The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURIFAH BINTI ABD RAHMAN KPM-Guru, 2023-06-21 00:34:01

mesyuarat 1

mesyuarat 1

- 1 - SK BANDAR TASIK SELATAN BANDAR TASIK SELATAN, 57000 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT GURU SKBTS KALI PERTAMA TAHUN 2023/2024 Tarikh : 14 Mac 2023 (Selasa) Masa : 8.30 hingga 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Terbuka SKBTS Pengerusi : Puan Rohaya binti Ramli Nama yang hadir : Seperti dilampirkan Nama yang tidak hadir : Seperti dilampirkan Urusetia : Semua Guru 1.0 Kata alu-aluan 1.1. Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan. Bacaan surah al fatihah sebelum memulakan mesyuarat. 1.2. Pengerusi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan memaklumkan bahawa mesyuarat diadakan bagi memberi panduan dan bimbingan kepada guru tentang pelaksanaan tugas kerja sepanjang sesi 2023/2024. 1.3. Beliau mengharapkan kerjasama semua guru dan jawatankuasa yang dibentuk mencukupi agar tiada kekangan dalam usaha memastikan kelancaran proses pembukaan sekolah sesi 2023/2024. Makluman 2.0 Pengesahan minit mensyuarat. 2.1 Disahkan oleh : Pn. Norlaili bt Muhammad 2.2 Disokong oleh : Sebulat suara Makluman


- 2 - 3.0 Taklimat Pen. Kanan Tadbir & Kurikulum (Pn. Rohaya binti Ramli) 3.1 Pesanan kepada para guru 3.1.1 Guru kelas hendaklah bersedia menghadapi cabaran yang perlu digalas dan sentiasa berwawasan dalam mendidik anak bangsa. 3.1.2 Guru perlu sentiasa mempunyai semangat pasukan yang tinggi dalam memastikan kualiti kerja yang baik. 3.1.3 Guru perlu menjalankan tugas yang diberi dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. 3.2 Persiapan pembukaan sekolah sesi 2023/2024 3.2.1 Guru kelas hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan yang bersih dan mempunyai kerusi dan meja yang mencukupi dengan jumlah murid. 3.2.2 Kehadiran semua guru kelas sesi pagi dan sesi petang akan dimaklumkan untuk sama-sama hadir membuat persiapan keceriaan kelas bagi menyambut kehadiran murid pada 20 Mac 2023. 3.2.3 Pemantauan akan dijalankan oleh pihak atasan bagi melihat dan memantau sesi persekolahan berjalan dengan lancar. 3.2.4 Pemantauan juga akan dilaksanakan terhadap pengurusan buku teks, pentadbiran, pengurusan PIBG dan sebagainya. 3.2.5 Minggu pertama sesi persekolahan akan dilaksanakan program-program yang seiring dengan arahan KPM agar dapat memupuk semangat murid untuk hadir ke sekolah dalam keadaan yang ceria dan selamat. 3.2.6 Aktiviti yang dijalankan akan melibatkan murid, guru dan ibu bapa agar mampu menyuburkan perasaan gembira murid untuk hadir ke sekolah. Ibu bapa dibenarkan mengiringi murid-murid hadir ke sekolah. Makluman 3.3 Garis panduan undangan atau lawatan orang kenamaan/ahli politik ke institusi KPM 3.3.1 Orang kenamaan/ahli politik yang ingin hadir ke sekolah perlu kelulusan pendaftar daripada KPM dan permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pelaksanaan program. 3.3.2 Guru tidak dibenarkan terlibat sebagai menganjur bagi program-program melibatkan orang kenamaan/ahli politik. Makluman


- 3 - 3.4 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 3.4.1 Capaian lima hari berkursus 2022/2023 adalah 100%. 3.4.2 Guru boleh mula mengumpul mata kredit bagi tahun 2023/2024 agar dapat diselesaikan lebih awal. 3.4.3 Beberapa kursus akan dilaksanakan sebagai aktiviti wajib bagi meningkatkan profesionalisme guru. 3.4.4 Aktiviti peningkatan akademik tidak termasuk pencapaian mata kredit. Makluman 3.5 Buku pengurusan sekolah sesi 2023/2024 3.5.1 Ucapan terima kasih diberikan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus menyiapkan buku pengurusan ini. 3.5.2 Bagi mengelakkan pembaziran dan penjimatan kos, buku pengurusan boleh diakses oleh guru-guru secara atas talian pada bila-bila masa. 3.5.3 Walau bagaimanapun, beberapa cetakan buku pengurusan akan dibuat bagi penggunaan tetamu atau guru-guru praktikal kelak. 3.5.4 Jika guru dipanggil untuk hadir ke sekolah pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat, arahan perlu dipatuhi kerana adalah dibenarkan oleh KPM melainkan Sabtu tersebut merupakan hari cuti umum. 3.6 Kehadiran guru-guru ke sekolah. Sesi Waktu Hadir Waktu Pulang Pagi Sebelum 7.20 pagi Selepas 1.30 tengah hari Petang Sebelum 12.30 tengah hari Isnin : Selepas 6.30 petang Selasa – Jumaat : 6.00 petang 3.6.1 Guru perlu memaklumkan ketidakhadiran guru ke sekolah sebelum bermula sesi persekolahan agar jadual ganti guru dapat disediakan dengan lebih awal. 3.6.2 Segala urusan peribadi perlu dilaksanakan selepas waktu persekolahan melainkan perkara-perkara kecemasan. 3.6.3 Pelepasan pulang awal dengan kebenaran perlu mencatit sebab dan ditandatangani oleh pihak pentadbir yang dimaklumkan agar dapat mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari.


- 4 - 3.6.4 Guru wajib mengetip kad perakam waktu apabila hadir dan pulang dari sekolah dengan sendiri. 3.6.5 Guru yang berhasrat keluar semasa waktu sekolah atas urusan tertentu/kecemasan perlu maklum kepada pentadbir dan mengisi maklumat di HRMIS. 3.7 Cuti / Kursus Luar 3.7.1 Bagi guru yang bakal bercuti/mengikuti kursus perlu memastikan kelas yang ditinggal telah disediakan kerja dan tugasan yang perlu mereka laksanakan dan akan memudahkan guru ganti mengawal kelas. 3.7.2 Cuti Rehat Khas (CRK) guru yang telah berkhidmat kurang dari 10 tahun adalah 10 hari dan guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun adalah 15 hari. Guru perlu memohon kelulusan daripada pihak pentadbir terlebih dahulu sebelum mengisi borang atau HRMIS. CRK yang dipohon atas hal-hal kecemasan perlu disegerakan pengisian borang dan HRMIS setelah kembali ke sekolah. 3.7.3 Cuti tanpa gaji dan separuh gaji boleh dipohon daripada pihak pentadbir dan pihak atasan bagi mendapatkan kelulusan. 3.7.4 Guru-guru yang ingin menyambung pembelajaran perlu memohon kebenaran meskipun menggunakan pembelanjaan sendiri. Cuti Tanpa Rekod dapat dipohon jika guru mendapat kelulusan untuk menyambung pelajaran jika ingin menduduki peperiksaan. 3.8 Maklumat-maklumat lain 3.8.1 Pelantikan sebagai pemeriksa kertas peperiksaan awam tidak boleh diwarwarkan secara umum kerana berstatus sulit. 3.8.2 Pementoran terhadap guru baru boleh dimasukkan dalam mata kredit SPLKPM. 3.8.3 Guru perlu memiliki Sijil Guru Malaysia. Jika masih tidak memiliki boleh memohon dan membuat kemaskini di aplikasi Saya Guru Malaysia. 3.8.4 Urusan Penilaian Bersepadu Pegawai Pendidikan(PBPPP) akan ditetapkan oleh pentadbir yang akan mencerap para guru. Guru akan dinilai dari segi gerak kerja dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai guru di sekolah. 3.8.5 Guru-guru perlu mengetahui dan memahami akta Perintah Am kerajaan agar dapat berkhidmat sebagai kakitangan awam dengan baik. Tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap guru yang ingkar.


