0
1 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 SESI AKADEMIK 2023/2024 TARIKH : 01 OGOS 2023(SELASA) MASA : 01:30 TENGAH HARI TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH KEHADIRAN : Hadir Tidak hadir bersebab: 25. En Shah Jahan bin Mohd Nasser -cuti sakit 26. En Zikri bin Zakaria (GPK Pentadbiran) -Taklimat IdMe 27. En Mohd Suberi bin Md Isa (GPK HEM) -Pegawai olahraga 28. Pn Rosnani binti Khalib (KP Pen. Islam) -cuti sakit 29. Pn Nahaliza binti Nayan 1 En Anuar Ariff bin Abdul Rahman - Guru Besar 2 Pn Noorshazila binti Zulkifli - Kaunselor 3 Pn Nor Azlida binti Ali - Guru Perpustakaan dan Media 4 Pn Aimi Hazwani binti Abdul Halim - KP Bahasa Melayu 5 Pn Salkiah binti Mazlan - KP Bahasa Inggeris 6 En Abdul Hamdan bin Abdullah - KP Sains 7 Pn Noriha binti Mohd Nor - KP Bahasa Arab 8 Pn Ruhainun binti Ismail@Talib - KP Pendidikan Kesenian 9 Pn Harison binti Awang - KP Sejarah 10 Pn Nooraini binti Jusoh - KP PJPK 11 Pn Nurul Azlinda binti Abu Seman - KP Matematik 12 En Mohd Azamfitri bin Osman - KP Pendidikan Moral 13 En Syamsul Ammar bin Yahya - KP RBT 14 Pn Ainun binti Ahmad 15 Pn Faizah binti Mohammad 16 Cik Nor Adriana Safi binti Suhimi 17 Pn Norhanizah binti Mat Arshad@Hashim 18 Pn Noremi binti Saari 19 Pn Nur Hirda Ismar binti Halim 20 Pn Rose Hazlina binti Md Desa 21 Pn Zamziah binti Ariffin 22 Pn Azlina binti Ahmad 23 Pn Norbushra binti Mat Ayub 24 Pn Naemah binti Mohd Khairi - Setiausaha
2 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum Bil.2 sesi akademik 2023/2024. Makluman 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya melaksanakan pra pentaksiran bagi tahap 2 dan ujian pengesanan bagi tahap 1. Guru-guru juga boleh mengisi analisa pra pentaksiran dalam borang yang telah disediakan oleh setiausaha peperiksaan. Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.4 SESI AKADEMIK 2023/2024 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.1 sesi akademik 2023/2024 dibentangkan dan disahkan sebulat suara tanpa pindaan. Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit 4.0 PERBINCANGAN/LAPORAN/PEMBENTANGAN KERTAS KERJA: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. 4.1 TAKLIMAT PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Ketua panitia matematik membentangkan pelaksanaan Pelaziman Pendekatan Bertema yang akan dilaksanakan di dalam beberapa subjek. Mesyuarat memutuskan subjek yang terlibat dalam pelaksanaan Pelaziman Pendekatan Bertema ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Seni Visual. Seterusnya, ahli telah bersetuju memilih tahun 3 Pintar menggunakan strategi 2 dalam subjek-subjek tersebut dengan tema utamanya ialah alam sekitar dan subtema alam sekitar. Makluman ii. Laporan berkaitan tema, subtema dan pemetaan ini mestilah dihantar melalui google classroom Pelaziman Pendekatan Bertema pada 7 Ogos 2023. Format penulisan laporan telah diberikan dalam google drive semasa google meet bersama penyelaras JPN. Tindakan: Ketua Panitia Matematik 4.3 LAPORAN PANITIA-PANITIA MATAPELAJARAN: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. PANITIA BAHASA MELAYU: i. Mesyuarat panitia kali pertama dan kedua telah dilaksanakan. Makluman ii. Ketua panitia memaklumkan jumlah murid yang terlibat dalam Program Bantu Membaca seramai 42 orang daripada tahun 1 hingga tahun 6. Jangkamasa program ini daripada bulan Mac 2023 sehingga Februari 2024 dan 15 orang guru terlibat menjadi pembimbing kepada kumpulan ini. Makluman iii. Panitia Bahasa Melayu akan menyertai Pertandingan Karnival KoAkademik Panitia Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kota Setar. Antara acara yang disertai ialah pidato, syair, sajak, bercerita tahap 1 dan tahap 2. Pendaftaran dan penyerahan video hendaklah dihantar pada 20 Ogos 2023. Tindakan: Ketua Panitia Bahasa Melayu
