The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fasthul Mark, 2024-04-19 12:19:21

BUKU PROGRAM KARNIVAL SUKAN (TERTUTUP) PIALA PENGARAH IPGMKBM BADMINTON DAN BOLA TAMPAR

Buku Program

20 & 21 APRIL 2024


Sekapur Si r ih Mut iara Kata Seuntai Kata Mat lamat Objekt if Kejohanan Ahli Jawatankuasa Induk Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peser ta Atur Cara Program Atur Cara Majlis Perasmian Penutupan Penghargaan Catatan Autografi Isi Kandungan Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


Assalamualaikum w.b.t., Salam L.E.S.T.A.RI. dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM Bola Tampar dan Badminton 2024 telah berjaya dilaksanakan. Tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur Karnival Sukan (Tertutup) Bola Tampar dan Badminton IPGMKBM 2024. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi lain yang telah bekerjasama untuk menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini berterusan untuk meningkatkan semangat kesukanan dan meningkatkan kebolehan pelajar dalam sukan dan penganjuran. Karnival ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan daripada tuan-tuan dan pihak yang berkaitan. Saya percaya bahawa kita akan berjaya jika semua pihak komited dan bekerjasama dengan baik dalam menjalankan aktiviti kokurikulum ini. Karnival ini harus memainkan peranan penting dalam meningkatkan semua aspek pelajar dan menyebarkan nilai murni. Karnival ini juga diharapkan dapat mengajar pelajar bahawa menjadi guru tidak hanya memerlukan penguasaan kemahiran dan pengetahuan tertentu, tetapi juga penglibatan aktif dalam pelbagai bidang, seperti kejurulatihan dalam pasukan bola tampar dan badminton di negara ini. Dengan mengadakan pertandingan ini, ditunjukkan bahawa guru pelatih IPGM mempunyai kebolehan yang pelbagai dan tidak terhad kepada satu bidang ilmu. Selain itu, guru pelatih mempunyai peluang untuk meningkatkan usaha untuk memperbaharui dan menambah maklumat dalam pelbagai bidang ilmu. Aktiviti seperti ini juga boleh memupuk bakat baharu dalam kalangan remaja yang akan menjadi pelapis masyarakat yang seimbang daripada segi fizikal, emosi, rohani dan intelektual. Akhir sekali, ada pepatah yang mengatakan, "Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Oleh itu, kita harus berusaha untuk mencapai matlamat kita, dan untuk mencapai matlamat ini, kita perlu meletakkan banyak usaha. Kejayaan tidak datang sendiri. Sekian, terima kasih. SEKAPUR SIRIH Dr. Masitah binti Mohammad Yusof Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu. Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


Assalamualaikum w.b.t., Salam L.E.S.T.A.RI. dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat kita laksanakan Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024 bagi sukan bola tampar dan badminton dengan lancar dan baik. Saya percaya bahawa usaha dari setiap pihak bagi menjayakan program ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah, namun ianya memerlukan kesungguhan yang jitu dari setiap pihak. Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada pelajar PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2023 dan pensyarah pembimbing mereka atas kejayaan mereka menjalankan Karnival Sukan. Ucapan terima kasih juga diucapkan untuk semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung yang bekerjasama dan bersatu padu untuk melaksanakan Karnival Sukan ini. Oleh itu, kualiti penganjuran program dan acara ini mesti dikekalkan, dan ia harus menjadi aspirasi untuk penganjuran pertandingan sukan yang lebih baik pada masa hadapan. Saya berharap semoga matlamat serta objektif Karnival Sukan Piala Pengarah IPGMKBM 2024 tercapai dengan jayanya. Diharapkan pertandingan ini akan menambah pengetahuan dan pengalaman guru pelatih Ambilan Januari 2023 mengikut matlamat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti dari segi profesional, peribadi, sosial, amalan tingkah laku, penguasaan ilmu dan kemahiran, dan amalan nilai-nilai keguruan. Oleh itu, saya menggalakkan semua guru pelatih yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk mengambil manfaat bersempena Karnival Sukan Piala Pengarah IPGMKBM 2024. Sudah kita ketahui secara umumnya bahawa bersukan mempunyai banyak faedah, terutamanya untuk kesihatan tubuh badan. Kita boleh membentuk keperibadian yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Penglibatan dalam Karnival Sukan ini juga menyumbang kepada perkembangan sosial yang sihat yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penglibatan guru pelatih. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah terhadap semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini. Saya berharap semoga guru pelatih dapat menerapkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi mereka dari program ini untuk menjadi guru yang lebih cergas dan berketerampilan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih MUTIARA KATA En. Kamaruzaman bin Bakar Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


