The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hehdyjamun12, 2024-03-10 23:52:15

Buku Log Kadet Remaja Sekolah

Pentaksiran Berterusan

Keywords: IPGM KAMPUS KENT

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 3 TARIKH: 24 Januari 2024 TEMPAT: Gelanggang Bola Tampar JUMLAH AHLI: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM: Pada minggu ini, saya dan ahli KRS yang lain telah ditugaskan oleh Mejar Shelen untuk memilih dan merancang satu program tahunan untuk unit beruniform KRS dan membaca nota mengenai orientasi kurikulum yang telah dimuat naik dalam Google Classroom. Setelah itu, Kapten Zainuddin telah memberi tunjuk ajar mengenai kawad masuk baris. Latihan dijalankan dalam platun masing-masing dan semua ahli mestilah menghafal dan mencuba untuk memberi arahan masuk baris. Selepas semua platun selesai menjalankan aktiviti kawad masuk baris, Kapten Zainudin mengarahkan kami untuk mencipta satu yell dalam platun masing-masing selama lebih kurang 10 minit. Setelah tamat 10 minit, semua platun diminta untuk mempersembahkan yell tersebut. Saya telah belajar mengenai kawad masuk baris dan dapat mencuba untuk memberi arahan masuk baris.


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 4 TARIKH: 31 Januari 2024 TEMPAT: Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent JUMLAH AHLI: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM: Pada minggu ini saya dan ahli KRS yang lain telah disampaikan taklimat oleh Mejar Shelen mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu latihan kawad istiadat, kawad statik dan dinamik, serta aktiviti gabungan simpulan dan ikatan. Lebih kurang jam 8:30 pagi, saya dan ahli-ahli KRS telah berkumpul di dewan serbaguna untuk melaksanakan aktiviti gabungan simpulan dan ikatan bersama-sama dengan unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Kapten Suhairullah bin Omar Ramih dan Mejar Herman bin Tajing telah mengetuai dan memberi tunjuk ajar semasa aktiviti simpulan dan ikatan tersebut. Antara simpulan dan ikatan yang telah dipelajari ialah ikatan buku sila, ikatan lilit balak, simpul manuk, ikatan silang tungku, ikatan seraya dan juga ikatan tindih kasih (bowline). Saya telah belajar mengenai pelbagai jenis ikatan untuk diaplikasikan semasa membuat gajet tanpa menggunakan paku.


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 5 TARIKH: 07 Februari 2024 TEMPAT: Gelanggang Bola Tampar JUMLAH AHLI: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM: Pada minggu ini, saya dan ahli KRS yang lain Bersama dengan Kapten Dohimbang melaksanakan aktiviti yang telah dirancang iaitu aktiviti pembinaan mini gajet kraftangan yang diperbuat daripada bahan buangan secara berkumpulan seramai tiga orang. Semua kumpulan telah bermula untuk mencari bahan buangan untuk pembinaan kraf tangan. Saya Bersama dengan ahli kumpulan telah mempersembahkan kraf tangan yang telah dihasilkan serta menyatakan kegunaannya. Setelah itu, semua ahli KRS telah mengambil gambar bersama-sama dengan Kapten Dohimbang dan juga kraf tangan yang telah dihasilkan. Saya telah belajar bagaimana membuat kraftangan daripada bahan terbuang supaya menjadi bahan yang berguna untuk kehidupan seharian.


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 7 TARIKH: 21 Februari 2024 TEMPAT: Gelanggang Bola Tampar Kent JUMLAH AHLI: 19 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM: Pada minggu ini, saya dan ahli KRS yang lain telah melakukan aktiviti iaitu latihan kawad istiadat, kawad statik dan dinamik. Mejar Shelen juga memberi taklimat tentang persediaan pertandingan yang akan dijalankan sewaktu Karnival Unit Beruniform berlangsung, dimana peserta - peserta yang terlibat hendaklah memastikan latihan bersama ahli pasukan sudah mula dijalankan. Saya dan ahli-ahli KRS juga telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk melaksanakan aktiviti kawad kaki dinamik. Kapten Dorothea Marukau @ Nuratiqah telah mengetuai dan memberi tunjuk ajar semasa aktiviti kawad kaki dinamik dijalankan. Antara hukuman yang telah dipelajari ialah Hormat ke Kanan Hormat dan Hormat Selaku Terima Sijil.