3 PANITIA BAHASA INGGERIS: i. Mesyuarat panitia telah dilaksanakan mengikut takwim Makluman ii. Pencerapan buku latihan murid berjalan lancar. Makluman iii. Program “Remedial Instruction” untuk murid 4 Cemerlang berjalan dengan baik. Murid menunjukkan sedikit peningkatan. Makluman iv. Aktiviti HIP berjalan seperti dalam takwim iaitu perhimpunan Bahasa Inggeris, aktiviti mewarna dan Learning English with 6 Cemerlang. Makluman PANITIA MATEMATIK: i. Program Bijak Sifir telah dilaksanakan mulai 13 Jun 2023 pada setiap hari selasa jam 7:30-7:45 pagi. Antara pengisian program tersebut ialah bimbingan dalam menghafal sifir secara berkumpulan dan mengadakan kuiz sifir. Makluman ii. Ketua Panitia Matematik telah menghadiri Bengkel Bimbingan Pelaksanaan Pelaziman Pendekatan Bertema Sekolah-sekolah Daerah Kota Setar pada 25 Julai 2023 yang lalu. Oleh itu, taklimat ini disampaikan pula di peringkat sekolah sebagai langkah untuk melaksanakan kurikulum ini. Makluman PANITIA SAINS: i. Panitia Sains telah melaksanakan mesyuarat mengikut takwim yang telah ditetapkan. Makluman ii. Telah melaksanakan pra pentaksiran untuk tahap 2 dan laporan telah dihantar kepada setiausaha peperiksaan. Makluman PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB: i. Ketua Panitia Pendidikan Islam membentangkan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 6 bulan pertama ini iaitu program bacaan Yassin mingguan iaitu setiap hari khamis jam 7:30 pagi di surau sekolah. Guru dan murid memberikan Kerjasama yang baik dan lancar. Makluman ii. Panitia telah menyertai Program Pengukuhan Pendidikan Islam pada bulan Mei yang lalu. Antara pertandingan yang disertai ialah hafazan lelaki dan Perempuan, tilawah lelaki dan Perempuan, daie cilik Perempuan dan khat lelaki dan Perempuan. Sekolah kita telah mendapat sijil penyertaan dan tempat keenam dalam pertandinga daie cilik perempuan. Mesyuarat mengucapkan tahniah kepada guru pembimbing dan murid-murid yang menyertai kerana mereka mendapat pengalaman dan kemenjadian murid dalam hafalan mereka. Makluman iii. Panitia telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 untuk tahap 1 pada 8 Julai 2023 dan dan tahap 2 pada 20 Julai 2023. Makluman PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN DAN PENDIDIKAN MUZIK i. Projek Pendidikan kesenian penggal 1 sedang berjalan secara dalaman Sahaja. Makluman
4 ii. Panitia telah melaksanakan pertandingan melukis poster dan mewarna sempena bulan kemerdekaan dengan Kerjasama unit kokurikulum dan panitia Sejarah. Makluman PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN: i. Ujian SEGAK dan pengukuran BMI untuk penggal pertama telah selesai dilaksanakan. Makluman ii. Panitia telah mengadakan Kempen 1 Murid 1 Botol air pada 21 Mei 2023 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Makluman iii. Senamrobik sempena bulan kemerdekaan akan dilaksanakan pada 22 Ogos 2023 dengan kerjasama Unit Kokurikulum. Makluman 4.4 LAPORAN BILIK-BILIK KHAS: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. 4.4.1 BILIK KESENIAN: i. Bilik kesenian dalam keadaan baik namun terdapat siling yang masih belum ditutup. Makluman ii. Bahan-bahan pameran PSV telah diletakkan dan dipamerkan dalam bilik kesenian. Makluman 4.4.2 BILIK KAUNSELING: i. Penggunaan bilik bimbingan dan kaunseling adalah secara optimum. Murid-murid mengetahui fungsi bilik bimbingan dan kaunseling. Makluman ii. Aktiviti Bersama-sama murid Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) turut diadakan di bilik bimbingan dan kaunseling. Makluman 4.4.3 BILIK HIP: i. Bilik HIP berada dalam keadaan baik. Murid memaksimumkan waktu relief dengan menjalankan aktiviti bahasa inggeris di bilik tersebut. Makluman 4.4.4 BILIK BOSS: i. Pesanan buku teks untuk tahun 2024 telah selesai diproses. Makluman ii. Aktiviti mengecop buku PKJR tahun 1-6 untuk kegunaan 2024 telah selesai Makluman iii. Guru juga telah mengadakan kempen menjaga dan membalut buku teks secara berkala. Makluman 4.4.5 PUSAT SUMBER SEKOLAH: i. Guru memaklumkan beliau sedang melabel buku mengikut kod warna namun masih ada satu rak yang belum dilabel. Makluman ii. Program “Jom Membaca Bersama 10 Minit” dan pelancaran NILAM telah dilaksanakan dengan jayanya. Makluman
