CONNECTIVISM TEORI Cognitivism ialah teori yang agak baru dalam era digital. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran itu adalah satu bentuk rangkaian yang tersebar dan membawa kepada hubungan dalam pelbagai bentuk pengetahuan (Siemens, 2004) Teori ini diformulasikan untuk merangkum perubahan dalam cara kita memahami pembelajaran dan pengajaran dalam era digital. Connectivism mengakui peranan penting teknologi informasi dan perkembangan jaringan digital dalam membentuk cara kita memperoleh, menyimpan, dan mengakses maklumat.
Biodata 01 merupakan penulis, teoris, penceramah dan pengkaji dalam pembelajaran, rangkaian, teknologi, analitik dan visualisasi dan keberkesanan dalam organisasi dalam dunia digital pelopor kepada teori Connectivism dan penulis kepada artikel Connectivisme: A Learning Theory for the Digital Age (https://jotamac.typepad.com/jotamacs_weblo g/files/Connectivism.pdf) dan buku Konwing Knowledge merupakan salah seorang professor di Center for Distance Education serta penyelidik dan pakar strategi di Technology Enhanced Knowledge Research Institute (TEKRI) University Athabasca, Canada George Siemens Penulisan PHD beliau dengan University of Aberdeen memfokuskan kepada bagaimana individu sensemaking (proses yang memberi makna kepada beberapa pengalaman dan laluan dalam persekitaran maklumat yang kompleks. Bagaimana Konsep Diaplikasikan dalam Pendidikan Bagaimana Konsep Diaplikasikan dalam Pendidikan Melalui Pembelajaran Abad ke 21 Melalui sistem pembelajaran jarak jauh (Google Meet, Video Call, Live Streaming) Melalui Project Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Projek)
02 Prinsip-prinsip Connectivism 1 KEPELBAGAIAN PENDAPAT Prinsip ini menekankan bahawa dalam konteks Connectivism, pembelajaran dan pengetahuan melibatkan pelbagai pendapat dan pandangan individu. Setiap orang membawa pengalaman unik dan sudut pandang, dan pembelajaran melibatkan perbincangan dan pertukaran idea di dalam rangkaian. Connectivism mengakui peranan teknologi dan sumber maklumat digital dalam proses pembelajaran. Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam minda individu tetapi juga melalui interaksi dengan teknologi dan maklumat di persekitaran digital. Connectivism menganggap pembelajaran sebagai proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam nod-nod atau titik-titik tertentu dalam rangkaian. Ini mencerminkan konsep pentingnya interaksi dengan pelbagai sumber maklumat digital untuk membentuk pemahaman yang komprehensif. Prinsip ini menekankan kepentingan kemampuan untuk mencari, menilai, dan mengurus maklumat baru. Dalam era digital yang cepat berubah, kemahiran ini lebih penting daripada hanya mengandalkan pengetahuan yang telah dimiliki. PROSES HUBUNGAN DALAM RANGKAIAN PADA NOD YANG KHUSUS 2 3 PEMBELAJARAN BOLEH BERLAKU DI LUAR DIRI MANUSIA KAPASITI ATAU KEBOLEHAN UNTUK LEBIH MENGETAHUI ADALAH LEBIH PENTING BERBANDING APA YANG TELAH DIKETAHUI SEKARANG 4
02 Prinsip-prinsip Connectivism Connectivism mengiktiraf pembelajaran sebagai proses yang berterusan dan menekankan pentingnya penyambungan dengan rangkaian pembelajaran yang meluas untuk memastikan pembelajaran berlaku secara berkesan. Prinsip ini menekankan kepentingan sentiasa mengemaskini pengetahuan dengan maklumat terkini. Pembelajaran Connectivism menggalakkan pembelajar untuk terus mengakses dan memahami perkembangan terbaru dalam bidang yang mereka kaji. Connectivism mendorong pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan integrasi konsep-konsep dari pelbagai bidang dan idea. Ini membantu membentuk pemahaman holistik dan hubungan yang lebih mendalam. Pembelajaran Connectivism melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima. Keputusan yang dibuat menjadi sebahagian daripada pembelajaran itu sendiri. KEMAMPUAN UNTUK MELIHAT HUBUNGAN ANTARA PELBAGAI BIDANG, IDEA, DAN KONSEP MERUPAKAN PERKARA YANG UTAMA PENGETAHUAN TERKINI MERUPAKAN SATU KEGIATAN DALAM PEMBELAJARAN CONNECTIVISM MEMBUAT KEPUTUSAN MERUPAKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPERLUAN MEMELIHARA HUBUNGAN RANGKAIAN PEMBELAJARAN 5 PENTING SUPAYA PEMBELAJARAN BERLAKU SECARA BERTERUSAN 6 7 8
02 Prinsip-prinsip Connectivism Di dalam era informasi yang padat, kemahiran untuk menilai, memilih, dan menilai maklumat menjadi kritikal. Connectivism mengakui kepentingan kemampuan memilih bahan pembelajaran dengan bijak. Connectivism mengakui bahawa perubahan maklumat yang pantas boleh memberi impak besar kepada keputusan yang dibuat dalam proses pembelajaran. PERUBAHAN MAKLUMAT YANG CEPAT AKAN MEMPENGARUHI SESUATU KEPUTUSAN Prinsip-prinsip ini bersifat dinamik dan mencerminkan keunikan pembelajaran dalam era digital, di mana teknologi dan rangkaian digital menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran. Connectivism menggalakkan pembelajaran yang adaptif, berpusatkan pada individu, dan melibatkan interaksi yang luas dengan sumber-sumber maklumat digital. 9 KEBOLEHAN DALAM MEMILIH APA YANG DIPELAJARI SANGAT PENTING DALAM MENGHADAPI KEPADATAN MAKLUMAT 10
07 Kekuatan & Kelemahan Memudahkan pelajar untuk mengembangkan pengetahuan Pembelajaran boleh berlaku di mana - mana Pembelajaran lebih menyeronokkan Dapat mencabar pemikiran KBAT dalam diri pelajar Kekuatan Kelemahan Masalah sosial yang semakin tinggi Penggunaan Internet tanpa kawalan Mewujudkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar Pelajar di luar bandar mempunyai akses Internet yang terhad Mewujudkan kerjasama dan kolaboratif Dapat memperkasakan pelajar dan guru
Sejarah Teori & Konsep George Siemens telah membangunkan teori pembelajaran Connectivisme kerana percaya bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourism, Kognitif dan Konstruktivisme tidak memenuhi sifat pengajian dalam zaman digital kini. Teori pembelajaran dahulu dibangunkan semasa “pekembangan maklumat secara perlahan” di mana ia amat berbeza dengan era digital kini kerana maklumat berkembang dengan pesat Connectivism telah timbul sebagai satu teori pembelajaran baru bertujuan mensasarkan bagaimana pembelajaran berlaku dalam era digital kini. Teknologi telah mengubah cara berkomunikasi dan pembelajaran masa kini. Oleh yang demikian, melalui perubahan ini pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring dengan perubahan teknologi. 03
Sejarah Teori & Konsep 03 Dalam teori ini menjelaskan pembelajaran ialah proses yang berlaku berdasarkan kepelbagaian pemindahan unsur-unsur secara berterusan. Titik permulaan pembelajaran bermula dengan individu menyalurkan maklumat ke dalam rangkaian dan idividu lain menerimanya dan menyalurkan semula ke dalam rangkaian dan ianya akan menjadi satu kitaran dalam rangkaian. Oleh sebab itu terdapat terlalu banyak maklumat yang berada dalam rangkaian dan maklumat berubah dengan pesat. Maka penting bagi seseorang individu untuk menentukan sama ada maklumat itu sesuai dan bernilai untuk pengguna atau sebaliknya. Bukan sahaja individu perlu menapis kandungan maklumat, mereka juga perlu percaya bahawa maklumat baru boleh berubah dengan pantas dan maklumat baru boleh mengubah pemikiran menjadikan keputusan masa hadapan didasarkan maklumat terkini.
05 Kepentingan Teori Connectivism kepada Guru dan Murid Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Keberkesanan hasil dan objektif PdP dapat berlaku secara terancang Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran menjadi sistematik dan teratur Keseronokkan belajar akan memberi motivasi kepada murid di sekolah untuk mengikuti proses PdP dalam teknologi pendidikan Murid akan lebih jela tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru kerana oenggunaan media yang lebih jelas akan mudah pemahaman murid Murid akan memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman melalui teknologi pendidikan penerokaan terhadap sesuatu topik melalui Internet Murid
Gamifikasi: Melibatkan elemen-elemen permainan seperti mata ganjaran, cabaran, dan tahap untuk meningkatkan pembelajaran dan memberi ganjaran kepada peserta. Pembelajaran Sosial: Membentuk peluang pembelajaran sosial yang memberi peluang kepada semua peringkat staf untuk memberikan idea dan berkongsi pengetahuan dalaman. Program Mentorship: Membangunkan program mentorship di tempat kerja untuk membolehkan pertukaran pengetahuan antara pekerja pada peringkat yang berbeza dalam kerjaya mereka. Connectivism Learning Theory menawarkan pandangan inovatif terhadap pembelajaran, dengan penekanan pada koneksi digital dan interaksi manusia. Melalui penggunaan strategi seperti gamifikasi, pembelajaran sosial, dan program mentorship, organisasi dapat memperkukuhkan budaya pembelajaran berterusan dan memanfaatkan pengetahuan yang dimiliki oleh individu dalam organisasi. 05 Bagaimana kita boleh mengaplikasikan teori Connectivism dalam Pembangunan dan Pembelajaran?
Terima kasih bagi kerepek, Sudah cukup kami merepek. ATENANI