The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IKHTILAF (PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA') DIB1A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hanis Dayana, 2023-05-16 08:28:34

IKHTILAF (PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA') DIB1A

IKHTILAF (PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA') DIB1A

IKHTILAF ( PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA') USULFIQH DPD 10022 USTAZAH NORHAFIZAH NAMA PENSYARAH :-


N u r ul S y a kir a h Bin ti Noorasri 17DIB22F2027 N o r aini Bin ti Sulaiman 1 7 DIB 2 2 F 2 0 0 3 H a nis D a y a n a Bin ti Mohd Khairul Farid 17DIB22F2013


Isi kandungan SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN TAJUK DALIL BERKAITAN IKHTILAF PEMBAHAGIAN IKHTILAF 6 - 18 5 1 - 4


ISU SEMASA BERLAKUNYA IKHTILAF PUNCA & PENYELESAIAN MASALAH KESIMPULAN RUJUKAN PENUTUP 21 - 22 20 19


Menurut Ibn Manzhur, al-Ikhtilaf adalah suatu yang saling bercanggahan dan tidak ada kesepakatan. Dikatakan, dua perkara itu saling berbeza dan berikhtilaf, iaitu keduanya tidak bersepakat. Dan setiap sesuatu yang tidak selari maka ia telah bercanggahan dan berikhtilaf. Rujuk Ibn Manzhur, Lisan Al-Arab (2/232). PENGENALAN TAJUK Di dalam kitab-kitab para ulama, terdapat juga penggunaan perkataan yang lain selain daripada ikhtilaf iaitu al-Khilaf. Kalimah alkhilaf sebagaimana yang disebutkan oleh al-Fairuz Abadi adalah: Menyelisihi seseorang pada sesuatu perkara iaitu bercanggah dengannya. 1


Di dalam kitab-kitab para ulama, terdapat juga penggunaan perkataan yang lain selain daripada ikhtilaf iaitu al-Khilaf. Kalimah al-khilaf sebagaimana yang disebutkan oleh al-Fairuz Abadi adalah: Menyelisihi seseorang pada sesuatu perkara iaitu bercanggah dengannya. Rujuk al-Qamus al-Muhith, al-Fairuz Abadi (1/251). Dalam menjelaskan makna khilaf, al-Jurjani mendefinisikannya dengan katanya: Percanggahan yang berlaku di antara dua orang yang saling berbeza untuk mentahkikkan kebenaran ataupun membatalkan kebathilan. Lihat al-Ta’rifaat, alJurjani. Hlm. 135. 2


M A K S U D I K H T I L A F S E C A R A R I N G K A S B A H A S A D A L A M I S L A M, " K H I L A F " B I A S A N Y A M E M B A W A A R T I P E R T E N T A N G G A N A T A U B E R L A W A N A N. ISTILAH M A N A K A L A I S T I L A H Y A N G L E B I H K H U S U S " I K H T I L A F " M E M B A W A M A K S U D T I D A K S E P E N D A P A T A T A S S E S U A T U P E R K A R A. 3


Berlaku perbezaan pendapat dalam masalah Ahli Zimmah (kerakyatan kepada bukan Islam) antara mazhab Syafi‘i dan Hambali dengan mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafi‘i dan Hambali yang menetapkan bahawa Ahli Zimmah terdiri daripada kalangan penganut Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) dan Majusi sahaja. Hal yang tersebut disebabkan hanya itu sahaja penganut agama yang ada dalam masyarakat mereka. Adapun Mazhab Hanafi dan Maliki pula mengizinkan kepada penganut berbagai-bagai agama yang lebih banyak menjadi rakyat mereka berstatus Ahli Zimmah. Hal ini demikian kerana, mereka berada dalam sebuah masyarakat majmuk yang lebih besar berkonsepkan tiada paksaan dalam beragama dan bersikap adil terhadap semua. PERBEZAAN PENDAPAT DALAM AHLI ZIMMAH 4


