The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

17DHF21F2013
17DHF21F2023
17DHF21F2021
17DHF21F2069
17DHF21F2041

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulain99, 2022-04-22 11:45:44

E-FOLIO MPU21032

17DHF21F2013
17DHF21F2023
17DHF21F2021
17DHF21F2069
17DHF21F2041

A SPEK - A SPEK Y A N G
M EN Y A T U PA D U K A N M A SY A RA K A T

BERBILA NG KA U M DA N CA RA
M EM U PU KN Y A

M PU 210 32
ETI KA DA N PERA DA BA N

PUAN ASMA BINTI IBRAHIM


FATIN NADIRAH BINTI ABDUL RAZAK

17DHF21F2069
NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAJI

17DHF21F2021
SHARIFAH NUR FARIHAH BT SYED

HUSIN JAMIL KECHIL
17DHF21F2041
DHF 21F2041

AINUL AMINAH BINTI CHE OMAR

17DHF21F2013
NUR HUSNA BT ZULKERNAIN

17DHF21F2023


PENGHARGAAN


PENGHARGAAN

SALAM SEJAHTERA,

Bersyukur kepada tuhan kerana izinnya kami sekumpulan dapat
menyiapkan e-folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
Aspek-aspek yang menyatupadukan berbilang kaum dan cara
memupuknya. E-folio ini amat penting bagi kami kerana ini adalah salah
satu projek dalam kursus Etika dan Peradaban

Ribuan terima kasih diucapkam kepada individu yang banyak membantu
kami menyiapkan e-folio ini pertama sekali kepada Puan Asma Binti
Ibrahim selaku pensyarah kami kerana banyak memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada kami sekumpulan

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah membantu dalam menyiapkan tugasan
ini .


PENGENALAN

Perpaduan ialah suatu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk suatu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam
memacu kestabilan dan kemajuan negara . Sejak kita mendapat kebebasan dari
penjajah kerajaan Malaysia telah berjaya memupuk semangat perpaduan dan
memakmurkan negara kita.

Pada masa kini Malaysia diduduki oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik di
Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.Kepelbagaian kaum dan etnik ini
telah mewujudkan kepelbagaian budaya,bahasa,agama dan adat resam.Semasa
abad ke-18 dan ke-19,masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.Sebaliknya boleh
dikatakan bahwa semenanjung Tanah Melayu Ketika itu didiami oleh orang melayu
serta sebilangan kaum kecil pada masa itu.Tetapi kini coraknya telah berubah dan
wujud pelbagai kaum dengan adat resam mereka tersendiri.

Perpaduan di kalangan etnik di negara Malaysia amatlah penting untuk dikekalkan
supaya dapat menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi
sekarang ini kekal untuk selamanya.


ASPEK SOSIAL

PERPADUAN DARI ASPEK PERAYAAN

Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan
agama di negara ini berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam
kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat
berbilang kaum dan menjadi kewajipan setiap rakyat untuk mengekalkan
tanggungjawab berkenaan menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara.
Perayaan tahunan seperti Aidilfitri,Deepavali,Tahun Baru Cina dan Krismas
adalah perayaan yang menfaatkan semua kaum dari segi memupuk
keharmonian,keamanan dan perpaduan .
Sejak merdeka,tugas yang penting bagi setiap rakyat adalah menyumbang ke
arah perpaduan negara serta berusaha meningkatkan ekonomi dan
kesejahteraan sosial negara kita.

*Oleh itu rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana dapat meraikan
pelbagai perayaan dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan adalah kunci
kejayaan negara,rakyat perlu menggunakan setiap peluang yang ada untuk
mengukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti yang

melibatkan semua kaum.


PERAYAAN KEPELBAGAIAN


ASPEK NEGARA
PERPADUAN DARI ASPEK NEGARA AKAN TERUS MAJU JIKA

PERPADUAN KAUM DAPAT DIKEKALKAN

• Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian
budaya dan bangsa.Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum yang
akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara

• Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia
merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing
untuk melabur di negara kita.

• “Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni
dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama
untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang telah ditetapkan .

*Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan
hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah
suatu perkara asing. Kita sebagai rakyat Malaysia harus
menangani isu-isu yang ada secara berhemah agar kita dapat
memajukan lagi negara untuk masa depan .


PERPADUAN KAUM


ASPEK HARMONI

PERPADUAN DARI SEGI MENGHARMONIKAN HUBUNGAN
MASYARAKAT PELBAGAI KAUM

➢ Isu berkaitan hubungan pelbagai bangsa,agama dan budaya di negara ini
seperti pengenalan tulisan jawi dan ucapan sempena sambutan perayaan
sedikit sebanyak mencerminkan betapa pentingnya usaha lebih serius serta
konstruktif dalam mengurus masyarakat berbilang bangsa .

➢ Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang
menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus
kemajmukan sosial itu. Cabaran itu wujud terutama dalam aspek
membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara
kaum,agama serta budaya sekali gus memerlukan pendekatan berhemah
serta penuh rasa hormati .

➢ Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan
kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik
mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia.

*Sebagai negara moden yang melakar masa depan
yang dinamik dan berusaha memposisikan diri
sebagai negara maju,cabaran berterusan dalam arus
globalisasi dan punca kemodenan menjadi realiti
perlu ditangani sebaik mungkin.


HUBUNGAN HARMONI


PENGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

❖ Selaras dengan pendidikan kebangsaan Bahasa Melayu diajarkan sebagai
mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengatur utama bagi
semua prasekolah dan pengajian.

❖ Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah menengah adalah memenuhi hasrat
kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni daripada aspek Intelek,emosi,rohani dan jasmani .

❖ Setiap sekolah perlu mewajibkan setiap pelajar bertutur dalam Bahasa
Melayu tanpa mengira kaum. Penggunaan Bahasa Melayu yang semakin
meluas dapat menjadikan pelajar lebih bermutu. Bahasa melayu yang
memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi keperluan
tetapi untuk meningkatkan perpaduan.


BERKOMUNIKASI ANTARA SATU SAMA LAIN

KITA DIGALAKKAN SUPAYA BERKOMUNIKASI DENGAN MEREKA YANG
BERLAINAN BANGSA. IA MEMBOLEHKAN KITA MENGHAYATI
KEISTIMEWAAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI
JENIS KAUM DAN ETNIK.SELAIN ITU, IA DAPAT MEMUPUK JIWA
PERPADUAN DALAM DIRI DAN SIFAT ITU DAPAT BERKEMBANG DENGAN
SEMPURNA. SEBAGAI CONTOH, JIKA KITA BERADA DI SEKOLAH, KITA
SANGAT DIGALAKKAN UNTUK BERBUAL DENGAN MEREKA YANG
BERLAINAN BANGSA. MEREKA JUGA TIDAK BERASA ASING ATAU KEKOK
JIKA KITA BERSIKAP RAMAH DENGAN MEREKA. SIKAP ‘RACIST’ MERUPAKAN
SIKAP YANG NEGATIF DAN PERLU DIHAPUSKAN DALAM DIRI SUPAYA
MASYARAKAT DAPAT HIDUP BERSATU PADU, AMAN DAN HARMONI. KESAN
TERHADAP SIKAP ‘RACIST’ MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERSIFAT
TIADA JATI DIRI DAN MEMANDANG SERONG TERHADAP ORANG LAIN.


ASPEK HIDUP BERMASYARAKAT

Hidup bermasyarakat dengan mengadakan sambutan bagi sesuatu majlis yang
membabitkan semua kaum seperti bergotong royong dan mengadaka rumah
terbuka. Dengan cara ini, sikap perpaduan di dalam diri setiap manusia dapat
dipertingkatkan. Hidup bermasyarakat amat penting terutamanya di negara kita,
yang hidup berbilang bangsa. Jika sifat ini semakin diserap di dalam jiwa setiap
insan, ia dapat memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Dengan itu, kita
dapat mengurangkan masalah pergaduhan atau perpecahan di antara kaum.
Hidup bermasyarakat merupakan satu suasana hidup yang baik dan boleh
menguntungkan kita semua disamping dapat memelihara soal keselamatan
hidup. Kesediaan kita dalam mengamalkan sikap hidup bermasyarakat ini akan
menjadi contoh yang baik kepada generasi muda hari ini dan mereka juga akan
terdorong untuk mengamalkannya. Hal ini tentunya akan dapat menjalinkan
semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Lama
kelamaan benteng prasangka dan prejudis yang bersarang di dada kita tentunya
dapat dirobohkan.


