The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah yang memfokuskan pada aktiviti rekreasi lasak dan santai serta pengembaraan yang menyeronokkan. Pelbagai tip berguna dikongsikan untuk sumber informasi dan inspirasi bagi khayalak ramai. Di samping dalam misi membangunkan komuniti masyarakat yang sihat dan mempunyai jati diri yang mantap.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shieldher18, 2024-04-18 17:15:18

EKSPLORASI

Majalah yang memfokuskan pada aktiviti rekreasi lasak dan santai serta pengembaraan yang menyeronokkan. Pelbagai tip berguna dikongsikan untuk sumber informasi dan inspirasi bagi khayalak ramai. Di samping dalam misi membangunkan komuniti masyarakat yang sihat dan mempunyai jati diri yang mantap.

Keywords: rekreasi, kembara, kelana, outdoor, travel

EKSPLORASI NO.1 PENGEMBARAAN LOKASI MENARIK INFO! HARUS BERMULA DENGAN PENGEMBARA YANG SIHAT TEMPAT MELAKUKAN AKTIVITI LUAR YANG MENYERONOKKAN MAKANAN YANG TAMAT TARIKH LUPUT BOLEH MAKAN LAGI KE? MAC 2024 ISU NO 1 RM10. 10


Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Editor EKSPLORASI 2024. Sepanjang saya menjalankan tanggungjawab ini pelbagai cabaran terpaksa saya harungi. Walau bagaimanapun, komitmen semua ahli Sidang Redaksi telah membantu menghasilkan majalah yang begitu bererti ini. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Akhir kata daripada saya, semoga kita semua mendapat maklumat dan pengetahuan yang bermanfaat daripada EKSPLORASI 2024 ini. Eksplorasi ialah e-majalah bertemakan aktiviti outdoor dan pengembaraan untuk bercuti, bekerja mahupun untuk membina jati diri. Namun bagi kebanyakkan orang perkara ini bukan selalunya mudah. Anda mempunyai asas untuk menambah nilai kendiri dan ia mengubah pandangan anda terhadap orang dan tempat ... atau kadang-kadang menguatkannya. Mari pulang ke rumah sebagai orang yang lebih berani dan lebih yakin. Ketua Editor Tinta Editor 05 01 06 ShahidaAdul Rahim 0 1 | EKS P L O RAS I


PENGEMBARAAN HARUS BERMULA DENGAN PENGEMBARA YANG SIHAT Bilakah kali terakhir anda mengembara, apakah perasaan anda mengenainya? Perjalanan atau pengembaraan, sama ada untuk kerja atau melancong boleh memenatkan. Ia juga boleh membawa kesedihan atau kegembiraan, tidak kira di mana destinasinya iaitu bandar metropolitan, desa kecil atau hutan terpencil. Apabila bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam jadual perjalanan yang panjang, badan menghadapi banyak tekanan. Ini boleh mengganggu sistem imun, sistem penghadaman dan ‘circadian rhythm’. Perjalanan mungkin menempuhi kesesakan lalu lintas, cuaca yang tidak menentu, atau "ujian pengembara," yang pasti akan mengganggu mood anda. Perjalanan dengan kapal terbang, kereta api atau bas juga boleh meningkatkan kemungkinan untuk dijangkiti penyakit kerana terdedah kepada lebih ramai orang yang mungkin dijangkiti flu atau selsema. 0 2 | EKS P L O RAS I ARTIKEL UTAMA


TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN Berikut ialah cara-cara menguatkan sistem imun anda untuk kekal sihat dan mencegah sebarang penyakit ketika mengembara: 1) Bersedia Membuat kajian tentang destinasi anda. Bagaimanakah cuaca di situ? Adakah makanan dan airnya bersih dan selamat? Apakah berlakunya sebarang wabak? Terdapat vaksinasi yang disyorkan jika anda menuju ke destinasi tertentu, maka pastikan anda mendapatkannya sebelum memulakan perjalanan anda. Jika anda ada keperluan khas (contohnya ibu mengandung, orang kurang upaya, sistem imun yang lemah kerana menghidap penyakit tertentu atau kronik) dapatkan nasihat atau langkah berjaga-jaga daripada doktor anda. 2) Penggemar makanan, berhatihatilah! Bagi kebanyakan orang, kepelbagaian hidangan makanan tempatan yang menarik pasti ingin dicuba. Rancangkan tempat makan anda dengan makanan yang kurang berminyak, kurang gula atau garam, dan makanlah makanan yang lebih berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda mahu mencuba ayam goreng terkenal untuk makan tengahari, pastikan juga anda mengambil buah-buahan tempatan untuk sarapan pagi dan ikan panggang untuk makan malam. Makan dengan terlalu banyak akan memberikan tekanan pada usus anda, jadi anda mestilah makan dengan berhemah. 0 3 | EKS P L O RAS I


5) Tidur mencukupi Jangan terlalu letih sebelum pengembaraan anda bermula. Badan anda memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghadapi pengembaraan yang mungkin akan memenatkan. Semak rancangan anda dan pastikan anda mendapatkan masa tidur yang mencukupi. Tidur adalah rehat yang paling bagus untuk anda! 6) Beri masa kepada diri sendiri Ketika merancang perjalanan, berikan masa secukupnya untuk diri anda berehat. Jangan padatkan jadual anda dengan terlalu banyak aktiviti atau lokasi yang hendak dituju. Dengan cara ini, anda akan dapat menikmati dan mengenali lokasi percutian itu dengan lebih baik. Kajian juga menunjukkan tekanan emosi boleh menjejaskan sistem penghadaman dan sistem imun seseorang. 3) Vitamin & mineral Vitamin C dan B6 adalah baik untuk sistem imun anda dan membantu melawan penyakit. Dapatkan Vitamin C daripada oren, strawberi atau brokoli dan vitamin B6 daripada salmon, tuna atau sayuran hijau. Kekurangan mikronutrien (kekurangan vitamin/mineral), boleh menjejaskan sistem imun anda, jadi pastikan ada kepelbagaian dalam pilihan makanan anda dan ia bukan hanya semasa mengembara, tetapi untuk setiap hari. Suplemen multivitamin dan mineral mungkin mudah untuk diambil tetapi rujuk nasihat daripada doktor terlebih dahulu. . 4) Kekal hidrat Minumlah banyak air kosong dan kekal hidrat sepanjang masa, terutamanya jika anda akan mengembara ke destinasi yang bercuaca panas. Mungkin sukar untuk mencari tandas tetapi itu lebih baik daripada badan anda mengalami masalah dehidrasi. Pilih air mineral dalam botol sebagai minuman anda. 0 4 | EKS P L O RAS I


Malaysia ialah negara yang paling sering dikunjungi oleh pelancong di dunia. Ia mempunyai banyak lokasi percutian yang menarik untuk semua pelancong tanpa mengira usia atau bangsa, malah sesetengah tempatnya adalah bertaraf dunia. 1. Berakit redah jeram Hutan Rekreasi Sungai Sedim di Kulim, Kedah adalah satu-satunya tempat di negeri Barat Laut yang mesti dikunjungi oleh penggemar kayak kerana ia terletak berhampiran bandar Karangan dan Hutan Simpan Gunung Inas. Penggemar kayak boleh mencuba aktiviti 'whitewater rafting'. 2. Mandi-manda di air terjun dan hutan simpan Jika anda ingin berpiknik dan mandi di Gunung Jerai, terdapat banyak kawasan seperti Hutan Lipur Titi Hayun, Air Terjun Puteri Mandi, Hutan Lipur Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar dan Hutan Lipur Rekreasi Tupah. Pastikan anda membawa bekalan makanan yang mencukupi. LOKASI MENARIK TEMPAT MELAKUKAN AKTIVITI LUAR YANG MENYERONOKKAN 0 5 | EKS P L O RAS I ARTIKEL SAMPINGAN


