INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 8)
GAYA HIDUP SIHAT
(GHSS3013)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR ATIQAH QURRATU AIN BINTI IBRAHIM
ANGKA GILIRAN HARVINITIA A/P JEYAPALAN
NOMBOR KAD PENGENALAN MUHAMMAD FARIS BIN ABDUL HAMID
2018192340104
2018192340005
2018192340075
971018-05-5168
990809-08-5770
980423-08-5533
KUMPULAN PISMP D6, PISMP D1, PISMP D4
KOD / NAMA KURSUS GAYA HIDUP SIHAT (GHSS3013)
NAMA PENSYARAH ENCIK SELVARATNAM A/L NAVARATNAM
TAJUK TUGASAN PERANCANGAN PROGRAM
TARIKH HANTAR (BERKUMPULAN)
4 DISEMBER 2021
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH
1
KERTAS KERJA
PROGRAM MINDA SIHAT(MINSI)
PROGRAM ANJURAN:
GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN
GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
TARIKH PROGRAM:
6 DISEMBER 2021
2
1.0 PENGENALAN
Program Minda Sihat(MinSi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh guru pelatih
daripadaInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Program ini bertujuan memberikan
kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dari segi fizikal
dan mental melalui pengurusan stres yang baik. Terdapat empat aktiviti yang akan
dilaksanakan iaitu ujian DASS, pameran tentang pengurusan stres, yoga dan kuiz. Peserta
sasaran bagi program ini ialah secara terbuka kepada semua individu masyarakat. Program
ini berlangsung secara separuh hari. Disebabkan virus Covid yang melanda di Malaysia, pihak
penganjur telah memutuskan untuk mengadakan secara atas talian dan hanya berlangsung
separuh hari.
Menurut Ruzita Jamaluddin (2016) yang merupakan Ketua Jabatan Pakar Psikiatri
Hospital Tuanku Fauziah, penyakit mental dalam menangani stres dijangka menjadi kedua
tertinggi dihidapi rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020. Tekanan atau
stres adalah satu tindakbalas fisiologi dan psikologi terhadap seseorang. Ini bermaksud, stres
yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak
balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap stres tersebut adalah
rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya.
Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap
kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang
diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah
pastinya stres yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan
sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi
masalah yang lebih besar. Boleh dikatakan bahawa, stres bukanlah satu perkara yang boleh
diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar,
memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah,
terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun stres
tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih
dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat.
Stres juga merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan
kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stres atau
tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri
seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Selain itu, menurut Mohd
Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi
yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup. Oleh itu, stres perlu
diuruskan dengan baik dalam kehidupan setiap individu masyarakat.
3
2.0 TUJUAN
Kertas kerja program yang dicadangkan bertujuan untuk memohon kelulusan daripada pihak
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
3.0 LATAR BELAKANG
Mutakhir ini, isu stres menjadi buah mulut dan semakin membimbangkan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Isu stres semakin berleluasa dan memberi impak negatif kepada mental dan
fizikal dalam kalangan masyarakat. Stres menyebabkan keadaan tegang dan sistem tubuh
menjadi tidak stabil dan memberi bahaya kepada manusia. Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) menjelaskan bahawa pandemik COVID-19 yang lalu telah memberi kesan kepada
kesihatan mental bagi setiap individu dan kebanyakan masyarakat berada dalam keadaan
stres yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat.
Sekiranya keadaan stres semakin melampau, maka fenomena ini akan membawa kepada isu
bunuh diri yang berisiko tinggi. KKM menyeru masyarakat untuk lebih cakna terhadap isu stres
yang semakin bermaharajalela. Harian Metro menyatakan bahawa sebanyak 85.5 peratus
daripada 145, 173 panggilan diterima sejak 25 Mac 2021 hingga 20 Mei 2021 yang
membabitkan isu stres. Isu stres membawa impak besar kepada segenap lapisan masyarakat
yang tidak dapat membuat keputusan baik, tidak dapat melaksanakan kerja-kerja dan tidak
dapat berfungsi sebagai seorang individu normal. Isu ini mendorong pihak kerajaan dan KKM
untuk mengambil tindakan dalam menangani isu stres yang kian meningkat. KKM mengorak
langkah bagi mengatasi isu stres dengan memperkenalkan kaedah 10B iaitu bertenang,
bernafas dengan dalam, berkata ‘tidak mengapa’ atau ‘relaks’, beribadat, bercakap dengan
seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.
