The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD FARIS BIN KHAIRUDDIN
D20201095964

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by q.afiqaiman, 2021-05-30 04:49:14

BUKU LOG KRS

MUHAMMAD FARIS BIN KHAIRUDDIN
D20201095964

BAHAGIAN IX - TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN
DAN CEPAT JALAN

Semasa perlahan jalan.

Hukuman :

"Tukar langkah masa berjalan, tukar ,............langkah"

Perbuatan :

Hukuman diberi masa kaki kanan jejak ke bumi.
Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri
Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan.

Kesalahan Biasa :

(a) Dalam masa berjalan :
i. Melenggangkan tangan.
ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .

(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .

Semasa cepat jalan.

Hukuman :

"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"

Perbuatan :

Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah.
Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiri
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri,
Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan
Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.

Kesalahan Biasa :

(a) Dalam masa berjalan :
i. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .

(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .

BAHAGIAN X - BERJALAN, HENTAK KAKI
BERHENTI DALAM MASA BERLARI

HUKUMAN:

" Dari kiri/ kanan........ cepat lari"

Perbuatan:

Mula berlari dengan kaki kanan.
Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit.

Kesalahan biasa:

1. Memandang ke bawah.
2. Berlari di atas tumit.
3. Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul.

Hentak kaki semasa berlari

Hukuman:-

‘’Hentak… kaki''

Perbuatan:-

Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, ’check’ dengan kaki kanan dan
mulakan hentak dengan kaki kiri.

Hukuman:-

"Maju"

Perbuatan:-

Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri ,kemudian mulakan
berlari dengan kaki kanan.

Peringatan:
Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki
terlebih dahulu dan beri hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki

BAHAGIAN XII - TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI

Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan

Hukuman:

" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan"

Perbuatan :

Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’ dengan kaki kanan,
kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki
kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan.

Peringatan:
1. Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check

Dari Perlahan ke Jalan Cepat

Hukuman:-

''Tukar langkah cepat, cepat...jalan"

Perbuatan:-

Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan " jalan "
ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut. dan
mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan.
Tangan dilenggangkan

Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari

Hukuman:

" Tukar langkah berlari........ cepat lari"

Perbuatan:

Hukuman '' lari '' diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki kiri, kemudian mulai lari
dengan kaki kanan.

BAB 4

BAHAGIAN I - BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN

Hukuman:-

'' Buka ......... Barisan''

Perbuatan:-

Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki
kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4
kali, barisan hadapan berjalan terus.

Hukuman :

" Tutup............... barisan "

Perbuatan :

Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kanan,
barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju.
Barisan belakang berjalan terus.

BAHAGIAN II - BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA PERLAHAN JALAN

Hukuman "Barisan" diberi atas kaki kiri, angkat kaki kanan dan letak di sebelah kaki kiri (
seperti perbuatan hentak kaki perlahan diikuti dengan hentak kaki kanan dalam mas yang
sama julur kaki kanan dengan pantas.

Keterangan:
1. Ini untuk barisan tengah manakala barisan depan terus perlahan jalan.
2. Bagi barisan belakang, pergerakan angkat kaki kanan dan kiri berterusan

sebanyak 4 kali

TUTUP BARISAN SEMASA PERLAHAN JALAN

Perbuatan sama sebagaimana di atas, kemudian barisan hadapan melakukan
perbuatan sebagaimana barisan belakang sama buka barisan. Manakala barisan
belakang terus berjalan seperti biasa dan barisan tengah tidak berubah.

BAHAGIAN III - TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN
PERLAHAN

Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan

Hukuman :

" Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan........... Tukar "

Perbuatan:

Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan
pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam.

Hukuman :

''Cepat jalan''

Perbuatan:-

Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. Lain-lain
anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti. Jarak
antara barisan ialah satu langkah.

Ingatan:-

1. Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri.
2. Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam

anggota dalam barisan.
3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan

diberi hukuman maju atau berhenti.
4. Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota dalam

barisan hendaklah belok ke hala yang baru.
5. Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama.