- 5 - 3.8.6 Kekemasan guru ke sekolah perlu dititikberatkan dan sentiasa mematuhi etika pemakaian profesion perguruan. 3.8.7 Sentiasa mengajar murid dalam keadaan bersedia dan bersemangat agar murid mendapat input dengan baik dan sentiasa mengawal situasi kelas dengan baik. 3.8.8 Guru perlu menyemak buku latihan dan tugasan yang diberikan secara berkala. 3.8.9 Guru menjadi teladan kepada murid-murid terhadap semua aspek di sekolah. 3.8.10 RPH perlu dilaksanakan setiap hari dan bersedia untuk dipamerkan jika diminta oleh para pentadbir. ERPH juga perlu dihantar pada setiap hari Jumaat dengan lengkap. 3.8.11 Guru tidak dibenarkan menukar atau meminda jadual waktu tanpa pengetahuan pentadbir. Guru kelas juga perlu menampal jadual di dalam kelas. 3.8.12 Sentiasa berhati-hati dalam mendidik mahupun menghukum murid jika mereka melakukan sebarang kesilapan. 3.8.13 Semua guru bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran hari pertama persekolahan daripada segi keselamatan, keceriaan dan kebersihan. Makluman Semua Guru 4.0 Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) - (En.Hasre Adha bin Mohd Hassan ) 4.1 Ucapan Alu-aluan 4.1.1 Ucapan salam dan terima kasih kerana telah bersama-sama menyelesaikan urusan hal ehwal murid. 4.2 Jawatan guru unit HEM 4.2.1 Guru-guru diberikan tugas-tugas berkaitan HEM di SKBTS dan diminta untuk melaksanakan tugasan dengan sebaiknya. Guru boleh rujuk buku pengurusan SKBTS untuk melihat jawatankuasa HEM bagi tahun 2023/2024. 4.2.2 Ucapan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus membantu menyelesaikankan amanah dengan baik. 4.2.3 Pihak HEM akan bersama-sama dengan guru dalam memastikan unit disiplin dan pengurusan HEM di sekolah berada dalam keadaan baik. 4.2.4 Setiap guru perlu bersama-sama berganding bahu dalam memastikan muridmurid sentiasa mematuhi peraturan dan membentuk sahsiah yang terbaik.


- 6 - 4.2.5 Guru perlu sentiasa peka dan memahami peraturan sekolah agar dapat memastikan murid berada dalam keadaan yang baik dan mengelakkan guru menghadapi masalah pada masa akan datang. Tindakan : Semua guru kelas 4.3 Maklumat-maklumat lain 4.3.1 Denda dan hukuman adalah tidak dibenarkan dengan tujuan menyakiti dan mencederakan sama ada emosi atau fizikal murid. Oleh itu, guru diminta bersabar jika terdapat murid yang bertindak tidak sopan dan biadap. Guru-guru hendaklah menggunakan tindakan sebaik mungkin/budi bicara dalam menangani masalah yang berkaitan dengan murid. 4.3.2 Guru diingatkan bahawa murid merupakan pelanggan dan guru perlu berusaha memberikan yang terbaik dalam mendidik mereka. Guru bukan sahaja bertugas sebagai pendidik malah sebagai penjaga murid-murid sewaktu mereka berada di sekolah. 4.3.3 Terdapat banyak bantuan yang akan diberikan dan diagihkan kepada muridmurid yang memerlukan dan berkelayakan. 4.3.4 Pendaftaran murid tahun satu akan dilaksanakan dan semua guru perlu bersama-sama membantu bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. 4.3.5 Fail maklumat murid perlu dilengkapkan dan maklumat di dalam APDM juga sentiasa dikemaskini oleh guru kelas. 4.3.6 Nombor daftar murid perlu ada dan merupakan satu perkara yang sangat penting. Oleh itu, guru harus memastikan setiap murid memilikinya. 4.3.7 Keceriaan kantin perlu dipertingkatkan. 4.3.8 Guru perlu sentiasa peka jika ternampak kawasan-kawasan air bertakung di kawasan sekolah bagi mengelakkan jentik-jentik membiak dan mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes. Tindakan : Semua guru kelas


