MESYUARAT AGONG PERTAMA PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG
MESYUARAT AGONG PERTAMA PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG TARIKH : 07 MAC 2025 (JUMAAT) MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : PEJABAT PENGUATKUASA, MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG, JALAN LEMBAGA BANDARAN OFF JALAN TEPI SUNGAI AGENDA MESYUARAT :- 1. Ucapan Pengerusi Penaja 2. Memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Kebajikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang. 3. Pembentangan perlembagaan Persatuan Kebajikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang dan Pembentangan manfaat ahli. 4. Pembentangan kewangan 2025 5. Pembentangan usul pembubaran Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Kebajikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang. 6. Lain-lain usil Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang 2025 / 2026. 7. Ucapan Penagguhan Pengerusi Persatuan Kebajikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang 2025 / 2026. 8. Ucapan Penaung Persatuan Kebajikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang 2025 / 2026.
Jawatankuasa Penaja Persatuan Kebajikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang :- Penasihat/Penaung : Tn. Andry Arman Bin Masrom Pengerusi : PP2 Mohd Hafiz Bin Shafiee Timbalan Pengerusi : PPP8 Jamalullail Bin Ahmad Badri Setiausaha : PPK 17 Hakim Bin Md Ardani Penolong Setiauasaha : PPK 32 Hanafiah Bin Ishat Bendahari : PPK 37 Misjad Bin Markom Ahli Jawatankuasa : PPK 23 Mohmad Azhar Bin Saharudin Ahli Jawatanjuasa : U279 Afizah Binti Abu
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (NSID-056-28012025) FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJIS BANDARAYA DIRAJA KLANG Selepas ini disebut pertubuhan. 2. Takrif Nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG 3. Bertaraf : Lain-lain FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah PEJABAT PENGUATKUASA MBDK, JALAN LEMBAGA BANDARAN OFF JALAN TEPI SUNGAI 41100 KLANG SELANGOR dan alamat untuk surat-menyurat adalah PEJABAT PENGUATKUASA MBDK, JALAN LEMBAGA BANDARAN OFF JALAN TEPI SUNGAI 41100 KLANG SELANGOR atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT 1. Tujuan penubuhan ini adalah untuk menjaga kebajikan kepada ahli atau tanggungan ahli. 2. Melalui insiatif kakitangan dan Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi memastikan kebajikan angota penguakuasa, kakitangan terjaga. 3. Sumbangan kewangan kepada ahli yang hilang upaya dan sumbangan kewangan kelansungan waris. 4. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan ahli. 5. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan. 6. Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri. FASAL 4 KEAHLIAN 1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut A. Ahli Biasa i. Kewarganegaraan : Malaysia ii. Umur Minima : 18 tahun iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor iv. Keturunan/Bangsa : Semua v. Jantina : Semua vi. Agama : Semua vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Kakitangan Jabatan Penguatkuasa Dan Lain-lain Kakitangan B. Ahli Bersekutu Tiada C. Ahli Kehormat Tiada D. Ahli Seumur Hidup TIADA E. Ahli Remaja Tiada
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab. 3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli. FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada: 1. Bayaran masuk : RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) 2. Yuran : RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM Tidak Berkenaan c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun. 3. Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan. 4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG 1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahliahli. Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan. 3. Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu; b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit; c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan) d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kirakira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. 5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan: a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. 6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung DwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA 1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan: Seorang Pengerusi Seorang Timbalan Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari 2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa 2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. 3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali. 4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung. 5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat 6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit. 7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan. 8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan. 9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebabsebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. 10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. 11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. 4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira. 6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN 1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawaipegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. 2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan. 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut. 4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1500.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa
mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. 5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. 6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari . FASAL 11 JURUAUDIT 1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua tahun boleh dilantik semula. 2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA 1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan. 2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG 1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu. FASAL 15 LARANGAN 1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan. 2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barangbarang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959. 3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawaipegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan. 4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. 5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 17 PEMBUBARAN 1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. 2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. 3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera - Keterangan - 2. Lambang - Keterangan - 3. Lencana - Keterangan -
MANFAAT SUMBANGAN KEPADA AHLI 1. Sumbangan kematian kepada ahli ; • RM1000.00 (kematian peserta/anggota). • RM400.00 (kematian suami/isteri, anak kandung, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mertua) 2. Sumbangan kebajikan kepada ahli : a) Ahli masuk wad melebihi tiga hari - RM 100.00 b) Ahli cuti sakit melebihi satu bulan - RM 100.00 c) Ahli keluarga ahli sakit/masuk wad - RM 100.00 d) Semua di atas hanya untuk sekali setahun 3. Sumbangan fisabilillah, Bencana, kecemasan dan lain-lain di putuskan perlu oleh Jawatankuasa dengan jumlah maksima RM 300.00
PEMBENTANGAN USUL 1. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Penaja PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG. 2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG 2025 / 2026
SENARAI AHLI PERSATUAN KEBAJIKAN PENGUATKUASA MAJILS BANDARAYA DIRAJA KLANG JUMLAH (SEHINGGA 26.02.25: 227 ANGGOTA) BIL NAMA AHLI STATUS BAYARAN YURAN 2025 1 Tn. Andry Arman bin Masrom (KP52) SELESAI 2 TPP Shahrul Hazri bin Abd. Majid (KP44) SELESAI 3 PP1 Shahizam bin Tukiran (KP44) SELESAI 4 PP2 Mohd Hafiz bin Shafiee (KP41) SELESAI 5 PP3 Mohamad Nazri bin Giman (KP41) SELESAI 6 KPPP Mohd Radzi bin Ismail (KP32) SELESAI 7 PPP3 Suzana binti Ibrahim KP32 (KUP) SELESAI 8 PPP8 Jamalullail bin Ahmad Badri (KP29) SELESAI 9 PPP9 Faizal Hafiz bin Zahari (KP29) SELESAI 10 PPP10 Ameenullah bin Abdul Kader (KP29) SELESAI 11 PPP11 Megat Fadzil bin Megat Khairi Azman (KP29) SELESAI 12 PPT Suraya binti Ishak (N32) SELESAI 13 KPPK2 Salleh Zaki b. Talib SELESAI 14 KPPK3 Rozi b. Omar SELESAI 15 PPK 13 Zafri b. Kasti SELESAI 16 PPK 14 Mohd Zaimi b. Zainuddin SELESAI 17 PPK 16 Sazlina bt. Muhamad Ali SELESAI 18 PPK 17 Hakim b. Md Ardani SELESAI 19 PPK 18 Haslinda bt. Abdul Rahman SELESAI 20 PPK 19 Mohd Joha b. Mohd Arsat SELESAI 21 PPK 22 Rajendran A/L Sundram SELESAI 22 PPK 23 Mohamad Azhar b. Saharudin SELESAI 23 PPK 24 Mohd Khairi b. Amat Zaid SELESAI 24 PPK 32 Hanafiah bin Ishat SELESAI 25 PPK 33 Mohd Shahdan bin Mohamad Zakaria SELESAI 26 PPK 34 Aswarizal b. Mohd Wazib SELESAI 27 PPK 36 Zairunizam bin Md Dom SELESAI 28 PPK 37 Misnjad b. Markom SELESAI 29 PPK 38 Hidayat b. Mohamad Yusof SELESAI 30 PPK 30 Norfazilah binti Malik SELESAI 31 PPK 35 Mohamad Azhani b. Ramli SELESAI 32 U192 Sjn Farizan b. Mohd Anor SELESAI 33 U225 Zainal b. Arsad SELESAI 34 U243 Siti Nora bt. Kusni SELESAI 35 U250 Khairul Hisham b. Md Tahir SELESAI 36 U251 Siti Zubaidah bt. Abd Rashid SELESAI 37 U252 Anuar b. Mohamed @ Mohamed Soldi SELESAI 38 U254 Rezaki b. Mashor SELESAI
39 U255 Razali b. Yussof SELESAI 40 U260 Rahida bt. Mohamed Ali SELESAI 41 U271 Mazatul Akmar bt. Baharum SELESAI 42 U272 Siti Norhafiza bt. Md Noor SELESAI 43 U273 Norhaslin bt. Sulaiman SELESAI 44 U275 Mohd Amir Faizal b. Muhamad SELESAI 45 U276 Mohd Ruzi b. Ambar SELESAI 46 U278 Zulkifly b. Ismail SELESAI 47 U279 Afizah bt. Abu SELESAI 48 U280 Norehan Karmila bt. Akhiran SELESAI 49 U282 Zulkifli b. Mohd Nadzir SELESAI 50 U283 Haida Diana bt. Hairullah SELESAI 51 U287 Emilia bt. Amil SELESAI 52 U288 Izhar b. Ahmad SELESAI 53 U297 Salina bt. Ibrahim SELESAI 54 U300 Che Mohd Hazizi b. Che Husin SELESAI 55 U301 Mohammed Shairuel Fahmi bin Ahmad Suhaimi SELESAI 56 U302 Nazahatul Shimah bt. Mohd Salihan SELESAI 57 U306 Parda Fakarudin b. Juhari SELESAI 58 U320 Daniel Iman Chan b. Abdullah SELESAI 59 U324 Mohd Supian b. Mohamed Idris SELESAI 60 U329 Rifana b. Arsat SELESAI 61 U330 Mohd Hadiffi b. Mohd Latif SELESAI 62 U332 Siti Maria bt. Mat Husin SELESAI 63 U333 Indra Azwin bin Ainon SELESAI 64 U335 Mohd Kamizal b. Abdul Rahim SELESAI 65 U339 Ibnu Sina b. Muhamad Arasid SELESAI 66 U344 Saari b. Hj. Ghani SELESAI 67 U347 Kamarul Ariffin b. Mohamed Tahir SELESAI 68 U353 A. Suresh @ Stalin a/l P. Arumugam SELESAI 69 U360 Mohd Faizal b. Mohd Ishak SELESAI 70 U363 Mohd Faizal b. Mahmud