KERTAS CADANGAN PEMBINAAN DATARAN BERBUMBUNG 2024 DISEDIAKAN OLEH, SYAIFUL AZIZI BIN HJ. DASUKI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM www.sklasah.com SEKOLAH KEBANGSAAN LASAH DARE TO DREAM
LATAR BELAKANG LATAR BELAKANG SK LASAH Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Sekolah Kebangsaan Lasah merupakan sekolah yang memiliki reputasi hebat dalam aspek pengurusan sekolah dan penglibatan dalam aktiviti luar, dengan prestasi akademik yang juga sangat menggalakkan. sejak awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Lasah, sekolah ini hanya mempunyai dewan yang kecil. Disebabkan murid di SK Lasah ini mempunyai bilangan murid yang ramai iaitu 231 orang menyebabkan kepadatan di dalam dewan apabila program dijalankan secara serentak. Maka satu keperluan mendesak sebuah dataran berbumbung wajib dibina untuk menampung aktiviti sepanjang tahun agar kecemerlangan dan keselasaan sekolah terus dikekalkan. "DARE TO DREAM"
"DARE TO DREAM" Menyedari hakikat dan tanggungjawab ini, AJK Pengurusan Sekolah mengambil inisiatif mengemukakan kertas cadangan pembinaan tapak perhimpunan berbumbung ini sebagai usaha memperkasakan aktiviti berorientasikan murid dan seluruh warga sekolah agar impak besarnya nanti memebri makna kepada segenap warga Sekolah Kebangsaan Lasah. Kami optimis terhadap perkembangan potensi, kemajuan jasmani dan keluhuran rohani dalam kalangan murid sekolah ini. Justeru, dataran berbumbung tersebut akan digunakan sebagai mekanisma yang kondusif bagi membentuk wadah generasi murid yang kukuh jati diri serta nilai kemanusiaannya. Segala aktiviti yang cenderung mengkordinasi bakat psikomotor, minat afektif dan kritis analisis akan digilap sedaya mungkin demi membina masa depan unggul dalam kalangan murid sekolah ini. Faktor hujan membataskan program dan aktiviti murid. Keadaan ini adakalanya menjejaskan tempoh pembelajaran dan pengajaran, terutamanya murid berlatih, beriadah dan untuk guru-guru melatih murid ketika hujan.
"DARE TO DREAM" Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar dataran berbumbung dibina bagi memenuhi aspirasi pembangunan modal insan di peringkat sekolah, fasiliti komuniti bestari yang boleh digunakan bersama-sama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio budaya negara bertaraf dunia. Dataran berbumbung itu juga akan menjadi vanue untuk aktiviti sukan dan permainan di sekolah dan daerah ini. Realitinya, gelanggang itu nanti akan dimanfaatkan sebagai padang permaina sepak takraw, bola tampar, badminton, acara olahraga dan padang, program PAJSK dan lainlain. Sekolah Kebangsaan Lasah juga berupaya melahirkan para atlit yang mewakili Kuala Kangsar, Negeri Perak dan Kebangsaan dalam beberapa acara umum namun soal kemudahan membataskan impian itu. kita optimis dengan kemudahan dataran berbumbung yang akan dibina kelak, di samping kredibiliti serta komitmen guru-guru penasihat, lebih ramai lagi bakat sukan dan permainan berprestasi tinggi mampu dilahirkan 2. OBJEKTIF SK Lasah perlu berkembang, matang dan menyesuaikan keadaannya pada perubahan dalaman dan luaran. Seterusnya, pembinaan dataran berbumbungini perlu dilakukan seperti berikut : SK Lasah menjadi tempat pertandingan dalam apa jua pertandingan Kokurikulum serta ko akademik yang dianjurkan. Dataran berbumbung tersebut akan menjadi satu penanda aras kemajuan sukan SK Lasah menjelang 2025 dan melahirkan yang boleh menjana sumber kewangan persatuan masingmasing. Dataran berbumbung ini juga akan dijadikan tapak perhimpunan murid, aktiviti persatuan dan pusat latihan kecergasan fizikal para atlet dan peseerta menjelang sesuatu pertandingan atau kejohanan. faktor hujan juga menjadi sebab perlunya dataran berbumbung sebagai alternatif tempat latihan untuk sukan dan permainan.