3. Taman Negeri Royal Belum Taman Negeri Royal Belum di Perak ialah hutan belantara yang luas dan belum disentuh yang menyediakan pengalaman perkhemahan yang sempurna. Ia adalah tempat terbaik untuk perkhemahan terpencil untuk peminat alam sekitar dan individu yang mencari ketenangan. 4. Nulu Nabalu @ Gunung Kinabalu Gunung Kinabalu, yang terletak di Sabah adalah puncak tertinggi di Asia Tenggara. Ia adalah destinasi yang mencabar tetapi berbaloi untuk pengembara kerana ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan pengalaman yang unik. Bagi mereka yang suka cabaran mendaki atau berkhemah, ia adalah pilihan yang baik. 5. FRIM Kepong Adakah anda ingin meneroka hutan jauh dari bandar? Jadi anda tidak perlu risau. Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kini membenarkan kembara ataua merentas hutan di tengah bandar. Umpama "Jungle In The City" aktiviti seperti Canopy Walk boleh dilakukan disini. Untuk sampai ke puncak, ia mungkin mengambil masa 30 hingga 50 minit. Mempunyai trek yang mudah dan sangat sesuai bagi pemula. 0 6 | EKS P L O RAS I


JIKA I N G I N KE L U AR BERKE LA N A BAWAKA N U BAT D A N B U A H K U R M A S E M U A M A N U S IA T IA D A S E M P U R N A KERA N A I T U KI TA H I D U P BERSA M A M A H U M E N Y EBERA N G G U N A T I T I D ALA M S U N G AI A D A T O M A N H I N D ARI LA H P ERASAA N IRI H AT I S U PAYA H I D U P S E N T IASA A M A N H I D A N G N AS I D E N G A N J ER U K M A M A N M AKA N BERSA M A S U P T U LA N G JA U H M ERA N TA U BA N YAK P E N G ALA M A N P E N AT BERJALA N I N G AT LA H P U LA N G J U M PA JAR U M D I D ALA M J ERA M I G I G I T BE N A N G D E N G A N G I G I S E LA M AT M E M BACA M AJALA H KA M I H ARAP KI TA BERT E M U LA G I RUANGAN KREATIF 0 7 | EKS P L O RAS I K A R Y A SE N I - P A N T U N


Bagi sesetengah pengembara yang suka membawa bekalan atau makanan. Pernahkah anda melihat tanda seperti "Guna Sebelum" atau "Baik Sebelum" yang diikuti oleh tarikh? Sebenarnya, setiap frasa yang akan datang adalah berbeza dan kebanyakan daripadanya bukan amaran keselamatan tetapi lebih kepada amaran kualiti makanan. Antara makna sebenar perkataan berikut: ‘Baik Sebelum’ (Best if used by/before): kualiti makanan akan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh yang dinyatakan. Selepas tarikh akhir, biskut mungkin menjadi sedikit lemau. ‘Dijual Sebelum’ (Sell by): tarikh yang ditetapkan oleh pengeluar kepada peruncit untuk menandakan tarikh produk tersebut perlu dikeluarkan daripada rak jualan. Ini bagi menjamin bahawa pelanggan akan mendapat produk yang paling berkualiti ketika itu. ‘Guna Sebelum’ (Use by): Tarikh akhir yang ditetapkan untuk jaminan kualiti terbaik produk makanan. Ini juga tidak menunjukkan tarikh akhir keselamatan makanan, melainkan ia digunakan pada susu formula bayi. INFO! 0 8 | EKS P L O RAS I MAKANAN YANG TAMAT TARIKH LUPUT BOLEH MAKAN LAGI KE? T I G A LA N G KA H KE N AL I M AKA N A N R O SAK