SEUNTAI KATA Assalamualaikum w.b.t., Salam L.E.S.T.A.RI. dan Salam Malaysia Madani. Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya dapat kita realisasikan dan laksanakan Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024 bagi sukan bola tampar dan badminton. Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu serta pihak atasan atas peluang dan sokongan dalam memberikan kepercayaan kepada saya untuk menganjurkan program ini dan dapat juga bersama-sama menjayakannya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa induk yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar khususnya pelajar PISMP Ambilan Jun 2023 atas komitmen dan usaha yang telah diberikan bagi menjahayakan program ini, kesungguhan dan ketekunan setiap pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini amat saya hargai. Terima kasih juga saya ucapkan kepada setiap peserta yang memasuki pertandingan ini dari setiap kohort guru pelatih IPGM Kampus Bahasa Melayu. Program ini yang melibatkan guru pelatih dari setiap kohort dimana kategori yang dipertandingkan ialah bola tampar (lelaki), bola tampar (perempuan), beregu badminton (lelaki) dan beregu badminton (perempuan). Program ini merupakan landasan bagi mengasah lagi bakat para guru pelatih yang berkebolehan dalam bidang sukan. Usaha-usaha yang dilaksanakan ini membantu IPG bagi melahirkan graduan guru yang berkualiti cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum yang selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat melalui strategi Sukan Untuk Semua yang sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan seorang insan. Pada ruang dan kesempatan ini, saya dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada setiap peserta yang menyertai Karnival Sukan Piala Pengarah IPGMKBM 2024 ini. Akhir kata, tinggi harapan saya agar para guru pelatih yang terlibat dalam program ini dapat mendapat ilmu pengetahuan sekaligus pengalaman yang berguna bagi menyertai lebih banyak pertandingan kesukanan serta dapat menaikkan lagi nama IPGM Kampus Bahasa Melayu dipersada yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih. Khairul Najmi bin Khairullah Pengerusi Karnival Sukan Piala Pengarah IPGMKBM 2024 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


MATLAMAT Karnival sukan ini adalah pentas terbaik kepada para pemain bola tampar dan badminton yang melibatkan IPGM Kampus Bahasa Melayu. Selain itu, karnival ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta menanam nilai-nilai murni dalam diri para pelajar. Pelaksanaan karnival sukan ini juga bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak kurikulum bagi para pelajar yang mengambil subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari sewaktu menjadi guru kelak. Tidak dinafikan karnival sukan ini membolehkan warga institut mendapatkan maklumat dan pengalaman melalui interaksi sosial antara pihak penganjur, para pelajar kohort lain, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta yang terlibat. Tambahan pula, kejohanan ini dapat melatih pelajar untuk mengelola sesuatu kejohanan atau program apabila sudah berada di medan utama, iaitu di sekolah seperti yang terkandung dalam tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


Objektif Karnival 1. Menyerlahkan bakat guru pelatih dalam perancangan dan pengelolaan kejohanan secara rasmi dengan kemahiran yang ada. 2. Memberi peluang kepada guru pelatih mempelajari suatu pengisian yang baharu dan dapat menjadikannya sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. 3. Memberikan komitmen serta kerjasama yang tinggi bagi memastikan karnival ini berjalan dengan lancar dan jayanya. 4.Memberi keyakinan untuk berinteraksi dengan pihak yang terlibat. 5. Menjadi perintis dalam pengelolaan suatu karnival sukan yang akan menggerakkan lagi kelab dan persatuan lain menganjurkan kejohanan-kejohanan sukan yang berbeza. 6. Menjadi platform untuk persediaan dan pemilihan pemain-pemain bola tampar dan badminton untuk mewakili IPGMKBM dalam pertandingan yang akan datang. 7. Membentuk peribadi pelajar dengan minda global serta seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). 8. Melengkapkan tugasan Pentaksiran Berterusan bagi kursus PJMS3213 Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