SELESAI 71 U365 Mohamad Faizal b. Md Zalai SELESAI 72 U366 Azman b. Muhammad Surani SELESAI 73 U367 Azman b. Nordin SELESAI 74 U369 Izanuddin b. Abas SELESAI 75 U371 Mohd Shahfik b. Mohd Yusoff SELESAI 76 U380 Noor Azlan b. Said SELESAI 77 U381 Mohd Rezwan b. Mohd Anis SELESAI 78 U385 Mohd Shamsuri b. Mohd Zam Zam SELESAI 79 U387 Janatunaim b. Mashtuki SELESAI 80 U389 Mohd Sharifuddin b. Mohammad Saleh SELESAI 81 U391 Iskandar b. Sanuri SELESAI 82 U395 Mohammad Arif b. Saharuddin SELESAI 83 U398 Mohd Zaid Haritsah b. Mokhtar SELESAI 84 U404 Mohd Mazlan b. Mohd Hamseh SELESAI
85 U406 Mohd Fazli b. Md Dom SELESAI 86 U410 Mohamad Norazmi b. Mohamad Khairani SELESAI 87 U414 Ahmad Ridzuan b. Zulkifli SELESAI 88 U415 Mohd Fairuz b. Mohamed Redzuan SELESAI 89 U418 Mohammad Nazri b. Rebut (Ribut) SELESAI 90 U419 Saiful Hasmi b. Baharudin SELESAI 91 U422 Aghar b. Mahamad SELESAI 92 U424 Radzi b. Muhamad Salan SELESAI 93 U429 Mohd Pauzi b. Abdul Rahman SELESAI 94 U432 Mohd Yazid B. Ahmad SELESAI 95 U434 Mohd Fauzie b. Hashim SELESAI 96 U435 Mohd Halim b. Mohd Arsat SELESAI 97 U441 Mohammad Alim b. Mat Ali SELESAI 98 U447 Mustafa b. Mustakim SELESAI 99 U290 Rusli b. Abd Rashid SELESAI 100 U403 Mohd Zakri b. Mohd Ja'apar SELESAI 101 U356 Mohd Kamal b. Mahamad SELESAI 102 U342 Syaiful Amin bin Syafeiarifin SELESAI 103 U402 Mohd Zaid b. Misnan SELESAI 104 U411 Nor Azam Bin Abd Aziz SELESAI 105 U370 Mohd Fairuz b. Zainal Abidin SELESAI 106 U420 Ali Firdaus b. Mohd Hanafiah SELESAI 107 U378 Rostam Effendi b. Mohamed SELESAI 108 U600 Muhammad Asyraff bin Abdul Rani SELESAI 109 U569 Irfan Mikhail bin Mohammad Rafee SELESAI 110 U452 Mohd Nazwan B. Mohd Zain SELESAI 111 U445 Al Farabi B. Muhamad Arasid SELESAI 112 U450 Mohd Shukri b. Roseman SELESAI 113 U456 Alif b. Mohamed SELESAI 114 U459 Mohd Azhar b. Ab Razak SELESAI 115 U460 Meor Mohd Shukor b. Md Ariff SELESAI 116 U461 Mohd Rafiq B. Umar Baki SELESAI 117 U470 Zaimie b. Ahmad Zainuddin SELESAI 118 U473 Zaimran b. Jalil SELESAI 119 U474 Azmi b. Abu Bakar SELESAI 120 U480 Shahrul Azhar b. Mohamed Mokhtar SELESAI 121 U481 Mohamad Nor b. Adol SELESAI 122 U482 Ahmad Wazir b. Mat Daud SELESAI 123 U483 Izzwan bin Mohd Idrus SELESAI 124 U484 Mohd Azhari Mokhtar SELESAI 125 U486 Mohamad Hailmee b. Sahar SELESAI 126 U492 Rosnan bin Omar SELESAI 127 U488 Mohd Fitri b. Ismail SELESAI 128 U493 Mohd Alim bin Othman SELESAI 129 U494 Azrul Anuar b. Ahmad Alias SELESAI 130 U495 Abdul Rahman bin Zainudin SELESAI 131 U498 Mohd Hafiz bin Kusnin SELESAI
132 U499 Ahmad Amiruddin b. Sukerman SELESAI 133 U501 Muhamad Izzat b. Ramli SELESAI 134 U502 Mohamad Afizi bin Mohamad Zanuri SELESAI 135 U503 Muhammad Affan b. Norasham SELESAI 136 U504 Afiq b. Othman SELESAI 137 U505 Megat Daniel Iskandar b. Hamzah SELESAI 138 U507 Hairul Izham bin Md Heroni SELESAI 139 U508 Mohd Farid b. Abd Aziz SELESAI 140 U510 Mohd Syamil b. Ismail SELESAI 141 U511 Mohd Faisal bin Sukor SELESAI 142 U512 Mohd Hafiz bin Syedan SELESAI 143 U513 Muhamad Ibnu b. Elham SELESAI 144 U518 Ahmad Jabir Sadiq bin Nor Mulis SELESAI 145 U520 Mohammad Farid b. Tabsir SELESAI 146 U524 Mohd Hanafi bin Mohd Ishak SELESAI 147 U523 Mohd Syahril b. Abd Rahman SELESAI 148 U526 Muhammad Firdaus b. Mohd Ishak SELESAI 149 U530 Mohd Khairil b. Rohieme SELESAI 150 U531 Shahranee b. Mat Talib SELESAI 151 U536 Mohd Fadhil b. Mohd Yusop SELESAI 152 U537 Mohd Zamree b. Md Ali SELESAI 153 U538 Muhamad Ameerul b. Sabarudin SELESAI 154 U539 Ahmad Azrin Naim b. Ahmad Nazri SELESAI 155 U540 Hamizan b. Mohd Zuber SELESAI 156 U541 Wan Azri b. Tajudin SELESAI 