LAPORAN TAHUNAN POLITEKNIK KOTA KINABALU TAHUN 2021 Portal Rasmi PKK | https://polikk.mypolycc.edu.my/
LAPORAN TAHUNAN POLITEKNIK KOTA KINABALU Digital Product TAHUN 2021
H TERP A ELI K HAR C A IPTA Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Cetakan 2021 Perpustakaan Negara Malaysia Diterbitkan oleh: Politeknik Kota Kinabalu No. 4, Jln Politeknik, KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park, 88460 Kota Kinabalu Laporan Tahunan Politeknik Kota Kinabalu 2021 Editor : Rafidah Ahmad, Chu Voon Yee @ Sandy, Liza Blasius Golingi, Nurul Ain Mudreh, Fareeha Nabila Putra, Ts. Mohamad Azhar Hj. Saidin, Donna Patrick Apan Pereka Grafik : Nurul Ain Mudreh Politeknik Kota Kinabalu N0.4 KKIP Barat, 88460 Kota Kinabalu, Sabah
08 1.0 PROFIL PKK Perutusan Pengarah , Profil PKK, Misi & Visi, Pasukan Pengurusan, Panel Penasihat, Dasar Kualiti, Sidang Redaksi 2.0 STATISTIK Akademik, Staf, Pengurusan 3.0 PEMBANGUNAN & FASILITI UPPSi, JSKK, Perpustakaan , UPS, ICT, Keusahawanan, COT, TFL, SAHABAT 4.0 ANUGERAH & KERJAYA Inovasi, Penyelidikan, Sukan 5.0 PENCAPAIAN & PRESTASI CSR, Pengantarabangsaan, PSH, e- Learning, Jaringan Kolaborasi LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 ISI KANDUNGAN 18 40 50 58
PROFIL PKK
TS. ZAINAB BINTI OTHMAN A.S.D.K Pengarah Politeknik Kota Kinabalu PERUTUSAN PENGARAH
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam PKK Unggul Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, kita berjaya mengharungi tahun 2021 yang penuh mencabar sekali gus dapat menyempurnakan Laporan Tahunan 2021 Politeknik Kota Kinabalu (PKK). Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsng atau tidak langsung khususnya kepada sidang redaksi yang bertungkus lumus memastikan laporan ini diterbitkan. Tahun 2021 negara kita terpaksa berdepan dan meneruskan kehidupan bersama pandemik COVID19 dan Alhamdulillah sedikit demi sedikit pemulihan pandemik dapat diatasi dengan vaksin yang telah diterima oleh rakyat Malaysia. Sejajar dengan perkembangan itu, ianya tidak menghalang PKK untuk terus mencatat kejayaan yang merangkumi 38 pencapaian peringkat antarabangsa dan 18 pencapaian peringkat kebangsaan. Pelbagai lakaran kejayaan dan sumbangan telah dicipta dalam pelbagai bidang sama ada bidang pendidikan, inovasi, keusahawanan, sukan dan kebudayaan. Dalam situasi pandemik yang telah melanda, PKK sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada petugas barisan hadapan sama ada sumbangan tenaga, wang ringgit serta masa dalam program-program berbentuk CSR bagi meringankan beban pihak yang terlibat. Kejayaan yang telah dikecapi tidak dapat dicapai tanpa kerjasama yang kukuh daripada warga PKK sama ada pensyarah, kakitangan sokongan mahupun para pelajar sendiri. Komitmen dan kerjasama semua warga PKK, serta sokongan daripada pihak industri adalah diperlukan bagi memastikan momentum pencapaian tahun 2021 akan berterusan pada masa akan datang. PKK telah berjaya memperluaskan jaringan kolaborasi bersama syarikat tempatan dan juga antarabangsa bagi memastikan misi dan visi dapat dicapai serta matlamat menghasilkan graduan yang berkualiti serta memenuhi kehendak industri dapat direalisasikan. Jalinan kolaborasi ini dapat menghasilkan kerjasama dan perkongsian ilmu kepakaran bagi memantapkan proses pengajaran serta pembelajaran di PKK. “PKK ASPIRASIKU” 10
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 POLITEKNIK KOTA KINABALU PROFIL Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ditubuhkan pada 01 Mac 1996, dan merupakan Politeknik yang pertama di Sabah dan yang ketujuh di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas, Kota Kinabalu yang menempatkan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Pentadbiran dan Unit Perpustakaan. Pada tahun 1999, PKK telah membuka kampus cawangan dengan menyewa rumah kedai di Inanam dan menempatkan Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Unit Peperiksaan dan Unit Latihan Industri. Pengambilan sulung pelajar Politeknik Kota Kinabalu seramai 83 orng bermula pada sesi 1996/1997 pada bulan Jun 1996. Pada 01 September 2003, PKK telah beroperasi sepenuhnya secara rasmi di kampus tetap yang mempunyai keluasaan 43 hektar (108 