The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junizah.juwadi, 2021-04-25 05:42:09

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD YASIN

tokoh

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD YASIN

Muar banyak mencatatkan kelahiran tokoh pemimpin yang berwibawa. Tidak dapat dinafikan lagi Muar
seolah-olah berperanan seperti kilang pengeluar tokoh-tokoh berwawasan yang terkenal. Tokoh
tradisional banyak terlahir di sepanjang Sungai Muar hingga ke Segamat. Manakala tokoh-tokoh
pemimpin moden terlahir di kawasan bandar merentas ke kawasan yang dulunya terkenal sebagai
Padang dan pada hari ini meliputi kawasan pantai ke arah Batu Pahat. Hal ini adalah disebabkan
sejarah tamadun Muar adalah antara tertua di Johor. Orang Muar juga amat peka terhadap pendidikan.

Bagi sejarah negeri Johor pula, tokoh-tokoh pemimpin terkenal adalah berasal dari Muar dan Johor
Bahru. Dua kumpulan tokoh pemimpin ini pada suatu ketika saling bersatu dan ada ketika yang lain
tidak bersefahaman. Namun tiada sejarah mencatat tragedi peperangan akibat salah faham. Sebaliknya
sering pula mewujudkan keadaan yang lebih baik hingga kadangkala tanpa terduga langsung.

Pada lazimnya, tokoh kepimpinan Johor Bahru mempunyai sejarah, pengaruh dan pengalaman dan
berasal-usul daripada keturunan pembesar tradisional Johor-Pahang. Mereka mewarisi hal-hal
kebudayaan dan pentadbiran atau politik Melayu daripada Kesultanan Melayu Melaka. Manakala tokoh-
tokoh Muar pula boleh dikatakan berasal-usul daripada keturunan pemimpin pendakwah yang bebas
dan mempunyai pengalaman berdagang dan mempunyai pengaruh kebugisan. Dua faktor ini amat
menarik diperhatikan kerana latar belakang inilah yang mencorakkan politik Melayu Johor.

Dato’ Abdul Rahman bin Muhammad Yasin ialah salah seorang tokoh Johor yang terkenal dan
berwibawa berasal dari Muar. Negara terhutang budi kepada beliau kerana beliau ialah antara tokoh
Melayu yang cepat dapat melihat jurang bahaya perpaduan Melayu ketika ditinggalkan oleh Dato Onn
Jaafar pada tahun 1951. Beliau dengan segera telah menyusun strategi mengisi kekosongan
kepimpinan dan mengemudi hala tuju politik Melayu. Ketika itu keadaan orang Melayu adalah umpama
anak ayam sedang bertebaran tanpa ibu dengan sangkar yang kosong. Hal ini dilihat oleh pemerhati
politik sebagai suatu keadaan yang amat bahaya kerana kepimpinan Dato’ Onn yang sangat popular
dan menjadi tempat orang Melayu yang baru mengenal politik bergantung tiba-tiba mengambil
keputusan keluar daripada UMNO untuk menerajui parti yang membuka keahlian kepada bukan Melayu.

Dato’ Abdul Rahman bin Muhammad Yasin yang pada mulanya tidak bersefahaman dengan Dato’ Onn
telah segera mengambilalih dan menerajui barisan pelaksana dengan cita-cita untuk merdeka. Beliau
melihat peluang ini untuk meneruskan cita-cita beliau memperjuangkan kemerdekaan bangsa Melayu
daripada penjajahan Inggeris di luar perspektif kemerdekaan Johor yang diperjuangkan Persatuan
Melayu Johor di bawah pimpinannya. Wawasan Dato’ Onn untuk menentang Malayan Union secara
menyeluruh adalah dipersetujuinya, tetapi wawasan Dato’ Onn untuk menyiapkan diri dalam pelbagai
bidang terlebih dahulu sebelum menuntut kemerdekaan tidak diterimanya.

Dato' Abdul Rahman juga menolak keistimewaan raja-raja yang dianggapnya sebagai candu
melemahkan pemikiran rakyat jelata kerana terlalu terikat dan terkongkong dengan tulah dan daulat
yang diada-adakan.Mengekalkan kedudukan sultan hanya sebagai lambang dipersetujuinya tetapi
mengutamakan keistimewaan, hak dan kuasa raja tidak disukainya.

Pemikiran Dato’ Abdul Rahman pada hakikatnya dipengaruhi oleh latar belakang dirinya yang
berpendidikan Melayu ketika membesar dalam kalangan masyarakat birokrat Melayu Padang dan
pengaruh pengamatan terhadap kebebasan pentadbiran Inggeris ketika beliau menyambung pelajaran
Inggeris di Singapura pada tahun 1890-an. Pada tahun 1895, ketika beliau mula berkhidmat sebagai
kerani dalam pentadbiran awam Johor, beliau telah menunjukkan kebolehan yang tinggi sehingga diberi
peluang menjadi pesuruhjaya daerah, majistrate dan bendahari negeri Johor. Beliau juga mempunyai
hubungan yang baik dengan Kesatuan Melayu Singapura yang sedang peka dengan arus menuntut
persamaan pengiktirafan dan layanan kepada pegawai dan orang Melayu oleh Inggeris di Singapura.
Beliau aktif menyokong pandangan dan debat berkenaan pengiktirafan pegawai-pegawai Melayu yang
mempunyai pendidikan Inggeris di Singapura.

Pada tahun 1939, Dato’ Abdul Rahman telah menubuhkan Persatuan Melayu Johor yang
memperjuangkan pengiktirafan pegawai Melayu dalam pentadbiran Inggeris. Persatuan ini juga
menyokong dan mengutamakan hak-hak keistimewaan Melayu seperti pelajaran, adat dan kebudayaan.
Tetapi ia memandang negatif terhadap kealfaan dan kecuaian istana. Pada zaman pendudukan Jepun,
Kesatuan Melayu Johor yang diketuai oleh Dato’ Abdul Rahman telah meneruskan perbahasan ahli
mengenai hak-hak istimewa orang Melayu. Apabila beliau mendengar ura-ura penubuhan Malayan
Union, Dato’ Abdul Rahman telah menggabungkan diri dengan Lembaga Kesatuan Melayu Johor dari
Muar yang dipimpin oleh Dr. Hamzah mengadakan demonstrasi membantah usaha Mac Michael
mendapatkan tandatangan Sultan Ibrahim untuk menubuhkan Malayan Union.

Apabila Mac Michael berjaya mendapat tandatangan Sultan Ibrahim untuk menubuhkan Malayan Union
pada tahun 1945, Dato’ Abdul Rahman mengadakan suatu perjumpaan ramai di Masjid Abu Bakar pada

2 Februari 1946. Beliau dan penyokongnya menentang tindakan Sultan Ibrahim dengan mengeluarkan
satu surat bantahan rasmi yang ditandatangani oleh perwakilan 7 orang yang dikenali sebagai
Kumpulan Orang Tujuh. Mereka secara bertulis tidak mengiktiraf Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor.
Kumpulan 7 yang diketuai oleh Dato’ Abdul Rahman juga membuat kempen dan penerangan kepada
rakyat agar tidak perlu taat dan setia kepada Sultan Ibrahim kerana sultan telah melanggar
Perlembagaan Tubuh Kerajaan Johor 1895. Dato’ Abdul Rahman ketika itu ialah seorang majistrate
kanan dalam perkhidmatan awam Johor berasa berhak memastikan Johor terus merdeka dan bebas
mencorakkan sistem pentadbirannya sendri.

Sehubungan dengan itu, banyak ahli Persatuan Melayu Johor telah diugut dengan pemecatan kerja
oleh kerajaan Johor kerana dianggap telah menentang sultan dan kerajaan Johor. Persatuan Melayu
Johor tidak berdiam diri. Mereka telah mengambil langkah mengedarkan surat-surat kepada orang
ramai bagi menerangkan keadaan yang sebenarnya. Keadaan menjadi kecoh apabila sebilangan
pegawai kerajaan telah ditahan kerja kerana menyalahi undang-undang kerajaan menyiarkan risalah-
risalah kepada orang ramai yang boleh membangkitkan perasaan menentang kerajaan.

