SALUTASI DAN TEKS UCAPAN PENGETUA- MEGA PAJSK
Terima kasih kepada moderator majlis,
Bismillahhirahmannirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berbahagia Puan Maizatul Fariza Bt Mansor,
Pen. Pengarah Bahagian Sukan ,Kokurikulum Dan Kesenian Kementerian
Pendidikan Malaysia
Yang Berbahagia Tn Azmin bin Misron
Timbalan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Selangor
Yang Berbahagia En.Mohd.Fathudin Bin M.Aladin,
Pen. Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Kuala
Selangor
Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Norol Hamiza Bt Zamzuri,
Wakil Ibu Bapa
Yang Berbahagia Pegawai Kadet Mohammad Asyraf Bin Azman,
Alumni SMKSU
Yang Berusaha Pn Norrizah Bt Mohamed,
Pk Kokurikulum SMKSU
Barisan Penolong-Penolong Kanan Dan Gkmp
Barisan Ajk Pibg
J/K Pelaksana Program Diskusi Pajsk Mendepani Cabaran Pandemik Covid 19
Barisan Guru,Ibu Bapa,Anak-Anak Murid Dan Hadirin Sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmat-
Nya, pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul dan berdiskusi secara
langsung melalui pelantar Youtube TVPSS SUTAMA. Saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Unit
Kokurikulum SMKSU di bawah pimpinan Pn Norrizah Bt Mohamed, atas Pelaksanaan
Program Diskusi PAJSK Mendepani Cabaran Pandemik Covid-19. Ucapan terima
kasih juga kepada pihak PPD Kuala Selangor atas sokongan dan kerjasama yang jitu.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak JPN atas kesudian merasmikan
program pagi ini serta pihak KPM yang sudi berkongsi dalam program ini. Diharap,
dengan perkongsian panel-panel jemputan yang sangat berdedikasi dan arif dengan
kupasan topik yang amat menarik iaitu PAJSK- MENDEPANI CABARAN PANDEMIK
COVID-19 pada pagi ini adalah merupakan satu inisiatif yang amat baik sebagai
pendedahan kepada guru, murid-murid dan ibu bapa tentang kepentingan PAJSK.
Sidang penonton sekalian,
Kita sedia maklum, bahawa krisis global pandemik akibat penularan wabak
Covid-19 telah mengubah kehidupan dengan norma baharu termasuklah dalam sektor
Pendidikan. Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 ini tidak menghalang SMK
Saujana Utama untuk terus memacu kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.
Segala aktiviti kokurikulum yang dirancang pada tahun 2020 dan tahun 2021 dapat
dieksekusi dengan jayanya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPM.
Alhamdulillah, untuk makluman semua tahun ini SMK Saujana Utama telah selesai
melaksanakan perjumpaan aktiviti kokurikulum sebanyak 15 kali perjumpaan yang
merangkumi kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform secara
atas talian, dengan norma-norma baharu dan aktiviti-aktiviti yang sangat kreatif yang
boleh menyerlahkan bakat dan potensi murid yang sangat luar biasa. Aktiviti yang
dijalankan atas talian juga secara menyeluruh yang melibatkan kumpulan kelas
masing-masing dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Dalam tempoh pandemik ini juga, SMK Saujana Utama tetap unggul menjuarai
pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri mahupun
daerah. Antara pertandingan yang dimenangi di peringkat antarabangsa seperti Perlis
International Engineering Invention & Innovation Exhibition 20, telah mendapat
Anugerah Khas(Special Awards) Kategori Building, Construction and Material–
Produk Strofloor, 2 Emas dan 3 Perak. Selain itu, European Exhibition Of Creativity
And Innovation, Romania (Euroinvent 20)- 1 Emas dan 2 Perak. Manakala
pertandingan yang lain seperti 4th Mobile Chess Championship 2020 , Jambori Di-
Udara dan Jambori Di-Internet Peringkat Dunia dapat dicapai oleh murid SMKSU dan
beberapa pertandingan lain di peringkat antarabangsa.
Di peringkat kebangsaan juga banyak diungguli oleh warga Sutama seperti
pertandingan DIY Made Simple 2020-Anjuran MR DIY dan Universeti Malaya, IFLA
Junior Library Prefects Digital, Program Transformasi Minda: Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDA), TKL Online Championship 2020 Poomsae & Speed Kicking dan lain-
lain pertandingan di peringkat kebangsaan. Selain itu, di peringkat negeri pula, antara
kejayaan yang diperoleh seperti Pharm-IIDEx 2020 Expanding Frontiers Through
Innovative Ideas- 1 Emas dan 1 Perak, Kejohanan Ragbi, Kejohanan Olahraga,
Kejohanan Merentas Desa dan Pertandingan Generasi E-Sukan Sekolah-sekolah
Selangor, Selangor WTD Run 5 km Pandu Puteri Negeri Selangor 2020 dan banyak
lagi kejayaan-kejayaan di peringkat negeri mahupun daerah.
Sidang penonton sekalian,
SMKSU banyak menempa kejayaan demi kejayaan walaupun dalam era
pandemik dan pertandingan atas talian. Kejayaan-kejayaan yang dicapai ini adalah
hasil usaha kerja berpasukan antara semua guru dan murid-murid yang saling
melengkapi antara satu sama lain termasuk juga ibu bapa serta PIBG yang turut
membantu menggerakkan unit kokurikulum di SMK Saujana Utama. Kecemerlangan
ini semua seiring dengan slogan Unit Kokurikulum SMKSU iaitu “ Semangat Membara
Penentu Juara”.
Sebelum saya akhiri titipan bicara saya, besarlah harapan saya agar para
guru, ibu bapa dan murid-murid lebih jelas tentang pelaksanaan dan penilaian PAJSK
serta dapat membantu murid-murid untuk terus konsisten dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti kokurikulum serta menyokong segala aktiviti yang dilaksanakan. Di
samping itu, sokongan padu daripada ibu bapa juga perlu untuk anak-anak terus
kekal dan bersemangat dalam mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum serta menjadikan
guru-guru dan pengurusan lebih kreatif untuk melaksanakan kokurikulum dan
penilaian PAJSK. Akhir kalam, semoga diskusi ini dapat memberi pendedahan
kepada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa dalam melahirkan murid yang berdisiplin,
berprestij, bestari dengan slogan yang menjadi kebanggaan setiap warga Sutama iaitu
#SUTAMAtheCHAMPIONS.