ekar) dan terletak di dalam kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Sabah, lebih kurang 22km atau 35 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Antara jabatan dan agensi yang berhampiran adalah Sabah Ports Authority Sdn. Bhd, Lembaga Koko Malaysia Sabah dan Tentera Laut Diraja Malaysia Sepangar Sabah. Pada 01 Julai 2010, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) yang menduduki bangunan utama Core B, kampus PKK telah dipindah lokasi ke rumah kedai yang disewa di Pekan Telipok, Kota Kinabalu kira-kira 4.1km atau 6 minit perjalanan daripada kampus PKK. Ini adalah susulan daripada keputusan untuk merobohkan bangunan utama Core B atas dasar keselamatan. Penempatan JPH di Pekan Telipok selama lapan tahun berakhir apabila PKK menerima bangunan baharu pada 19 Julai 2018 bagi menggantikan bangunan Core B yang dirobohkan. Pada 01 November 2019, bangunan baharu telah dirasmikan. Bangunan baharu bernilai RM42 juta itu terdiri daripada empat (4) blok bangunan yang menempatkan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Ia terletak di kawasan Politeknik Commercial Centre berhadapan dengan kampus tetap PKK, dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2018. PKK menawarkan kursus di peringkat Sijil Khas dan Diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berusia 18 tahun ke atas. Terdapat lima (5) Jabatan akademik di PKK iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta dua (2) jabatan sokongan akademik iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer Selain jabatan akademik, PKK turut mempunyai unit-unit sokongan seperti Unit Pentadbiran, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Latihan Staf dan Pendidikan Lanjutan, Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia, Unit Peperiksaan, Unit Perpustakaan, Unit Kolej Kediaman, Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan, Unit Pengurusan Psikologi, Unit Jaminan Kualiti, Unit Komunikasi Korporat, Unit Kewangan, Unit Pengurusan Aset, Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan, Unit Keusahawanan, Unit Pusat Pembangunan Teknologi (COT) dan Unit Industri Korporat dan Kebolehpasaran (CISEC) Sejak penubuhannya, Politeknik Kota Kinabalu telah melahirkan seramai 22,667 graduan. 11
MISI MEMPERKASA STRATEGI DAN INISIATIF BAGI MELONJAK POLITEKNIK KOTA KINABALU KE ARAH KECEMERLANGAN BAKAL TVET VISI MENJADI INSTITUSI KECEMERLANGAN BAKAL TVET SECARA HOLISTIK DAN MAMPAN
Kapten Ts. MD SYADIQIN BIN AWG ADI @ JUMAAT TIMB. PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK PASUKAN PPEENNGGUURRUUSSAANN NORHANOM BINTI AWANG TIMB. PENGARAH AKADEMIK Ts. ZAINAB BINTI OTHMAN PENGARAH POLITEKNIK KOTA KINABALU CMILT A.S.D.K
CARTA ORGANISASI POLITEKNIK KOTA KINABALU 2021
DATUK HAJI ABDUL KADIR M.E. SIKKANDAR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BTC GROUP MARK DUNE CHERNG PENGURUS PRIMBUMI SDN. BHD SENARAI AHLI INDUSTRY ADVISORY COMMITTEE (IAC) 2019-2021 PENGERUSI YDP DPMM DATUK AG. BUHTAMAN AG. MAHMUN PGDK, ASDK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SEDAFIAT SDN. BHD AHLI JAWATANKUASA IR. MOHD YAAKOB HJ. JAAFAR PENGURUS BESAR KANAN SABAH ELECTRICITY SDN. BHD IR. HAJI NAZRI BIN HJ. AB RAZAK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DIHNAR GROUP IR. AHMAD BIN JAFAR@JAAFAR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERUNDING AL QUSWA SAW FAH SUNG PENGARAH URUSAN ES ELECTRONICS SDN. BHD SITI NORAISHAH AZIZAN, CMILT PENGURUS BESAR SABAH PORTS SDN. BHD. HJ. RAMLI BIN AMIR PRESIDEN KEBANGSAAN THE CHARTERED INSTITUTE OF LOGISTICS AND TRANSPORT JEFFREY GOH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AMC COLLEGE
Penaung Penasihat I Penasihat II Ketua Editor Editor Setiausaha Editor & Pereka Grafik Editor Editor Editor ICT SIDANG REDAKSI Zainab binti Othman Norhanom binti Awang Kapten Ts. Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat Rafidah binti Ahmad Chu Voon Yee @ Sandy Christabel Poisol Nurul Ain Mudreh Ts. Mohamad Azhar Hj. Saidin Fareeha Nabila Putra Liza Blasius Golingi Donna Patrick Apan LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 A.S.D.K C.M.I.L.T
STATISTIK
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 JP (1169 pelajar) A) AKADEMIK | ENROLMEN PELAJAR STATISTIK PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MENGIKUT JABATAN SESI DIS 2020 JKA (854 pelajar) JKM (787 pelajar) JKE (769 pelajar) JPH (373 pelajar) JP (1169 pelajar) STATISTIK PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MENGIKUT JABATAN SESI I:2021/2022 JKA (852 pelajar) JKM (792 pelajar) JKE (738 pelajar) JPH (379 pelajar) 19
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 STATISTIK PELAJAR MENGIKUT PROGRAM JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DKA DBK DUB 508 127 217 JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DTK DEP DEE 123 213 402 Jumlah : 852 pelajar Jumlah : 738 pelajar JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DKM DTP DEM 454 167 Jum 171 lah : 792 pelajar JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI DHM DHR KHK 156 200 Jumlah : 379 pelajar 23 JABATAN PERDAGANGAN DAT DPR DLS 422 268 390 Jumlah : 1180 pelajar 20
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 76% Meningkatkan kemahiran (n=5) Menunggu Penempatan (n=15) Belum Bekerja (n=110) Melanjutkan Pengajian (n=128) Bekerja (n=819) | KEBOLEHPASARAN GRADUAN 11.9% 10.2% 1.4% STATUS PEKERJAAN GRADUAN PKK 2021 Meningkatkan kemahiran Menunggu Penempatan belum Bekerja Melanjutkan Pengajian Bekerja 0.5% GE 2021 : 89.8% N=1077 TREN GE POLITEKNIK KOTA KINABALU 2006 - 2021 21
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 PENCAPAIAN GE MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN 2021 PENCAPAIAN GRADUAN BEKERJA MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN 2021 22
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 | AKREDITASI & KUALITI PROGRAM PENILAIAN AKREDITASI MBOT BAGI PROGRAM DBK LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DHR OLEH PIHAK MQA AUDIT SURVEILLANCE II ISO 9001:2015 TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN 23
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI (UPLI) Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) merupakan satu unit di Politeknik yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti berkaitan Latihan Industri (LI). LI bermaksud satu kursus yang dilaksanakan melalui pendekatan experiential learning dengan menempatkan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia di dalam industri yang di pilih, samada di dalam atau di luar negara dalam tempoh yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan pensijilan. Mengikut struktur organisasi PKK, UPLI diletakkan di bawah sayap akademik yang diterajui oleh Timbalan Pengarah Akademik. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh pegawai LI serta penyelaras LI Jabatan. Bagi tahun 2021, dengan cabaran pandemik COVID-19, seramai 1,392 orang pelajar telah mengikuti latian industri di seluruh Malaysia. Berikut merupakan taburan penempatan pelajar menjalani Latihan Industri bagi sesi Disember 2020 dan Sesi 1: 2021/2022 mengikut negeri: DISEMBER 2020 SABAH 690 pelajar SARAWAK 12 pelajar KEDAH 1 pelajar KUALA LUMPUR 1 pelajar SELANGOR 11 pelajar P. PINANG 2 pelajar LABUAN 40 pelajar JUMLAH : 757 PELAJAR | LATIHAN INDUSTRI 24
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 LABUAN 20 pelajar SESI 1: 2021/2022 SABAH 579 pelajar SARAWAK 13 pelajar KUALA LUMPUR 1 pelajar SELANGOR 6 pelajar P. PINANG 9 pelajar JOHOR 2 pelajar MELAKA 3 pelajar PERAK 1 pelajar UPLI PKK bertanggungjawab menyelaras 1 Key Perfomance Indicator (KPI) di dalam pelan Strategik PKK (PSPKK) 2021-2025 iaitu Peratus (%) pelajar politeknik yang diserap / ditawarkan bekerja selepas tamat LI di syarikat yang sama. Berikut merupakan statistik % pelajar politeknik yang diserap / ditawarkan bekerja selepas tamat LI di syarikat yang sama bagi sesi Disember 2020. Statistik bagi Sesi 1: 2021/2022 tidak dapat dikeluarkan disebabkan sesi tersebut melangkau tahun 2022 dan tamat pada 8 April 2022. JUMLAH : 635 PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN AWAM 41.6 % 40.7% 25% 69.6% DKA DUB DTK JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK 49.6 % 60.5% 36.8% 50% DTK DEP DEP 25
