1 KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN GIANT CARD OF MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2023/2024 Yang Berusaha, Guru Besar, SK Juru KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN GIANT CARD OF MERDEKA 1. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PERTANDINGAN Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan bermula 31 Ogos 1957. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Tarikh 16 September pula dipilih sebagai Sambutan Hari Malaysia untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Oleh itu, Panitia Bahasa Inggeris ingin menganjurkan Pertandingan Giant Card of Merdeka sempena memperingati dua peristiwa bersejarah tersebut disamping melahirkan murid-murid yang kreatif serta memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan bakat mereka. 2. OBJEKTIF PROGRAM 2.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. 2.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan. 3.3 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa membina kad gergasi sambil membaca info-info tentang kemerdekaan. SEKOLAH KEBANGSAAN JURU 14100 SIMPANG AMPAT SEBERANG PERAI PULAU PINANG PBA0007
2 3. KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Juru 4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM 4.1 Tarikh : 25 Ogos 2023 – 3 September ( Cuti Penggal 2) 4.2 Tempat : Kediaman masing-masing 4.3 Tentatif : PERTANDINGAN GIANT CARD OF MERDEKA 24 Ogos – Makluman kepada semua murid tentang pertandingan 25 Ogos – Makluman dalam WhatsApp Kelas oleh Guru Kelas 4 September – Murid menyerahan kad kepada Guru BI 25 September – Penyampaian Hadiah 5. JAWATANKUASA KERJA Pengerusi Encik Amlee bin Kamarudin Guru Besar Naib Pengerusi Encik Yusrizal bin Yusuf Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Malinda binti Md Mokhtar Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Husni bin Abu Bakar Guru Penolong Kanan Kokurikulum Penyelaras Nazira binti Adam Setiausaha Salatchi A/P Subramaniam AJK Sivabarathi A/P Muniandy Gurmit Kaur A/P K.Gurdial Sing Rosni Irmayanie bt Che Rose Muthu Letchumy A/P Suppiah Nurul Atiqah bt Mohamad Kaveeta Adeline A/P Gunasekaran
3 6. KPI (Indikator Output dan Outcome) Output Penglibatan sekurang-kurangnya 80% murid dalam aktiviti yang dirancang Outcome Peningkatan kesedaran murid tentang semangat kemerdekaan melalui aktiviti keseniaan 7. IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Sumber Kewangan : PCG Panitia Bahasa Inggeris 7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci : Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah Kuantiti Harga 1 Unit (RM) (RM) 1. Hadiah Pertandingan Giant Card of Merdeka a. Johan (beg & alat tulis) 1 set 35 35 b. Naib Johan (beg & alat tulis) 1 set 35 35 c. Ketiga (beg & alat tulis) 1 set 35 35 d. Keempat & Kelima (fail & alat tulis) 2 set 23 46 e. Keenam – Kesepuluh (fail & alat tulis) 5 set 15 75 f. Saguhati (fail & alat tulis) Tempat 11 - 18 18 set 10 180 Tempat 19 - 22 4 set 8 32 Tempat 23 - 26 4 set 6 24 Jumlah 462
4 8. PENUTUP JK Pertandingan Giant Card of Merdeka 2023 Peringkat Sekolah berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini. Semoga pertandingan ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan demi membantu meningkatkan kesedaran murid tentang kemerdekaan dan semangat patriotisme. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………………………. ………………………………………… Nama : Nazira binti Adam Jawatan : Ketua Panitia BI Nama Sekolah : SK Juru Tarikh : Nama : Yusrizal bin Yusof Jawatan : PK Pentadbiran Nama Sekolah : SK Juru Tarikh:
5 9. LAMPIRAN • MAKLUMAN TENTANG PERTANDINGAN PADA PERHIMPUNAN PAGI DAN WHATSAPP KELAS • CONTOH HASIL KERJA MURID ‘GIANT CARD OF MERDEKA’
6 KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN GIANT CARD OF MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2023/2024 KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan ‘Pertandingan Giant Card of Merdeka’ Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2023/2024 atau Tidak Meluluskan Kertas Cadangan ‘Pertandingan Giant Card of Merdeka’ Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2023/2024 Ulasan: ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… (ENCIK AMLEE BIN KAMARUDIN) Guru Besar SK Juru Tarikh: