The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RANGSANGAN BM KSSM-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sazlin73, 2021-01-24 23:32:35

RANGSANGAN BM KSSM

RANGSANGAN BM KSSM-converted

BAHASA MELAYU

FORMAT BARU KSSM

TING 4 / K1(A)

@ CIKGU ALIN



BAHAGIAN A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan dunia
kerjaya.

Huraikan pandangan anda tentang

kerjaya di negara kita.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara
150 hingga 200 patah perkataan.

T = TOPIK / isi

CIRI-CIRI PEKERJA
CEMERLANG

➢ ISI (topik yang diberi)

➢ CONTOH (siapa / apa)

➢ KESAN (bagaimana
dapat impak positif)

➢ UNGKAPAN MENARIK
(UM)

➢ AYAT PENEGAS ISI (API)

T = TOPIK

(IKLAN / PELUANG
KERJAYA)

➢ ISI (topik yang diberi)

➢ CONTOH (siapa / apa)

➢ KESAN (bagaimana
dapat impak positif)

➢ UNGKAPAN MENARIK
(UM)

➢ AYAT PENEGAS ISI
(API)

Bagi sektor awam yang akan mula beroperasi mulai 4 Mei 2020 T = TOPIK
kerajaan menggalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah kecuali
bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat. Bagi mereka CABARAN
yang mempunyai kesulitan penjagaan anak-anak di rumah, kerajaan KERJAYA HARI INI
membenarkan penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu bekerja
anjal. Ketua Jabatan diminta mengadakan perbincangan di peringkat ➢ ISI (topik
jabatan dan menyusun semula keperluan sumber manusia dengan yang diberi)
mengutamakan konsep bekerja dari rumah.
➢ CONTOH
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada (siapa / apa)
Perutusan Khas Perdana Menteri
sempena Hari Pekerja 2020 ➢ KESAN
(bagaimana
dapat impak
positif)

➢ UNGKAPAN
MENARIK
(UM)

➢ AYAT
PENEGAS ISI
(API)

PANDUAN JAWAPAN

Pendahuluan 1. Peluang pekerjaan melalui iklan yang 2. Membentuk diri menjadi pekerja
diiklankan yang cemerlang jika telah mempunyai
~Sektor pekerjaan hadapi saingan sengit
~Ramai menganggur kerana sukar - mesti sentiasa peka dengan kerjaya.
mendapat pekerjaan diimpi kekosongan yang ada
- kerja berpasukan, kemahiran
~Remaja dan belia perlu berani teroka - melengkapkan diri dengan berkomunikasi, berdisiplin, bijak
kerjaya baharu kelayakan yang diperlukan
selesaikan masalah,
~Perlu cungkil kekuatan diri untuk - pantas merebut peluang berkemahiran dalam IT.
bersaing dalam sektor pekerjaan

3. Cabaran kerjaya masa kini Penutup

- Wabak Covid-19, Kerjaya di Malaysia semakin
mempopularkan amalan bekerja dari mencabar dari segi peluang

rumah Golongan muda perlu bijak
- Majikan perlu jadi lebih menggunakan kemahiran yang ada
bertimbang rasa dan bertolak ansur
- Majikan perlu bijak menghadapi Kerajaan juga perlu banyak
masalah pekerja membantu mewujudkan peluang

pekerjaan

CONTOH FORMAT PENDAHULUAN

Pada era dunia tanpa sempadan ini, kita sering mendengar
tentang perihal… tajuk / tema .... yang menjadi isu hangat dan
sering diperkatakan dalam kalangan masyarakat. Situasi ini
berkemungkinan timbul disebabkan oleh beberapa faktor yang
menyumbang kepada keadaan tersebut, sama seperti kata
pepatah, “Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang”.
Namun, fokus yang bakal disentuh, pasti menjadi keutamaan
perbincangan tersebut. Sehubungan dengan itu, aspek …tajuk…
akan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.

CONTOH FORMAT PERENGGAN ISI 1

Antara fokus / aspek / perihal ……… (tajuk)..…..… yang pertama
Ialah ………………………… isi 1 ..………………………………….......
Hal ini demikian kerana ……………………………………………………
Contohnya……………………………………………………………………
Kesannya……………………………………………………………………..
Tuntasnya, …………..…………………….…………………………………

CONTOH FORMAT PERENGGAN ISI 2

 Seterusnya, ………………… (isi 2) ………………………………………
Perkara ini adalah disebabkan oleh ………………………………….
Impaknya ……………………….……………………………..……………
Misalnya …………………………………………………………………….
Oleh itu, ………….………………………………………………………….

CONTOH FORMAT PERENGGAN ISI 3

 Di samping itu, …………………………… (isi 3) ………………………
Tujuannya adalah supaya ……………………..…………………………
Implikasinya …………………………………………………………….…
Hal ini terbukti melalui aktiviti seperti …….……………………………
Jelasnya, ………………..………………………………………………….

CONTOH FORMAT PENUTUP

 Kesimpulannya, (SUBJEK : pihak berkuasa @ kerajaan / setiap
individu dalam masyarakat) haruslah berusaha secara
proaktif dalam memastikan ..…(aspek / perihal tajuk)…..
dapat (diperkukuh @ dijayakan). Hal ini bertujuan supaya
aspirasi kejayaan yang diimpikan oleh segenap lapisan zarah
kehidupan mampu direalisasikan demi kemaslahan generasi
akan datang. Ungkapan yang bersesuaian dengan situasi
sebegini ialah, “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.”

CONTOH KARANGAN
RANGSANGAN
BAHAGIAN A (i)

PENDAHULUAN

Pada era dunia tanpa sempadan ini, kita sering mendengar tentang perihal dunia
kerjaya di negara kita yang menjadi isu hangat dan sering diperkatakan dalam kalangan
masyarakat. Situasi ini berkemungkinan timbul disebabkan oleh beberapa faktor yang

menyumbang kepada keadaan tersebut, sama seperti kata pepatah, “Jika tiada angin,
masakan pokok bergoyang”. Namun, beberapa fokus yang bakal disentuh, pasti menjadi

keutamaan perbincangan tersebut. Sehubungan dengan itu, aspek dunia kerjaya khususnya
di negara kita akan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.

ISI 1

Antara aspek dunia kerjaya di negara kita yang boleh diperkatakan ialah peluang pekerjaan
melalui iklan-iklan yang dipromosikan. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai peluang

kerjaya yang disediakan oleh kerajaan dan juga syarikat swasta kepada rakyat Malaysia yang
masih belum mempunyai pekerjaan. Contohnya, promosi atau iklan yang diwar-warkan oleh
pihak JobsMalaysia di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama agensi-
agensi swasta yang berkenaan pada tanggal 22 Ogos 2020 yang lalu. Kesannya, rakyat Malaysia
yang berkelayakan dan berkemahiran akan mempunyai peluang yang lebih luas dalam memilih
kerjaya yang bersesuaian. Caranya adalah dengan, mereka perlu bersifat cakna dan pantas
dalam mengambil peluang untuk menghadiri temuduga selain bersedia bagi mendapatkan latihan
kemahiran yang diperlukan. Tuntasnya, sebagai individu yang sedang mencari pekerjaan,
perlulah sentiasa peka dengan peluang-peluang pekerjaan yang dipromosikan.

ISI 2

Seterusnya, perihal dalam soal dunia kerjaya di negara kita ialah, ciri-ciri pekerja
cemerlang dalam dunia kerjaya yang diperlukan oleh setiap majikan. Perkara ini adalah
disebabkan oleh, hanya para pekerja yang mempunyai ciri-ciri pekerja cemerlanglah yang
akan dapat membentuk persekitaran kerjaya yang positif serta berdaya maju. Impaknya,
para majikan dan pekerja akan saling menghormati dan dapat menjalin kerjasama erat
dalam memacu kejayaan syarikat atau jabatan. Misalnya, para pekerja mampu membentuk
kerja secara berpasukan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, berdisiplin,
bijak dalam menyelesaikan masalah serta berkemahiran tinggi dalam teknologi maklumat.
Oleh itu, selaku individu yang berkerjaya, sewajarnya berusaha untuk mengamalkan ciri-
ciri pekerja yang cemerlang.