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 42.1 % 38.5% 31% 63% DKM DTP DEM JABATAN PERDAGANGAN 36.8 % 38.9% 37.7% 30.6% DAT DPR DLS JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI 47.7 % 60% 48% 45.7% DKM DTP DEM Peratus (%) pelajar politeknik yang diserap / ditawarkan bekerja selepas tamat LI di syarikat yang sama. Sasaran 2021 20% Pencapaian 2021 42.8% 26
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 B) STAF •Tiada pensyarah yang melaksanakan SIP dan LSI pada tahun 2021 54.7% 100% 0 % •375 orang, 10% PSH bercirikan IR 4.0 •Pencapaian Keseluruhan: 1006 •54.67 % penyertaan PSH bercirikan IR4.0 375 ORANG 1006 ORANG 3 HARI BERKURSUS TELAH DICAPAI SASARAN PENCAPAIAN PELAKSANAAN KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2021 BILANGAN HARI BERKURSUS STAF TAHUN 2021 BILANGAN HARI BERKURSUS STAF TAHUN 2021 27
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 JPH JP JKM JKE JKA 40 30 20 10 0 RETAN STAF 275 ORANG KPI16 30% DARIPADA RETAN 2021 83 ORANG STATISTIK PENCAPAIAN PEMBANGUNAN BAKAT STAF – KPI 16 JPPKK kursus yang telah digugurkan kursus tambahan kursus yang telah dilaksanakan kursus yang dirancang 97 50 46 143 143 46 97 50 96 Jumlah keseluruhan 96 kursus STATISTIK KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KUDAP) 28
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 C) PENGURUSAN / PENTADBIRAN | KEWANGAN | PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS 2021 PKK PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS 100 % PERBELANJAAN PEMBANGUNAN RM1,453,443.00 PERBELANJAAN MENGURUS RM41,117,473.42 PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RM1,447,443.00 PERUNTUKAN MENGURUS RM41,117,473.42 HASIL BUKAN CUKAI/TERIMAAN BUKAN HASIL/ JUALAN-JUALAN LAIN DENDA / HUKUMAN KERANA PECAH KONTRAK BAYARAN CAJ PERKHIDMATAN POTONGAN GAJI SEWAAN AKAUN AMANAH PULANGAN BALIK PERBELANJAAN- PULANGAN BALIK ITP BAYARAN PELAJARAN 682.00 127,944.60 117,501.94 3,800.00 30,990.00 4,883.00 525,205.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) TERIMAAN BAYARAN BALIK TAHUN LALU 39,751.44 JUMLAH 850,757.98 | TERIMAAN HASIL 2021 PKK 29
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 LULUS ISI KOSONG TEMPOH PEMBAYARAN BIL SEMPURNA 1-7 HARI 8-14 HARI LEBIH 14 HARI 100 0 0 % | PRESTASI PEMBAYARAN BIL PKK 2021 BILANGAN AMAUN 1023 0 0 9,057,028.89 0 0 423 410 13 | RETEN STAF PKK 2021 AKADEMIK [309] PENTADBIRAN - 45/45 AKADEMIK - 264 /275 KEKOSONGAN - 11 SOKONGAN AKADEMIK [101] PENGURUSAN PROFESIONAL 10/10 PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN - 91/93 KEKOSONGAN - 2 30
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 3% 41% 52% | KOMPETENSI STAF AKADEMIK 126 162 12 SARJANA SARJANA MUDA DIPLOMA 41% 52% 4% 9 PHD 3% JUMLAH STAF AKADEMIK : 309 ORANG | ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PENGARAH MD SYADIQIN BIN AWG ADI@JUMAATJABATAN PENGAJIAN AM RAFIDAH BINTI AHMAD NOOR HERLINA LEE LING CHUEN CHRISTABEL POISOL JABATAN KEJURUTERAAN AWAM SULIE AK SELAT FREDDY BIN PANSOI RACFORD BONG CYRIL BIN BUIN@ EDWIN KRISTY WONG JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL AZLI SYAM BIN AWANG MOHAMAD AZHAR BIN HJ SAIDIN SERI ALIFAH BT DAHNEL JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK AZLINDA BT SUBOH NORINAH BINTI GARANGON DOLLITE BINTI ANTHONY KINGA BENNY DOIMIN @MHD AZMI MOHD ZAMLAN JABATAN PERDAGANGAN ALEXANDER BIN JIRAN NESWATI BT ARJIKAL AINEZEAN BINTI AWANG JUAL JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI ERMINEYANTI BINTI BACHTERAN UNIT PEPERIKSAAN KASMAWATI BT SENAWING UNIT ICT SITI ASLINA BT ALBUMIN JUHARIN BIN JAMIEN UPLI MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD KAMAL KEWANGAN AK AZRUL BIN PG ZAINAL ABIDIN UPS RASNA BINTI LAWARIKI UKK DAYANG MARWANIE BINTI AHMAD 31
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 | ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG UNIT KOLEJ KEDIAMAN HASDIANA@ SALAMAH BINTI HARIS UNIT PENTADBIRAN FLORISCA CLARICE YADAN WAN NIZAMUDDIN BIN WAN ABDULLAH SANI UNIT KENDERAAN AWANG ARZAMI BIN AWANG ARIS UNIT JAMINAN KUALITI NUR AISYAH BT HAMMADE | SENARAI MEMANGKU TAHUN 2021 DH52(KENAIKAN PANGKAT) NAMA Samat Bin Soion @ Saiun [JP] Noorhasimah Binti Kassim [JPA] Mohd Isa Bin Jaffar [JKA] Jumriani Binti Nongkang [JKE] Mohd Zulhasnan Bin Mat [JKE] Nazlein Binti Mohd Nawawi [JMSK] Sulie Anak Slat [JKA] Rose Sharijan Binti Frey Khan [JMSK] Caroline Dame Siagian [JKE] Muhamad Fairuzzairi Bin Abdul Hamid [JKA] Nur Angriani Binti Nurja [JPA] Kamiliah @ Kamaliah Binti Sulimat [JP] Suraya Binti Abd Warif [JP] Norshahanis Bt Hashim @ Abd. Karim [JKA] Abdull Sulaiman Bin Ismil [JKA] Shamsiah Binti Salamat [JKE] Marzita Bt Muhamad Tazi [JKE] Abdul Razak Bin Hj Mohd Daim [TPA] Babby Freskayani @ Izyani Binti Kaliwon [JKA] Sabir Bin Mohd Rani [JKE] Syahrunizam Bin Buyamin [JKA] Rosmawati Binti Othman [JKE] 32