Fir m a n Alla h S W ﴿اَل ِإْك َراَه ِفي الِّديِن...٢٥٦: ﴾T “ Tia d a p a k s a a n u n t u k ( m e m a s u ki) a g a m a (Isla m ) … ” ( S u r a h alB a q a r a h: 2 5 6 ) ُه ِر ُتْك ْنَت َأ َف َأ َجِميًعا ُّلُهْم ُك ِض ْر ِفي ا َأْل َمْن َمَن آَل َرُّبَك َء َشا َلْو َو ﴿ ﴾ ٩ ٩ ِمِنيَن ُنوا ُمْؤ ُكو َي َحَّتى َس ناَّال” Dan jika Tuhanmu menghendaki, t e n t ula h b e rim a n s e k alia n m a n u sia y a n g a d a di bumi. Maka, apakah kamu (hendak) m e m a k s a m a n u sia s u p a y a m e r e k a m e n j a di orang-orang yang beriman semuanya?” (Surah Yunus: 99) DALIL 5


PEMBAHAGIAN IKHTILAF Al-Ikhtilaf Al-Mahmud (Terpuji) Al-Ikhtilaf Al-Mazmum (Tercela) 6


Disebutkan juga bahawa ikhtilaf yang terpuji ini adalah Ikhtilaf al-Saigh (perselisihan yang diterima). Perselisihan seperti ini terbahagi kepada dua bahagian: Pertama: Ikhtilaf Tanawwu’ Kedua: Ikhtilaf Tadhaadh (تضاد اختالف( Ikhtilaf terpuji (dibenarkan) 7


ikhtilaf tanawwu ' Perbezaan yang berlaku pada pendapat-pendapat fekah dari sudut jenis, yang tidak bercanggahan dan tidak menafikan di antara satu sama lain. Iaitu kesemua pendapat fekah itu berada dalam jenis yang sama dan tidak bercanggahan. Ikhtilaf ini berlaku disebabkan terdapatnya dalil-dalil ke atas satu jenis daripada ibadah. Maka seseorang itu kadangkala beramal dengan satu dalil dalam ibadah tersebut. Kadangkala dia beramal dengan dalil lain yang warid berkenaan ibadah yang sama. IKHTILAF TANAWWU’ 8


waridnya dalil-dalil yang banyak berkenaan sifat istiftah (bacaan doa istiftah/iftitah dalam solat). Antaranya seperti berikut, Abu Hurairah R.anhu meriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa baginda membaca doa istiftah seperti berikut: ُهَّم َنِّقِني ِمَن ال َخَطاَيا َكَما َّل ُهَّم َباِعْد َبْيِني َوَبْيَن َخَطاَياَي َكَما َباَعْدَت َبْيَن الَمْش ِرِق َوالَمْغ ِرِب ال َّل ل َب َرِد َوال ِج ْل َماِء َوالَّث ْل ُهَّم اْغِسْل َخَطاَياَي ِبا َّل َيُض ِمَن الَّدَنِس ال َنَّقى الَّثْوُب ا َألْب ُي Maksudnya : Ya Allah, jauhkanlah di antaraku dan juga kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan di antara timur dan juga barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku daripada kesalahankesalahan sebagaimana telah dibersihkan baju yang putih daripada kotoran. Ya Allah, basuhkanlah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji, dan juga air sejuk. Riwayat al-Bukhari (744) dan Muslim (598) CONTOH 9


Oleh itu, jika sesorang mengamalkan kedua-dua dalil yang sahih di atas di dalam dua solat yang berbeza, sekalipun terdapat perbezaan lafaz antara keduanya akan tetapi perbuatan tersebut tidaklah tercela. Ini kerana, dia beramal dengan kedua-dua lafaz yang mempunyai dalil sahih padanya di dua tempat yang berbeza. Bahkan dia dalam hal ini mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W. Maka ini yang dipanggil sebagai ikhtilaf tanawwu’ iaitu perbezaan dalam jenis lafaz. Demikianlah juga perbezaan yang berlaku di dalam bacaan-bacaan ketika rukuk dan sujud. Ini kerana, terdapat pelbagai riwayat yang menyatakan beberapa bacaan dan lafaz yang berlainan untuk dibaca semasa sujud dan juga semasa rukuk. CONTOH 10


