The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peraturan dan syarat keahlian tabung khairat Surau Al-Falah Putrajaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Surau Al Falah P9G, 2020-11-29 00:22:31

PERATURAN DAN SYARAT TABUNG KHAIRAT SURAU AL-FALAH PUTRAJAYA

Peraturan dan syarat keahlian tabung khairat Surau Al-Falah Putrajaya

Siri 2/2020

No.JAWI/5/042/7/2002

PERATURAN DAN
SYARAT

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
DAN JARIAH SURAU AL

FALAH JALAN KENYALANG
P9G PRESINT 9 62250
PUTRAJAYA

DAFTAR ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Nama
2 Tafsiran 2
3 Alamat Dan Tempat Mesyuarat 2
4 Objektif 2
5 Keahlian 2
6 Kadar Sumbangan Perserta 2
7 Jumlah Manfaat Tabung 3
8 Syarat-Syarat Tuntutan 4
9 Prosidur Tuntutan 4
10 Kewangan 4
11 Pentadbiran 4
12 Pelantikan Dan Pemecatan AJK Tabung 5
13 Pembubaran 5
14 Lain-Lain Perkara 5
15 Lampiran A 6
16 Lampiran B 7
17 Lampiran C 8
18 Lampiran D 9
10

DINYATAKAN BAWAHAWA TABUNG INI 100% DIURUSKAN OLEH LUJNAH KEBAJIKAN,
DAKWAH DAN PUBLISITI. JADI TABUNG INI BUKANLAH TAKAFUL MAKA JUMLAH
TUNTUTANNYA ADALAH TERHAD KEPADA JUMLAH KUTIPAN DARIPADA AHLI.
1 NAMA

Tabung ini ialah Tabung Khairat Kematian Dan Jariah Surau Al Falah Presint 9 dan selepas ini di sebut
Tabung Khairat.

2 TAFSIRAN
2.1 Lujnah Kebajikan, Dakawah dan Publisiti Surau Al Falah Presint 9 berperanan menguruskan tabung
khairat dan jariah. (selepas ini dikenali sebagai AJK Kebajikan Surau).
2.2 Jawatankuasa Surau AL Falah berperanan sebagai jawatankuasa induk dalam sebarang keputusan
tabung (selepas ini disebut AJK Surau).
2.3 Perserta yang berdaftar disebut sebagai Ahli.
2.4 Keluarga yang berdaftar disebut sebagai Ahli yang dilindungi.

3 ALAMAT
3.1 Alamat Tabung Khairat Ialah:
Tabung Khairat Kematian Dan Jariah
d/a Lujnah Kebajikan Dan Rekreasi
Surau AL Falah
Jalan P9G Presint 9
62250 Putrajaya

4 OBJEKTIF
Tabung Khairat diwujudkan bertujuan membantu dan menampung keperluan kewangan Ahli dalam
pengurusan jenazah. Selain itu, dana tersebut juga boleh digunakan sebagai sumbangan jariah untuk aktiviti
kebajikan surau Al Falah.

5 KEAHLIAN
5.1 Keahlian terbuka kepada:
5.1.1 Ahli Biasa iaitu mereka yang tinggal di Putrajaya.
5.1.2 Ahli Bersekutu iaitu mereka yang merupakan mantan ahli yang telah berpindah keluar daripada
Putrajaya namun masih berminat untuk menjadi ahli.

5.2 Senarai Ahli yang dilindungi adalah seperti berikut:

5.2.1 Pemohon (Ahli)
5.2.2 Suami atau isteri
5.2.3 Anak kandung (yang belum berkahwin)
5.2.4 Anak angkat yang sah dari segi undang-undang.
5.2.5 Ibu Bapa sendiri dan ibu bapa mertua yang meninggal di Putrajaya.
5.2.6 Isteri kedua dan seterusnya yang tinggal bersama.

5.3 Bagi Ahli Bersekutu manfaat terhad kepada Ahli Sahaja.
5.4 Kaedah permohonan keahlian adalah seperti berikut:

5.4.1 Borang permohonan keahlian adalah seperti di Lampiran A
5.4.2 Pautan Google Form:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeD10i7OuDMl90zc3P3jWkZyFsRpvDBDa82A_YB
1vHfykzPfg/formResponse

5.5 Kaedah pembaharuan keahlian, perserta boleh melengkapkan borang google form:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd8QFed5OHQ8TlH6GyTJMOCtEO3RgtxVEb
OwS5nyvurtz4FiQ/viewform