MENYOKONG USAHA KERAJAAN DALAM
MEMBENTUK PERPADUAN

Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama
yang perlu diusahakan bagi membentu perpaduan. Jika ingin mengekalkan
keamanan dalam tempoh yang lama, kepercayaan adalah satu contoh terbaik
untuk mencapai perpaduan. Perpaduan rakyat adalah satu perkara penting yang
perlu diberi perhatian untuk mengelakkan perkara negatif berlaku. Perpaduan
juga merupakan satu agenda penting dalam sesebuah negara. Relatifnya,
ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam
proses perpaduan

*Sebagai contohnya, kita haruslah menghormati
setiap budaya yang diperkenalkan di Malaysia. Sikap
mengutuk atau memandang rendah terhadap
sesuatu budaya mestilah dihapuskan. Sikap
sedemikan adalah tidak wajar dan pihak berkuasa
bertanggungjawab untuk mengambil Tindakan yang
sewajarnya.Pihak kerajaan banyak memperkenalkan
kepada kita aktiviti berkenaan budaya. Ia menjadi
lambing perpaduan dan rasa hormat antara kaum
dan suasana ini perlu dipertahankan oleh generasi
akan datang


CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM

MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA

-Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling
bantu-membantu di antara satu sama lain di masyarakat
Malaysia. Keharmonian seperti ini senang terhapus melalui
sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam di
dalam jiwa masyarakat kini.

AGENDA PROGRAM:

- MEMBENDUNG SIKAP DISKRIMINASI ANTARA KAUM DAN MEWUJUDKAN
NILAI KEAKRABAN DI DALAM MASYARAKAT YANG PELBAGAI KAUM

-PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT YANG HADIR DAPAT BERKOMUNIKASI
SERTA BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT DAN IDEA-IDEA BERKAITAN DENGAN
ISU SEMASA MAHUPUN GLOBAL ATAU HAL KEMASYARAKATAN

CONTOH -CONTOH PROGRAM YANG BOLEH DIJALANKAN:

• SAMBUTAN HARI KELUARGA
• SAMBUTAN HARI IBU
• SAMBUTAN HARI BAPA
• SAMBUTAN HARI PERAYAAN

*Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk

perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan
dengan pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh
kerajaan dan masyarakar setempat yang berpotensi
untuk memperkasakan hubungan antara kaum di
negara kita ini.


.

MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN

Sehubungan dengan itu,sistem pendidikan merupakan satu jalan
komunikasi yang mudah untuk merealisasikan Hasrat ini. Dengan
pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) ianya telah mewujudkan perpaduan kaum
secara tidak langsung.

SEKOLAH WAWASAN YANG MENEMPATKAN TIGA JENIS SEKOLAH:
• SEKOLAH KEBANGSAAN
• SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
• SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

MELALUI PELAKSAAN SEKOLAH WAWASAN INI, IANYA JUGA DAPAT
MEMPERCEPATKAN PROSES PERPADUAN KAUM. SEBAGAI CONTOH:

• AKTIVITI BERKUMPULAN SEKOLAH YANG DIJALANKAN SECARA
TERATUR BERSAMA MURID-MURID DAPAT MEMPERKASAKAN
HUNBUNGAN KAUM DI PERINGKAT ANTARA SEKOLAH.

• PENGGUNAAN SERTA PENERAPAN BAHASA RASMI NEGARA KITA
IAITU BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PERANTARAAN DI
SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN TURUT MEMBOLEHKAN PELBAGAI
KAUM BERINTERAKSI ANTARA SATU SAMA LAIN.

*Sewajarnya,memang tidak boleh dinafikan bahawa
sistem pendidikan negara kita merupakan pemangkin
dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.
Dari perspektif lain,penerapan nilai-nilai budaya dan
warisan juga merupakan salah satu Langkah dalam
mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita
untuk mencapai perpaduan kaum.


PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA DAN WARISAN
DALAM AKTIVITI HARIAN

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina dan India
yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh
mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan
kaum lain dari aspek seperti:
1.PEMAKANAN
2.PEMAKAIAN
3.PERADABAN

SEBAGAI CONTOH YANG KITA LIHAT TELAH PUN DIJALANKAN OLEH
RAKYAT MALAYSIA ANTARANYA ADALAH SEPERTI:

• SEMAKIN RAMAI WANITA BUKAN MELAYU YANG MEMAKAI BAJU
TRADISIONAL ORANG MELAYU IAITU BAJU KURUNG KE MAJLIS-
MAJLIS MAHUPUN KE KULIAH DI UNIVERSITI.

• MAKANAN INDIA SEPERTI ROTI CANAI DAN TOSEI JUGA SEMAKIN
DIMINATI OLEH KAUM-KAUM YANG LAIN.