Ikhtilaf yang berlaku pada pendapatpendapat fekah yang saling bercanggahan dan berbeza di antara satu sama lain. Ikhtilaf tadhaadh ini berlaku pada permasalahan fekah yang sabit dengan dalil yang sahih akan tetapi dalalahnya adalah zhanni dan bukannya qath’ie )اختالفتضاد )IKHTILAF TADHAADH 11


perbezaan pendapat para fuqaha daripada firman Allah S.W.T: ْم ِإىَل َل ُك ُج ْر ْم َوَأ ُك ُءوِس ِب ُر وا ُح َم َراِفِق َواْمَس ْل ْم ِإىَل ا ُك ْيِدَي ْم َوَأ ُك وَه ُج وا ُو ُل اْغِس ْمُتْم ِإىَل الَّصاَلِة َف ُق ِإَذا ِذيَن آَمُنوا َّل َها ا ُّي َأ َيا َكْعَبْيِن ْل ا Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat maka basuhlah wajah-wajah kamu, dan tangan-tangan kamu sehingga ke siku. Dan sapulah kepala-kepala kamu dan (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke buku lali. Surah Al-Maaidah (6) CONTOH 12


-Berdasarkan kepada ayat di sebelah, ia merupakan ayat yang sahih dan sabut secara qath’ie (qath’iyyah al Thubut itu dianggap sebagai zhanniyah al-dalalah (dalalah yang zhanni). Justeru مْ ُك ُءوِس ِب ُر وا ُح سَمْوا َAkan tetapi, pada kalimah berlaku beberapa perbezaan pandangan dalam fekah berkenaan bahagian kepala yang perlu disapu semasa .mengambil wuduk Sebahagian fuqaha berpendapat, bahawa yang perlu disapu adalah keseluruhan kepala. Manakala sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa yang disapu adalah separuh kepala. Ada juga yang menyatakan bahawa yang disapu adalah satu perempat kepala, manakala pendapat di sisi mazhab Imam Al-Syafie pula adalah serendahrendah apa yang berlaku padanya nama sapuan, maka itupun memadai. Maka perbezaan pendapat yang berlaku di sisi para fuqaha dalam isu-isu seumpama ini adalah dinamakan sebagai Ikhtilaaf al-Tadhaadh dan ia dibenarkan di dalam syarak. Selama mana khilaf itu berlaku pada nas-nas yang sahih dan dalalahnya adalah zhanni. CONTOH 13


Ikhtilaf Yang Tercela (Al-Mazmum) Secara asasnya, ikhtilaf yang tercela ini adalah yang berlaku dalam permasalahan-permasalahan fekah. Yang menjadikan ia sebagai perselisihan yang tercela adalah pada dua keadaan: 14


Setiap Permasalahan Fekah Yang Sabit Dengan Dalil Yang Sahih Lagi Qathi’yyah al-Dalalah. Sebagai contohnya adalah firman Allah S.W.T: وا الَّزَكاَة ِقيُموا الَّصاَلَة َوآُت َأ َو Maksudnya: Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat. Surah Al-Baqarah (43) 15


Ayat di sebelah berkaitan dengan isu fekah, iaitu Solat yang merupakan perbuatan yang dituntut kepada setiap mukallaf. Dalil di atas adalah qath’ie dari sudut thubut (kesabitannya) dan ia juga qath’ie dari sudut dalalah. Ini kerana, yang difahami dari dalil tersebut hanyalah makna yang satu iaitu kewajipan solat dan kewajipan menunaikan zakat. Maka jika ada mana-mana individu yang mendakwa bahawa solat itu tidak wajib dan zakat juga tidak wajib ditunaikan, maka perbezaan ini adalah tercela dan tidak dibenarkan. 16


Setiap Permasalahan Fekah Yang Berlaku Ijmak Padanya Sebagai contohnya, di antara perkara yang para ulama ijmak padanya adalah: Bukti ke atas sesiapa yang mendakwa, manakala sumpah ke atas orang yang didakwa. Kenyataan ini disebutkan oleh Imam Ibn Al-Munzir Rahimahullah di dalam kitabnya alIjmak Hlm. 62. Maka sesiapa yang berbeza dengan hal ini, seperti dia mengatakan bahawa orang yang didakwa yang perlu mendatangkan bukti bagi menafikan tuduhan ke atasnya, maka ikhtilaf ini adalah tidak dibenarkan lagi tercela. Ini kerana ia telah bercanggahan dengan ijmak. 17


