The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naemahmohdkhari, 2019-12-25 10:58:33

minit mesyuarat HEM kali ke 4

minit mesyuarat HEM kali ke 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PEDAS
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID(HEM) BIL.4/2019

TARIKH : 9 NOVEMBER 2019(SABTU)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN :
Hadir

1 En Ramlan B Hj Ramly - Guru Besar 27 Pn Siti Humairah Bt Hamin

2 Pn Norzaini bt Sulaiman - GPK Kurikulum 28 Pn Norain bt Mohd Morni

3 Pn Hairani bt Talib - GPK HEM 29 Pn Siti Aminah bt Husin

4 Hj Nasaruddin b Ahmad - GPK Kokurikulum 30 Pn Nur Jihan Bt Alias

5 En. Zapri Bt Md Amin - Kaunselor 31 Pn Noorhafifi bt Mohd Razaly

6 En Abdul Wahab B Mohammad 32 En Shaszeni B Shahrizan

7 Pn Faizah Bt Abd Aziz 33 En Mohd Yusof B Husin

8 Pn Napsiah Bt Kersimin 34 Pn Sarimah bt Samsudin

9 Pn Norizan Bt Mohd Tahir 35 Pn Ismahazly Bt Baharin

10 Pn Nurul Azwana Bt Ab. Malik 36 En Azham b Hashim

11 Pn Zahrah Bt Musa 37 Pn Normala Bt Kamaruddin

12 Pn Zalina Bt Abd Karim 38 Pn Rafidah bt Abdul Rahman

13 Pn Siti Sarah Bt Kamarudian 39 Pn Siti Norbaya Bt Daut

14 Pn Azni Suhaina Bt Alias 40 En Noor Azhar B Saadun

15 Pn Marinah Bt Bajuri 41 Pn Ruhani Bt Halim

16 Pn Rosidah Bt Mt Tahir 42 Zainorniza bt Zainal Abidin

17 Pn Juzliza Bt Mohamad 43 Pn Siti Amirah bt Abdol Rasip

18 Pn Siti Hajar Bt Ismail@Ahmad 44 Pn Naemah Bt Mohd Khari - setiausaha

19 Pn Ahida bt Amin

20 En. Muhamad Romodhin B Harun

21 Pn Marzanah Bt Suboh

22 Pn Nor Azura Bt Hashim

23 Pn Fatimah Bt Abd Rahim

24 Pn Ainul Shafiqah Bt Malek

25 Cik Nur Syafna Bt Mohd Yusof

26 Cik Nur Amirah Diyana Bt Kamarzaman

Tidak hadir bersebab: - Cuti sakit
- Cuti sakit
45. Pn Norizan bt Muhammad Ali - Cuti mengerjakan umrah
46. Pn Zainon Bt Khalid - Graduasi anak
47. Pn Nor Aishah Tun bt Hashim - Urusan anak(Graduasi Little Caliph)
48. Pn Juliana bt Mohamed
49. Pn Norasikin Bt Mohd Mohsin

1

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Hal Ehwal
Murid (HEM) Bil.4/2019.
Makluman
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana guru-guru berjaya
melaksana tugas yang telah diamanahkan sepanjang bulan Januari hingga
akhir sesi persekolahan
Makluman
1.3 Pengerusi memohon semua guru kelas mengemaskini kehadiran setiap bulan
dan mencetak slip kehadiran setiap bulan untuk direkod dalam buku rekod
kehadiran.
Makluman
1.4 Pengerusi juga memohon semua guru kelas melengkapkan fail murid dan
disimpan di dalam bilik fail.
Makluman
1.5 Pengerusi memohon semua guru agar melengkapkan fail guru bertugas
mingguan sekiranya terdapat kumpulan guru bertugas yang masih belum
mengisi laporanpada minggu tersebut.
Makluman
1.6 Pengerusi memohon semua guru penyelaras menghantar fail yang telah
diberi pada awal tahun ke bilik GPK HEM dan memastikan fail tersebut lengkap
dan semua program yang telah dilaksanakan telah didokumentasikan.
Makluman
1.7 Guru besar memaklumkan baju sukan murid pada tahun 2020 mengikut
warna rumah sukan dengan harga RM20.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.3/2019
2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2019 dibentangkan dan disahkan sebulat
suara tanpa pindaan.
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4.0 PERBINCANGAN
4.1 POST MORTEM UNIT-UNIT DAN CADANGAN PENAMBAIKAN
Mesyuarat menerima maklumat yang berikut untuk makluman dan tindakan.
i. Unit RMT dan Susu Sekolah
Pada mulanya murid RMT makan pada waktu rehat tetapi waktu RMT
telah diubah pada waktu pagi sebelum waktu PdPc bermula. Terdapat
murid yang lewat dan tidak dapat makan pada waktu pagi. Lama-
kelamaan murid biasa dan tidak menjadi masalah dengan perubahan
jadual waktu makan tersebut. Manakala, susu pula diberi mengikut
waktu kesesuaian jadual yang telah dibuat. Pada tahun 2020, jadual
tersebut akan diteruskan seperti ini.
Makluman
ii. Unit Rawatan dan Denggi
Rawatan pergigian untuk semua murid telah dilaksanakan dengan baik.
Makluman
Penambahbaikan pada tahun 2020 adalah semua guru kelas mesti
menulis tinggi dan berat murid agar proses pemeriksaan daripada klinik
berjalan lancar. Terdapat juga murid yang apabila berada di tahun 6
buku rekod kesihatan mereka telah hilang.
Makluman

2

Pameran AIDS akan diadakan pada 18 November ini di Dewan Agora.
Murid terlibat dengan pertandingan mewarna.