0 100 200 INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW) 600 300 400 500 DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALES (DASS 21) 440 522 LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara profesional kepada semua pelajar dan staf PKK. Unit ini juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan berlandaskan pendekatan psikologi yang merangkumi aspek pencegahan, pembangunan dan pemulihan. Perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini adalah sejajar dengan usaha mewujudkan suasana harmoni dan seimbang secara holistik dalam kalangan warga PKK. Peranan unit ini amat penting dalam membantu PKK mencapai matlamat ke arah ‘PKK Unggul’ pada masa hadapan. PERKHIDMATAN KAUNSELING & BIMBINGAN KATEGORI PERKHIDMATAN KATEGORI JAWATAN KLIEN 35 orangKaunseling Individu 73 orangKaunseling Berkumpulan 53 orangPelajar 23 orangStaf UJIAN PSIKOLOGI / PSIKOMETRIK 33
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 PROGRAM 2021 Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam Tarikh : 03 Februari 2021 Tempat : Secara dalam talian (google meet) Peserta : Staf PKK Impak : Peserta dapat mempelajari kemahiran membimbing, memahami sedikit elemen psikologi dan kaunseling untuk digunapakai semasa menjadi mentor kepada menti dan dapat meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi diri sendiri mahupun pegawai yang dibimbing Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa Sesi I 2021/2022 Tarikh : 10 April 2021 Tempat : Secara dalam talian (google meet) Peserta : semua ahli baharu Kelab Pembimbing Rakan Siswa PKK Sesi I 2021/2022 Impak : Para peserta dapat mempelajari dan memahami kemahiran-kemahiran asas membimbing, kemahiran fasilitator dan kemahiran kepimpinan seterusnya dapat mengamalkan kemahiran ini dalam kehidupan seharian. 34
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 Jabatan Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan merupakan sebuah jabatan sokongan kepada jabatan-jabatan induk (akademik) yang terdapat di Politeknik Kota Kinabalu. Jabatan ini berperanan dalam menyelaras kursus-kursus ko-kurikulum yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Kursus-kursus ko-kurikulum yang ada di Politeknik Kota Kinabalu termasuklah sukan, kelab dan unit beruniform seperti pengakap, wataniah dan relasis. Selain itu, Jabatan Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan juga berperanan dalam mengawalselia semua kemudahan sukan yang terdapat di kampus Politeknik Kota Kinabalu. Fasiliti sukan yang terdapat di kampus ini adalah seperti padang bolasepak, gelanggang badminton, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw, gelanggang tenis, gelanggan bola jaring, gelanggang futsal,gelanggang bola keranjang, gelanggang skuash serta pusat gimnasium. Seterusnya, Jabatan Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan juga terlibat dalam merancang, mengurus dan pelaksanakan penyertaan pelajar dalam kejohanan-kejohanan sukan yang dianjurkan diperingkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Bagi melahirkan graduan yang holistik, Jabatan Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan turut mengendalikan penganjuran program-program kebudayaan kepada para pelajar. Penglibatan pelajar dalam bidang kebudayaan ini sangat penting dalam pembentukan sahsiah dan jati diri. Para pelajar diberi pendedahan melalui penyertaan dalam pertandingan-pertandingan kebudayaan seperti seni tarian, lakonan, muzik dan nyanyian yang dianjurkan diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. JABATAN SUKAN, KO-KURIKULUM & KEBUDAYAAN PROGRAM 2021 25th PKK Community Hiking@Bukit Janggut & Fund Ride 1.0 Tarikh: 28/3/2021 Tempat: Bukit Janggut, Sepangar Impak : Mengeratkan silaturahim dikalangan komuniti PKK 35