Bidasan dan tentangan yang diterima oleh Persatuan Melayu Johor di bawah pimpinan Dato’ Abdul
Rahman sebenarnya tidak melumpuhkan semangat pemimpin-pemimpin persatuan ini. Sebaliknya,
mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan yang bertujuan untuk menyedarkan orang Melayu tentang
pentingnya mereka memainkan peranan dalam keadaan kedaulatan Melayu sedang dicabar. Dalam
ucapannya di Masjid Abu Bakar, beliau dengan tegas mengajak masyarakat membuka mata, mara
berjuang mempertahankan hak sendiri.

Ketika Dato' Onn mengadakan kongres Melayu , Dato’ Abdul Rahman sendiri tidak hadir dalam Kongres
Kebangsaan Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kerana kecewa dengan sikap Dato’
Onn Jaafar. Pada saat penubuhan UMNO, Persatuan Melayu Johor yang dipimpinnya tidak ada wakil
dalam penubuhan UMNO di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Ini adalah kerana hubungan Dato’ Abdul
Rahman dengan Dato’ Onn sentiasa tegang , walaupun Dato’ Onn berusaha mengambil hatinya dengan
melantik beliau sebagai Pegawai Kewangan UMNO dalam tahun 1946 dan sebagai wakil UMNO dalam
jawatankuasa kerja bagi membubarkan Malayan Union pada tahun 1947.Punca utama ketengangan
ialah isu kedaulatan raja Melayu, keengganan menuntut merdeka segera dan bertolerate dengan
Inggeris mengenai isu kewargaan pendatang asing.

Dato’ Abdul Rahman merupakan salah seorang daripada 7 orang wakil UMNO dalam Sidang Pleno
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 bagi menggantikan Perlembagaan
Malayan Union. Sidang Pleno ini juga dianggotai oleh wakil kerajaan Inggeris dan DYMM Raja-raja
Melayu. Sidang Pleno ini telah mengadakan sidang selama tiga bulan dan sidang terakhir diadakan
pada 20 November 1946. Antara perkara yang menjadi perhatian dalam sidang ini ialah kedudukan
raja-raja, Dewan Undangan Negeri, kedudukan orang Melayu dan kewarganegaraan. Syarat untuk
mendapatkan warganegara diperketat. Kedudukan sultan dipulihkan semula. Setiap negeri mempunyai
Dewan Undangan sendiri dan orang Melayu diberi kedudukan istimewa.

Selepas Dato’ Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951,Dato’ Abdul Rahman dan penyokong-
penyokongnya telah kembali semula dalam UMNO dan dapat menguasai UMNO Johor dan
Persekutuan. Beliau telah bekerjasama dengan YM Tunku Abdul Rahman setelah Tunku bersetuju
mengutamakan kepentingan rakyat daripada mengutamakan keistimewaan raja-raja Melayu. Dato’
Abdul Rahman berpendapat bahawa raja-raja Melayu telah gagal dan cuai melaksanakan
tanggungjawab terhadap rakyat. Raja-raja hanya mementingkan diri dan telah salah menggunakan
kuasa yang telah diserahkan kepada pentadbir Inggeris.

Oleh kerana Tunku tidak banyak pengaruh dan sokongan menyeluruh untuk memimpin UMNO, beliau
telah memujuk Dato’ Abdul Rahman supaya membantunya. Tunku telah bersetuju dengan syarat yang
dikemukakan oleh Dato’ Abdul Rahman untuk tidak mengutamakan kedudukan raja-raja dan juga
bersetuju memindahkan ibu pejabat UMNO ke Johor Bahru. Dato’ Abdul Rahman pula bersetuju
dengan permintaan Tunku supaya Persekutuan Tanah Melayu tidak menjadi sebuah republik.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Dato’ Abdul Rahman
dilantik sebagai Yang DiPertua pertama Dewan Negara. Bersama beliau menyumbang jasa dalam
kabinet Tunku ialah anak-anaknya iaitu Dato’ Sulaiman dan Tun Dr. Ismail. Sepanjang tempoh
perkhidmatannya, beliau telah memainkan pearanan penting terhadap hala tuju keputusan dan tindakan
yang di putuskan di parlimen. Beliau telah memainkan peranan sebagai permerhati yang berkuasa
menentukan corak pemikiran dan dasar-dasar di parlimen. Beliau amat mengambil berat tentang
kemajuan pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang. Beliau sangat peka terhadap isu-isu
kesultanan dan sering menggugurkan dari senarai yang akan dibentangkan di parlimen. Ini adalah
kerana beliau tidak mengehendaki pengaruh dan kuasa sultan dan raja-raja Melayu yang telah berlalu
menjadi masalah kepada dunia moden yang bakal dihadapi. Keistimewaan Melayu difahami untuk
rakyat jelata bukan kepada golongan istana yang tidak pernah merasa susah sampai tidak sadar