- 7 - 6.0 Taklimat Penolong Kanan Ko-Kurikulum (En. Romzi bin Che Din). 6.1 Ucapan Alu-aluan 6.1.1 Ucapan salam terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas komitmen dan kerja buat guru-guru sepanjang sesi persekolahan sesi 2022/2023. Ucapan terima kasih kepada AJK Kokurikulum dan jurulatih yang telah banyak menyumbang tenaga dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik. 6.2 Akta Kokurikulum dan tugas-tugas guru 6.2.1 Aktiviti kokurikulum adalah wajib dilaksanakan bagi setiap sekolah. Oleh itu, kehadiran murid dan guru perlu sentiasa direkod. 6.2.2 Perjumpaan kokurikulum akan dilaksanakan seperti biasa pada hari RABU. 6.2.3 Guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan mengelola setiap unit kokurikulum perlu berlapang dada dan melaksanakan tugasan dengan sebaiknya. Guru boleh rujuk buku pengurusan SKBTS untuk melihat jawatankuasa Kokurikulum bagi tahun 2023/2024. 6.2.4 Pihak Kokurikulum akan sentiasa membantu dan bersama-sama dengan guru bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik serta dapat membentuk peribadi murid yang terbaik. 6.2.5 Aktiviti-aktiviti Kokurikulum seperti perkhemahan, hari sukan, program pembangunan unit beruniform, kelab dan sebagainya akan dilaksanakan mengikut takwim persekolahan 2023/2024. Guru-guru boleh bersedia dengan perancangan bagi setiap program tersebut. Makluman dan tindakan semua guru 6.3 Lain-lain 6.3.1 Pengisian PAJSK telah selesai sepenuhnya dan ucapan terima-kasih diberikan kepada guru-guru yang terlibat. 6.3.2 Laporan aktiviti sedikit tidak lengkap dan masih ada yang belum dihantar. Oleh itu, guru perlu menghantar dengan kadar segera. 6.3.3 Perhimpunan bulanan kokurikulum akan dijalankan pada minggu ketiga setiap bulan. Setiap unit beruniform akan bertugas secara bergilir bagi mengelola perhimpunan KOKO bagi setiap bulan. Makluman dan tindakan semua guru


- 8 - 7.0 Taklimat Penolong Kanan Petang (Pn Rosnah binti Remly) 7.1 Ucapan Alu-aluan 7.1.1 Ucapan salam, terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas komitmen dan kerja buat guru-guru sepanjang sesi persekolahan sesi 2022/2023 terutamanya bagi guru-guru sesi petang. 7.2 Markah Prestasi Guru 7.2.1 Markah prestasi guru akan dinilai berdasarkan kepedulian guru terhadap murid, penampilan guru dan profesionalisma terhadap sistem perguruan. 7.2.2 Pengetahuan guru dalam sistem pendidikan juga menjadi titik tambah dalam menjalankan tugas sebagai guru dengan lebih baik. 7.2.3 Pengetahuan dalam IT, sosial dan sumbangan luar juga dapat membantu guru untuk mendapatkan markah yang lebih baik. 7.2.4 Bahagian terbesar dalam pemarkahan guru adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah, pelaksanaan RPH dan pelaksanaan borang keberhasilan. Makluman dan tindakan semua guru 8.0 Taklimat Pen. Kanan Pendidikan Khas (Pn. Zaiton bt Yahya) 8.1 Ucapan Alu-aluan 8.1.1 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua guru terutamanya guru-guru PPKI dan prasekolah. 8.2 Aktiviti – aktiviti PPKI 8.2.1 Perkhemahan Pengakap PPKI akan dilaksanakan sebagai salah satu terapi kepada murid. Program-program lain juga akan dilaksanakan dan kertas kerja bagi setiap program akan dihantar kepada pihak atasan untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan. 8.2.2 Program jaringan Santun Aidilfitriyang melibatkan tiga buah sekolah iaitu SK Bandar Tasik Selatan, SK Desa Tasik dan SMK Bandar Tasik Selatan yang akan menyumbangkan markah yang tinggi untuk sekolah.