157 U542 Muhammad Suffean Hashim b. Shamlan SELESAI 158 U544 Muhammad Lokman b. Md Rosli SELESAI 159 U546 Raja Mohd Hairie bin Raja Haidzis SELESAI 160 U547 Siti Nur Hidayah bt. Mahmod SELESAI 161 U549 Muhammad Haidar b. Rodwan SELESAI 162 U550 Wan Farahnabila binti Mohd Pahkharudin SELESAI 163 U551 Nurul Fahana bt. Marsono SELESAI 164 U552 Muhammad Afiq b. Hussuin SELESAI 165 U553 Malfico Suhendra b. Musril SELESAI 166 U555 Muhamad Faisal b. Zulkiflee SELESAI 167 U556 Kesavaraja a/l Krishnan SELESAI 168 U560 Nur Faatihah Putih bt. Azri SELESAI 169 U561 Muhammad Amirul Ashraf b. Abdullah SELESAI 170 U562 Noor Amirah bt. Mohd Isa SELESAI 171 U565 Nur Farahana binti Rodzi SELESAI 172 U567 Muhamad Hanafi b. Mat Johar SELESAI 173 U570 Abdul Hadi b. Badri SELESAI 174 U572 Mohd Fadhli Shah b. Mohd Harif SELESAI 175 U573 Muhammad Fareez b. Omar SELESAI 176 U566 Thamarai a/p Sekaran SELESAI 177 U458 Mohd Hasni b. Hj. Abu Husin SELESAI 178 U463 Faizol Idham b. Mohamed Sayuti SELESAI
179 U527 Muhammad Azhar b. Harun Al- Rashid SELESAI 180 U468 Mohd Hizarrudin B. Abd Raub SELESAI 181 U433 Mohd Fauzi B. Saadan SELESAI 182 U545 Aqra Haziq b. Mohd Aini SELESAI 183 U590 Anas Hazman b. Abdul Aziz SELESAI 184 U464 Mohd Rafiq bin Abd Razak SELESAI 185 U529 Ahmad Haeriri b. Ahmad Suhaimi SELESAI 186 U534 Mohd Sobri b. Md Saleh SELESAI 187 U588 Muhammad Taqiuddin b. Harun SELESAI 188 U580 Muhammad Asnawi b. Nor Azman SELESAI 189 U581 Mohammad Syawalludin Fikri b. Samsul SELESAI 190 U584 Muhammad Shahir bin Jamaludin SELESAI 191 U582 Muhammad Nurfikri b. Zailan SELESAI 192 U585 Mohd Asrof b. Rohani SELESAI 193 U586 Zulfitri b. Zainal Abidin SELESAI 194 U587 Muhammad Aiman Najmi b. Zaimie SELESAI 195 U589 Mohammad Amir Syafiq b. Subarjo SELESAI 196 U591 Muhammad Razie b. Shamsuri SELESAI 197 U592 Abdul Qayyum bin Rosli SELESAI 198 U593 Muhammad Khairi bin Jumma'at SELESAI 199 U596 Muhammad Fitri b. Hamzah SELESAI 200 U598 Nabil Hassan bin Muslim SELESAI 201 U599 Muhammad Fadzril Emir Shah bin Mohd Harif SELESAI 202 U604 Amirul Akassya bin Abdullah SELESAI 203 U602 Muhammad Zahin bin Muhammad Hafiz SELESAI 204 U606 Nurul Atikah Binti Mohd Yusaini SELESAI 205 U607 Muhammad Aniq Amsyar bin Mohd Rozi SELESAI 206 U609 Muhammad Khairil Idham bin Zainal SELESAI 207 U610 Norfarah Adila binti Assary SELESAI 208 U611 Faris Al' Irfan bin Mohd Nazmi SELESAI 209 U615 Muhammad Zulhasni bin Mohd Azhari SELESAI 210 U616 Nurfara'ain Syazleen binti Mohd Syazly SELESAI 211 U612 Putri Nadzratul nadzira binti Hamzah SELESAI 212 U597 Muhamad Amizi bin Naim SELESAI 213 U613 Nur Hazreen binti Ahmad Termizi SELESAI 214 U614 Nurul Ain Syafikah binti Mohd Zamri SELESAI 215 U605 Mohd Nazhwan bin Mohmad Sah SELESAI 216 PT Husnul Basir Bin M. Mokhtar SELESAI 217 M.Bala Murugan a/l Muniappa(pmd) SELESAI 218 Sivarajah a/l Kanisan (pmd) SELESAI 219 Muhammad Ridhwan bin Anwar SELESAI 220 PK89 Abdul Aziz Bin Norudin SELESAI 221 Muhamad Fadhil Bin Saring SELESAI 222 Mohd Shargawi bin Hashim SELESAI 223 Mohd Rizal b. Mohd Sudar SELESAI 224 Alexcxendra a/l Anthonisamy SELESAI 225 Norliza (BLK) SELESAI
226 PT Nur Aisyah bt. Kamaruddin SELESAI 227 AZURINA BINTI AHMAD TARMIZI SELESAI 228 Ramesh a/l Murugam SELESAI 229 U428 Panut b. Sarno @ Hj. Abd Jabar SELESAI 230 U577 Muhammad Faizal Amin b. Abdul Rahim SELESAI 231 Mohanraj a/l Raman SELESAI 232 MOHD FADZIL SELESAI 233 PT Mahierah bt Mohd Mahyuddin SELESAI 234 U321 Mohd Nizam bin Mohtar SELESAI 235 U390 Mohd Hafizuwan b. Othman SELESAI 236 U361 Suhaimi b. Jusoh SELESAI 237 U617 Shahrol Yuzie bin Rizuan SELESAI