5.6 Anak yang telah berkahwin dan tinggal bersama perlu mendaftar secara berasingan.
5.7 Ahli yang telah berpindah keluar dari Putrajaya kekal aktif sehingga 31 Disember pada tahun tersebut

dan sekiranya mantan masih berminat untuk membuat sumbangan, beliau akan menjadi Ahli
Bersekutu.
5.8 Tempoh keahlian adalah bermula 1 Januari hingga 31 Disember dalam tahun yang sama.
5.9 Status keahlian semasa akan luput secara automatik selepas 31 Disember setiap tahun.
5.10 AJK Surau berkuasa untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan untuk menjadi Ahli atas
alasan yang munasabah.
5.11 Ahli yang bertindak dengan apa-apa cara sehingga boleh mendatangkan nama buruk atau kerugian
kepada Surau dan Tabung, boleh digugurkan daripada menjadi Ahli oleh AJK Kebajikan Surau.
Walaubagaimanapun Ahli yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada
AJK Surau dalam masa 14 hari.

6 KADAR SUMBANGAN PERSERTA
6.1 Kadar sumbangan tahunan keahlian dan pembaharuan keahlian adalah sebanyak RM30.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Puluh) bagi tempoh satu tahun.
6.2 AJK Surau mempunyai kuasa untuk menyemak semula kadar sumbangan tahunan yang diputuskan
dalam Mesyuarat Tabung Khairat.
6.3 Kaedah Pembayaran Sumbangan keahlian.

6.3.1 Sumbangan secara Online Banking ke Akaun Bank Islam atas nama Surau Al-Falah dengan
nombor akaun 16018010001340 dan hantar bukti bayaran kepada AJK Kebajikan Surau.

6.3.2 Sumbangan secara tunai boleh di bayar kepada AJK Kebajikan Surau. Setiap pembayaran yang
dibuat perlulah mendapat slip atau resit.

6.3.3 Setiap ahli akan diberikan sijil keahlian dalam bentuk e-sijil (PDF) yang akan dihantar kepada
nombor telefon perserta. Sijil seperti di Lampiran C.

7 MANFAAT TABUNG
7.1 Manfaat Sebanyak RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) untuk kos pengurusan jenazah (Lampiran
D).
7.2 Manfaat sebanyak RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) akan diberi kepada Ahli Bersekutu untuk
satu tuntutan.
7.3 Manfaat maksimum adalah sebanyak RM1,500 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus) bagi seorang
Ahli. Bagi lebih daripada 1 kes kematian (ahli yang dilindungi oleh tabung (para 7.1) dalam tahun yang
sama.
7.4 Kadar manfaat akan disemak pada setiap akhir tahun kewangan dan tertakluk kepada perubahan yang
akan diputuskan oleh AJK Surau.

8 SYARAT-SYARAT TUNTUTAN
8.1 Hanya nama yang tersenarai dalam daftar ahli sahaja yang akan dibayar manfaat atas kematian.
Penuntut hendaklah mengemukakan salinan sijil mati yang sah.
8.2 Jika berlaku kematian Ahli, bantuan akan dibayar kepada waris terdekat.
8.3 Jika berlaku kematian kepada Ahli yang dilindungi, bantuan penuh akan dibayar kepada Ahli.
8.4 Sumbangan ikhlas atas kematian ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua yang meninggal di luar
Putrajaya berjumlah RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus)

9 PROSEDUR TUNTUTAN
9.1 Perserta hendaklah melengkapkan borang tuntutan (Lampiran B) dan menyertakan dokumen sokongan
berikut:
9.1.1 Sijil kematian
9.1.2 Salinan kad pengenalan penuntut
9.1.3 Atau lengkapkan borang google di pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe6HWaoQCswJaPhDPRSDGSiO2_oBR2sQNf2
6OxFoZvkvGl4aA/viewform
9.2 Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kematian.
9.3 Borang perlu diserahkan kepada AJK Kebajikan Surau.
9.4 Tuntutan akan dibayar terus ke dalam akaun penuntut yang di daftarkan.

9.5 Sebarang tuntutan berpandukan sijil kematian bagi menentukan jumlah manfaat.

10 KEWANGAN

10.1 Dana yang terkumpul akan disimpan di dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan
Putrajaya atas nama akaun Surau Al Falah Presint 9 Putrajaya.

10.2 Pengeluaran:

10.2.1Tiga (3) penama dilantik sebagai pemegang akaun ialah pengerusi, bendahari dan setiausaha
Surau Al Falah.

10.2.2Semua pengeluaran wang tunai / cek perlu ditandatangani oleh dua (2) orang daripada (3)
penama-penama berikut.

10.2.3Semua pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tujuan pembayaran manafaat kepada ahli
sepertimana perkara 7.

10.2.4Pengeluaran selain daripada tujuan bagi perkara 7, perlulah mendapat persetujuan di dalam
mesyuarat AJK Surau Al-Falah.