BIL PERBELANJAAN JUMLAH (RM) CATATAN 1 STRUKTUR KELULI 290,000.00 BERGANTUNG DENGAN HARGA BESI SEMASA 2 LANTAI KONKRIT 80,0000 ALTERNATIF GUNA TAR YANG ASAL 3 JURURUNDING 20,000.00 4 ELEKTRIK 17,000.00 5 PENTAS 10,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM417,000.00 3. KPI Dataran berbumbung ini akan memberikan banyak keselesaan dan sangat kondusif terutama kepada guru dan murid semasa menjalankan program perhimpunan mingguan walaupun ketika hujan. Dapat menyelesaikan pertindihan penggunaan kantin selama ini yang sangat mengganggu. pembaziran masa dan tenaga yang digunakan semasa berkongsi guna kantin akan dapat diselesaikan. 4. KUMPULAN SASARAN Semua warga Sekolah Kebangsaan Lasah dan PIBG 5. ANGGARAN KOS PEMBINAAN Saiz dewan yang dipohon ialah 58 kaki x 90 kaki iaitu 5220 kaki persegi dengan ketinggian 21 kaki. Implikasi kewangan yang terlibat adalah seperti berikut :
FASA PERKARA ANGGARAN KOS (RM) SUMBER PENDAPATAN 1 MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN TAPAK - PELANCARAN TABUNG 2 PEMBINAAN / PEMASANGAN TIANG PEMASANGAN KERANGKA DAN BUMBUNG 290,000.00 MOHON PERUNTUKAN DARI JPN, KPM/AGENSI BERKAITAN 3 PEMASANGAN ELEKTRIK 60, 000.00 MOHON PERUNTUKAN DARI JPN, KPM/AGENSI BERKAITAN 4 PEMBINAAN PENTAS 10,000.00 MOHON PERUNTUKAN DARI JPN, KPM/AGENSI BERKAITAN 6. STRATEGI PELAKSANAAN Projek ini akan dilaksanakan berdasarkan fasa berikut secara berperingkat-peringkat 7. PELAN PEMBINAAN TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG SK LASAH Pelan masih dalam proses 8. IMPLIKASI KEWANGAN 1. KOS : Pembinaan projek mega ini dijangkan memerlukan sumber kewangan sebanyak RM417, 000.00 2. SUMBER KEWANGAN: Sumbangan ahli politik/ADUN/MP/Parti Politik dan tokoh korperat setempat Tabung dan aktiviti anjuran pihak sekolah seperti jogathon, pelancaran tabung khas dan sebagainya. sumbangan peruntukan dari pihak JPN/KPM dan agensi berkaitan. Sumbangan orang ramai, ibu bapa, alumni, bekas pelajar dan orang perseorangan.
9. PENUTUP Diharapkan usaha murni SK Lasah akan mampu merealisasikan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum. oleh itu, besarlah harapan sekolah agar permohonan kewangan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak yang terlibat. Sesungguhnya kami amat memerlukan sokongan, kerjasama dan sumbangan daripada pelbagai pihak demi memastikan projek ini berjaya. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi terhadap usaha sekolah mengadakan kemudahan seperti tapak perhimpunan berbumbung ini yan gmampu menjayakan berbagai-bagai aktiviti sekolah. Disediakan oleh, ......................................................................... SYAIFUL AZIZI BIN HJ. DASUKI Tarikh : Disahkan oleh, .......................................................................................... MOHAMMAD TAMIZI BIN YEOB NORDIN Guru besar, SK Lasah Tarikh :
CADANGAN BENTUK TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG C A DANGA N 1 C A DANGA N 3 C A DANGA N 2