The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesyuarat Kurikulum Bil 1 2023 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naemahmohdkhari, 2023-07-31 01:36:05

minit mesyuarat Kurikulum Bil 1 2023 2024

minit mesyuarat Kurikulum Bil 1 2023 2024

0


1 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 SESI AKADEMIK 2023/2024 TARIKH : 05 APRIL 2023(RABU) MASA : 12:45 TENGAH HARI TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER KEHADIRAN : Hadir Tidak hadir bersebab: 26. En Shah Jahan bin Mohd Nasser (GPK Pentadbiran) - cuti sakit 27. Pn Nurul Azlinda binti Abu Seman (KP Matematik) - cuti sakit 28. En Mohd Azamfitri bin Osman (KP Pendidikan Moral)- cuti sakit 29. En Syamsul Ammar bin Yahya (KP RBT) - taklimat di PPD 1 En Anuar Ariff bin Abdul Rahman - Guru Besar 2 En Zikri bin Zakaria - GPK HEM 3 En Mohd Suberi bin Md Isa - GPK Kokurikulum 4 Pn Noorshazila binti Zulkifli - Kaunselor 5 Pn Norhanim binti Mohd Husni - Guru Perpustakaan dan Media 6 Pn Aimi Hazwani binti Abdul Halim - KP Bahasa Melayu 7 Pn Salkiah binti Mazlan - KP Bahasa Inggeris 8 En Abdul Hamdan bin Abdullah - KP Sains 9 Pn Rosnani binti Khalib - KP Pendidikan Islam 10 Pn Noriha binti Mohd Nor - KP Bahasa Arab 11 Pn Ruhainun binti Ismail@Talib - KP Pendidikan Kesenian 12 Pn Harison binti Awang - KP Sejarah 13 Pn Nooraini binti Jusoh - KP PJPK 14 Pn Ainun binti Ahmad 15 Pn Faizah binti Mohammad 16 Cik Nor Adriana Safi binti Suhimi 17 Pn Nahaliza binti Nayan 18 Pn Norhanizah binti Mat Arshad@Hashim 19 Pn Noremi binti Saari 20 Pn Nur Hirda Ismar binti Halim 21 Pn Rose Hazlina binti Md Desa 22 Pn Zamziah binti Ariffin 23 Pn Azlina binti Ahmad 24 Pn Norbushra binti Mat Ayub 25 Pn Naemah binti Mohd Khairi - Setiausaha


2 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2023- 2024. Makluman 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana guru-guru berjaya melaksana tugas yang telah diamanahkan sepanjang sesi 2022/2023. Makluman 1.3 Pengerusi berharap segala program yang akan dirancang pada sesi akademik 2023/2024 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Makluman 1.4 Pengerusi mengumumkan bahawa beliau akan bertukar ke sekolah baharu di SK Seri Gunong. Namun begitu, beliau akan berada di SK Kampong Bukit sehingga hari rabu. Guru besar yang baharu akan hadir melapor diri pada hari Isnin minggu depan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas Kerjasama yang diberikan sepanjang menjadi guru besar di SK Kampong Bukit. Beliau berharap sekolah akan terus melakar kecemerlangan sehingga ke peringkat tertinggi. Makluman 1.5 Pengerusi memaklumkan Penolong Kanan HEM akan mengambil alih tugas guru besar sementara guru besar yang baharu melapor diri. Makluman 1.6 Pengerusi memaklumkan taklimat transisi tahun 1 ialah pada hari khamis ini, Oleh itu, mesyuarat memohon penyelaras dan semua guru tahun 1 agar turut serta mendengar taklimat tersebut. Tindakan: penyelaras tahun 1 dan semua guru tahun 1 1.7 Mesyuarat memohon tindakan semua ahli agar mengemaskini maklumat terkini tentang diri guru seperti gambar, sejarah perkhidmatan, gaji dan selainnya. Makluman 1.8 Pengerusi membentangkan tujuh tunjang yang perlu dipatuhi oleh seorang guru iaitu: 1. Keberadaan guru: i. Mematuhi waktu hadir dan pulang dari sekolah. Sekiranya guru perlu keluar dalam waktu bekerja, guru perlu memaklumkan kepada guru besar atau penolong kanan. Guru mestilah mengisi buku keluar masuk dan ditandatangan oleh pentadbir. Makluman ii. Guru mestilah berada di sekolah sekurang-kurangnya 4 jam. Makluman iii. Guru yang ingin mengambil cuti rehat khas wajib mengisi borang dalam sistem HRMIS 2.0. Makluman 2. Mengajar: i. Pengerusi berpesan agar semua guru dapat mengajar mengikut kemampuan dan mematuhi pekeliling sedia ada. Guru perlu menggunakan kaedah dan cara yang terbaik dalam proses PdPc. Pengerusi mengingatkan sekiranya murid mempunyai masalah pembelajaran jangan dipaksa dan kecewa jika prestasi mereka rendah. Makluman