Makluman

iii. Unit e-Menengah
Seramai 105 orang murid telah didaftarkan ke sekolah menengah dan
tempoh pendaftaran mereka di sekolah pilihan adalah pada 4 hingga
15 November ini.
Makluman

iv. Unit Disiplin
Terdapat isu tahun 1 Kristal kerana beberapa orang murid hyperactive
dan menggangu murid lain serta terdapat guru-guru yang tidak dapat
mengawal mereka.
Makluman
Penambahbaikan pada tahun 2020 adalah mengadakan program-
program pembangunan sahsiah murid kerana budaya mencarut di
kalangan murid yang setelah disiasat bermula dari rumah semakin
berleluasa di sekolah.
Makluman

v. Unit Pengawas
Seramai 62 orang pengawas sekolah yang telah dipilih untuk tahun
2020.
Makluman
Mesyuarat bersetuju menerima pelantikan pengawas skuad siber pada
tahun 2020 adalah seramai 10 orang sahaja.
Makluman

vi. Unit Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT)
Post mortem tidak dapat dibuat kerana masih terdapat murid yang
belum pulang buku secukupnya.
Makluman
Cadangan penambahbaikan pada tahun 2020:
1. Guru kelas perlu kerap membuat spot check buku teks murid
kerana hasil dapatan pada tahun ini murid tidak membalut dan
menjaga buku teks dengan baik.
Makluman
2. Murid yang pindah masuk sekolah ini selepas bulan April tidak
perlu memberikan buku teks kepadanya kerana murid tersebut
akan menerima buku teks tersebut di sekolah lama.
Makluman
3. Guru kelas terus melengkapkan borang G sementara yang telah
diedarkan dan melengkapkan maklumat agar tiada keciciran
murid untuk mendapatkan buku teks.
Makluman
4. Murid perlu menulis nombor perolehan pada borang akuan
penerimaan supaya buku yang hilang dan diganti baru nanti
dapat ditulis no perolehan yang sama.
Makluman

vii. Unit Sekolah Selamat dan Bencana Alam
Cadangan penambahbaikan pada tahun 2020:
1. Latihan kebakaran akan cuba dilaksanakan dua kali pada tahun
2020.
Makluman
2. Memperbanyakkan papan tanda keselamatan supaya murid
lebih berhati-hati dan peka terhadap kawasan yang berbahaya.
Makluman

3

viii. Unit Kebersihan dan Keceriaan
Post mortem daripada guru kelas usaha keceriaan yang dibuat oleh
guru kelas hancur dan tidak dijaga oleh murid.
Makluman
Penambahbaikan pada tahun 2020 adalah memohon piala pusingan
yang baharu kerana piala pusingan sedia ada sudah rosak.
Makluman

ix. Unit Kantin
Kualiti kebersihan kantin amat memuaskan. Menu makanan juga sihat
dan harga yang berpatutan
Makluman
Penambahbaikan pada tahun 2020 adalah aduan kepada pengusaha
kantin agar tidak menjual hotdog dan nugget. Jika masalah masih
berlarutan penyelaras boleh menyediakan surat perjanjian sebagai
tanda amaran.
Makluman

x. Unit KWAMP dan Bantuan Sekolah
Data murid KWAMP diambil daripada APDM. Mohon guru kelas
mengemaskini data murid dengan betul.
Makluman
Pemenang pengisian SSDM tertinggi ialah Pn Nor Aishah Tun bt
Hashim, Pn Juliana bt Mohamed dan Pn Humairah bt Hamin.
Makluman

xi. Unit Guru Penyayang dan Kedai Buku
Program guru penyayang iaitu penyampaian hari lahir murid dan hari
kanak-kanak telah berjaya dilaksanakan sehingga bulan Disember.
Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus
lumus menjayakan program guru penyayang sepanjang tahun ini.
Makluman
Menasihati penyewa kedai buku agar tidak menjual mainan yang
banyak kerana akan mengganggu pembelajaran murid.
Makluman

xii. Unit Bimbingan dan Kaunseling
Program Ziarah Cakna telah berjaya dilaksanakan. Seramai 40 orang
telah diberi sesi kaunseling.
Makluman
Program SPOT telah dilaksanakan sepanjang tahun ini kurang
memberangsangkan. Hal ini disebabkan ibubapa tidak mengambil
berat dengan alasan yang tidak munasabah.
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN
Tiada

6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap
segala cadangan penambahbaikan pada tahun 2020 akan dilaksanakan
dengan sebaiknya.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Dicatat dan disediakan oleh,

Setiausaha,
Unit Hal Ehwal Murid
SK Pedas
4 November 2019

4


Click to View FlipBook Version