- 9 - 8.2.3 Program Pendidikan Khas Inklusif juga akan terus dilaksanakan dengan terancang. Program ini bertujuan untuk memberi memberi peluang murid PPKI untuk bergaul dengan murid aliran perdana. 8.2.4 Pendaftaran murid tahun 1 PPKI seramai 8 orang akan berlangsung pada hari yang sama murid tahun 1 aliran perdana. Pihak PPKI tidak akan menerima murid yang tidak mendapat surat penempatan sekolah di PPKI. 8.2.5 Ucapan selamat bertugas kepada semua guru dan terima kasih kerana menjalankan tugas dengan baik. Tindakan: Semua Guru PPKI dan guru 9.0 Hal-hal Lain 9.1 Program yang melibatkan duit PCG, nota minta hendaklah diisi selengkapnya oleh guru dengan lengkap dan mendapatkan kelulusan daripada guru besar dan sokongan daripada penolong kanan yang berkenaan. Guru juga perlu mendapatkan tiga sebut harga daripada pembekal yang berlainan dan kepilkan bersama nota minta. Seterusnya hantar pada kerani kewangan dengan segera. 9.2 Kertas kerja program perlu dilakukan dengan lengkap dan terperinci dan mendapatkan kelulusan guru besar sebelum aktiviti tersebut dilaksanakan. 9.3 Elaun saguhati penceramah juga perlu disertakan dalam nota minta. Jamuan makan atau hadiah lain tidak akan diberikan kepada penceramah yang telah diberikan saguhati berbentuk wang ringgit. 9.4 Jika guru memerlukan pengangkutan murid seperti bas atau van, kertas kerja, surat jemputan kejohanan, jadual perlawanan, senarai nama murid perlu disertakan dengan lengkap. Program lawatan pula memerlukan surat kelulusan daripada pihak atasan. 9.5 Cuti Rehat Khas (CRK) harus dipohon daripada para pentadbir dan setelah mendapat kelulusan guru perlu mengisi maklumat dalam HRMIS. Slip cuti sakit harus segera diserahkan kepada kerani setelah kembali bertugas. 9.6 Wujudkan group whatsapp kelas agar maklumat berkenaan persekolahan dapat diwar-warkan dengan lebih jelas. 9.7 Ingatan mesra kepada semua guru atau ketua panitia untuk melengkap fail panitia dan laporan-laporan yang berkenaan bagi sesi 2022/2023. 9.8 Para guru diminta untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjalankan tugas agar pelaksanaan sekolah berjalan dengan lancar.