AHLI JAWATANKUASA INDUK PENAUNG Dr. Masitah binti Mohammad Yusof Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu PENSYARAH PENASIHAT En. Kamaruzaman bin Bakar Ketua Jabatan PJK IPGM Kampus Bahasa Melayu En. Masywawi bin Mohd Nor Timbalan Ketua Jabatan PJK IPGM Kampus Bahasa Melayu En. Selvaratnam A/l Navaratnam Pensyarah Penasihat Kelab Badminton IPGMKBM En. Santharan A/l S Arumugam Pensyarah Penasihat PJK IPGMKBM Cik Tan Yan Im Pensyarah Jabatan PJK IPGMKBM PENASIHAT Dr. Nirwana binti Mohd Rashid Timbalan Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PELAKSANA PENGERUSI Khairul Najmi bin Khairullah NAIB PENGERUSI Khairunnisa binti Zuhaldi SETIAUSAHA Haziqah binti Hamdan BENDAHARI Muhammad Ismat Hafizi bin Ishamuddin AHLI JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA AJK TEKNIKAL Muhammad Danial Fahmi bin Yusainy (Bola Tampar) Muhammad Hasif bin Muda (Badminton) AJK PERTANDINGAN Norhaiziq Iman bin Norazahar (Bola Tampar) MUhammad Fahim bin Abdul Malek (Badminton) AJK PENAJAAN Muhammad Qayyum bin Mat Isa AJK BUKU PROGRAM Ahmad Fathul Mu’min bin Ahmad Hisham AJK PENDAFTARAN & STATISTIK Nur Imanina Batrisyia binti Azlan (Bola Tampar) Ahmad Syahir bin Othman (Badminton) AJK SIJIL & HADIAH Nurul Wahida Afza binti Mohd Zain AJK KEBAJIKAN & KESELAMATAN Izwan Hafizi bin Masri AJK SIARAYA Muhammad Amirul Ikhwan bin Ab Rahim AJK MAKANAN Muhammad Fawwaz Najmi bin Rustam AJK PERALATAN Muhammad Akid Irsyaduddin bin Mohd Kairul Nazuri AJK PENGACARAAN MAJLIS Hanif Asyraf bin Naim Ibni AJK MULTIMEDIA & HEBAHAN Abdul Hazim bin Mat Zizi Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


ATURCARA PROGRAM Tarikh Hari Tempat : 20-21 April 2024 : Sabtu dan Ahad : Gelanggang Bola Tampar & Dewan Aminuddin Baki IPGMKBM TENTATIF PROGRAM 20 April 2024 8.00 pg – 7.00 ptg : Pusingan awal Karnival Sukan Bola Tampar & Badminton Piala Pengarah IPGMKBM TENTATIF PROGRAM 21 April 2024 8.00 pg – 11.30 tgh hari : Pusingan kedua/Separuh akhir/Akhir Karnival Sukan Bola Tampar & Badminton Piala Pengarah IPGKBM 12.00 ptg - 1.30 ptg : Penyampaian hadiah & majlis penutup Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


MASA ATURCARA 12.00 petang - 12.10 petang Ketibaan Tetamu VIP 12.10 petang - 12.20 petang Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Wilayah NYanyian Lagu IPGM 12.20 petang - 12.25 petang Bacaan Doa 12.25 petang - 12.35 petang Ucapan Pengerusi Karnival Sukan Piala Pengarah IPGKBM 12.35 petang - 12.45 petang Ucapan Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani 12.45 petang - 12.55 petang Ucapan Perasmian Penutup Karnival Sukan Piala Pengarah IPGKBM oleh Pengarah 12.55 petang - 12.15 petang Majlis Penyampaian Hadiah 1.15 petang - 1.20 petang Nyanyian Lagu IPGKBM 1.20 petang Majlis Bersurai ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


PESERTA BADMINTON Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


PESERTA BOLA TAMPAR Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


PENGHARGAAN Jawatankuasa Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024 mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada: Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Semua Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


CATATAN Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


AUTOGRAFI Karnival Sukan (Tertutup) Piala Pengarah IPGMKBM 2024


Click to View FlipBook Version