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 Kejohanan Petanque PKK Double 'Open' 2021 Tarikh: 10-11/4/2021 Tempat: Arena Petanque, Politeknik Kota Kinabalu Impak : Menjadi medan pertandingan dikalangan penggemar sukan petanque diseluruh negeri Sabah. Meningkatkan pengetahuan staf JSKK berkenaan pelaksanaan Menambah bilangan hari berkursus staf JSKK. Bengkel EKSA Jabatan Sukan, Ko-Kum & Kebudayaan Tarikh: 2/12/2021 Tempat: Google Meet Impak : EKSA. 36
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 JAN 0 FEB 0 MAC 22 APR 62 MEI 56 JUN 0 JUL 10 OGO 26 SEP 3 OKT 147 NOV 117 DIS 89 PERPUSTAKAAN Perpustakaan merupakan gedung ilmu utama bagi seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Perpustakaan berperanan sebagai Pusat Rujukan Maklumat dalam memperkasakan lagi azamnya untuk menjadikan Politeknik Kota Kinabalu cemerlang dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikannya. Beroperasi sebagai perpustakaan sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas pada tahun 1996, perpustakaan ini terus melebarkan sayap perkhidmatannya dengan lebih meluas apabila melalui proses pembangunan pesat dari aspek fizikal yang lebih luas dan selesa, pertambahan koleksi dan perkhidmatan yang komprehensif dan terkini serta kemudahan perpustakaan yang selesa bagi kegunaan pengguna perpustakaan. Berlatarbelakang pemandangan hijau hutan paya bakau yang damai dan segar, perpustakaan yang mempunyai dua tingkat di bangunan tetap ini berupaya menampung 1,000 orang pengguna pada satu-satu masa serta memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien kepada warganya. Kini, koleksi perpustakaan mencecah lebih 30,000 naskah termasuk bahan monograf dan bukan monograf, elektronik dan multimedia dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa. Sebagai pusat kecemerlangan akademik, Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu akan sentiasa berusaha meningkatkan serta memperkasakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti demi kepuasan pengguna serta mampu melahirkan modal insan yang seimbang dalam bidang akademik dan spiritual. PENGUNJUNG PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KOTA KINABALU 2021 JUMLAH KESELURUHAN : 534 ORANG 37
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 0 5 10 15 20 DIS NOV OKT SEPT OGO JUL JUN MEI APR MAC FEB JAN STATISTIK PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KOTA KINABALU 2021 JUMLAH KESELURUHAN : 57 ORANG 0 0 0 0 4 4 5 5 10 16 6 7 38
PEMBANGUNAN & FASILITI
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 Unit Pembangunan dan Senggaraan (UPS) merupakan salah satu unit sokongan akademik di dalam Politeknik Kota Kinabalu. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyenggara keseluruhan fasiliti di Politeknik Kota Kinabalu. UPS memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap peralatan dan fasiliti berada dalam tahap yang baik dan digunakan ke tahap optimum bagi menjamin keselesaan dan keselamatan persekitaran fizikal PKK. Projek-projek pembangunan dan naiktaraf yang bersesuaian dilakukan secara berperingkat demi memenuhi keperluan semasa warga PKK. UNIT PEMBANGUNAN & SENGGARAAN FUNGSI UPS UPS bertanggungjawab dalam merangka dan merancang setiap kerja – kerja pembangunan dan senggaraan kemudahan infrastruktur dan juga aset supaya sentiasa memberi khidmat dan pulangan yang memuaskan kepada pengguna. Penyenggaraan yang tidak memuaskan akan mendatangkan kesan yang kurang baik terhadap segala kemudahan dan aset yang disediakan. Dalam usaha untuk menghasilkan penyenggaraan yang berkesan, satu pendekatan yang lebih konprehensif harus dilaksanakan. Oleh yang demikian segala rungutan dan aduan yang berkaitan dengan kerosakan infrastruktur dan aset sentiasa menjadi keutamaan UPS dan tindakan segera diambil bagi menjamin segala aktiviti di PKK tidak terjejas dan terganggu. 41