- 10 - Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 pagi. Disediakan oleh, ………………………………………………………………… (HAWA SYAHIRAH BINTI MOHD SAID) Setiausaha II, Mesyuarat Guru, SK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. HawaSyahirah


- 11 - LAMPIRAN SENARAI NAMA KEHADIRAN GURU MESYUARAT KALI 1 2023/2024 BIL NAMA GURU CATATAN 1. ( GURU BESAR ) 2. ROHAYA BINTI RAMLI ( PK T & K ) HADIR 3. HASRE ADHA BIN MOHD HASSAN ( PK HEM ) HADIR 4. ROMZI BIN CHE DIN ( PK KOKO ) HADIR 5. ZAITON BINTI YAHAYA ( PK P. KHAS ) HADIR 6. ROSNAH BT REMLY ( PK PETANG ) HADIR 7. ABDUL JALIL BIN MAT HADIR 8. ABDULLAH MUHAIMIN BIN AHAMAD HADIR 9. AISAH BINTI SH'ARI HADIR 10. FAIZAH BINTI MOHD SAHAT HADIR 11. FARAH NUR IMANIAH BINTI MOHD SHUKRI HADIR 12. GRACE ANNE HADIR 13. HAZRUL BIN GHAZALI HADIR 14. KAMARUNZAMAN BIN ADAM HADIR 15. MOHD ARIF BIN AHMAD THARMIZI HADIR 16. MOHD HAIROS BIN DAUD HADIR 17. MOHD ZAHIR BIN RAMLI HADIR 18. MUHAMAD ALIFF BIN KAMAL AFFANDI HADIR 19. MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSOF HADIR 20. MUHAMMAD IZWAN BIN HALIM HADIR 21. MUHAMMAD NUR FIKRI B MOHAMMAD ZAINURI HADIR 22. MUHAMMAD SHAFIQ BIN HAZMAN HADIR 23. NOORAZILA BINTI ABDULLAH HADIR 24. NORASHIKIN BINTI AZIZ HADIR 25. NORASSKIN BT MOHAMED HADIR 26. NORAZAH BINTI AB AZIZ @ HAMID HADIR 27. NORIDAYU BINTI NORDIN HADIR 28. NORHAYATI BINTI MUHAMED HADIR 29. NORLAILA BINTI MOHD SALLEH HADIR 30. NORLAILI BINTI MUHAMAD HADIR 31. NORMALIZA BINTI RAMLI HADIR 32. NORYATI BINTI NGAH HADIR 33. NUR ASHIKIN BINTI MASLAN CB 34. NUR SAHIRA BINTI MOHD SOIB HADIR 35. NURAZIRA BINTI ABDULL HALIM HADIR 36. NURUL SYIFAA' BINTI ZAINOL HADIR 37. NURULHOODA FARRAH BINTI DORAHIM HADIR 38. RAHANA BINTI MOHAMAD KHATIB HADIR 39. RASMIN ARNI BINTI ALIAS HADIR 40. ROHAZLINDA BINTI ISSAHAK HADIR