Oleh hal yang demikian, kami menyahut seruan KKM untuk meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran mengenai isu stres bagi memupuk perubahan dalam amalan gaya hidup sihat.
Perancangan telah dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah kami tetapkan dalam
kertas kerja ini. Perancangan program yang ditetapkan dalam kertas kerja ini dapat memberi
pengetahuan dan kesedaran serta memupuk perubahan amalan gaya hidup sihat bagi
mencegah isu stres terus meningkat.
4
4.0 RASIONAL PROGRAM
Program Minda Sihat merupakan program kesihatan yang diadakan secara terbuka dan
melibatkan semua peringkat umur masyarakat. Program ini bertujuan menyedarkan orang
ramai tentang bahaya kesan stres serta langkah-langkah dalam menguruskan stres. Program
Minda Sihat ini dapat memberikan pendedahan yang lebih terperinci tentang pengurusan stres
melalui pameran stres, ujian DASS, video tentang stres dan kuizyang diadakan secara atas
talian menggunakan aplikasi padlet dan youtube.
5.0 MATLAMAT PROGRAM
Memastikan orang ramai memahami konsep stres, tanda-tanda stres dan langkah dalam
menguruskan stres. Selain itu memastikan orang ramai sihat dari aspek Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek, dan Sosial dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana minda yang
cerdas dapat membentuk badan yang sihat.
6.0 OBJEKTIF PROGRAM
Program ini dapat;
i. Memupuk kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mengamalkan
pengurusan stres dalam kehidupan seharian.
ii. Membantu orang ramai dalam menangani masalah emosi.
iii. Menyedarkan orang ramai tentang kesihatan mental.
iv. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang stres melalui pameran dan
video semasa program.
v. Memberikan pendedahan tentang tanda tanda stres yang perlu diatasi.
vi. Membantu orang ramai dalam mengenalpasti sebarang perubahan yang berlaku
terhadap kesihatan emosi dan kesihatan mental.
5
7.0 IMPLIKASI
Terdapat beberapa implikasi daripada program tersebut:
i. Peserta memerlukan rangkaian Internet yang laju untuk menyertai program dan sesi
tersebut.
ii. Peserta hanya bersosialisasi secara alam maya.
8.0 BUTIRAN PROGRAM
8.1 KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua peringkat umur masyarakat
8.2 TARIKH CADANGAN PROGRAM
6 Disember 2021.
8.3 ATURCARA PROGRAM
Membaca maklumat mengenai ujian DASS
Menjawab ujian DASS
Pameran berkaitan stres
Menonton video
Kuiz
MASA AKTIVITI PLATFORM
8.00 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran peserta Google Form
8.30 pagi – 9.30 pagi Membaca maklumat Padlet
mengenai ujian DASS
dan menjawab ujian DASS
9.30 pagi – 10.30 pagi Pameran brosur, poster dan Padlet
bahan di Padlet
6
10.30 pagi – 11.10 pagi Menonton video ceramah Padlet dan YouTube
stres melalui YouTube
11.10 pagi – 11.40 pagi Sesi yoga Padlet dan YouTube
11.40 pagi – 12.30 Video terapi ketawa Padlet dan YouTube
tengah hari Padlet dan YouTube
12.30 tengah hari – 12.45 Video terapi minda
12.45 tengah hari – 1.15 Kuiz Google Form
petang
8.4 TEMPAT PROGRAM
Secara atas talian melalui google form, padlet dan youtube.
8.5 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat: Encik Selvaratnam A/L Navaratnam
Pengarah: Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman
Ketua Unit Kokurikulum: Encik Roslan Bin Khalid
Setiausaha: Atiqah Qurratu Ain Binti Ibrahim
Bendahari: En. Hakiim Fikri bin Mohd Yusri
Ahli Jawatankuasa:
AJK Peralatan: En. Ramlee bin Murshid
AJK Persiapan Tempat: Pn. Nur Azlina binti Abu Bakar
AJK Aktiviti: Cik Rubiah binti Yusof
Pn. Syahidatul Fauza binti Saidin
Pn. Norhazratul Nain binti Zainordin
AJK Multimedia: En. Aiman Haziq bin Hamzah
AJK Pendaftaran: En. Izzat bin Mazlan
AJK Keselamatan: En. Farouk Aznan bin Zulkarnain
AJK Kecemasan: En. Amir Syazwan bin Mahmud
7
8.6 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatan Bidang Tugas
Penasihat ● Pensyarah penasihat adalah terdiri daripada
pensyarah kerja kursus Gaya Hidup Sihat.
● Pensyarah penasihat hendaklah memberi nasihat
dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti yang sesuai dilakukan di sekolah.
● Bertanggungjawab menentukan hala tuju kejohanan
● Mengarah semua mesyuarat serta
bertanggungjawab ke atas pentadbiran, kewangan
Pengarah dan kesempurnaan semua aktiviti.
● Memastikan arahan daripada penasihat program
dapat dijalankan.
● Memberi arahan tugas dengan jelas dan tepat
kepada jawatankuasa.
● Menyelaras tentatif program dari semasa ke semasa.
Penyelaras ● Memberi notis dan taklimat kepada ahli
jawatankuasa, murid yang mengikuti program dan
fasilitator yang berkaitan.
● Membahagikan murid mengikut kumpulan.
● Menguruskan hal-hal surat menyurat.
● Mencatat, dan menandatangani minit mesyuarat/
laporan kegiatan-kegiatan berkaitan program.
Setiausaha ● Mencatat kehadiran ahli.
● Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
program.
● Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Penasihat.
Bendahari ● Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
program seperti keluar masuk duit..
8
AJK Peralatan ● Menyediakan dan menyimpan kira-kira berkenaan
semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
atas kesahihannya.
● Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
● Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan selepas program.
● Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari semasa ke semasa.
● Menyediakan senarai semak peminjaman barang
yang diperlukan untuk pameran.
● Menyusun, menempatkan, menyenaraikan peralatan
yang akan digunakan mengikut susunan acara
sebelum program bermula.
● Memastikan semua peralatan berada dalam
keadaan baik dan mencukupi semasa program
berlangsung.
● Memastikan peralatan mencukupi selepas program
berlangsung dan menyimpan semula di tempat
peminjaman.
● Memastikan tempat dalam keadaan bersih dan
selamat untuk digunakan semasa program
dijalankan.
AJK Persiapan Tempat ● Berkolaborasi bersama ahli jawatankuasa peralatan
dan aktiviti dalam mempersiapkan tempat.
● Memastikan alatan persiapan tempat dikembalikan
semula.
AJK Aktiviti ● Membuat persediaan tempat dan menyusun atur
tempat panel-panel semasa aktiviti atau pameran
berlangsung.
● Meyediakan borang pemarkahan bagi
pembentangan blog bagi setiap seksyen
9
● Mengira markah bagi pertandingan kahoot.
AJK Multimedia ● Memberikan nama pemenang kepada pengerusi
AJK Pendaftaran untuk diumumkan.
AJK Keselamatan
● Membantu mengurus dan mengatur kemudahan
AJK Kecemasan siaraya di tempat kejohanan.
● Memastikan peralatan PA sistem dan kemudahan
siaraya dalam keadaan lengkap dan berfungsi di
tempat program dijalankan.
● Melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan.
● Menyediakan segala keperluan pendaftaran seperti
senarai nama murid.
● Melakukan pendaftaran murid, AJK dan Guru
● Menyerahkan senarai kehadiran kepada Setiausaha
● Memastikan keadaan tempat yang akan digunakan
dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan
sesudah kejohanan.
● Memastikan tempat pertandingan selamat dan tidak
mendatangkan bahaya.
● Bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk
menjaga keselamatan tempat pertandingan.