BAB-KELIMA
JADIKAN DUA BARISAN

Kawat biasanya dijalankan dalam tiga barisan, tetapi terdapat juga yang terpaksa
bertukar menjadi dua barisan.

BAHAGIAN I - JADIKAN DUA BARISAN
DARIPADA TIGA BARISAN

Hukuman:

"Jadikan Dua ....... Barisan "

Perbuatan:

Anggota nombor ganjil di barisan tengah hendaklah melangkah kaki kanan ke depan (
15 inci ), dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci kemudian hentak kaki
kanan bersebelahan kaki kiri dalam kedudukan sedia.

Seterusnya dalam masa yang sama anggota nombor genap hendaklah melangkah ke
belakang dengan kaki kanan selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri
sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia.

Peringatan:

1. Jika ada deret kosong ( blank files ) di barisan tengah , anggota yang sebelah kiri
sekali dalam barisan akan undur , jika nombor ganjil ia akan dilakukan sebagai
nombor genap.

2. Lepas itu hendaklah diberi hukuman ke kanan lurus. Biasanya jarak lurus ialah 1
depa tangan dan bergenggam, tetapi dalam dua barisan begini jaraknya hanya 24 inci
( 1 bahu ) dengan tidak payah mengangkat tangan, barisan belakang tetap 2 langkah
jaraknya dari barisan hadapan.

Kesalahan biasa

1. Barisan tengah lupa nombor
2. Jarak tidak betul.
3. Tidak bawa kaki kiri cukup ke sebelah kiri pergerakan yang pertama.
4. Tidak bawa kaki kanan cukup ke hadapan dan ke belakang.

BAHAGIAN II
JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN

Hukuman:

" Jadikan tiga.......... barisan"

Perbuatan:

Anggota nombor ganjil dan genap barisan tengah kembali ke kedudukan asal.
Anggota dalam barisan hadapan hendaklah melangkah kaki kanan ke belakang
selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki
kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia.
Anggota dalam barisan belakang hendaklah melangkah kaki kanan ke hadapan
selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki
kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia.

Kesalahan biasa :

1. Tidak bawa kaki kanan hingga cukup setentang di pergerakan yang kedua.

BAB-KETUJUH
MEMBERI HORMAT

Hormat ialah satu cara bagi menghormati antara anggota-anggota pangkat
rendah dengan pegawai-pegawai atasan dan sebaliknya dalam pasukan.
Dengan cara inilah terbentuknya disiplin dalam pasukan. Hormat yang
dilakukan dengan betul dan cergas. Pegawai yang tidak mengambil berat
tentang hormat akan merosakkan tatatertib. Maka menjadi kewajipan anggota
semua peringkat mengetahui segala peraturan itu, terutama sekali keterangan-
keterangan yang ringkas di bawah ini.

BAHAGIAN I - HORMAT DALAM MASA BERHENTI

Hormat dalam berhenti:

Hukuman:

"Hormat , ke hadapan .... hormat "

Perbuatan:

Tangan kanan hendaklah diangkat ke hadapan dengan membengkokkan siku
rapat ke rusuk. Angkat tangan hingga hujung telunjuk kanan bersetentang
dengan hujung kening mata kanan. Tapak tangan kanan menghala ke bawah,
jari-jari lurus dan rapat. Pangkal lengan selari dengan bumi.

Dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan ikut jalan yang dekat
sekali, dengan menjatuhkan siku ke arah hadapan dan jari bergenggam, balik
ke kedudukan sedia.

Ingatan.

Pangkal lengan hendaklah selari dengan bumi dan mempunyai sudut 90 darjah
dengan rusuk, hujung lengan, pergelangan tangan dan jari-jari hendaklah lurus
semuanya.

