The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pbdskbatulanchang, 2023-09-10 22:39:24

PENGENALAN PBD SKBL

PENGENALAN PBD SKBL

PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) UNIT PBD SK BATU LANCHANG SELAMAT DATANG KE HARI TERBUKA PBD SK BATU LANCHANG


P.B.D PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


APA ITU PBD? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sistem pelajaran berdasarkan penilaian kepada murid oleh guru kelas dan guru matapelajaran yang terlibat.


OBJEKTIF PBD Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran. Mengetahui keberkesanan pengajaran. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.


APA YANG IBU BAPA PERLU TAHU TENTANG PBD? Tiada peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun untuk murid-murid Tahap 1. Murid akan dinilai dan diuji oleh guru mata pelajaran masing-masing mengikut kreativiti guru berkenaan (yang bersesuaian) Murid dinilai dari 3 aspek: i. Secara keseluruhan (dalam kelas) ii. Matapelajaran iii. Individu 1 2 3 Ada 6 tahap penilaian dan PBD dilaporkan 2 kali setahun. 4


PELAKSANAAN PBD


BAGAIMANA PBD DILAPORKAN? Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) dan templat pelaporan yang seragam di seluruh Malaysia. Perkembangan pembelajaran murid dilaporkan dalam bentuk tahap penguasaan (TP). Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa. BERAPA SLIP PELAPORAN? TAHAP 1 (2 slip) Laporan Keseluruhan PBD Laporan Keseluruhan Kemahiran TAHAP 2 (2 slip) Laporan Keseluruhan PBD Laporan Keseluruhan Kemahiran Laporan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)


TAHAP PENGUASAAN (TP)


BAGAIMANA KPM HENDAK PASTIKAN GURU TIDAK PILIH KASIH DALAM PELAKSANAAN PBD? 1 Guru telah dilatih untuk menjadi guru yang beretika dan professional. 2 Pertimbangan professional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru. 3 Guru dipantau oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PBD. • Guru Besar • Penolong Kanan Pentadbiran • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid • Penolong Kanan Ko Kurikulum • Penolong Kanan Petang • Penolong Kanan Pendidikan Khas • Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang • Ketua Panitia • Guru Cemerlang • Jurulatih Utama • Mana-mana guru yang dilantik oleh Guru Besar/JK PBS SIAPAKAH JAWATANKUASA JAMINAN KUALITI PBD? 4


KESIMPULAN Pembelajaran Tahap 1 dan Tahap 2 adalah tertumpu kepada murid. Ia dapat menimbulkan rasa seronok untuk belajar, pelajaran bermakna, membina pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, Kemahiran Berfikir secara Kritis & Kreatif (KBKK), karekter dan sahsiah serta penerapan nilai kasih-sayang dalam diri murid.


TERIMA KASIH! Disediakan oleh : UNIT PBD SK BATU LANCHANG


Click to View FlipBook Version