- 12 - 41. ROSLEEN BIN ABU BAKAR HADIR 42. ROSMAINI BIN MOHD ZUBIR HADIR 43. RUZANA BINTI AHMAD HADIR 44. SAHRULLIZAM BIN LIAS HADIR 45. SALINA BINTI ADNAN HADIR 46. SARAH AQILAH BINTI JAMALULAIL HADIR 47. SARINAH BINTI ABDULLAH HADIR 48. SITI AISAH BINTI ABD KHANI HADIR 49. SITI ‘AISYAH BINTI JAMALUDIN HADIR 50. SITI AISYAH ILYANI BINTI BAHRI HADIR 51. SITI NOOREHAN BINTI SA'IM HADIR 52. SITI NORAEIN BTE HAMZAH HADIR 53. SITI SUHAILI BT ISMAIL HADIR 54. SUGANIYA A/P ARNACHALAM HADIR 55. TENGKU MOHAMMAD AIMAN BIN TENGKU MOHAMMAD FAUZAN HADIR 56. TUAN MOHD KHAIRI BIN TUAN SOH HADIR 57. TUAN NOREHAN BINTI RAJA OTHMAN HADIR 58. WAN MARFUZA BINTI WAN MOHD FUAT HADIR 59. WAN NOR AZIAN BINTI BIDUZODIN HADIR 60. WAN RUZLEE BIN WAN MOHD NOR TIDAK HADIR (BERSEBAB) 61. WAN NOOR HILWANI BINTI WAN MOHAMED HADIR 62. YAACOB BIN ISMAIL HADIR 63. YETTE SURIANE BINTI MOHD BAHARUDDIN HADIR 64. ZAIDI BIN OTHMAN HADIR 65. ZALIFAH BINTI MOHD ZAWAWI HADIR 66. ZATUSY SYAMAM BINTI SHARUDDIN HADIR 67. ZIRWATUL RAFIDAH BINTI RAHIM HADIR 68. ZULATUL AZRINA BINTI ZULKEFLI HADIR 69. ZURIFAH BINTI ABD RAHMAN HADIR 70. ABOL IBNUL EQKWAN B ZOLKIFLI HADIR 71. AHMAD IZHAM BIN ABD GHANI HADIR 72. AINON BARIAH BINTI HUSIN HADIR 73. AMIZAH BINTI ABDULLAH HADIR 74. ANDREW ANAK ENTIPAN TIDAK HADIR (BERSEBAB) 75. AZIMAH BINTI UMAR HADIR 76. AZMI BIN MOHAMAD @ ALIAS HADIR 77. FATIMAH BINTI AB LATIF HADIR 78. HAPINI BINTI ABDULL WAHAB HADIR 79. HAWA SYAHIRAH BINTI MOHD SAID HADIR 80. HAZRITA BINTI AZMI HADIR 81. HUSNA AMIRA BT ISMAIL HADIR 82. KHARAINE BINTI CHE IBRAHIM HADIR 83. KHIRUL AMIR BIN ABU HASAN HADIR 84. MOHD HAMDI FARKHAN BIN SALEHHUDDIN HADIR


- 13 - 85. MOHD SHAKIR BIN ESUAN HADIR 86. MOHD ZULFADLI BIN YUSOF HADIR 87. MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMAD@ GHAZALI HADIR 88. MUHAMMAD HAZWAN BIN MD TAIB HADIR 89. MUHD AZIZI BIN AHMAD SHAMSUL TIDAK HADIR (BERSEBAB) 90. MUSAFARUDIN BIN OTHMAN HADIR 91. NASIHA BINTI MOHD SHARIF HADIR 92. NOR BAZRIANA BINTI BADRI CTG 93. NOOR HAMIMI BINTI ABDUL AZIZ HADIR 94. NOR SUZERA BINTI ZAHARI HADIR 95. NORAZLIZA BINTI ISMAIL HADIR 96. NORSABRINA BINTI HASSAN HADIR 97. NUR FAKHIRA BINTI JALALUDDIN HADIR 98. NUR FATIN UMMAIRAQ BIN ABDUL HALIM HADIR 99. NUR INSYIRAH NAJWA BINTI OTHMAN HADIR 100. NUR IZRIN FARAH HANI BINTI ISMAIL HADIR 101. NURIYLIA BINTI ROHIZIR HADIR 102. NURLIDIA BINTI KHALID@KHALIB HADIR 103. SALME BINTI SENIK HADIR 104. SHAIFUL NAZRI BIN ABDUL JABBAR HADIR 105. SHAREENA FATIHAH BINTI SHARIN HADIR 106. SITI FAREZZA BINTI ABD MUIS HADIR 107. SITI HAJAR BINTI AB HADI HADIR 108. SITI MAZURA BINTI SHAIKH MUSTAFA HADIR 109. SITI NORLIANA BINTI MOHD NOR HADIR 110. SITI RAFIDAH BINTI ABD RAHMAN HADIR 111. SURINA BINTI MALEK HADIR 112. SURIYAH BINTI IBRAHIM HADIR 113. TENGKU NORDIANDA BINTI TENGKU YUNUS HADIR 114. ZUBAIDAH BINTI DAUD KAIYIN HADIR 115. 116. 117. 118. 119.


Click to View FlipBook Version