ISI 3

Di samping itu, cabaran kerjaya masa kini juga merupakan fokus dalam membicarakan dunia
kerjaya di negara kita. Tujuannya adalah supaya, kita mampu berdaya saing meskipun terpaksa
menempuh pelbagai cabaran termasuklah ancaman wabak Covid-19 yang sedang melanda
seluruh dunia. Implikasinya, masyarakat terutamanya para pekerja sektor awam, masih boleh
menyumbang dalam bidang pekerjaan masing-masing meskipun perlu bekerja dari rumah
kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat. Hal ini terbukti melalui
petikan sumber yang diubahsuai daripada Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari
Pekerja mulai bulan Mei 2020. Langkah yang diambil oleh kerajaan ialah mengadakan penggiliran
pekerja, melaksanakan waktu bekerja anjal dan perbincangan di peringkat jabatan bagi
menyusun semula keperluan sumber manusia dengan mengutamakan konsep bekerja dari
rumah. Jelasnya, para majikan perlulah bersikap prihatin, bertimbang rasa dan bijaksana
terhadap para pekerjanya dalam menangani cabaran kerjaya masa kini.

PENUTUP

Kesimpulannya, pihak kerajaan dan masyarakat khususnya golongan pekerja
haruslah berusaha secara proaktif dalam memastikan aspek kerjaya di negara ini
mampu diperkukuh meskipun terpaksa menongkah arus deras yang melanda. Hal ini
bertujuan supaya aspirasi kejayaan yang diimpikan oleh segenap lapisan zarah
kehidupan mampu direlisasikan demi kemaslahatan generasi akan datang. Ungkapan

yang bersesuaian dengan situasi sebegini ialah, “Jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”.

CONTOH KARANGAN
RANGSANGAN
BAHAGIAN A (ii)

PENDAHULUAN

Pada era dunia tanpa sempadan ini, kita sering mendengar
tentang perihal dunia kerjaya di negara kita. Perkara ini mungkin
berpunca daripada beberapa sebab. Hal ini sama seperti kata

pepatah, “Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang”. Namun,

beberapa perkara akan dibincangkan tentang aspek dunia kerjaya di
negara kita dalam perenggan berikut.

ISI 1

Antara aspek pertama dunia kerjaya di negara kita ialah

tentang iklan Karnival Kerjaya dan Kemahiran oleh JobsMalaysia.

Contohnya, iklan yang diwar-warkan oleh pihak JobsMalaysia pada
22 Ogos 2020 yang lalu. Kesannya, rakyat Malaysia akan mempunyai
peluang yang lebih luas dalam memilih kerjaya. Tuntasnya, kita

perlulah sentiasa peka dengan iklan kerjaya dan kemahiran yang

dibuat.

ISI 2

Seterusnya, aspek kedua dunia kerjaya di negara kita ialah ciri-
ciri pekerja cemerlang. Misalnya, pekerja cemerlang mampu

membentuk kerja secara berpasukan, mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang baik dan berdisiplin. Impaknya, para majikan
dan pekerja akan dapat berkerjasama dalam mencapai kejayaan.

Oleh itu, para pekerja sewajarnya berusaha mengamalkan ciri-ciri
pekerja yang cemerlang.

ISI 3

Aspek ketiga dunia kerjaya di negara kita ialah konsep bekerja
dari rumah. Contohnya, sumber daripada Perutusan Khas Perdana

Menteri sempena Hari Pekerja menyatakan bahawa bagi sektor
awam, kerajaan menggalakkan kakitangan awam bekerja dari
rumah. Kesannya, bagi mereka yang sulit menjaga anak-anak di
rumah, kerajaan membenarkan penggiliran pekerja dan
melaksanakan waktu kerja anjal. Jelasnya, majikan dan pekerja

perlulah bijak dalam mengamalkan konsep bekerja dari rumah.

PENUTUP

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha secara proaktif
dalam memastikan aspek kerjaya di negara ini dapat diperkukuh
supaya generasi akan datang lebih sejahtera. Hal ini sama seperti

peribahasa yang berbunyi, “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”.


Click to View FlipBook Version