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 ICT Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTMK) melaksanakan penyelengaraan rangkaian kampus, servis komputer dan pembangunan sistem di Politeknik Kota Kinabalu. UTMK juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi maklumat selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, UTMK memainkan peranan untuk menganjurkan kursus kepada kakitangan akademik dan bukan akademik untuk menghasilkan pekerja yang celik IT dan yang mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Matlamat utama unit UTMK adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan juga perkhidmatan UTMK di dalam kampus PKK dan Kampus Cawangan Telipok. UTMK terdiri daripada 12 staf yang mana 1 Ketua Unit ICT (DH48), 3 Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44), 7 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dan 2 Juruteknik (FT19). PROGRAM 2021 Kursus Pengendalian Sistem BAMS (Biometric Attendance Management System) Tarikh: 06 Januari 2021 (1 hari) Impak: Peserta memahami cara-cara menggunakan Sistem Biometric Attendance Management System (BAMS) dan mengetahui cara menggunakan mesin thumb dengan menggunakan jari dan muka. 42
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 Kursus Wireless Solution,Network Management System Dan Firewall Tarikh: 15 - 19 Mac 2021 (5 hari) Impak: Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang keselamatan rangkaian melalui firewall dan menigkatkan ilmu pengurusan merekacipta rangkaian di PKK. Kursus Modul I-Kamsis Tarikh: 26 Mac 2021 (1 hari) Impak: Peserta dapat memahami proses kerja pendaftaran asrama dengan lebih sistematik adanya kursus secara hands-on penggunaan fungsi-fungsi dalam i-Kamsis. 43
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 KEUSAHAWANAN Unit Keusahawanan merupakan salah satu unit di Politeknik Kota Kinabalu. Unit ini bertanggungjawab melahirkan graduan yang menceburi bidang keusahawanan semasa dalam pengajian dan selepas pelajar tamat pengajian, disamping menjalankan aktviti keusahawanan untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawanan dan perniagaan. Unit Keusahawanan mengadakan 2 program utama setiap semester iaitu: 1. Gerai Keusahawanan DPB2012 (Dijalankan setiap semester bagi memeriahkan PROJEX PKK) 2. Pembudayaan Keusahawanan PKK (disasarkan kepada semua pelajar semester 1 setiap semester bagi memupuk minat pelajar terhadap keusahawanan dan bidang perniagaan) Verify your growth experiments FEB MAC APR MEI JUN OMGEOI OKT NOV DIS 1/3 Mesyuarat Unit Keusahawanan PKK 10/2 Pencalonan pertandingan Simulasi Perniagaan peringkat Kebangsaan 7/4 Mesyuarat di antara wakil PKK dan Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) 22-25/5 National Micro Pitching Competition 2021 peringkat Politeknik dan kolej Komuniti 24/6 Mesyuarat Ketua Unit Keusahawanan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 15/8 Pembentangan dan penjurian projek SE@C peringkat Politeknik. 25/10 Laporan pelaksanaan program pendedahan oleh ketua penyelaras keusahawanan jabatan. 30/11 Tarikh akhir kemas kini semua data KPI1, KPI2, KPI3 dan KPI4. 15/12 Kemas kini semua laporan pelaksanaan program di peringkat. LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 44
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 Analyze your inputs and outputs Verify your growth experiments Mesyuarat di antara PKK dan Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM). (Tarikh: 07 April 2021) National Micro Enterprise Pitching Competition 2021 (Tarikh: 22-25 Mei 2021) Mesyuarat Unit Keusahawanan Peringkat Zon Sabah. (Tarikh: 22/6/21 – Selasa) PROGRAM 2021 45
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 PUSAT PEMBANGUNAN TEKNOLOGI (COT) Bidang Teknologi Berasaskan Kayu telah dipilih sebagai bidang tujahan utama yang diangkat untuk menerajui Pusat Pembangunan Teknologi (CoT) di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) semenjak tahun 2016. Unit COT diletakkan di bawah seliaan Timbalan Pengarah Akademik (TPA) di Unit Sokongan Akademik. Segala perancangan dan perlaksanaan oleh Jawatankuasa CoT Politeknik Kota Kinabalu adalah selari dengan ketetapan yang terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaan Center of Technology, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kamus KPI, 2019. KURSUS IDENTIFIKASI POKOK LANDSKAP SEKITAR PKK 01 KURSUS PSH: PENGENALAN KERJAYA