• MEMPERKENALKAN ADAB-ADAB ORANG MELAYU KEPADA
KAUM CINA DAN INDIA ATAU SEBALIKNYA DI ANTARA KAUM-KAUM
TERSEBUT IAITU DENGAN LEBIH JELAS MELALUI PERKONGSIAN
PERADABAN DI SAMBUTAN HARI PERAYAAN KAUM MASING-
MASING.

*Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya

dan warisan berbilang kaum ini dapat

menimbulkan rasa hormat antara satu

sama lain dan seterusnya mengeratkan
lagi perpaduan kaum dalam negara.


MEMUPUK SEMANGAT ANAK-ANAK

IBU BAPA PERLULAH MENGAMBIL MASA YANG TERLUANG UNTUK
BERSAMA SAMA DENGAN ANAK- ANAK UNTUK MENGAJAR MEREKA
UNTUK MENUTUR BAHASA IBUNDA DENGAN BETUL SELAIN
DARIPADA BASA ASING. SELAIN ITU, IBU BAPA PERLU BERTUTUR
DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU YANG SEMPURNA
DENGAN ANAK ANAK MEREKA DAN TIDAK MENCAMPURADUKKAN
BAHASA MELAYU DENGAN BAHASA INGGERIS DI RUMAH SUPAYA
MENJADI KEBIASAAN KEPADA ANAK ANAK SEPERTI PEPATAH ‘KALAU
HENDAK MELENTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNGNYA’.
SEBAGAI CONTOH, BOLEH MEMBACA BUKU BAHASA MELAYU
UNTUK MENINGKATKAN LAGI KOSA KATA ANAK ANAK


MENGHORMATI ANTARA SATU

SAMA LAIN

DENGAN SIKAP SALING MENGHORMATI, IA MERUPAKAN CARA UNTUK
MEMUPUK SIKAP PERPADUAN MASYARAKAT. OLEH ITU, KITA MESTILAH
MENEKANKAN SIKAP HORMAT MENGHORMATI DI DALAM DIRI SETIAP ORANG.
SIKAP SALING MENGHORMATI INI MENYEBABKAN SETIAP LAPISAN MASYARAKAT
TIDAK AKAN BERANIUNTUK MENGELUARKAN SEBARANG UNGKAPAN DAN
ISTILAH YANG BOLEH MENYINGGUNG PERASAAN KAUM LAIN.KETINGGIAN
PANDANGAN TERHADAP PERASAAN INDIVIDU DARIPADA KAUM LAIN,
MENYEBABKAN RASA PERPADUAN ITU BEGITU MENEBAL DALAM JIWA SETIAP
INDIVIDU. JUSTERU PERPADUAN AKAN TERUS MENJADI SESUATU YANG
DIHARGAI, JIKA SIKAP SALING MENGHORMATI ITU WUJUD DALAM JIWA SETIAP
INSAN.

CONTOHNYA JIKA SESEORANG ITU DAPAT MENERAPKAN SIKAP SALING
MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN WALAUPUN BERBEZA BANGSA
MEREKA BERJAYA MENGETEPIKAN EGONYA. MAKA DENGAN ITU WAJARLAH
UNTUK KITA MENEGASKAN BUDAYA SEDEMIKIAN SEHARUSNYA TIDAK BOLEH
DIPANDANG RINGAN KERANA IA AKAN MENCORAKKAN CARA HIDUP SESEORANG
SERTA HALA TUJU PADA MASA DEPAN. KESANNYA, JIKA KITA MENGAMALKAN
SIKAP HORMAT MENGHORMATI DALAM HIDUP BERKOMUNITI IA DAPAT
MELAHIRKAN PELBAGAI AURA YANG POSITIF ANTARANYA, KEHARMONIAN,
KEAMANAN DAN YANG PALING UTAMA ADALAH PERPADUAN.


