PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAFF SESSI 2022/2023
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK 2, MELAKA
1. NAMA : Kelab Guru & Staff Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2, Melaka.
2. ALAMAT : Alamat rasmi surat menyurat ialah:
Kelab Guru & Staff
Sekolah kebangsaan Tanjung Minyak 2,
Jalan TMU1, Taman Tanjung Minyak Utama,
Tanjung Minyak, 75250 Melaka.
3. KEAHLIAN : Terdiri daripada pegawai dan kakitangan (guru-guru dan staff sokongan)
yang berkhidmat di Sekolah kebangsaan Tanjung Minyak 2 mengikut
tahun semasa.
4. TUJUAN : Tujuan badan/ kelab ini ditubuhkan antara lain:
4.1 Melahirkan rasa persaudaraan (ukhuwah) sesame pegawai dan
kakitangan yang bertugas di sekolah ini.
4.2 Menyubur dan menanam semangat kerjasama dalam sebuah
keluarga yang harmonis.
4.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam mencari kedamaian ummah
dan mencari keredhaan Allah S.W.T.
4.4 Beramal ke arah beribadah, bersedekah dan berjariah kepada
yang memerlukan sekadar kemampuan yang terdaya.
4.5 Berusaha mengumpulkan wang dari sumbangan pegawai dan
kakitangan atau dari punca-punca sumbangan dan semua aktiviti
pengumpulan dana yang halal untuk dikeluarkan kepada aktiviti-
aktiviti kelab yang ditentukan.
5. PENTADBIRAN : 5.1 Kelab ini akan ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa yang dipilih
oleh guru-guru dan kakitangan dengan dipersetujui pihak
pentadbir
5.2 Mesyuarat Agong akan diadakan pada setiap tahun.
5.3 Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada:
5.3.1 seorang penasihat – Guru Besar.
5.3.2 seorang pengerusi
5.3.3 seorang naib pengerusi
5.3.4 seorang setiausaha
5.3.5 seorang naib setiausaha
5.3.6 seorang bendahari
5.3.7 seorang naib bendahari
5.3.8 19 orang jawatankuasa kecil
PERINGATAN : Semua ahli jawatankuasa dipilih DUA TAHUN sekali secara undian.
: Penasihat terlantik dengan sendirinya atas nama jawatannya.
6. TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA
6.1 PENASIHAT
6.1.1 Bertanggungjawab bagi menasihatkan segala perjalanan kelab supaya
berfungsi mengikut peraturan yang ditetapkan.
6.1.2 Menasihati, menegur dan menyelesaikan segala masalah jika ada dalam
melaksanakan peraturan kelab.
6.1.3 Berhak bertindak dan campurtangan secara langsung jika berlaku
sebarang penyelewengan kuasa atau penyalahgunaan wang kelab.
6.1.4 Menjadi tempat ahli jawatankuasa merujuk segala kerumitan yang
mungkin timbul untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan
sebagainya bagi mencari kebajikan kelab.
6.1.5 Mempunyai kuasa pemutus yang muktamad dalam menentukan
sesuatu keputusan jika peraturan itu bercanggah dengan peraturan
kelab sahaja.
6.1.6 Hadir dalam semua mesyuarat kelab kecuali berhalangan dengan sebab
tugas rasmi yang penting.
6.2 PENGERUSI
6.2.1 Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat kelab.
6.2.2 Bertanggungjawab bagi memastikan setiap mesyuarat dapat
dilaksanakan dengan betil, teratur dan sempurna.
6.2.3 Menandatangani segala catatan mesyuarat yang sudah disemak dalam
sesuatu mesyuarat.
6.2.4 Mengawal semua urusan kelab samada penyata kewangan, harta dan
alat kelengkapan kelab dalam penjagaan yang selamat oleh pihak-pihak
yang bertanggungjawab.
6.2.5 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalam urusan kewangan
yang melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab.
6.2.6 Mengarahkan setiausaha selepas mendapatkan pandangan dari
penasihat untuk memanggil sebarang mesyuarat yang hendak diadakan.
6.2.7 Berusaha dan berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan pentadbiran
kelab dari semasa ke semasa.
6.2.8 Mempunyai kuasa pemutus dengan mendapatkan pandangan dari
penasihat dalam membuat sesuatu keputusan dalam mesyuarat jika
keputusan itu tidak dapat diambil secara demokrasi.
6.2.9 Menjadi wakil rasmi kelab dalam semua pertemuan dengan pihak luar
jika perlu.