Kesalahan Biasa:

1. Badan membongkok.
2. Pergelangan tangan dan jari -jari tidak lurus dan tiada rapat.
3. Tangan terlampau tinggi atau terlampau jauh, ke atas tengah dahi.
4. Kepala senget.
5. Badan dan kepala bergerak semasa mengangkat tangan .
6. Menjatuhkan tapak tangan dahulu daripada siku .

BAHAGIAN II
MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN

Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan atau
ke hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan.

HORMAT KE HADAPAN

Hukuman:

"Hormat ke hadapan .......... hormat ."

Perbuatan:

Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat
ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing
ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.

Hormat ke kanan/kiri :

Hukuman:

"Hormat kekanan/kiri ...............hormat"

"Perbuatan:

Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan

dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke

kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau kiri dengan pantas.

Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan dan palingkan muka ke

hadapan).

Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa.

Nota:
Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang.

HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL

Hukuman:

"Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat"

Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat
ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki
kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan
dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk)
dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke
belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun
tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.

BAHAGIAN III
MEMBERI HORMAT TANPA TOPI ATAU SONGKOK DAN APABILA MEMAKAI
PAKAIAN AWAM

Jika sedang duduk

Jika seseorang Ahli Pangkat Rendah sedang duduk dan datang seorang

pegawai kepadanya hendaklah ia bangun sedia dan memandang muka

pegawai itu kemudian beri hormat dengan tangan. Jika lebih daripada seorang

sedang duduk atau berdiri, anggota yang paling hampir di situ hendaklah

mengadap kepada pegawai itu kemudian beri perintah '' skuad

sedia'' dan hormat berseorangan.

"Jika hendak menyampaikan perintah,berita, menunjukkan surat atau barang
kepada pegawai

Seseorang ahli pangkat rendah hendaklah berjalan dengan segak ke arah
pegawai itu dalam masa cepat, berhenti kira-kira dua langkah jaraknya dari
pegawai itu dan hormat, melangkah selangkah ke hadapan , sampaikan
perintah berita, surat atau barang kepada pegawai itu kemudian melangkah
selangkah ke belakang, hormat sekali lagi, pusing belakang dan berjalan dari
situ dengan cepat masa. Kalau membawa senjata, hendaklah dalam kedudukan
rusuk senjata.

Ingatan:

Apabila berhadapan dengan seorang pegawai dalam bangunan (

bilik pejabat dan seumpamanya ) hendaklah ahli pangkat rendah itu memberi

hormat .

Kesalahan biasa ;
1. Tidak menunaikan tanggungjawab memberi hormat yangdiwajibkan .
2. Memberi tabik ketika tidak memakai pakaian seragam yang lengkap.

Bahagian ini mengandungi semua perkara berkenaan seorang ahli pangkat
rendah melintasi seseorang pegawai atau pegawai itu, pada ketika ahli pangkat
rendah itu tidak bersongkok ataupun memakai pakaian awam perkara ini
adalah sebahagian daripada latihan pelatih-pelatih dan pergerakan-pergerakan
ini hendaklah diterangkan dan ditunjukkan serta dilatih dalam padang kawat.

Tidak memakai pakaian seragam yang lengkap/ memakai pakaian awam

Pada bila-bila masa pun ketika tidak memakai pakaian seragam yang lengkap
anggota pangkat rendah itu hendaklah memberi hormat dengan keadaan
sedia.

2.2.5
PETA DAN

KOMPAS

Fungsi Peta
Fungsi dari sebuah peta adalah sebagai berikut:
a. Memberi informasi kepada pembaca mengenai letak relatif
maupun absolut suatu daerah terhadap daerah lainnya di
permukaan bumi
. b. Kondisi fisik non-fisik suatu daerah misalnya kepadatan, jumlah
penduduk, persebaran, dan lain-lain.
c. Memperhatikan ukuran dengan peta sehingga dapat diukur luas
wilayah dan jarak di permukaan bumi.
d. Menyajikan data tentang potensi suatu daerah.
e. Sebagai alat bantu dalam hal penelitian lapangan, operasi militer,
perencanaan suatu wilayah, jelajah alam dan lain-lain.