BERGAUL DAN SALING TOLERANSI ANTARA

KAUM

DALAM KEADAAN TERSEBUT IBU BAPA PERLULAH MENERAPKAN NILAI-
NILAI PERPADUAN DALAM DIRI ANAK-ANAK SEJAK DARI KECIL LAGI. PERSIS
KATA MUTIARA, ‘MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA’. MEREKA
DIGALAKKAN BERKOMUNIKASI DENGAN JIRAN YANG BERLAINAN BANGSA
DAN MEMBAWA ANAK-ANAK MENGUNJUNGI RUMAH JIRAN SEMASA HARI
PERAYAAN. DENGAN CARA ITU, IBU BAPA DAPAT MENJADI CONTOH DAN
TELADAN KEPADA ANAK-ANAK SERTA MEMBOLEHKAN MEREKA
MENGHAYATI KEISTIMEWAAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERBILANG
KAUM. SELAIN ITU, ANAK-ANAK JUGA DAPAT MEMPELAJARI PELBAGAI
BAHASA, CONTOHNYA BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MANDARIN,
INDIA DAN LAIN-LAIN. APABILA GOLONGAN BELIA MENGUASAI PELBAGAI
BAHASA, MEREKA DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN RAKAN YANG
BERLAINAN BANGSA DENGAN MUDAH. NILAI-NILAI PERPADUAN DAN
PERMUAFAKATAN HENDAKLAH DIDEDAHKAN KEPADA GENERASI MUDA
SEJAK AWAL LAGI AGAR JIWA PERPADUAN DALAM DIRI MEREKA DAPAT
BERKEMBANG DENGAN SEMPURNA.


LAYANAN MESRA

KITA PERLULAH MEMBERI LAYANAN MESRA DAN MENGHARGAI BUDI DAN JASA
ANTARA SATU SAMA LAIN. SIKAP INI MERUPAKAN ANTARA CARA UNTUK
MEMUPUK SIKAP PERPADUAN. KITA PERLULAH MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN
DAN KERJASAMA WALAUPUN BERBEZA KAUM. DENGAN ITU, IA DAPAT
MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA DIRI BAHAWA KITA HIDUP DILENGKAPI
DENGAN PERATURAN. DALAM PADA MASA YANG SAMA JUGA IA DAPAT MELATIH
DIRI SUPAYA TIDAK MUDAH BERSIKAP EMOSIONAL TERHADAP SESUATU. DENGAN
WUJUDNYA NILAI-NILAI MORAL YANG TINGGI, KITA BEBAS MENGAMALKAN APA
SAHAJA ADAT ASALKAN TIDAK MELANGGAR PERATURAN DI DALAM SESEBUAH
NEGARA

TANPA ADANYA SIFAT BEKERJASAMA DI DALAM DIRI, NEGARA AKAN MENJADI
HURU-HARA DAN TIDAK STABIL. JIKA BERLAKU SESUATU BENCANA ALAM SEPERTI
BANJIR, RIBUT DAN KEMARAU, SIFAT BEKERJASAMA MESTILAH WUJUD TANPA
PAKSAAN DI DALAM DIRI DEMI MENYELAMATKAN NYAWA SETIAP INDIVIDU. OLEH
DENGAN ITU IA DAPAT MENINGKATKAN SIFAT PERPADUAN DI KALANGAN
MASYARAKAT WALAUPUN BERBILANG KAUM, AGAMA DAN BANGSA.


KESIMPULAN

KESIMPULANNYA, KITA SEMUA BERTANGGUNGJAWAB DALAM
MEREALISASIKAN AGENDA PERPADUAN NEGARA. MEMAHAMI DAN
MENGHORMATI BANGSA, BUDAYA, AGAMA DAN ETNIK ADALAH KUNCI
DALAM MENJAYAKAN AGENDA PERPADUAN. PERSEFAHAMAN
DIKALANGAN PEMIMPIN JUGA AMAT PENTING, INI KERANA PEMIMPIN
MENJADI CONTOH DAN TELADAN KEPADA RAKYATNYA. KITA PERLU
MEMPERBANYAKKAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DAPAT
MENGERATKAN PERPADUAN ANTARA RAKYAT. BERSAMA-SAMA KITA
BERSATU UNTUK TERUS SALING MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN
DEMI MEMUPUK PERPADUAN KOMUNITI DALAM NORMA BAHARU INI.


SUMBER RUJUKAN

• ttps://www.bing.com/search?q=memupuk+semangat+anak+anak+dalam+
mengajar&qs=HS&sk=HS5&sc=6-0&cvid=DCD0732

• https://jackler.my/contoh-karangan-perpaduan-kaum-dalam-
masyarakat.html

• https://anyflip.com/pqzoi/wytu/basic
• https://www.researchgate.net/publication/353317909_Menjaga_Toleransi

_dan_Etika_dalam_Pergaulan_19422080_Mayanda_Murdani


Click to View FlipBook Version
Previous Book
RISALAH RAMADAN 1443H/2022M
Next Book
e-book anemia