KOPERASI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BERHAD
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Tel: 04-5754277
______________________________________________________________________________________
LAPORAN TAHUNAN 2019/2020
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BERHAD
Dengan ini, pihak Anggota lembaga Koperasi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Berhad
membentangkan Laporan Tahunan Lembaga berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang tahun dari Ogos 2019 hingga Julai 2020.
KEANGGOTAAN
Sepanjang sesi 2019/2020 yang bermula 1 Ogos 2019 hingga 31 Julai 2020, kedudukan anggota
Koperasi KMPP Berhad adalah seperti berikut:
Tahun 2019
Anggota 167
Anggota baharu sebelum 31 Julai
Anggota keluar sebelum 31 Julai 1
Jumlah anggota pada 31 Julai 22
188
Dari jumlah keanggotaan ini, jumlah keanggotaan dari kalangan pelajar adalah seramai lima orang.
LAPORAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KAKITANGAN
Sepanjang tahun 2019/2020, Koperasi KMPP Berhad ditadbir dan diuruskan oleh 12 orang
Anggota Lembaga, seorang Pengurus Operasi, seorang Pengurus kewangan dan 9 orang pekerja.
Sepanjang sesi 2019/2020, Mesyuarat Anggota Lembaga telah dilaksanakan sebanyak 4
kali sahaja disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Laporan kehadiran ahli lembaga dalam setiap mesyuarat adalah seperti jadual dibawah;
BIL NAMA 27/9/19 4/2/20 28/2/20 18/7/20
1 ZAMANI BIN OMAR √ TH TH TH
2 SALBIYAH BINTI IBRAHIM TH √ √ TH
3 MUHAMMAD HAFIZ BIN KAMILIN √ √ √ TH
4 SITI ALIZA BINTI SHAIK ALI √ √ √ √
5 SATARIAH BINTI HASSAN √ √ √ √
6 NOORHISAM BIN SAMSUDIN TH √ √ √
7 KASPOL ANUAR BIN ASMAWI √ √ √
8 HARTINI BINTI SAIDIN √ √ √ √
9 A AZIZ BIN MOHAMAD TH √ √ √
10 RASHIMI BIN RASHID TH
11 RAHIZAWATI BINTI ABD RAHIM √ √ √ √
12 NORRIZAL BIN ABDUL RAZAK √ √ √ √
13 MOHD ZAIDI BIN MOHAMED NOOR √ TH TH TH
14 AMIN ZAKUAN BIN MOHAMAD IBRAHIM
KOPERASI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BERHAD
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Tel: 04-5754277
______________________________________________________________________________________
Pada 27/9/2019 adalah merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh En
Zamani bin Omar kerana peranan Pengerusi Koperasi KMPP Berhad yang baharu diambil alih oleh
Puan Salbiyah binti Ibrahim.
Pekerja koperasi bertugas secara giliran mengikut shif bekerja untuk empat buah kedai
iaitu Kedai Serbaneka, Kedai Alatulis , Kedai Pos dan Perkhidmatan serta Kedai Fotostat. Tiada
pengambilan pekerja yang baharu setakat ini kerana dengan pekerja berpengalaman yang sedia
ada dan situasi semasa perniagaan, pihak ahli lembaga merasakan tiada keperluan untuk
menambah bilangan pekerja.
Produk dan Perkhidmatan
Koperasi KMPP Berhad kini masih meneruskan perniagaan di Pusat Kegiatan Pelajar Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang. Perniagaan yang dijalankan disini merangkumi perniagaan seperti:
1. Kedai Serbaneka dan kedai Alatulis.
Kedai ini menjual segala keperluan asas pelajar terutamanya seperti barangan
kelengkapan diri, barang makanan dan minuman serta peralatan yang diperlukan untuk
pembelajaran di Kolej Matrikulasi.
Pihak koperasi juga memberikan ruang kepada ahli koperasi untuk menyewa ruang
di koperasi jika ahli mempunyai sebarang produk yang ingin dijual seperti kek, minuman,
buah-buahan dan sebagainya.
2. Kedai POS dan Perkhidmatan
Kedai Pos dan Perkhidmatan ini lebih berfokus kepada memberikan perkhidmatan
kepada pelajar berurusan dengan pihak luar seperti perkhidmatan POS seperti
penghantaran surat, parcel, pembelian setem, pembelian wang pos dan penggunaan pos
laju juga pembelian sampul-sampul pos seperti pos ekspress.
Kedai ini juga menyediakan perkhidmatan pembelian tiket bas untuk pelajar pulang
ke kampung dan juga menyediakan perkhidmatan sewaan bas kepada pelajar untuk ke
destinasi tertentu. Setakat ini, penyediaan khidmat bas pulang ke kampung yang diuruskan
adalah sangat baik dan mendapat pujian daripada ibu bapa pelajar yang meletakkan
kepercayaan mereka kepada perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak koperasi.
KOPERASI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BERHAD
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Tel: 04-5754277
______________________________________________________________________________________
Untuk pensyarah dan staf KMPP, perkhidmatan memperbaharui cukai jalan serta lesen
juga turut ditawarkan.