Jenis-jenis peta
Peta Kadaster / Peta teknik skala 1 : 100 – 1 : 5000 Digunakan untuk
membuat peta luas tanah, sertifikat tanah.
2) Peta skala besar 1 : 5001 – 1: 250.000 Digunakan untuk membuat
peta yang sempit, desa, kecamatan, kota.
3) Peta skala sedang 1 : 250.001 – 1: 500.000 Digunakan membuat
peta propinsi.
4) Peta skala kecil 1 : 500.001 – 1 : 1.000.000 Digunakan untuk
membuat peta Negara-negara.
5) Peta skala geografis skala lebih dari 1 : 1.000.000 Digunakan
membuat peta benua, kawasan, peta dunia.

Pengertian Kompas
Kompas adalah alat penunjuk arah mata angin. Alat ini menggunakan
medan magnet bumi untuk menentukan arah utara, selatan, timur
dan barat.
Dalam bidang maritim, kompas memberikan manfaat dalam
menentukan arah untuk menempuh perjalanan jauh secara aman
dan efisien dibanding berpegangan terhadap posisi bintang.

Sejarah & Penemu Kompas
Kompas magnetik pertama kali ditemukan dan digunakan sebagai
alat untuk meramal pada tahun 200 SM atau awal Dinasti Han
Tiongkok. Kemudian teknologi magnetik ini diadopsi oleh Dinasti
Song pada abad ke-11.
Sedangkan, orang-orang Eropa tercatat mulai menggunakan kompas
berawal di daerah Eropa Barat dan Persia pada awal abad ke-13.
Penemuan jarum magnetik yang selalu mengarah ke utara dan
selatan juga dijelaskan pada buku Loven Heng. Pada abad ke-9,
orang Tiongkok mengembangkan kompas menjadi dua jenis, yaitu
jarum yang mengambang dan jarum yang berputar.
Penyebaran kompas pertama kali dilakukan oleh seorang pelaut
Persia ketika mendapatkan kompas dari orang Tiongkok. Akan tetapi,
barulah pada tahun 1877 kompas dari seorang Inggris bernama
William Thomson “1st Baron Kelvin (Lord Kelvin)” yang dapat diterima
oleh semua negara. Sebab, kompas tersebut telah mengalami
perbaikan dari kesalahan-kesalahan akibat deviasi karena
penggunaan material besi yang meningkat untuk membangun kapal.

Fungsi dan Manfaat
Fungsi dan manfaat utama dari kompas adalah untuk menentukan
arah mata angin, terutama arah utara dan selatan yang menjadi
tempat medan magnetis bumi. Selain itu, kompas juga berguna
untuk:

Mengukur besar sudut kompas
Mengukur besar sudut peta
Menentukan letak orientasi
Mempermudah perhitungan dan pembacaan peta

2.2.6
ORIEENTERING

Pengenalan Orienteering
Definsi
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan
diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu
mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik
kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas
yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan
dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh
diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country),
pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia
meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan
disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko
tersendiri.

Jenis-jenis orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan
Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-
O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk
dilakukan, antaranya adalah :-

Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event

Kebaikan sukan orienteering
Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

Sejarah dan perkembangan
Sejarah permulaan

Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad
ke 19.

Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya
menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima
ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”.

Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
Memerlukan daya ketahanan.
Stamina. Kecekapan berlari.
Kekuatan mental.
Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih

mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.
Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah
seperti :-

World Orienteering Championships (WOC)
World Cup (WC)
Junior World Orienteering Championships (JWOC)
Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun
ke atas
Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen
(Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000
hingga 25000 orang.

2.2.7

SENI
PERKHEMAHAN

Pengenalan
Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan.
Khemah atau juga dengan maksud lain adalah tempat perlindungan
sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas.

JPerkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan
untuk keselamatan :

1.Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk
elakkan dari sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6
meter atau lebih)

2.Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemah-
khemah.