6.3 NAIB PENGERUSI
6.3.1 Mewakili secara rasmi kelab dan mengambil alih tugas pengerusi ketika
ketiadaan pengerusi dengan persetujuan penasihat.
6.4 SETIAUSAHA
6.4.1 Bertanggungjawab atas segala surat menyurat kelab.
6.4.2 Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dengan arahan dan
persetujuan pengerusi.
6.4.3 Mencatat segala keputusan mesyuarat serta melaksanakan segala
keputusannya dan menyimpan segala catatan tersebut untuk panduan
dan rujukan.
6.4.4 Menyimpan dan bertanggungjawab atas segala maklumat dan buku-
buku yang berhubungan dengan kelab dengan selamat.
6.4.5 Bekerjasama dengan pengerusi, naib pengerusi, bendahari dan
penasihat dalam semua pengurusan kelab.
6.4.6 Sentiasa SETIA dan BERUSAHA menjalankan tugas bagi menjamin
kemajuan kelab dan berusaha mencari langkah-langkah untuk
mempertingkatkan prestasi kelab dari semasa ke semasa.
6.4.7 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalam urusan kewangan
yang melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab.
6.5 BENDAHARI
6.5.1 Bertanggungjawab memungut yuran ahli pada setiap bulan dan
memastikan penyata pungutan dan perbelanjaan yang sentiasa
dikemaskini.
6.5.2 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalam urusan kewangan
yang melibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab.
6.5.3 Menyimpan semua kutipan / sumbangan yang diterima dalam
simpanan “AKAUN SIMPANAN” atas nama “KELAB STAFF SEKOLAH
KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK 2” dalam sebuah bank yang selamat
dan ditetapkan oleh penasihat dan jawatankuasa.
6.6 PERINGATAN:
6.7 a) Nama akaun adalah atas nama:
‘Kelab Guru & Staff Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2’.
b) Penama-penama buku akaun tersebut terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari.
c) Pengeluaran wang untuk semua aktiviti dan pengurusan yang melibatkan kewangan
dengan jumlah lebih dari RM 5000 perlu ditandatangani ketiga-tiga penama yang
tersebut (Pengerusi, Setiausaha & Bendahari) di atas pada bila-bila masa dengan
persetujuan ahli jawatankuasa / penasihat atas sebab-sebab tertentu sahaja.
6.5.3 Menyediakan penyata kewangan yang bermula 1 Januari hingga 31
Disember setiap tahun untuk dibentangkan dalam mesyuarat tahun
berikutnya. Penyata kewangan tersebut hendaklah diperiksa oleh
pemeriksa kira-kira yang sah.
6.5.4 Menyimpan semua bil-bil atau baucer perbelanjaan dengan selamat,
kemaskini dan mudah dikesan pada bila-bila diperlukan.
6.5.5 Dalam keadaan semasa bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai
ditangan tidak melebihi RM100.00 sahaja.
6.5.6 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kewangan kelab staf dan
memastikan setiap penggunaannya menurut peraturan yang telah
ditetapkan.
AHLI JAWATANKUASA
6.6.1 Menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat tahunan pada
bila-bila masa dipanggil.
6.6.2 Bertanggungjawab bersama pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan
bendahari bagi memikirkan langkah-langkah untuk meningkatkan
prestasi kelab.
6.6.3 Memberikan cadangan, pandangan, pendapat, teguran dan kritikan
yang sihat terhadap perjalanan kelab dalam mesyuarat jawatankuasa
kerja. Jika berlaku sebarang penyelewengan, ahli jawatankuasa boleh
melaporkan secara bertulis kepada pengerusi dan sesalinan kepada
penasihat.
AHLI KELAB.
6.7.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung.Sekiranya tidak dapat
menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab.
6.7.2 Ahli boleh mengundi untuk memilih AJK tertinggi di peringkat sekolah.
6.7.3 Ahli hendaklah membayar yuran keahlian seperti yang telah ditetapkan.
7. KEWANGAN
7.1 Punca Kewangan
7.1.1 Yuran Keahlian
7.1.1.1 Guru dikenakan yuran sebanyak RM20.00 sebulan manakala
staff sokongan dikenakan yuran sebanyak RM 10.00 sebulan.
7.1.1.2 Semua yuran hendaklah dijelaskan kepada bendahari tidak
lewat 5 hari bulan setiap bulan. Bagaimanapun ini adalah
bergantung kepada budi bicara bendahari.