5 iii. Guru memaklumkan sekolah telah menghantar dua wakil murid dalam Pertandingan Bicara Buku dan telah mendapat sijil penyertaan. Makluman iv. Guru memaklumkan sekolah telah menghantar penyertaan dua orang wakil Tokoh NILAM. Makluman v. Guru juga sedang memproses buku-buku baru iaitu daripada stok buku-buku tahun lepas. Makluman vi. Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber telah selesai dilaksanakan. Makluman 4.4.6 STOR SUKAN: i. Stor sukan dalam proses penambahbaikan antaranya menambah alatan sukan seperti bulu tangkis dan bola. Makluman 4.4.7 BILIK SAINS: i. Bilik sains perlu dibaikpulih khususnya bahagian pintu kabinet kerana telah dimakan oleh anai-anai. Keseluruhan pintu kabinet atau almari telah rosak sepenuhnya. Bahagian pintu utama bilik sains juga perlu dipasang pintu jeriji besi. Tindakan: Pihak Pentabiran 4.4.8 SURAU: i. Lampu dan kipas surau telah diselenggara. Namun begitu, keceriaan surau masih banyak yang perlu ditambah baik. Jawatankuasa surau akan berusaha mendapatkan sumber kewangan serta sumbangan untuk menambahbaik keceriaan dan fasiliti surau ini. Makluman 4.5 LAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD): Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Analisa PBD adalah seperti dalam jadual. Makluman 4.7 LDP/PLC: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Semua guru boleh menyemak jumlah hari dan mata kredit dalam SPLKPM modul individu guru 7 hari LDP dengan 42 mata kredit. Bagi AKP hanya perlu 5 hari LDP. Makluman ii. Bagi guru dan AKP yang tidak cukup digalakkan membuat bacaan buku di mana sebuah buku bersamaan dengan satu hari. Makluman iii. Pada 21 Julai 2023 telah dilaksanakan lawatan penanda aras ke SK Santan, Perlis. Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang turut serta. Semoga pengalaman yang dapat dalam lawatan ini dapat membawa pembaharuan kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit. Makluman iv. Penyelaras memaklumkan bahawa semua kakitangan kerajaan wajib melaksanakan Program Celik Digital sebelum 31 Ogos 2023. Terdapat 50 soalan. Semua guru dan AKP boleh mendaftar menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan sendiri. Guru dan AKP yang tidak
6 menguasai bahagian tertentu tidak perlu ulang buat. Setelah selesai menjawab, guru dan AKP boleh melihat paparan keputusan dan memilih butang e-pembelajaran untuk menuntut sijil. Tindakan: semua guru dan AKP v. Surat arahan pelaksanaan PLC telah diedarkan kepada setiap ketua panitia bertarikh 12 April 2023. No rujukan juga telah diberikan Bersama surat tersebut. Jika terdapat mana-mana panitia yang telah melaksanakan program PLC ini, ketua kumpulan mestilah mengisi laporan dalam sistem SPLKPM. Satu program PLC bersama 5 mata kredit. Makluman 5.0 HAL-HAL LAIN Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. 5.1 Penyelaras membentangkan kertas kerja butiran program kacau bubur asyura dan jawatankuasa pelaksana yang akan diadakan pada 9 Ogos 2023(Rabu) iaitu pada waktu aktiviti kokurikulum. Khemah akan dipasang pada hari selasa. Kutipan sumbangan sebanyak RM10 daripada setiap guru boleh diserahkan kepada Pn Noriha. Makluman 6.0 PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. 6.2 Mesyuarat kurikulum bil 3 akan diadakan pada 31 Oktober 2023. 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. Dicatat dan disediakan oleh, Setiausaha, Unit Kurikulum SK Kampong Bukit 13 Ogos 2023