Makanan dalam tin: Kebanyakan makanan dalam tin tahan selama satu hingga empat tahun. Tempoh luputnya boleh bertambah tiga hingga enam tahun lagi jika disimpan di tempat yang sejuk dan gelap. Makanan sejuk beku: tempoh simpanannya hampir sama dengan makanan dalam tin kecuali daging. Telur: Isi telur dengan air. Jika ia terapung, itu menunjukkan bahawa terdapat banyak bakteria dan ia tidak selamat untuk dimakan. Di dalam telur, bakteria menghasilkan gas, yang menyebabkan telur itu terapung. Pasta atau mi kering: kerana ia tidak mempunyai air, makanan kering sangat sukar untuk rosak. Selagi ia tidak berbau, anda boleh menggunakannya. Roti: Sekiranya anda menyimpannya di dalam peti sejuk, ia boleh disimpan lebih lama daripada tarikh yang ditunjukkan. Selagi mana kulat tidak kelihatan, ia masih selamat dimakan. 0 9 | EKS P L O RAS I


TAHUKAH ANDA? Sebagai muslim agama kita menekankan tentang pencarian makanan yang halal lagi menyucikan. Jika di Malaysia kita langsung tidak perlu khuatir mengenainya. Tapi bagaimana jika destinasi kita tuju adalah luar negara atau tempat yang minoriti Islam. Aplikasi Verify Halal, mendapat pengiktirafan Jakim serta 84 badan pensijilan halal luar negara. Aplikasi tersebut dapat menyemak status halal sesuatu produk makanan dengan hanya mengimbas 'barcode' sahaja. Di samping itu, aplikasi ini juga dapat menyemak pelbagai produk selain makanan, iaitu kosmetik dan ubat-ubatan. Bahkan ia juga dapat membantu sesiapa sahaja untuk mencari restoran makanan halal dalam lingkungan 20 kilometer. 1 0 | EKS P L O RAS I TERDAPAT APLIKASI SEMAK STATUS MAKANAN & MINUMAN HALAL LUAR NEGARA ATA U M E LAL U I PA U TA N U RL D IBAWA H : Android https://play.google.com/store/apps/details? id=com.serunai.verifyhalal&pcampaignid=web_share Apple Store https://apps.apple.com/my/app/verify-halal/id1256351297


PENGAKTIFAN SMART LANE SEMPERNA MUSIM PERAYAAN Apa itu Smart Lane? Smart Lane ialah merupakan satu inisiatif atau usaha oleh pihak PLUS di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada tahun 2019 bagi mengatasi kesesakan antara tol Setia Alam dan tol Shah Alam pada masa puncak. Pada ketika itu, semua laluan termasuk lorong kecemasan akan dibuka untuk kegunaan trafik bagi membantu melancarkan perjalanan trafik sekali gus mengurangkan kesesakan pada kadar antara 30 ke 40 peratus. Setelah ujian tersebut, pengaktifan Smart Lane telah diluaskan ke lebih banyak tempat di sepanjang lebuhraya PLUS dan ianya sangat membantu di tempat yang hanya mempunyai dua lorong sahaja. Anda boleh mengetahui kawasan yang terlibat jika ada papan tanda kuning bertulis “PENGAKTIFAN SMART LANE” seperti gambar di atas. Paling penting, anda perlu tahu di mana laluan Smart Lane akan tamat. Apabila telah sampai di garis Tamat Smart Lane, anda mesti masuk semula ke lorong kanan untuk laluan biasa lebuhraya. Jarak Smart Lane yang disediakan sekitar 400 meter ke 10km. 1 1 | EKS P L O RAS I BERITA SEMASA


JOM UMRAH BACKPACKER 1 2 | EKS P L O RAS I RUANGAN IKLAN M E I 2 0 2 4 9 H 7 M H A N YA R M 5 , 5 5 5 H A N YA R M 5 , 5 5 5 PAKE J T ER M AS U K T IKE T P E SAWAT VI SA U M RA H H O T E L M U TAWWI F P E N G A N G K U TA N PAKE J T ER M AS U K T IKE T P E SAWAT VI SA U M RA H H O T E L M U TAWWI F P E N G A N G K U TA N M AKL U M AT LA N J U T H U B U N G I 0 1 2 3 9 5 4 1 5 1


Click to View FlipBook Version