ARBORIST 02 KURSUS PSH: ASAS REKABENTUK PERABOT MENGGUNAKAN PERISIAN AUTOCAD 03 PENERBITAN eDIGES WoTES EDISI 4 2021 04 PENERBITAN eBULETIN CoT 05 PELANCARAN LAMAN WEB CoT 06 46 Perlaksanaan penyelidikan dan inovasi. Peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan di dalam bidang tujahan utama Pemberian perkhidmatan kepakaran. Bermula pada tahun 2018 sehingga kini CoT PKK telah dikenali sebagai Wood Centre of Technology (WTeC). WTeC telah meneruskan semua agenda asal untuk memastikan agar Politeknik Kota Kinabalu akan terus relevan untuk menjadi pusat utama, di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang Teknologi Berasaskan Kayu diaplikasikan melalui: Adalah diharapkan, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) akan menjadi pusat rujukan yang memberi banyak manfaat kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan. Politeknik Kota Kinabalu akan memainkan peranan sebagai pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh warga politeknik di dalam dalam bidang tujahan utama serta bertanggungjawab untuk memperkembangkan pengetahuan dan perkongsian kepakaran melalui hubungan baik dan kerjasama strategik dengan pihak industri, dan komuniti awam dan akademik bagi mencapai matlamat dan dapat menghasilkan impak yang maksima terhadap kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik. AKTIVITI : | KURSUS IDENTIFIKASI POKOK LANDSKAP SEKITAR POLITEKNIK KOTA KINABALU
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 THUNDER FLASH LOGISTICS (TFL) 47 Penubuhan Thunder Flash Logistics (TFL) bermula dengan tercetusnya idea untuk menyelesaikan masalah pengurusan kiriman di PKK dan pada masa yang sama dapat menyediakan pelajar DLS pengalaman kerja yang berkaitan secara langsung dengan pembelajaran. TFL adalah hasil kerjasama di antara Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Koperasi PKK yang menggunakan pendekatan Teaching Factory. Secara khususnya TFL dikendalikan oleh program Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) dan dibantu oleh para pelajar Jabatan Perdagangan yang menjalani latihan industri (LI) dengan diselia oleh pensyarah Jabatan Perdagangan. TFL telah memulakan operasi secara rasminya pada 01 September 2020 yang lalu. 3%3 3% SESI 2: 2021/2022 3 ORANG PELAJAR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI 1 TAHUN 2021 1 BILANGAN KOLABORASI Bilangan pensyarah yang mengikuti SIP 2021 1 orang
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 TEACHING FACTORY – ACCOUNTING FIRM@POLITEKNIK KK Accounting Firm@Politeknik KK adalah satu hasil implementasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan kerjasama industri di antara Politeknik Malaysia dengan Firma Perakaunan SAHABAT. Objektif kerjasama industri ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pemilik perniagaan dan usahawan PKS di negeri Sabah khasnya mendapatkan perkhidmatan pengurusan perakaunan secara mudah dan tepat bersama dengan penglibatan pelajar jurusan Diploma Perakaunan secara latihan praktikal. Ia dapat menjadi hub rujukan setempat untuk PKS negeri Sabah dalam menguruskan perakaunan dan kewangan perniagaan mereka pada masa kini dan masa akan datang. BILANGAN PELAJAR YANG MENJALANI LI Expand Production Capacity Tap into Foreign Market Improve Marketing Activities 22 orang 20 buah perniagaan 1 orang PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN FIRMA PENSYARAH YANG MENGIKUTI SIP 48
ANUGERAH & KERJAYA
LAPORAN TAHUNAN PKK 2021 ANTARABANGSA PERINGKAT Produk: Anti -Smell And Compost Powder Nama Program: MTE 2021 (Malaysia Technology Expo) Peserta : Ts Babby Freskayani @ Izyani Bt Kaliwon, Ts Nor Aziah Fatma Bt Abdul Aziz, Jovoey Stand Lee Melin, Donathan Donic, Nur Khaleda Lalim, Dimar Bin Abdul Tarikh : 22 – 26 March 2021 Peringkat : Antarabangsa GOLD AWARD WINNER (Asian Youth Innovation Awards) Produk: 2 Ways Caef (Cooling Air Exhaust Fan) Nama Program: MTE 2021 (Malaysia Technology Expo) Peserta : Ts. Dr. Joan Wang Yee Juen, Ts. Dr. Jason William Vitales, Nur Fiqri Bin Nurhussin, Redza Lye Jamali, Mohd Shahriell Putera Shah Bin Karesman. Tarikh : 22 – 26 March 2021 Peringkat : Antarabangsa SILVER AWARD WINNER (Asian Youth Innovation Awards ) 51