The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap - Tokoh Kemerdekaan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58042569, 2021-09-14 03:02:10

Tunku Abdul Rahman

Pertandingan Buku Skrap - Tokoh Kemerdekaan di Malaysia

Keywords: Tunku Abdul Rahman

SJK(C) YU MING 1 2025 学校转型计划
提供优质的教育
PEKAN NANAS

北干那那育民一校

1

SJK(C) YU MING 1

PEKAN NANAS

北干那那育民一校

2025 学校转型计划
提供优质的教育

BIODATA PELAJAR

Nama Chee Jia Yi
Jantina Perempuan
Tarikh lahir 01 Januari 2010
Alamat e-mel [email protected]
Kelas 5J
Nama sekolah SJK(C) Yu Ming 1 ( JBC6024)
Alamat sekolah SJK(C) Yu Ming 1,
81500 Pekan Nanas,
Pontian, Johor

2

PENDAHULUAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang pemimpin yang digeruni oleh rakyat Malaysia
ketika zaman pemerintahannya dahulu, kini dan selamanya. Beliau telah meninggalkan satu nostalgia
buat rakyat Malaysia khususnya dalam pengorbanan beliau sebagai seorang yang memperjuangkan
kemerdekaan agar rakyatnya merasai keamanan yang tidak berbelah bahagi lagi. Beliau adalah seorang
tokoh yang sangat berjasa bukan sahajakepada rakyatnya malah juga buat bangsa dan negara.
Pengorbanan beliau kepada Negara telah menyebabkan beliau sehingga kini digelar sebagai “Bapa
Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.

Kecerdikan beliau dalam menangani segala masalah rakyat dan negara telah menyebabkan akhirnya
Tanah Melayu yang dahulu dijajah oleh beberapa kuasa asing bermula tahun 1511 sehingga 1957 iaitu
selama 446 tahun yang merupakan suatu tempoh yang agak lama negara kita dijajah. Dalam tempoh ini
rakyat Tanah Melayu dikatakan hidup dalam suasana yang “terkongkong‟ oleh kuasa asing yang
sentiasa mengawal segala gerak-geri rakyatnya serta mengaut kekayaan Tanah Melayu dan dihantar ke
negara asal mereka untuk dibangunkan sedangkan, orang-orang di Tanah Melayu sendiri yang berusaha
mencari kekayaan tersebut. Walaubagaimanapun, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957. Ini kerana bagi beliau untuk
mencapai kermerdekaan dan keamanan tidak perlu dengan kekerasan tetapi cukup dengan perundingan
dan perbincangan. Melalui prinsip beliau, akhirnya Tunku berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan
dapat menyatukan semua kaum di Malaysia yang terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan
India serta lain-lain.

3

BIODATA ALMARHUN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRAL AL HAJ

Nama penuh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Nama timangan
Tarikh dan tempat Lahir Awang
Meninggal dunia
Kerjaya 08 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah
Jawatan
Ibu bapa 06 Disember 1990, umur 87, Kuala Lumpur

Peguam dan Ahli politik
Perdana Menteri Pertama (31 Ogos 1957 – 22 September 1970)

Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Che Manyalara

Sultan Kedah yang ke-24 (Nueng Nandanagara)

Isteri 1. Meriam Chong Abdullah / Chong Ah Mei (1933–1935)*
Anak-anak
2. Violet Coulson / Puteh Bte Abdullah (1935-1946)
3. Hajah Sharifah Rodziah Binti Syed Alwi Barakbah (1939–2000)

4. Bibi Chong (1963–1990)

1. Tunku Khadijah 3. Tunku Sulaiman 7. Tunku Noor
Hayati

2. Tunku Ahmad 4. Tunku Mariam 8. Tunku Mastura
Nerang
5. Tunku Syarifah
Hanizah

6. Tunku Faridah

4

RATIONALISASI PEMILIHAN TOKOH

Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah seorang pemimpin yang
berprinsip dan tegas dalam membangunkan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tunku juga seorang negarawan yang budiman dan seorang pemimpin yang demokratik yang berwawasan
dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi
berpelembagaan.

Tunku adalah seorang pemimpin yang bersikap humanis dan mencintai kedamaian. Beliau bersikap
baik tanpa mengira bangsa dan agama, bersemangat waja dan setiasa mengutamakan kepentingan negara.
Beliau merupakan pembina bangsa dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam usaha menyatupadukan
rakyat Tanah Malayu yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil usaha yang tidak pernah mengenal jemu
dan lelah, Tunku telah berjaya menyatupadukan rakyat Tanah Melayu di bawah satu parti politik nasional
(Barisan Nasional) bagi menentang penjajahan British sekaligus menuntut kemerdekaan Tanah Malayu.

Inilah ciri-ciri kepimpinan yang ternilai diharapkan dapat dicontohi serta ditelatani oleh semua
pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia.

KELEBIHAN TOKOH

 Berbuat baik dengan semua orang
 Mendengar sendiri masalah rakyat dan membantu mereka
memperbaiki kehidupan semasa bekerja sebagai penjawat awam.
 Gemar bergaul dengan segenap lapisan tanpa mengira status.
 Tidak sukakan diskriminikasi dan sentiasa memperjuangkan
persamaan hak sesama manusia.