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 8 TARIKH: 28 Februari 2024 TEMPAT: Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent JUMLAH AHLI: Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Pada minggu ini, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu bengkel pertolongan cemas yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan BSMM. Aktiviti bengkel tersebut telah dijalankan dengan gabungan unit beruniform yang lain iaitu Pengakap dan Bsmm. Lebih kurang jam 8:00 pagi, ahli-ahli KRS telah berkumpul di dewan serbaguna untuk melaksanakan aktiviti gabungan peti pertolongn cemas bersama-sama dengan unit beruniform Pengakap dan BSMM. Taklimat bengkel pertolongan cemas tersebut telah disampaikan oleh ahli BSMM Tuaran. Antara teknik yang telah dipelajari ialah penggunaan kain anduh yang tepat, bantuan pernafasan (CPR) terhadap golongan bayi dan juga dewasa. Tepat pada pukul 9:30 pagi, semua aktiviti telah selesai dijalankan.


5.1 PERANCANGAN TAKWIM


KARNIVAL UNIT BERUNIFORMM Refleksi


6.0 REFLEKSI KARNIVAL UNIT BERUNIFORM Pada 1 dan 2 Mac 2024 yang lalu, kumpulan guru pelatih iaitu daripada program PISMP Ambilan Jun 2021/2026 telah berjaya menganjurkan Karnival Unit Beruniform yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 1 Mac 2024 hingga 2 Mac 2024. Karnival Unit Beruniform ini telah banyak membantu kami dalam persediaan kami sebelum menjalani praktikum pada semester yang akan datang. Bukan itu sahaja, karnival ini juga telah membantu kami untuk lebih bersedia sebelum menempuhi ke alam pekerjaan apabila kami menjadi guru nanti. Hal ini kerana, terdapat banyak faedah yang dapat kami perolehi setelah melibatkan diri dalam Karnival Unit Beruniform ini. Antaranya ialah saya dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan saya tentang jenis-jenis ikatan dan bila ikatan tersebut digunakan. Sebagai contoh, pertandingan gajet telah mengajar saya tentang ikatan apa yang sesuai untuk digunakan dalam gajet yang telah kami bina tersebut. Hal ini demikian kerana kami perlu menggunakan ikatan yang kukuh agar gajet yang kami bina itu juga menjadi semakin kukuh. Oleh itu, kami ahli KRS yang terlibat dalam pertandingan tersebut telah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mempelajari jenisjenis ikatan yang sesuai digunakan dalam gajet kami tersebut. Selain itu, Pertandingan Malam Kebudayaan juga telah diadakan semasa majlis penutupan karnival tersebut. Pertandingan tersebut telah mengajar saya dan juga kumpulan saya tentang apa sebenarnya maksud kerjasama dalam kumpulan. Hal ini kerana, ahli kumpulan kami yang tidak terlibat dengan Pertandingan Malam Kebudayaan telah memberi sokongan yang padu semasa Unit Beruniform KRS sedang mempersembahkan persembahan mereka. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa Karnival Unit Beruniform ini sememangnya mengajarkan kami tentang erti kerjasama dalam kumpulan. Bukan sahaja bekerjasama dalam satu-satu unit sahaja, malah semua unit beruniform saling tolong-menolong antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa, dan negara. Oleh hal yang demikian, saya harap karnival seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia memberi banyak faedah kepada yang terlibat dengan karnival tersebut dan ia juga dapat memberi peluang kepada mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran terpendam dalam aktiviti unit beruniform ini.


Lampiran


LAMPIRAN


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version