terdapat rakyat marhaen yang menderita.
Dato’ Abdul Rahman telah meninggal dunia pada 24 Mei 1970. Ketokohan beliau selaku pemimpin
rakyat berpendidikan tinggi dan professional banyak mempengaruhi pemimpin-pemimpin kontemporari
Melayu. Ketegasan dan kejituan beliau membuat keputusan banyak diwarisi oleh anaknya Tun Dr.
Ismail yang telah berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua. Pemergiaannya adalah
suatu kehilangan yang besar kepada negara bangsa Malaysia.

Abdul Rahman Mohamed Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Yang Berhormat[nota 1] Dato' Haji

Abdul Rahman Mohamed Yassin

DK II (Johor), SPMJ, PIS, JP (Johor)

Yang di-Pertua
Dewan Negara Malaysia

Dalam jawatan
11 September 1959 – 31 Disember 1968

Didahului oleh Jawatan diwujudkan

Digantikan oleh Tun Syed Sheh Syed Hassan
Barakbah

Yang DiPertua
Jumaah Majlis DiRaja Johor

Dalam jawatan
8 November 1966[2] – 24 Mei 1970

Didahului oleh Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus

Butiran peribadi

Lahir 19 November 1891
Muar, Johor, British
Malaya (kini Malaysia)

Meninggal dunia 24 Mei 1970 (umur 78)
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tempat Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
persemadian

Pasangan Datin Zaharah Orang Kaya Abu
Bakar
Datin Kamariah Dato' Jaafar

Ungku Salamah Ungku Abdul
Rahman

Hubungan Dato' Sir Onn Jaafar (adik
ipar)
Tun Dr. Awang Hassan (menantu)
Mohamed Tawfik Ismail (cucu)
Tariq Ismail Mustafa (cicit)

Anak-anak Dato' Suleiman Abdul Rahman
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin (19 November 1891 – 24 Mei 1970)
merupakan anak watan negeri Johor berasal dari Parit Bakar, Muar, Johor. Beliau

ialah Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama.

Isi kandungan

 1Keluarga
 2Kerjaya
 3Keturunan Orangkaya Muar dan Batu Pahat
 4Meninggal Dunia
 5Darjah Kebesaran
 6Tempat dinamakan sempena nama beliau
 7Rujukan

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Zaharah Abu Bakar dan dikurniakan 8 orang cahaya mata.
Anak sulungnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi
kawasan Muar Selatan, Parlimen Malaysia pertama. Anak keduanya, Tun Dr. Ismail
Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Johor Timor
serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2. Menantu lelakinya, Tun Dr. Awang
Hassan (suami kepada Khadijah Abdul Rahman) juga pernah menjadi ahli parlimen
bagi kerusi Muar Selatan ekoran kematian penyandangnya, Dato' Suleiman Abdul
Rahman pada 6 November 1963.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi kerani, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari Negeri
Johor. Selain daripada itu menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang
pertama.[4] Dato’ Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor
menentang Malayan Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II. Sebagai ketua
Orang Tujuh , menuntut Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar meletak jawatan
sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union
1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Keturunan Orangkaya Muar dan Batu Pahat[sunting | sunting

sumber]

Parit Bakar dahulunya dikenali sebagai Padang Muar sebelum Bandar
Maharani dibuka pada tahun 1884. Padang Muar pernah diperintah oleh Dato' Mohd
Yassin Abdul Rahman (ayahnya) anak kepada Orangkaya Dato' Abdul Rahman Ismail,
Orangkaya Setia Minyak Beku III. Keluarga Abdul Rahman berasal dari keturunan
Raja Melayu Bugis Champa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan
Melayu Melaka. Ekonomi keluarga bergantung kepada perkebunan dan perdagangan
dan sangat mengutamakan pelajaran.

