenjak tahun 1983, SAM telah menjadi anggota Friends of the Earth International (FoEI). Fokus pejabat SAM di Pulau Pinang, ibupejabat pertubuhan kami, adalah isu-isu di Semenanjung Malaysia, manakala pejabat kami di Marudi bertanggungjawab tentang isu-isu dan aktiviti di Sarawak. Objektif kami adalah untuk memastikan pilihan-pilihan pembangunan dan pengurusan sumber-sumber alam kita dilakukan secara lestari dan mesra alam, dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan di dalam perlindungan alam sekitar. Kami percaya bahawa perlindungan sumber alam yang berkesan hanya dapat dicapai apabila ada kesaksamaan di dalam masyarakat, di mana hak-hak orang asal, petani, nelayan dan komuniti tempatan ke atas sumber-sumber asli dihormati dan keadilan tentang gender menjadi sebuah kelaziman. Antara peranan SAM ialah memberikan khidmat didalam memelihara alam sekitar di laut dan di daratan bumi serta di ruangan udara, di mana program dan aktivitinya dirangka sebegitu kemas demi generasi masa hadapan. Selain itu, menitikberatkan pendidikan, penjagaan, keselamatan, pemuliharaan dan tanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar isu-isu dan masalah alam sekitar kini mendapat perhatian di pelbagai peringkat. Seterusnya, membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara Malaysia dan scmua manusia memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal semua habitat dipelihara dan dijaga dengan selamat demi generasi masa depan. JANUARY 2025 | ISSUE NO 05 08


Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. PERANANNGODARI ASPEK PENDIDIKAN& KEAGAMAAN Antara peranan Taman Sinar Harapan ialah memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan. Selain itu . memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendin tanpa bantuan dari orang lain. Disamping itu, memberi latihan pra- vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari Terdapat dua (2) cara kemasukan ke Taman Sinar Harapan iaitu secara sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 dan melalui Perintah Mahkamah Bagi KanakKanak di bawah Akta KanakKanak 2001. Taman Sinar Harapan merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran (OKU). Selain itu, Taman Sinar Harapan juga merupakan Tempat Selamat untuk pelindungan khususnya kepada kanak-kanak OKU Masalah Pembelajaran di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Pada masa ini terdapat tujuh (7) buah Taman Sinar Harapan di seluruh negara. Penghuni ditempatkan di Taman Sinar Harapan bagi tempoh tiga (3) tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun. Dalam tempoh tersebut penghuni akan diberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan yang sewajarnya mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977. Taman Sinar Harapan juga memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau , bergaul dengan kawankawan, masyarakat orang lain aktivitiaktiviti atau melalui sosial dan sebagainya. Dan memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama badan-badan dari sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat. 09


ABIM Visi Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah Misi Gerakan Islam Yang Komprehensif Untuk Merealisasikan Cita-Cita Islamiyyah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah Badan Masyarakat Madani (CSO) yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007. www.reallygreatsite.com Budaya ABIM Menghayati Budaya Ilmu. Manghayati Amalan Kerohanian. Manghayati Amal Shura Dan Amal Jama'iyy. Memahami Dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa. Menghayati Ruh - Jihad Fi Sabilillah. ABIM juga berperanan untuk menjalankan da'wah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat dan menggembleng tenaga belia seluruhnya dan mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat.Seterusnya, mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidanganpersidangan luar negeri Cita-cita utama ABIM ialah menyumbang secara proaktif pembinaan masyarakat islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang didalam pelbagai aspek kehidupan. Antara peranan ABIM ialah menegak, mengembang dan memperjuangkan cita- cita Islamiah sesuai dengan ajaran asasi al-Qur'an alKarim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. ABIM merupakan Pemenang Anugerah Penarafan 5 Bintang dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) pada 2013, 2014, 2018 dan 2019; Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori NGO Islam Terbaik dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada 2018; serta 3 buah Anugerah daripada Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) menerusi Kategori NGO Aktif; Kategori Program Terbaik (RTD Uighur); serta Kategori Modul Dakwah – Islamic Outreach ABIM (IOA). Logo ABIM Logo ABIM Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu. 10