 Kepentingan pendidikan
 Menurut Tunku, pendidikan akan membantu mengubah nasib seseorang dan juga menjadi
penentu perkembangan sesebuah negara. Kebolehan dan penguasaan Bahasa Inggeris amat
dititikberatkan untuk mencetuskan pemikiran yang intelek. Subjek Matematik dan Sains perlu
dikekalkan pengajarannya dalam Bahasa Inggeris untuk mengikut aliran dunia dan teknologi
semasa.
5

 Membantu semua orang ketika dalam kesusahan
 Menghulurkan tangan membantu ramai tahanan yang terlepas daripada membina “Landasan
Kereta Api Maut” dengan menyediakan tempat perlindungan dan makanan.
 Menyelamatkan ramai rakyat dan memastikan keselamatan mereka semasa pencerobohan
Jepun di Tanah Melayu.

 Menang dalam keamanan
 Menolak permintaan Parti Komunis Malaya untuk bertanding dalam pilihanraya kerana parti itu
lebih sukakan keganasan.
 Menandatangani perjanjian yang menjanjikan pembebasan Tanah Melayu daripada British
dengan setiausaha kolonial Alan Lennox-Boyd tanpa sebarang titisan darah pada 8 Februari
1956.

 Jadilah tonggak perpaduan dan keharmonian
 Menyatukan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menjadi Malaysia pada 16
September 1963.
 Untuk mengendalikan masalah perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina dengan cara
yang lebih aman, Tunku mencadangkan kepada Parlimen Malaysia supaya mengundi sama ada
Singapura kekal berada di dalam Malaysia atau tidak. Hasil pengundian ialah Singapura
dipisahkan dari Malaysia demi menjaminkan keamanan dan kebaikan kedua-dua buah negara.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

 Memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan Negara daripada belenggu penjajah melalui
perundingan tanpa pertumpahan darah pada 1957.

Menandatangani perjanjian dengan
kerajaan Britain

 Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

6

 Telah membawa pelbagai perubahan kepada Malaysia
dengan membentuk strategi pembangunan jangka panjang
bagi tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan
Malaysia Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaysia
Kedua (1961-1965).

Rancangan Malaysia pertama & kedua

 Tunku Abdul Rahman juga telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa dengan menubuhkan
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada 1961 yang kini dikenali sebagai ASEAN.

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

 Politik :
 Tunku mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

 Mengadakan rundingan Baling bertemu dengan Chin Peng di Sekolah Rendah Baling pada
28/12/1955 (Pemimpin yang mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan negara).
Rundingan itu tidak berjaya kerana Tunku enggan mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai
parti politik yang sah. Akhirnya menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu

 Usaha beliau membentuk Gagasan Malaysia pada 27/5/1961 untuk mejamin kekukuhan politik,
keselamatan, ekonomi dan sosial semua negara yang terlibat. Persekutuan Malaysia dibentukkan
pada 16 September 1963 dan Tunku digelar sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.

 Ekonomi :

Tunku melaksanakan rancangan pembangunan negara setiap tempoh 5 tahun bermula pada tahun 1956-
1960 untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Tumpuannya kepada sektor pertanian,
mempelbagaikan dan menambahkan peluang pekerjaan, merapatkan jurang perbezaan pendapatan
penduduk bandar dan luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar.

7

 Sosial :
 Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan
mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
 Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
 Giat dalam bidang penulisan akbar dan menjadi pengerusi akbar
The Star pada tahun 1977.
 Buku pertamanya “May 13, before and
after”.

 Kesenian:
Tunku menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan
tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia. 3 karya, Mahsuri, Raja Bersiung dan Sumpahan
Mahsuri kemudiannya difilemkan

 Sukan :
Pengasas Pesta Bola Merdeka yang begitu popular dan disambut baik oleh negara-negara lain di Asia.

PENUTUP

Kesimpulannya, Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang
tersendiri yang sukar ditandingi. Beliau banyak mencurahkan sumbangannya kepada bangsa dan negara dari
pelbagai aspek. Sebagai generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan sumbangan beliau.
Tanpa perjuangan beliau, mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada
dalam peta dunia. Walaupun telah sekian lama Tunku mangkat tetapi bakti yang ditabur untuk anak bangsa
terus dikenang mangkat untuk Bapa Kemerdekaan negara ini.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah menyemai semangat cinta akan negara dan sentiasa
menjaga maruah serta kedaulatan negara kita. Perpaduan antara kaum juga perlu dikekalkan supaya kita
dapat terus hidup dalam keadaan dan suasana yang aman damai.

8

Sumber rujukan

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
2. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tunku-abdul-rahman.html
3. https://www.merdeka.com/tunku-abdul-rahman-putra-al-haj/profil/
4. https://iluminasi.com/bm/5-pengajaran-daripada-kepimpinan-tunku-abdul-rahman.html
5. https://umno-online.my/presiden/tunku/
6. http://hids.arkib.gov.my/#/site_vod?era_id=7&title=frontend
7. https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2007/08/26/the-nation-came-first-for-tunku
8. http://myonemyheart.blogspot.com/2009/05/tunku-abdul-rahman-putra-al-haj.html
9. https://umno-online.my/presiden/tunku/

10.https://sarawakvoice.com/2017/11/05/tunku-abdul-rahman-pemimpin-berprinsip-negarawan-

budiman/

11.myOne&myHeaRt: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (myonemyheart.blogspot.com)

9


Click to View FlipBook Version