3 3. Rancangan Pengajaran Harian(RPH): i. Guru-guru boleh mengikut kehendak semasa cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian(RPH). Makluman ii. Percubaan menggunakan e-RPH ialah pada bulan julai ini dan penggunaan e-RPH sepenuhnya adalah pada 2024 nanti. Makluman 4. Integriti: i. Guru mestilah mengikut peraturan yang telah dikuatkuasa oleh kerajaan yang memerintah. Makluman ii. Guru sentiasa mengamalkan kerjasama dan rasa lengkap melengkapi dalam setiap perkara yang dilakukan. Makluman 5. Program Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera: i. Guru perlu merealisasikan Hasrat KPM untuk memastikan persekitaran murid yang ceria, guru bahagia dan sekolah bitara, menjadi keutamaan berdasarkan 7 teras utama yang akan diberi perhatian oleh KPM. Makluman 6. Kewangan: i. Pengerusi memaklumkan peruntukan kewangan pada tahun ini telah dikurangkan. Oleh itu, beliau mengingatkan semua guru agar menggunakan sumber kewangan tersebut secara berhemah. Makluman 7. Disiplin: i. Mesyuarat bersetuju dan memutuskan Cikgu Nahaliza binti Nayan dilantik sebagai ketua guru disiplin menggantikan Ustaz Fauzi bin Ahmad yang berpindah. Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.4/2022-2023 2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2022-2023 dibentangkan dan disahkan sebulat suara tanpa pindaan. Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit 4.0 PERBINCANGAN/LAPORAN/PEMBENTANGAN KERTAS KERJA: 4.1 PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Pengerusi membentangkan tatacara pengoperasian pembukaan sekolah sesi akademik 2023/2024. Cadangan program minggu pertama perlu dirancang oleh pihak sekolah dan jadual aktiviti minggu pertama dikeluarkan kepada guru. Oleh itu, mesyuarat memohon setiausaha kurikulum membuat perbincangan bersama pentadbir dan unit kaunseling aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang minggu pertama nanti. Tindakan: Setiausaha kurikulum ii. Pengerusi memaklumkan terdapat kelas yang telah di streaming. Hal ini bagi memudahkan guru pemulihan merancang jadual dan keluar masuk bagi murid pemulihan. Jika ada waris yang bertanya atau mempertikaikan anak mereka bertukar kelas, mohon guru kelas dapat menjelaskan dengan sebaiknya. Makluman


4 iii. Pengerusi mengingatkan guru kelas agar berhati-hati dan memerhati keadaan sekeliling semasa mengemas kelas dikhuatiri ada haiwan berbisa atau sebagainya. Makluman 4.2 PEMBENTANGAN PERANCANGAN DAN TAKWIM SESI AKADEMIK 2023/2024 Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Pengerusi memaklumkan bahawa buku pengurusan akan diedarkan kemudian kerana terdapat perubahan beberapa portfolio. Makluman ii. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah mengedarkan jadual terkini semakan buku rekod mengajar. Justeru, guru-guru boleh menghantar buku rekod mengajar mengikut jadual berwarna yang telah ditetapkan. . Makluman 4.3 PENGURUSAN PANITIA: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Mesyuarat memutuskan bahawa mesyuarat panitia boleh dibuat mulai minggu depan. Mohon semua ketua panitia memilih tarikh yang sesuai dan menjemput pentadbir dalam mesyuarat tersebut. Tindakan: semua ketua dan setiausaha panitia ii. Mesyuarat bersetuju bahawa mesyuarat panitia perlu dibuat sekurangkurangnya tiga kali setahun. Makluman iii. Mesyuarat membincangkan permohonan membeli buku kerja dari luar akan diputuskan dalam mesyuarat PIBG nanti. Makluman iv. Pengerusi memaklumkan terdapat lapan syarat untuk memohon penggunaan duit zakat. Jawatankuasa Wakalah Zakat yang akan menapis dan meluluskan permohonan kertas kerja sesuatu program. Makluman v. Mesyuarat bersetuju dan memutuskan bahawa Cikgu Zamziah binti Ariffin dilantik sebagai Ketua Panitia Matematik yang baharu. Makluman 4.4 JADUAL WAKTU: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Pengerusi memaklumkan jadual waktu telah diedarkan. Namun begitu, mesyuarat telah memutuskan tiada proses PdPc berlaku pada minggu pertama persekolahan. Jadual waktu PdPc akan digunapakai pada minggu kedua nanti. Makluman ii. Pengerusi memaklumkan bahawa akan ada perubahan jadual waktu kerana terdapat pertukaran guru. Makluman 4.5 LDP/PLC: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Program PLC perlu diteruskan untuk penambahbaikkan PdPc. Borang dan laporan perlu diisi dalam SPLKPM oleh ketua kumpulan. Makluman ii. Sistem SPLKPM perlu dikemaskini oleh semua guru bagi memastikan mata kredit bagi setiap guru mencukupi. Makluman


5 4.6 PECERAPAN PdPC GURU: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Pencerapan PdPc akan dilaksanakan mengikut buku pengurusan. Makluman ii. Mesyuarat mengingatkan semua guru menggunakan borang SKPMg2 standard 4. Makluman 4.7 SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Semua guru boleh merujuk jadual semakan buku latihan murid dalam buku pengurusan sekolah. Makluman ii. Mesyuarat mengingatkan semua guru agar sentiasa menyemak latihan murid. Makluman iii. Semakan buku latihan murid sebanyak 10 buah sahaja akan dihantar mengikut matapelajaran kepada pentadbir. Makluman 4.8 PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS: Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Semua bilik khas perlu merekod keluar masuk murid dan guru dalam buku rekod penggunaan bilik sebagai bukti. Makluman ii. Mesyuarat mengingatkan semua guru mesti ada bersama sekiranya murid diarahkan untuk masuk ke dalam bilik-bilik khas ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin terjadi. Makluman 4.9 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD) DAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022/2023 Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. i. Pengerusi membentangkan analisa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022/2023 Makluman ii. Terdapat beberapa perkara yang perlu ditingkatkan bagi membantu murid-murid dalam matapelajaran yang lemah. Makluman iii. Berdasarkan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022/2023 bagimatapelajaran matematik sangat lemah. Oleh itu, pengerusi mencadangkan agar mengadakan perhimpunan bijak sifir setiap hari selasa bermula jam 7:30 pagi sebelum kelas PdPc. Panitia matematik akan bertanggungjawab memastikan program ini berjalan lancar. Tindakan: Ketua Panitia Matematik


6 5.0 HAL-HAL LAIN Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan. 5.1 Mesyuarat memutuskan Hari Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada bulan November ini. Makluman 5.2 Mesyuarat bersetuju bahawa mesyuarat PIBG akan diadakan pada awal bulan Jun. Makluman 5.3 Mesyuarat memaklumkan kutipan wang bagi program peningkatan tahun 6 akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG nanti. Makluman 5.4 Mesyuarat bersetuju memberikan tempoh kepada guru-guru menyiapkan isi fail rekod pengajaran dan pembelajaran. Semua guru mestilah menghantar fail rekod mengajar kepada guru besar selepas cuti hari raya nanti. Tindakan: semua guru 5.5 Pengerusi mengingatkan semua guru kelas melengkapkan jadual kelas, jadual tugasan dan perkara asas dalam kelas sebelum beliau turun memantau di setiap kelas. Tindakan: semua guru kelas 5.6 Mesyuarat mengesyorkan setiap penyelaras program menyediakan laporan dan kertas kerja yang lengkap sebanyak tiga salinan untuk rujukan dan simpanan. Makluman 5.7 Mesyuarat memaklumkan jumlah enrolmen murid sekolah ini seramai 262 orang murid tidak termasuk prasekolah. Manakala, jumlah murid yang mendapat Rancangan Makanan Tambahan(RMT) adalah seramai 156 orang. Makluman 6.0 PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap segala perancangan pada sesi akademik 2023/2024 akan dilaksanakan dengan sebaiknya. 6.2 Mesyuarat kurikulum bil 2 akan diadakan pada 08 Jun 2022. 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang. Dicatat dan disediakan oleh, Setiausaha, Unit Kurikulum SK Kampong Bukit 16 April 2023


Click to View FlipBook Version