KACANG TANAH MENGELEMBU CAP TANGAN NGAN YIN
Sebut sahaja kacang tanah, pastinya kacang tanah yang terkenal di Malaysia,
Kacang Menglembu Cap Tangan Ngan Yin akan terbayang di fikiran. Kacang
tanah yang dikomersilkan dibawah cap dagangan berupa tangan yang
menunjukkan isyarat bagus ini cukup terkenal, malah sudah dipasarkan
dipasaran luar seperti Singapura, China, Canada, Hong Kong, New Zealand,
Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Syarikat Ngan Yin ditubuhkan
pada tahun 1960an lagi, dan nama Ngan Yin adalah bersempena insan yang
mengusahakan perusahaan ini, iaitu Encik Ngan Yin.
Melihat balik pada sejarah perusahaan kacang tanah di Malaysia, ianya
dikatakan dimulakan oleh masyarakat cina yang berhijrah daripada tanah
besar China sekitar tahun 1800 lagi. Perusahaan yang bertapak di
Menglembu, Perak ini pada mulanya adalah aktiviti ekonomi yang muncul
secara sampingan hasil kemakmuran perusahaan bijih timah di Perak. Malah
dikatakan benih kacang menglembu ini juga berasal dari negeri China.
(Stephen Boey, The Straits Times, 21 May 1970:7)
KACANG PUTIH BUNTONG
Kampung Kacang Putih yang terletak di Buntong, Ipoh, Perak sebenarnya
bukanlah penempatan asal pengusaha kacang putih tersebut. Kebanyakan
penduduk perkampungan itu berasal dari kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak.
Lokasi asal perkampungan tersebut kini berhampiran dengan Kuil Sri
Subramaniar yang merupakan tumpuan utama penganut Hindu di Perak
meraikan perayaan Thaipusam setiap tahun.
Majoriti mereka yang berhijrah dari India dipercayai menjalankan perniagaan
kacang putih secara kecil-kecilan setelah menetap di kaki gunung batu kapur
berkenaan sejak abad ke-19. Namun dalam satu kejadian malang pada 18
Oktober 1973, perkampungan yang dihuni kira-kira 14 keluarga itu lenyap
begitu saja apabila dihempap bongkah-bongkah batu kapur yang runtuh gara-
gara hujan lebat. Dalam kejadian yang menggemparkan pada kira-kira pukul
7 malam itu, kira-kira 40 penduduk kampung terbabit terbunuh. Hanya kira-
kira 20 mangsa terbabit dijumpai semetara yang lain masih terperangkap di
dalam runtuhan bongkah batu kapur terbabit sehingga hari ini. Ia kerana
pasukan penyelamat terpaksa memutuskan untuk menghentikan operasi
mencari saki-baki mangsa berkenaan ekoran faktor geografi dan keselamatan.
Sesuai dengan peredaran masa, perniagaan kacang putih di Kampung
Kacang Putih terus berkembang maju dengan sekurang-kurangnya 150 orang
daripada 40 keluarga yang menetap di sini terbabit dalam industri tersebut.
Jika pada 30 tahun lalu, kebanyakan pengusaha pada masa itu menjual
kacang putih dengan berbasikal dan berjalan kaki saja, kini kebanyakan
mereka memasarkan produk berkenan dengan motosikal dan van. Malah,
produk kacang putih kini bukan saja di jual di kaki lima namun sudah
mendapat tempat di pasaran antarabangsa dan dieksport ke luar negara
seperti Australia, Thailand, Jepun, Thailand dan Taiwan.
Oleh itu, ketika kita mengunjah kacang putih yang enak, elok kita ambil iktibar
daripada kegigihan penduduk Kampung Kacang Putih yang mampu bangkit
kembali daripada peristiwa luka kehilangan keluarga untuk meneruskan
perusahaan produk kacang putih yang diwarisi.
JENIS-JENIS KACANG YANG DIJUAL DI KAMPUNG KACANG PUTIH
LOKASI KEDAI
KESAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT
Industri Pelancongan dan Perniagaan.
Kampung Kacang Putih Buntong merupakan satu daripada ikon pelancongan
Perak kerana lokasi perusahaan pembuatan makanan kudapan itu telah
mengangkat nama negeri hingga ke peringkat antarabangsa. Kampung
Kacang Putih terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan luar dengan
perusahaan turun-temurun makanan tradisi itu sejak 30 tahun lepas.
Selaras dengan itu, Jabatan Pelancongan Negeri Perak telah membina pintu
gerbang untuk memasuki kampung tersebut dan bekerjasama dengan
syarikat swasta bagi menwujudkan laman sesawang bagi mempromosi hasil
jualan kacang di perkampungan tersebut. Terdapat 16 buah pengusaha
kacang Persatuan Kacang Putih Buntong yang membenarkan pelancong
melihat proses pembuatan makanan ringan itu. Ini membolehkan pelancong
melihat sendiri pembuatan kacang oleh para pengusaha.