7.1.1.3 Yuran dipungut atas pemberian sukarela dan ikhlas. Jika ada ahli
yang tidak membayar yuran selama tiga bulan berturut-turut
tanpa sebarang sebab atau alasan yang munasabah maka surat
notis pemberitahuan akan dikeluarkan.
7.1.2 Dari derma-derma yang halal.
7.1.2.1 Dari mana-mana pihak yang suka menderma atas niat ingin
7.1.2.2 memberi dengan sukarela dan dari punca-punca yang halal.
Dari sebarang aktiviti-aktiviti yang dibuat dan boleh
7.1.2.3 mendatangkan keuntungan kepada kelab ini dengan syarat ianya
tidak bercanggah dengan undang-undang Negara dan
persekutuan.
Yuran dan segala bentuk dana atau sumbangan mesti dimasukkan
ke dalam Akaun Kelab Guru & Staff SK Tanjung Minyak 2.
7.2 Penggunaan
7.2.1 Mengeluarkan wang sumbangan ikhlas mengikut ketetapan berikut (untuk ahli
yang baru menyertai kelab, sumbangan ini akan efektif pada dirinya sekurang-
kurangnya selepas 3 bulan menjadi ahli) :
7.2.1.1 Kematian ahli - Rm 100, manakala kematian tanggungan (suami/isteri,
anak-anak, ibu bapa) – RM50.00 sahaja.
7.2.1.2 Ahli yang sakit dan berada di wad walaupun sehari (sekali sahaja
dalam tahun berkenaan) – RM50.00 sahaja.
7.2.1.3 Kepada ahli dan suami/isteri ahli yang mendapat cahaya mata
sekali sahaja semenjak menjadi ahli di sekolah ini - RM50.00 sahaja.
7.2.1.4 Kepada ahli yang berkahwin untuk sekali sahaja semenjak
menjadi ahli (bujang) – RM50.00 sahaja.
7.2.1.5 Kepada ahli yang berpindah mengikut tempoh perkhidmatan
seperti berikut:
7.2.1.5.1) 0 bulan – 1 tahun : RM30.00 sahaja
7.2.1.5.2) 1 tahun – 5 tahun : RM50.00 sahaja
7.2.1.5.3) 5 tahun dan keatas : RM100.00 sahaja
7.2.1.6 Kepada ahli-ahli yang bersara dari perkhidmatan - RM200.00
sahaja.
7.2.1.7 Membiayai majlis-majlis keraian, kesyukuran dan majlis
perpisahan mengikut keperluan dan mesti melibatkan semua ahli.
7.2.1.8 Membiayai perbelanjaan Hari Guru Peringkat Sekolah.
7.2.1.9 Kepada ahli yang menunaikan Haji buat kali pertama di sekolah ini
berkuatkuasa tahun 2022 - RM100 sahaja. Manakala kepada ahli yang
menunaikan umrah buat kali pertama di sekolah ini berkuatkuasa tahun
2022 - RM 50 sahaja.
7.2.1.10 Atas menghargai komitmen dan jasa Ahli Jawatankuasa Kelab Guru & Staff,
mereka akan menerima sijil penghargaan dan cenderahati bernilai RM 30
setelah tamat tempoh 2 tahun perlantikan.
8. PINDAAN PERATURAN
Peraturan kelab ini boleh dibuat pindaan dari semasa ke semasa. Segala pindaan yang hendak
dibuat hendaklah dibawa dalam mesyuarat tahunan dengan dipersetujui oleh seramai tidak kurang
daripada 2/3 ahli, KECUALI tentang jumlah derma dan pemberian bolehlah AJK membuat
ketetapan bila diperlukan bergantung kepada keadaan kewangan semasa didalam mesyuarat AJK
kerja kelab.
9. PEMBUBARAN
Jika berlaku dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka Kelab Staf Sekolah Kebangsaan
Tanjung Minyak 2 terpaksa dibubarkan dengan mengambil persetujuan seramai 2/3 ahli semasa,
maka segala harta (jika ada), wang tunai yang bersih setelah dijelaskan hutang-hutang (jika ada),
maka segala wang baki termasuk nilai harta yang ada hendaklah diambil keputusan dalam satu
mesyuarat luar biasa / tergempar untuk mengambil keputusan bersama bagaimana menggunakan
wang dan harta tersebut ke jalan yang memberi faedah untuk ummah.