The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 533-18-hajar, 2022-04-26 05:32:01

Implikasi Guru Berjiwa Pendidik

semoga bermanfaat.

IMPLIKASI

GURU


BERJIWA
PENDIDIK

IMPLBIKERAJSIIWTAERPHEANDDAIDPIKGURU


Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu berkeupayaan merancang dan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran serta memastikan tercapai matlamat dan
objektif yang ditetapkan

Kebijaksanaan dan penelitian guru dalam perancangan, pengawalan,
bimbingan, dorongan dan penilaian penting bagai mencapai kecekapan
dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Guru perlu bersungguh-sungguh memperkembangkan potensi dan
pencapaian murid menerusi cara berfikir, nilai dan kelakuan murid yang
perlu pada tahap optimum secara berterusan

IMPLBIKERAJSIIWTAERPHEANDDAIDPIKGURU

Pembangunan Profesionalisme

Guru perlu melestarikan pembangunan profesionalisme dengan
sentiasa memperbaharui pengetahuan dan meningkatkan kemahiran
melalui pembelajaran berterusan

Guru harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu bagi
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan untuk
melaksanakan kemahiran pedagogi yang holistik dalam pengajaran

Guru harus menambah baik amalan profesional secara berterusan
dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

IMPLBIKERAJSIIWTAERPHEANDDAIDPIKGURU
Kemahiran Teknologi
Guru perlu menggunakan pengetahuan tentang isi kandungan mata
pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta teknologi dalam membentuk
inovasi murid dalam interaksi bersemuka dan persekitaran maya

Guru hendaklah menggabungkan alat dan sumber kontemporari bagi
memaksimumkan pembelajaran isi kandungan menurut konteks untuk
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Guru perlu mempamerkan pengetahuan, kemahiran, dan gaya kerja seorang
profesional dalam masyarakat global dan digital termasuk kemahiran dalam
sistem TMK bagi menyokong kejaan dan inovasi murid

IMPLBIKERAJSIIWTAERPHEANDDAIDPIKGURU


Mempunyai Wawasan

Guru perlu memiliki satu wawasan yang unggul untuk
mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berfikir aras
tinggi dan mampu berinovasi supaya dapat meningkatkan
keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid

Untuk memastikan murid berupaya bersaing di arena
antarabangsa, guru seharusnya terlebih dahulu mencapai
standard tahap global agar ilmu dan kemahiran yang
dicurahkan kepada murid sejajar dengan hasrat PPPM

IMPLBIKERAJSIIWTAERPHEANDDAIDPIKGURU

Menjadi Suri Teladan

Guru perlu menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan
perpaduan dalam kalangan murid seperti hasrat PPPM

Hasrat tersebut telah diterjemahkan dalam anjakan transformasi
ketiga iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai rohani.

Guru harus berusaha menghasilkan murid yang mempunyai
identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek pembangunan
sahsiah murid

TKEARSIMIHA


Click to View FlipBook Version