Bagi memudahkan pengeluaran wang oleh pihak pelajar , pihak koperasi juga diberi
kepercayaan oleh pihak Bank Rakyat untuk menjadi ejen bank berdaftar Bank Rakyat yang
sah. Perkhidmatan ini memberi nilai tambah bagi pihak koperasi untuk turut menyediakan
perkhidmatan pembayaran bil utiliti kepada staf-staf KMPP.
Bermula sesi ini pihak koperasi telah menambah perkhidmatan bungkusan
memandangkan pelajar dibenarkan membeli barangan online dan menerima bungkusan
daripada ibubapa.
3. Kedai Fotostat
Pihak koperasi juga tidak ketinggalan di dalam memberi perkhidmatan fotokopi
kepada semua warga KMPP. Pihak Koperasi KMPP Berhad mempunyai 4 buah komputer
dan 4 buah mesin fotostat yang sentiasa sedia untuk digunakan oleh semua warga KMPP
yang disediakan di kedai fotostat. Selain itu, kelengkapan pembelajaran seperti nota
pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
turut disediakan di kedai tersebut. Antara perkhidmatan lain yang disediakan di kedai
fotostat ini ialah, perkhidmatan internet, binding dan laminate.
Waktu operasi semua kedai di bawah seliaan pihak koperasi adalah bermula dari pukul
7.00 pagi hingga 10.30 malam setiap hari kecuali cuti umum (akan dibuka sekiranya ada pelajar
dan staf yang bekerja) kecuali kedai pos dan kedai fotostat. Waktu operasi kedai pos pula adalah
dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Bermula pada hari Isnin hingga Jumaat dan ditutup
pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum (akan dibuka sekiranya ada pelajar dan staf yang
bekerja).
Waktu operasi kedai fotostat pula bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.30 malam pada
hari Isnin hingga hari Jumaat. Pada hari sabtu pula kedai ini beroperasi pada pukul 7.00 pagi
hingga 3.00 petang dan pada hari ahad pula beroperasi pada jam 3.00 petang hingga 10.30 malam.
KOPERASI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BERHAD
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Tel: 04-5754277
______________________________________________________________________________________
4. Van Koperasi KMPP Berhad
Perkhidmatan van oleh koperasi KMPP berhad telah bermula dengan sewaan oleh pelajar
dan kakitangan KMPP untuk ke destinasi pilihan mereka. Namun bemula pada Julai 2018
pihak Koperasi KMPP Berhad telah menyewakan van tersebut kepada pihak Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang dengan ikatan kontrak sehingga Disember 2019. Bagi tahun 2020,
Kontrak sewaan van koperasi oleh pihak Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah disambung
sehingga Disember 2021.
5. Penjualan Air Minuman Koperasi KMPP Berhad
Penjualan air minuman Koperasi KMPP Berhad mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pengusaha kafetaria turut mengambil dan membantu penjualan air minuman ini. Usaha
meletakkan air minuman di sekitar kawasan kolej dengan konsep pembayaran secara layan
diri telah dilaksanakan bagi merancakkan lagi penjualan air minuman ini. Lokasi yang telah
dipilih adalah perpustakaan, bangunan pentadbiran dan surau KMPP.
Kebajikan Anggota dan Tanggungjawab Sosial
Sebagai menghargai ahli koperasi, pihak koperasi telah menyalurkan sebanyak RM 2010.00
sebagai Sumbangan dan hadiah kepada ahli koperasi yang anaknya mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan Matrikulasi.
Pihak koperasi juga akan sentiasa memberikan perhatian kepada kebajikan ahli koperasi
seperti kepada mereka yang ditimpa musibah atau bencana alam seperti banjir, kematian dan
sebagainya.
Prospek 2020-2021
Pada tahun 2020 pihak koperasi akan menambah satu lagi perniagaan iaitu dobi layan diri. Pihak
koperasi bercadang untuk meletakkan di setiap blok dua mesin basuh. Satu mesin basuh akan
menggunakan duit manakala satu lagi menggunakan kad prabayar. Pihak koperasi KMPP Berhad
berharap dapat meneruskan perniagaan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sebagai lokasi
KOPERASI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BERHAD
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Tel: 04-5754277
______________________________________________________________________________________
perniagaan utama koperasi. Disamping itu, semua jenis perniagaan yang dijalankan sebelum ini
akan terus ditambah baik dan diberikan nafas baru agar ia dapat memberikan pulangan
keuntungan dengan lebih baik.
Bagi pihak ALK, kami mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam pelbagai bentuk
demi kemajuan dan kejayaan koperasi
Bagi pihak ALK juga, kami mengalu-alukan sebarang bentuk sokongan dan komitmen
yang boleh diberikan oleh anggota termasuk idea dan pandangan bagi tujuan melahirkan
cetusan idealogi, inovasi dan kreativiti dalam menjadikan koperasi sebagai Koperasi Terbaik
Malaysia Bertaraf Dunia dan memberi pulangan pelaburan terbaik melalui penglibatan di dalam
semua sektor ekonomi yang berlandaskan syariah
Semoga dengan usaha yang giat dijalankan bagi memastikan setiap perkhidmatan yang
diberikan menepati tahap kepuasan pelanggan yang tinggi membuahkan hasil pada tahun-tahun
yang mendatang. Namun segalanya kita serahkan kepada Allah S.W.T setelah kita sama-sama
berusaha.
Disediakan Oleh:
Setiausaha
Koperasi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Berhad.