SKRIP MODERATOR PROGRAM KAUNSELING SIRI 2
03 JANUARY 2022
9:00 MALAM – 10:30 MALAM
MASA AKTIVITI/SKRIP CATATAN
Siap sedia memasuki platform
Untuk peringatan, diminta untuk semua peserta membuka kamera dan
menetapkan mikrofon anda dalam mod senyap sepanjang program ini
berlangsung, bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
8:55 PM – Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang hadir ke *Waktu peserta
9:00 PM PROGRAM KAWALAN STRESS MUSIM PEPERIKSAAN masuk zoom.
sempena CONSTRUCTION WEEK 13.0 anjuran CONSTRUCTION
MANAGEMENT CLUB, FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI
& PERNIAGAAN, UTHM.
Sebagai pembuka acara, saya menjemput saudara,
________________________________________
untuk mengetuai bacaan doa bagi memberkati program ini.
------------------------------------------------------------------------
Amin Amin Ya Rabbalamin. Terima kasih saudara,
________________________________________
atas bacaan doa sebentar tadi.
Yang Berbahagia, Prof. ____________________________________,
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, FPTP UTHM.
Yang Dihormati, Panel Jemputan kita pada malam ini iaitu DR.
NORAISHAH BINTI DAUD selaku PENGARAH PUSAT
KAUNSELING UTHM.
Yang Berusaha, saudara MOHAMAD AMIRUL HAKIM BIN
HAIRIZAN, selaku PENGARAH PROGRAM CONSTRUCTION
WEEK 13.0
Yang dikasihi, barisan ahli jawatankuasa pelaksana program serta para
peserta sekalian.
Terlebih dahulu saya kenalkan, saya WAN HARITH LUQMAN
moderator anda pada hari ini!
Untuk makluman semua peserta, PROGRAM KAWALAN STRESS
MUSIM PEPERIKSAAN diadakan untuk memberi persediaan awal
kepada semua pelajar dalam menghadapi musim peperiksaan tidak lama
lagi.
Kata aluan daripada TDHEPA FPTP
Tidak lengkaplah majlis tanpa kata aluan
Maka dijemput TDHEPA FPTP Prof.
---------------------------------------------------------------------
Dipersilakan Prof.
9:00 PM – Terima kasih Prof. atas kata aluan sebentar tadi.
9:05 PM
Okay, mungkin anda dah tak sabar untuk mendengar apa yang akan
dikongsikan oleh panel jemputan kita pada hari ini. Maka, untuk program
hari ini, kami bawakan khas kepada anda, panel jemputan yang hebat iaitu
DR. NORAISHAH BINTI DAUD. Beliau merupakan PENGARAH
PUSAT KAUNSELING UTHM.
Dipersilakan Dr.
Sesi soal jawab & penutup
Nampaknya kita sudah pun mendengar input input daripada
DR. NORAISHAH sebentar tadi.
Sekarang, kita beralih kepada sesi soal jawab. Bagi peserta yang
mempunyai sebarang persoalan boleh lah membuka kamera dan unmute
mikrofon anda.
10.05 PM – Sebelum beralih kepada soalan seterusnya, suka untuk saya ingatkan
10:25 PM kepada semua peserta agar mengisi Feedback Form yang akan diberikan
di ruangan chat sebentar lagi. (Ulang suara)
*sambung Q&A
Sebelum kita pergi ke sesi bergambar dan bersurai, mungkin boleh untuk
panel kita memberi kesimpulan tentang apa yang telah dikongsikan pada
hari ini.
Terima kasih DR. NORAISHAH atas perkongsian pada hari ini.
Sesi bergambar dan bersurai
Sekarang diminta untuk semua peserta membuka kamera bagi sesi
10.25 PM – bergambar. Saya serahkan kepada unit media untuk menyusun atur.
10:30 PM ---------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih unit media. Sebelum kita bersurai, saya ingatkan sekali lagi
untuk para peserta mengisi feedback form yang berada di ruangan chat.
Kita sudahpun berada di hujung program, dengan kesempatan ini
mewakili pihak urusetia ingin memohon maaf sekiranya terdapat
kekurangan dan keterlanjuran sepanjang PROGRAM KAWALAN
STRESS MUSIM PEPERIKSAAN ini berlangsung.
Saya moderator anda pada hari ini, mohon untuk mengudur diri!
Wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikum wbt.
Semoga bertemu lagi di lain masa, Sentiasa patuhi SOP dan jaga diri
semua.
Terima Kasih.