Begitu juga telah ijmak para ulama bahawa rukuk itu wajib di dalam solat bagi sesiapa yang berkemampuan untuk melakukannya. Ini dinyatakan oleh Imam Ibn Qudamah alMaqdisi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni (1/495). Maka jika seseorang mendakwa bahawa rukuk itu tidak wajib bagi siapa yang mampu melakukannya, sebaliknya sunat sahaja maka kenyataannya ini dikategorikan sebagai ikhtilaf al-mazmum kerana menyanggahi ijmak para ulama. 18


Perbezaan fahaman dan akalan serta kemampuan dalam menghasilkan ilmu. Perbezaan dalam penguasaan ilmu. Perbezaan dalam penguasaan ilmu Bahasa Arab. Khilaf dalam masalah berhujah dengan sumber-sumber fiqh. Khilaf pada kaedah-kaedah usuliyyah. Khilaf tentang qiraat dalam al-Quran al-Karim. Khilaf dengan sebab bertentangan dalil-dalil. ISU SEMASA BERLAKUNYA IKHTILAF 19


PUNCA DAN PENYELESAIAN MASALAH Konflik keagamaan dalam masyarakat Islam semakin berkembang. Jurang salah faham dan ikhtilaf fiqh semakin membesar. Sehubungan itu satu modus vivendi melalui pendekatan wasatiyah adalah perlu dilaksanakan. Pendek kata, dalam menguruskan ikhtilaf fiqh; Perbezaan yang berlaku dalam masalah furu ' hendaklah diterima sebagai suatu kemestian dan rahmat. Hakikat kemestian ini dapat dilihat dari beberapa faktor seperti fitrah agama Islam yang mengandungi hukurnhakam yang qat'i dan zanni, muhkamat dan mutasyabihat dan seumpamanya yang mengundang kepada pelbagai pentafsiran. Saling bertoleransi dalam masalah yang diperselisihkan. Toleransi yang dimaksudkan ialah tidak fanatik kepada suatu pendapat yang bertentangan dengan pendapat lain dalam masalah khilafiyyah atau satu mazhab dan seorang imam yang bertentangan dengan mazhab dan imam lain. 20


S u m b e r r u j u k a n h t t p s : / / m s . w i k i p e d i a . o r g / w i k i / K h ila f # : ~ : t e x t = D ala m % 2 0Isla m % 2 C % 2 0 % 2 2 k h ila f % 2 2 % 2 0 b i a s a n y a , K h ila f % 2 0 y a n g % 2 0 d i t e r i m a h t t p s:/ / w w w.g o o gle.c o m / s e a r c h ? q =ib n + m a n z u r & o q =IB N + M A N & a q s = c h r o m e.0.0i3 5 5i5 1 2 j 4 6i5 1 2 j 6 9i5 7 j 4 6i5 1 2l2 j 0i5 1 2l5.8 9 5 4j 0 j 1 5 & s o u r c ei d=chrome&ie=UTF-8 h t t p s : / / h a r a k a h d a ily . n e t / i n d e x . p h p / 2 0 2 1 / 0 9 / 1 6 / a d a b - i k h t ila f - p e r b e z a a n - p e n d a p a t - d ala m - p e r p a d u a n - u m a t / h t t p s:/ / m u f tiw p.g o v.m y / a r tik el/ir s y a d - u s ulfiqh/683-irsyad-usul-al- fiqh-siri-ke-18- pembahagian-ikhtilaf 2 1


Akhir kalam, kami menyatakan bahawa dengan mengetahui jenisjenis dan pembahagian khilaf akan dapat membantu kita dengan baik tentang cara menguruskan perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan para fuqaha. Semoga Allah S.W.T memberikan kepada kita kefahaman dalam beragama agar kita tidak mudah terpesong dalam urusan dunia dan juga akhirat. N 22


Thank You


Click to View FlipBook Version