3.Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan.
4.Pastikan Khemah :

Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar (
jika tiada pilihan mestilah mengelak daripada mendirikan
khemah pada pokok yang condong, sebalik nye dirilah khemah
pada berlawanan arah condong ).
Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, &
berbatu.
Tidak didirikan dilaluan air, binatang(denai), ataupun manusia.
5.Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan
perjalanan keluar dari khemah.
6.Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian
baju di belakang khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan
juga dapat menjaga jangkamasa khemah)
7.Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.
8.Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan
bersolat.
9.Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya
percikkan api tidak sampai pada khemah dengan kata lain jangan
masukkan api dalam khemah).
10.Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek.
11.Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari
kawasan perkhemahan.
Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang
12.Tempat sampah

Jenis-jenis Khemah

1.A Shape

2. Doom

3. Igloo

2.2.8

IKHTIAR
HIDUP DAN
PENDIDIKAN

LUAR

Pengenalan
Pendidikan luar adalah berdasarkan falsafah ikhtiar hidup dari
tamadun lampau Mesir, India, China, Rom dan Greek. Pendidikan luar
dilihat dapat menyemai perasaan muhibbah dan integrasi nasional
dikalangan generasi muda masa kini. Disamping itu, pendidikan luar
juga dapat menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari
aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan. Pelajar mungkin
tidak dapat memperolehi pengalaman yang menyeluruh dengan
hanya mengikuti P&P di bilik darjah sahaja.
Pendidikan luar yang terancang memberi pengalaman yang sebenar
yang mengutamakan konsep:
• Peningkatan pengetahuan
• Kemahiran
• Disiplin
• Keyakinan diri
• Nilai-nilai murni
ke arah kecemerlangan diri. Penggunaan persekitaran sebagai
‘makmal hidup’ yang menyediakan aktiviti terancang melalui kaedah:
• Pemerhatian
• Penyiasatan
• Penyelidikan
• Kerjasama
• Kesepaduan
• Motivasi
• Kreativiti

.

iDefinisi Pendidikan Luar
Menurut Hammerman (1985) menyatakan pendidikan luar sebagai
landasan untuk mengenalpasti penglaman yang boleh dipraktikan
dalam situasi harian. Walaubagaimanapun, Ford (1981) menyatakan
pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan
persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan P&P dalam
kurikulum sedia ada. Knap (1981) pula menambah pendidikan luar
sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu
organisasi.
Sebagai kesimpulannya pendidikan luar adalah satu kaedah
gabungjalin antara pendidikan moden dan tradisional untuk
wujudkan satu proses P&P yang meliputi domain kognitif, afektif dan
psikomotor yang berkesan. Untuk tujuan ini persekitaran luar bilik
darjah dijadikan sebagai ‘makmal hidup’ bagi mendedahkan pelajar
kepada situasi sebenar.
Matlamat Pendidikan Luar
Selaras dengan pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang
mempunyai pengetahuan, kesedaran dan amalan serta menghayati
hubungannya dengan alam semulajadi dan persekitaran. Disamping
itu, kita dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk
tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.
Objektif Pendidikan Luar
Terdapat tiga fokus utama dalam aktiviti pendidikan luar ini.
Pertamanya dapat dilihat dari aspek psikomotor dimana pelbagai
tahap diberi tumpuan seperti tahap kecergasan, pengalaman,
kecerdasan dan kumpulan umur serta jantina. Seterusnya dapat
dilihat dari aspek kognitif yang menekankan kebolehan menaakul,
analisis, sintesis, perlakuan motor seseorang secara ilmiah dan
saintifik manakala aspek ketiga pula ialah aspek afektik yang
memberi perhatian lebih kepada penghayatan nilai-nilai murni.

.

