The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Nabil Bin Mohamed Shahrul Hafez, 2021-10-09 08:33:05

MELINDUNGI DARIPADA CUACA MELAMPAU

By Muhammad Nabil

MELINDUNGI DARIPADA CUACA
MELAMPAU

sains tahun 5

sumber rujukan:Buku teks sains tahun 5.

Haiwan yang hidup di kawasan yang mempunyai cuaca melampau mempunyai ciri-
ciri khas pada anggota badan haiwan dan tingkah laku khas untuk melindungi diri.

Hibernasi ialah keadaan bagi sesetengah haiwan kutub yang tidak aktif atau tidur sepanjang musim
sejuk.

Sebahagian daripada haiwan tidak dapat kekal hidup di kawasan kutub dan kawasan yang terlalu sejuk.

}Beruang kutub berbulu tebal untuk memerangkap haba agar badannya sentiasa
berasa hangat.Beruang kutub juga berhibernasi untuk mengurangkan pergerakan bagi
mengelakkannya daripada kehilangan banyak tenaga.

}Bulu pelepah penguin yang pendek dan padat menjadikannya kalis air.Bulu yang
pendek dan padat ini juga berfungsi sebagai penebat haba bagi mengekalkan suhu
badan penguin.

}Singa laut dan walrus mempunyai cuping telinga yang kecil untuk mengurangkan
kehilangan haba daripada badannya.Haiwan-haiwan ini juga mempunyai lapisan
lemak yang tebal di bawah kulit untuk mengekalkan haba badan dalam cuaca yang
sangat sejuk.

}Ikan paus dan sesetengah jenis burung berhijrah merentasi benua dan lautan bagi
mengelakkan cuaca sejuk di Negara asalnya.Penghijraan ini dikenali sebagai migrasi

}Kerbau berendam di dalam air atau lumpur untuk menyejukkan badan serta
menghindar gigitan serangga dan parasite.

}Badak air berendam untuk mengawal suhu badan dalam cuaca panas melampau.

Berendam di dalam air dan lumpur juga mengelakkan badak daripada jangkitan
penyakit kulit dan gigitan lalat pikat,iaitu sejenis lalat penghisap darah haiwan.

}Gajah juga ialah haiwan yang kerap berendam di dalam lumpur dan air.Tujuannya
untuk menyejukkan badannya.

}Unta mempunyai bonggol untuk menyimpan makanan dalam bentuk
lemak.Unta boleh boleh bertahan selama 2 minggu
}Tikus gurun dan musang gurun mempunyai cuping telinga yang besar
supaya lebih banyak haba daripada badan haiwan ini dibebaskan.

Ciri- ciri khas pada anggota badan haiwan dan tingkah laku khas haiwan dapat
membantu haiwan dapat membantu haiwan melindungi diri daripada cuaca
melampau untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

#wildlife
#haiwan
#kehidupanhaiwan
#berlindungdaricuacamelampau
#cirikhas
#tingkahlakukhas
#hibernasi
#migrasi


Click to View FlipBook Version