Datuk nenek moyang Abdul Rahman di Padang dan di Batu Pahat adalah pembesar
daerah atas pelantikan Sultan Johor. Dato' Abdul Rahman di Batu Pahat juga
bernama Abdul Rahman Ismail bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat
(1862-1881). Orangkaya Ismail bin Orangkaya Ahmad bergelar Orangkaya Setia
Minyak Beku II (1855-1862). Ahmad bin Daing Abdul Rahman pula menjadi Orangkaya
Setia Minyak Beku I (1811-1855). Daing Ahmad keturunan Daing Indera Perma Paso
dari Sulawesi. Daing Abdul Rahman mengetuai masyarakat Melayu Bugis dan orang-
orang Selat atau Seletar di Minyak Beku setelah melumpuhkan kegiatan lanun di
perairan Batu Pahat. Mulanya patuh kepada Sultan Melaka kemudian kepada Sultan
Johor Pahang dan terakhir kepada Temenggong Johor yang menjadi Sultan
Johor pada tahun 1885. Pusat pemerintahan keturunan mereka Bukit Makmur atau
Bukit Mor, Muar hasil persetujuan Sultan Melaka. Keluarga keturunan Bugis ini
turun-temurun memerintah kawasan bernama Padang dan sekitarnya.[5]

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin meninggal dunia pada 24 Mei 1970 dan
telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.[6]

Pusara Allahyarham Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor
Bahru.

Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

 Johor :

o Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1967)[7]
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) –
o
Dato' (1941)[8] Pingat Ibrahim Sultan (PIS)

o

Tempat dinamakan sempena nama beliau[sunting | sunting sumber]

 Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor
 Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor
 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yassin (SDARY), Johor Bahru, Johor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. ^ Panggilan "Yang Berhormat" dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang dianugerahkan oleh

Sultan Johor Darul Ta'zim.[1]

1. ^ Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar Online. Dicapai pada 5

Januari 2021.

2. ^ "New date fixed for State visit to Johore". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). The Straits

Times. 1 Mac 1967. Dicapai pada 1 Februari 2021.

3. ^ Ooi Kee Beng (2007). Bukan kerana pangkat : Tun Dr. Ismail dan masanya. Bashir Basalamah.

Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 165. ISBN 978-983-3782-18-5. OCLC 191805054.

4. ^ "Portal Rasmi Parlimen Malaysia - Yang di-Pertua". www.parlimen.gov.my. Dicapai pada 3

Februari 2021.

5. ^ Tun Dr. Ismail Bin Dato' Abdul Rahman Wira Negara
6. ^ "BEKAS YDP DEWAN NEGARA MENINGGAL". eresources.nlb.gov.sg. Singapore: Berita Harian. 25 Mei

1970. Dicapai pada 3 Februari 2021.

7. ^ "The Sultan of Perak tops the list". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The

Straits Times. 29 Oktober 1967. Dicapai pada 9 Februari 2021.

8. ^ "BIRTHDAY HONOURS". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Straits Times.

17 September 1941. Dicapai pada 5 Februari 2021.

Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Dewan Penyandang Kemudian
"Yang Pertama" Negara
Syed Sheh Hassan
1959 – 1968 Barakbah

Buka

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA



1. Cover
2. Pengenalan Diri peserta
3. Penghargaan / sekapur sirih
4. Isi kandungan
5. Pendahuluan (Pasal Tokoh)
6. Biodata tokoh
7. Pendidikan tokoh
8. Kerjaya tokoh - (garis Masa tahun perkhidmatan Tokoh)

9. Sumbangan tokoh
10. Miami kepimpinan
11. Penutup
12. Rujukan/bibiliografi


Click to View FlipBook Version