Ikhtiar Hidup
Pengenalan Ikhtiar Hidup
Ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di
dalam pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya
ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini merujuk kepada
takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud
usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting. Selain itu,
ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu
untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau
ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus
boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan
masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu
dilakukan oleh seseorang.
Situasi Ikhtiar Hidup
• Kehabisan bekalan makanan dan minuman
• Ancaman binatang buas
• Masalah perlindungan
Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:
• Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti
• Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup
• Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan
• Teknik – kemahiran ikhtiar hidup
• Material – peralatan, pakaian dan bekalan
Punca Situasi Ikhtiar Hidup
Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat
perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan. Kurang
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

.

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah
merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh
setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai
cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu
bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.
Prinsip Ikhtiar Hidup
• Keselamatan
• Usaha
• Kawalan diri
• Kerjasama

2.2.9

PENDIDIKAN
ALAM SEKITAR

(KITAR
SEMULA)

DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007
( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan
sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula
berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk
yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya
menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai
tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan
faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di
dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk
ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi
mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami
ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita
perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau
sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa
ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna
orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya
menghasilkan lebih banyak sisa .
Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka
bumi ini yang menghasilkan sisa .
Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang
terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak
dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang
menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan
seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan
kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana
(methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di
tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan
pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan
daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan
keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti
kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada
bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga
dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam
mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan
manusia yang hidup di dalamnya.

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga,
kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai
untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar
meliputi kawasan tadahan air.
Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk
daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di
hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan
datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah
dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan
dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk
generasi yang akan datang

2.2.10

AKTIVITI AIR

Pengenalan aktiviti air
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia
diliputi air. Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di
pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air
untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan
laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air.

Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang
awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara
sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak
dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama.
Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting
selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan
jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan
menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular
digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-sungai ini
berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.

Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu
dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain
menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara
sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual
barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara
sungai tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh
orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke
hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang
lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu dibuat daripada
kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika.
Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu
Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan
Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai
sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat
empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin
diperluaskan. Antaranya:

1) Mengikut aliran sungai.
2) Menggunakan tenaga.
3) Tiupan angin.
4) Enjin.

KEPENTINGAN SUKAN AIR

Sukan Air
Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian.
Pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan
institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan
menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Selain sukan
di darat dan sukan bermotor, sukan air harus dititikberatkan.

A. Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi
persatuan sukan air untuk menggalakkan pencapaian yang lebih baik
dalam sukan air.

- Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha Kerajaan
dalam menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang
akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan
perindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan
dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam
dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan sektor
swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat
muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda
menyertai aktiviti sukan air.

B. Membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia
melalui pelaksanaan pelbagai program sukan air.

- Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air
akan dianjur untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat
dalam sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan
penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa
kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan
dinaik taraf.

C. Senjata baru pelancongan

- Kebelakangan ini, kebanyakan belia kegilaan sukan air yang lasak
seperti meluncur air. Penglibatan mereka dalam pertandingan sukan
air antarabangsa dapat menarik perhatian orang dunia. Nama negara
kita akan diharumkan sekiranya wakil sukan air negara kita
memperoleh johan. Secara tidak langsung, nama dan tempat menarik
negara kita akan menjadi terkenal dan sektor pelancongan
dibangunkan.

D. Menggalak gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

- Program baru yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang
boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan
diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup
sihat dan aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak program
kesedaran seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan
kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan.Program
gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia
terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di
bawah program ini, semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor,
sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor
korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan
menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.



3.1

VIDEO

Pautan video

1. https://www.youtube.com/watch?v=kTkxgkMFjgg
2. https://www.youtube.com/watch?v=t3fKM5am3jg
3. https://www.youtube.com/watch?v=bmeJUCIpMG4
4. https://www.youtube.com/watch?v=ufcFPiVwoBs
5. https://www.youtube.com/watch?v=oWa_DEkFd2k
6. https://www.youtube.com/watch?v=lrhsgioIXac&t=95s
7. https://www.youtube.com/watch?v=61RIHwDhu8s
8. https://www.youtube.com/watch?v=WxnTSJtxL_w


Click to View FlipBook Version