11 PENTADBIRAN

11.1 Badan yang menguruskan perjalanan tabung ini ialah AJK Kebajikan Surau di bawah pentadbiran
Lujnah Kebajikan dan Khairat Kematian Surau AL Falah Presint 9 Putrajaya, yang di kawal selia
sepenuhnya oleh Surau Al-Falah.

11.2 AJK Kebajikan Surau dalam mesyuaratnya boleh memberikan tafsiran terhadap Syarat Dan Peraturan
ini dan membuat keputusan tentang perkara-perkara yang tidak terkandung di dalamnya. Keputusan
mesyuarat tabung khairat adalah muktamad sehingga dipinda atau dibatalkan oleh Mesyuarat Agung
Surau.

11.3 AJK Surau melalui Mesyuarat Agung berkuasa meminda atau membatalkan mana-mana keputusan
mesyuarat Tabung yang mana pada pandangannya tidak sesuai, merugikan atau mengenepikan
kebajikan ahli.

11.4 Syarat-syarat dan Syarat Dan Peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan yang difikirkan sesuai
untuk kebajikan bersama atau sekiranya berlaku sesuatu diluar jangkaan atau kemampuan Tabung
Khairat.

12 PELANTIKAN DAN PEMECATAN AJK TABUNG KHAIRAT

Pelantikan dan pemecatan AJK Kebajikan Surau boleh dilakukan melalui Mesyuarat AJK Surau atas
cadangan yang dikemukakan oleh pihak Lujnah Kebajikan Dan Rekreasi.

13 PEMBUBARAN

13.1 Tabung Khairat ini hanya boleh dibubarkan oleh AJK Surau sahaja melalui Mesyuarat Khas dengan
kehadiran AJK Kebajikan Surau. Semua ahi berdaftar hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya
empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Khas tersebut diadakan.

13.2 Keputusan untuk membubarkan Tabung Khairat dikira sah sekiranya lebih separuh daripada AJK
Surau yang hadir bersetuju untuk membubarkan Tabung Khairat. AJK Kebajikan Surau boleh
mengambil tindakan dan langkah-langkah selanjutnya untuk melaksanakan pembubaran tersebut.

13.3 Ahli-ahli tidak boleh menuntut semula apa-apa bayaran yang telah dibayar dan keseluruhan wang
Tabung Khairat akan diserahkan kepada AJK Surau Al Falah.

14 LAIN-LAIN PERKARA

14.1 AJK Kebajikan Surau, AJK Surau dan Ahli Tabung Khairat akan diberikan satu salinan Syarat dan
peraturan Tabung Khairat untuk rujukan.

14.2 Mana-mana dokumen yang berkaitan dengan Tabung Khairat boleh diperiksa oleh mana-mana atau
seseorang yang mempunyai kepentingan dalam Tabung dengan syarat memaklumkan kepada
Pengerusi atau Setiausaha Tujuh (7) hari lebih awal.

14.3 Ahli yang berhenti menjadi ahli Tabung tidak boleh menuntut apa-apa bayaran yang telah
disumbangkan. Sebahagian dana terkumpul yang tidak dituntut boleh digunakan untuk tujuan
Kebajikan Surau Al Falah.

14.4 Kadar penggunaan Tabung Khairat untuk tujuan aktiviti Surau tersebut boleh ditentukan oleh AJK
Surau dalam mesyuarat pada kadar 5% hingga 15% sahaja.

14.5 Ahli jawatan kuasa yang lain dipertanggungjawabkan untuk membantu AJK Kebajikan Surau dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.

SEKIAN WASSALAM

Lampiran A NO AHLI:

1.0 MAKLUMAT PEMOHON No. Telefon
Alamat Majikan
Nama Pemohon
No. Kad Pengenalan
Alamat Kediaman

Email: 2.0
MAKLUMAT TANGGUNGAN YANG TINGGAL BERSAMA

Bil. Nama Anak-anak / Tanggungan Hubungan No Tel (jika ada)
1 **Sila Lampirkan Senarai Nama Jika Ruang Tidak Mencukupi
2
3
4
5

3.0 IBU BAPA KANDUNG DAN IBU / BAPA MENTUA SEKIRANYA MASIH ADA

Nama Bapa
Nama Ibu
Nama Bapa Mentua
Nama Ibu Mentua

A. 1 Tahun RM30 ( Tempoh Keahlian :
4.0 AKAD PEMOHON ) B.2 Tahun RM 60 ( ) C. 3 Tahun RM 90 ( ) D. 4 Tahun RM 120 ( )

E. 5 Tahun RM 150 ( )

• Sumbangan berjumah RM …………….. untuk sumbangan tabung bagi tempoh……………Tahun.
• Saya juga bersetuju menjadikan sumbangan ini sebagai jariah saya jika tiada sebarang tuntutan,
• Sebagai tambahan saya sertakan RM................. untuk sumbangan jariah.

