Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Sutama 2020
Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Sutama 2020
Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berusaha Puan Hajah Noor Hayati bt Embong
Pengetua Cemerlang SMK Saujana Utama
Yang Berbahagia En Ahmad Fahmi Yahya bin Osman
Yang Dipertua PIBG SMK Saujana Utama
Barisan Pentadbir SMK Saujana Utama
Guru-guru SMK Saujana Utama
Para Penerima Anugerah
Tuan-tuan dan Puan-puan para ibu bapa dan
Murid-murid sekalian
Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama
menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana atas keizinan dan
limpah kurnia-Nya jualah kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini
secara dalam talian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama (Sutama)
kerana sudi mengundang saya ke Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sutama
2
Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Sutama 2020
bagi tahun 2020. Walaupun telah setahun kita menghadapi kehidupan norma
baharu yang serba serbi terbatas ini namun kita harus bersyukur kerana masih
mampu melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan
jayanya.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
sekolah kerana berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan
untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh guru-guru dan
murid dalam tahun 2020. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti
ini, yang pasti Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sutama merupakan majlis khas
untuk meraikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan mereka
dalam bidang Akademik, Hal Ehwal Murid (HEM) mahupun Kokurikulum. Syabas
dan tahniah saya ucapkan kepada murid-murid yang cemerlang pada tahun
2020.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Tahun 2020 meninggalkan kita dengan seribu satu catatan perjalanan
yang penuh pancaroba. Satu dunia seakan terhenti seketika kesan daripada
wabak COVID-19 yang melanda. Sepanjang tahun 2020 kita diuji dengan
pandemik COVID-19, kemerosotan ekonomi, kehidupan dengan norma baharu
dan tidak terkecuali dalam sektor pendidikan juga turut terkesan. Implikasi
daripada pandemik COVID-19 ini telah mengubah corak dan kaedah
pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran dalam talian iaitu PdPR.
Pelbagai program sekolah, aktiviti kokurikulum, pengurusan sekolah dan
3
Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Sutama 2020
sebagainya telah dijalankan secara dalam talian.
Tahun 2021 ini kita juga berhadapan dengan cabaran yang sama.
Namun begitu, mudah-mudahan dengan adanya Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan yang telah pun bermula sejak 24 Februari 2021 yang lalu akan
memberi sinar dalam usaha memerangi ancaman pandemik COVID-19 di
negara kita, InsyaAllah. Suka juga saya mengingatkan di sini bahawa usaha
memerangi COVID-19 masih tiada titik noktahnya. Justeru, dalam usaha
mengawal wabak ini daripada terus menular, kita hendaklah terus
mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka
(face mask), mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik dan mematuhi
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua
penerima Anugerah Kecemerlangan Tahun 2020 yang terdiri daripada murid-
murid dan guru-guru Sutama. Di kala kita berhadapan dengan kesukaran dalam
kehidupan kita akibat pandemik COVID-19, Sutama tetap unggul mencipta
kecemerlangan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun di peringkat
antarabangsa terutamanya dalam bidang Kokurikulum. Manakala dalam bidang
akademik juga Sutama antara sekolah yang terbaik dan hebat dalam keputusan
SPM 2020 baru-baru ini di daerah Kuala Selangor. Jadi tidak mustahil, SMK
Saujana Utama boleh melahirkan ramai warga Sutama yang hebat dan
bersahsiah tinggi serta cemerlang dalam ketiga-tiga bidang ini.
4
Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Sutama 2020
Saya percaya, penerima-penerima anugerah pagi ini merupakan modal
insan yang telah dilahirkan di Sutama. Syabas dan tahniah sekali lagi saya
ucapkan. Saya percaya bahawa Majlis Apresiasi Kecemerlangan pagi ini
diadakan adalah sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada
murid-murid dan guru-guru yang telah berjaya mencapai kecemerlangan pada
tahun 2020 dalam bidang Akademik, HEM mahupun bidang Kokurikulum serta
dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga Sutama supaya berlumba-
lumba membudayakan kecemerlangan yang berterusan.
Situasi inilah sebenarnya yang dihasratkan oleh kerajaan dalam melahirkan
modal insan yang seimbang dan harmonis, dan saya berharap agar budaya
pencapaian cemerlang ini dapat terus diterapkan dalam minda, jiwa dan sanubari
setiap warga Sutama, yang kemudiannya diterjemahkan pula kepada setiap
tindakan yang akan diambil. Untuk mencapai hasrat ini, saya berharap seluruh
warga kerja SMK Saujana Utama meneruskan usaha mereka untuk
meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pendidikan di sekolah ini
dengan sentiasa mendekatkan diri mereka kepada para murid dan ibu
bapa. Sebagai warga pendidik, tuan-tuan dan puan-puan harus sentiasa cakna
dengan permasalahan yang dihadapi oleh murid serta bentuk tindakan segera
yang boleh diambil untuk membantu mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh
pandemik ini.
Pandemik COVID-19 ini bukan sahaja telah merubah ritma kehidupan
seharian kita, malahan ianya telah mengubah cara kebiasaan kita bekerja.
5
Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Sutama 2020
Peranan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru dalam fasa norma baharu ini
hendaklah memastikan inisiatif proaktif dan efektif dapat diambil dalam
melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kita perlu kreatif dan
inovatif dalam menyampaikan perkhidmatan kepada murid-murid walaupun
terdapat kekangan dan cabaran.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakamkan
ucapan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah
Kecemerlangan Tahun 2020 dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
jawatankuasa yang telah menjayakan majlis pada hari ini. Menjadi harapan dan
hasrat saya agar seluruh warga Sutama terus dapat meningkatkan
kecemerlangan dalam apa jua program dan aktiviti yang dilaksanakan bagi
memastikan kecemerlangan yang berterusan.
Dengan lafaz âBismillahirahmanirrahimâ saya merasmikan Majlis Aspresiasi
Kecemerlangan Sutama 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana
Utama.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
6