● Tentukan tempat yang sesuai untuk rawatan
sementara.
● Menyediakan peralatan-peralatan di tempat rawatan
sementara.
● Menyenaraikan peralatan-peralatan yang
diperlukan.
● Melaporkan keadaan pesakit dan memberi
cadangan / syor.
10
9.0 KEWANGAN
9.1 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan diperoleh daripada sumbangan pihak Kokurikulum dan guru
pelatih sebanyak RM 150.00. Berikut adalah butiran sumber kewangan:
Bil. Perkara Butiran Jumlah
1. Pihak Kokurikulum RM100.00 RM100.00
2. Sumbangan Guru Pelatih RM50.00 RM50.00
Jumlah Pendapatan RM150.00
9.2 ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran belanjawan yang diperlukan sepanjang program berlangsung ialah
RM100.00. Lebihan daripada program tersebut adalah berjumlah RM50.00 akan
dimasukkan ke dalam tabung aktiviti pelajar untuk aktiviti yang selanjutnya.
Bil. Perkara Butiran Jumlah
1. Poster Pameran RM2.50 x 4 poster RM10.00
2. Sijil Penyertaan RM1.00 x 50 peserta RM50.00
3. Hadiah RM10.00 x 4 hamper RM40.00
Jumlah Perbelanjaan RM100.00
10.0 KESIMPULAN
Kesedaran tentang isu stres harus diberi pendedahan agar masyarakat Malaysia dapat
mengetahui langkah-langkah untuk menguruskan stres dan dapat melakukan aktiviti seharian
dengan tenang dan cekap. Tanggungjawab setiap lapisan masyarakat sangat penting dalam
membasmi isu stres melalui pelbagai cara dan langkah pencegahan stres. Hal ini dapat
melahirkan masyarakat yang mempunyai minda, fizikal, emosi, mental, rohani, sosial dan
persekitaran yang sihat dan sejahtera tanpa isu kesihatan mental. Oleh hal yang demikian,
diharapkan kertas kerja ini pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan supaya dapat
memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai serta tindakan proaktif dapat
diambil bagi mencegah orang ramai daripada isu stres.
11
11.0 SYOR / IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK
Pihak kami menaruhkan setinggi harapan agar cadangan pelaksanaan program Minda Sihat
(MinSi) ini mendapat kelulusan daripada pihak atasan agar kami dapat melaksanakan
perisian-perisian program tersebut bagi memupuk kesedaran dan perubahan amalan gaya
hidup sihat serta dapat menangani isu stres. Aktiviti-aktiviti yang kami rancang ini akan
membuahkan hasil dan memberi impak positif kepada kumpulan sasaran bagi program
tersebut. Selain itu, sokongan serta pertimbangan secara lisan, tenaga dan kewanganamatlah
diharapkan bagi menjayakan program ini dengan berkesan dan lancar. Segala pertimbangan
dan kerjasama pihak tuan amat kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Kami yakin
bahawa dengan sokongan pihak tuan, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
dapat mencapai objektif yang ditetapkan dalam program ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………………. ………………………………………
(ATIQAH QURRATU AIN BINTI IBRAHIM) (ENCIK ROSLAN BIN KHALID)
Setiausaha, Ketua Jabatan Unit Kokurikulum,
Program Minda Sihat (MinSi). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
Disahkan oleh,
………………………………………..
(PUAN HAJAH NOR ASILAH BINTI OSMAN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
12
RUJUKAN
Ab. Alim Abd Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Penerbit Oxford Sdn. Bhd.
Ahmad Esa. (2005). Perkasakan kokurikulum. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) KPM. (2009). Buku panduan pengurusan
kokurikulum. A.G Grafik, Sdn. Bhd.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) KPM. (2015). Buku panduan pengurusan
kokurikulum edisi kemaskini. A.G Grafik, Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan pendidikan 2001 – 2010. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Rendah Dan Menengah. Bahagian Sekolah.
Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum: Peranan
Dan Implikasi. Sanon Printing Sdn. Bhd.
Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
13
LAMPIRAN
Poster Program Minda Sihat
14