Tandatangan Pemohon:................................................. Tarikh:...................................

** Anda digalakkan buat sumbangan terus ke akaun Bank ISLAM Surau Al Falah 16018010001340 dan
kemukakan bukti bayaran kepada AJK bertugas 0133778384

NO AHLI: *** Penting: Simpan keratan ini sebagai bukti yang sah

5.0 PENGESAHAN KEAHLIAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-FALAH

NAMA: …………………………………………………………………………………………….
Pihak Surau Al Falah telah menerima sumbangan sebanyak RM …………. dan dengan ini keahlian anda telah
diaktifkan, sumbangan anda ini akan digunakan untuk program jariah dan kebajikan ahli.

Sekian, terima kasih

Tandatangan Penerima ............................................... Tarikh:......................................

Lampiran B

0.1 MAKLUMAT AHLI No. Ahli
No. Telefon
Nama
Alamat
Kediaman

0.2 MAKLUMAT ARWAH

Nama:........................................................................................................................ ......................

Pertalian dengan Ahli / waris:...........................................................................................................

Tarikh / Umur / Tempat Kematian:.........................../...................../....................................................

No. Sijil Kematian / Tempat Pengkebumian:...................................../.................................................
(Salinan sijil kematian dan salinan kad pengenalan penuntut perlu disertakan)

0.3 PENGAKUAN AHLI / WARIS / PENUNTUT

Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar:-

Tandatangan:................................................................................

Nama :................................................................................

Tarikh :.................................................................................

Nombor Akaun Bank :................................................................. Nama Bank ...........................

0.4 KELULUSAN TABUNG KHAIRAT / AKUAN PENERIMAAN (kegunaan Pejabat)

Permohonan tuan / puan telah diteliti dan adalah disahkan waris si mati adalah layak menerima sumbangan dari
Tabung Khairat Kematian dan Jariah Surau Al-Falah sebanyak RM............................

Permohonan Lulus ( ) Permohonan Gagal Kerana...........................................................................

Tarikh Bayaran ..................................................... Tunai ( ) Online Banking ( ).

1. Tandatangan Pengerusi Surau :.........................................................Tarikh …………………………….

2. AJK Tabung: .........................................................Tarikh …………………………….

3. Tandatangan Bendahari :............................................................................ Tarikh …………………………….

Lampiran C

AHLI KARIAH SURAU AL FALAH PRESINT 9 PURAJAYA

No.JAWI/5/042/7/2002

Dengan Ini Bahawa Anda Telah Mendaftar Sebagai Ahli
Kariah Surau Al Falah Bagi Tahun 2020

NAMA AHLI: Kategori Ahli : Ahli Biasa

TARIKH DAFTAR: 5/20/2020 11:21:05 PM Email:
No Tel:
TEMPOH: 2021 No K/P:

Nombor Ahli:
Alamat: 4

Nama Pasangan:

Ibu: Bapa:
Ibu Mertua: Bapa Mertua:

Terima Kasih Atas Sumbangan Anda. Sumbangan Anda Akan Digunakan Untuk Kegunaan
Khairat Dan Aktiviti Bersama. Maka Dengan Ini Anda Telah Bersedia Membantu Ahli Lain

Sekiranya Mereka Dalam Kesusahan.

Lampiran D Manfaat Tabung Ini Adalah:

Bil Perkara Jumlah(RM)
1 Kos Pengurusan Jenazah (pihak pengurusan tempatan) RM450.00
2 Kos Pengurusan Jenazah (pihak pengurusan luar)
3 Imam Solat Jenazah (atau seikhlas hati) Harga Semasa
4 Pembaca Talqin (atau seikhlas hati) RM50.00
5 Kos Tanah Perkuburan Presint 20 RM50.00
6 Van jenazah ke Tanah Perkuburan Presint 20 RM350.00
7 Sagu Hati Untuk Pemandu Van Jenazah RM50.00
JUMLAH(RM) RM50.00
Pengerusi Surau Al-Falah
Sesi 2020/2021 RM1,000.00
Tuan Haji Mohd Rosli BinHaji Mohd Said

Pengerusi Surau Al Falah Sesi 2020/2021
Tuan Haji Mohd Rosli Bin Haji Mohd Said

SEKIAN TERIMA KASIH

SEMOGA APA YANG ANDA LAKUKAN ALLAH MENERIMANYA SEBAGAI IBADAH DAN
DIANGKAT DARJAT ANDA SEBAGAI SEORANG HAMBA YANG SOLLEH
AMINN

DISEDIAKAN OLEH LUJNAH KEBAJIKAN DAN REKREASI
SURAU AL FALAH PRESINT 9
En. Mohd Akhir Bin Johar


Click to View FlipBook Version