YAYASAN SEJAHTERA PERANAN SEJAHTERA FOKUS SEJAHTERA SEASON 23/24 www.reallygreatsite.com Yayasan Sejahtera merupakan salah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)bertugas untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan pembangunan komuniti untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Kami ditubuhkan sebagai landasan untuk Syarikat Berkait Kerajaan (GLCs) dan korporat di Malaysia berkumpul , dan menyumbangkan matlamat pembangunan lestari melalui Projek-projek tanggungjawab sosial korporat(CSR) Peranan-peranan SEJAHTERA: Program Pembasmian Kemiskinan dalam kalangan asnaf dalam bentuk kewangan, kemudahan, peralatan, motivası dan bimbingan serta latihan pembangunan. Mempergiat Program Dakwah melalui pelbagai medium dalam kalangan asnaf bagi mengekang kepesongan akidah dan gejala sosial yang tidak sihat. Program Bantuan Pendidikan kepada golongan asnaf secara berterusan dari segi kewangan, peralatan, kemudahan pembelajaran serta bimbingan. Program Bantuan Bencana & Kecemasan kepada golongan asnaf yang ditimpa sebarang bentuk musibah dari segi kewangan, peralatan, kemudahan, motivasi dan bimbingan. SEJAHTERA telah berkembang dengan skop lebih luas merangkumi pelbagai tahap pembangunan komuniti . Fokus mereka membina jati diri dan daya tahan komuniti , demi mencapai kehidupan lestari . SEJAHTERA mengutamakan kolaborasi dengan sektor swasta dan awam bagi memastikan pembangunan komuniti yang mantap dan lestari SEJAHTERA membantu golongan dewasa , wanita , remaja dan kanak kanak dari golongan berpendapatan rendah (B40) di Malaysia melalui program pembangunan keusahawanan , pembangunan kemahiran , dan kepimpinan komuniti 11


G L O B A L P E A C E F O U N D A TIO N Global Peace Mission (GPM) Malaysia ialah Yayasan Amanah yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia. Ia ditubuhkan pada 26 September 2001 sebagai tindak balas kepada keperluan kecemasan untuk konflik Afghanistan. Ketika Afghanistan sangat memerlukan sokongan pada awal Oktober tahun yang sama, GPM telah menggerakkan misi bantuan kemanusiaan dan perubatan untuk membantu mangsa perang. Sejak itu, selain secara aktif memberikan bantuan kecemasan, GPM telah menyediakan bantuan kemanusiaan lain bukan sahaja kepada Afghanistan tetapi kepada hampir 30 negara yang memerlukan di seluruh dunia. GPM telah terlibat secara aktif dalam mempromosikan kepentingan memupuk dan mengekalkan keamanan sejagat melalui program kesedaran dan maklumat untuk masyarakat serta mengumpul dana untuk membantu mangsa perang dan bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebuluran dan tsunami. Peranan Malaysia Global Peace: Untuk mengembangkan dan melaksanakan program yang merangkumi inisiatif pendidikan Karakter dan Kreativiti. Bekerjasama dengan kementerian kerajaan, komuniti dan organisasi berasaskan kepercayaan. Mempromosikan inovatif, pendekatan berasaskan nilai untuk pembangunan perdamaian, dipandu oleh visi Satu Keluarga di bawah Tuhan. 12


Peranan Teach For Malaysia: Merekrut orang malaysia yang cemerlang dalam program kepemimpinan siswazah 2 tahun untuk memberi kesan segera di sekolah awam berkeperluan tinggi di seluruh Malaysia. Membuat perubahan, dan melabur dalam pengembangan peribadi melalui latihan profesional dan bimbingan yang diperibadikan. Teach For Malaysia adalah sebuah organisasi yang bebas dan tidak untung dalam misi untuk memperkasakan negara kita melalui pendidikan. Mereka percaya bahawa pendidikan dan masa depan anak tidak harus ditentukan oleh keadaannya dalam kehidupan. 13


KESIMPULANNYA; Perkara yang kami dapat simpulkan dari perananperanan yang telah kita dapati dalam topik ini adalah peranan NGO memainkan impak atau peranan yang amat penting bagi membantu kerajaan. Walaupun bukan badan kerajaan tetapi mereka sering bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam melakukan pekeriaan dan meniadi wakil suara rakyat dalam menyuarakan hak-hak kepada badan kerajaan. 14 SUMBER RUJUKAN; PERANAN NGO DARI ASPEK SOSIAL http://belia.org.my/wp/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis Belia Malaysia https://www.mercy.org.my/ https://en.wikipedia.org/wiki/Mercy Malaysia http://macma.my/main/ https://en.wikipedia.org/wiki/MalaysianChinese Association http://www.mykasth.com.my/site/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kalis Kasih PERANAN NGO DARI ASPEK KESELAMATAN DAN HAK ASASI https://en.wikipedia.org/wiki/Malavsian Bar https://en.wikipedia.org/wiki/Suara Rakyat M alavsia https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian Trade § Union Congress http://www.tenaganita.net/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Sahabat_Alam Malaysia https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Bar


T A S E Y A A A F R A C Y A A S S A R P Y M R B M M R H T M J J M K S T K S S M Y J S T sahabatalam majlisbelia mercy mykasih persatuancinamuslim teachformalaysia kesatuansekerja suararakyat yayasansejahtera TEKA SILANG KATA CARI PERKATAAN SEMBUNYI 15


Click to View FlipBook Version