The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junizah.juwadi, 2021-04-25 15:40:20

BUKU SKRAP SLB 2021

BUKU SKRAP SLB 2021

BUKU SKRAP DIGITAL

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO' ABDUL RAHMAN
BIN MOHAMED YASSIN

Tokoh Rakyat Profesional Johor Darul Takzim

BIODATA SAYA

NAMA PESERTA : DANIA HANNY BINTI HAMDAN

KELAS : 6 UKM

E-MAIL : [email protected]

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN

TUNKU MAHMOOD 2

ALAMAT SEKOLAH : 906, JALAN SEKOLAH, TAMAN

SRI KLUANG, 86000 KLUANG, JOHOR

KANDUNGAN

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
PENDAHULUAN

BIODATA DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED YASSIN
PENDIDIKAN TOKOH

KERJAYA TOKOH
SUMBANGAN TOKOH

NILAI KEPIMPINAN
PENUTUP/ KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Assalamualaikum wbt, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat juga saya menyiapkan Buku Skrap Digital Tokoh
Pemimpin Johor ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua ibu ayah saya iaitu Encik Hamdan bin
Tugiman dan Puan Junizah binti Juwadi yang telah banyak memberi dorongan dan semangat
serta banyak membantu saya bagi menyiapkan buku skrap ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat guru penasihat SLB (Student
Leaders Board) iaitu Puan Nor Hidayah binti Mohd Noor yang telah memberi kepercayaan
dan sokongan padu kepada saya sepanjang buku skrap ini dihasilkan.

Semoga buku skrap digital ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus
menabur jasa dan bakti kepada bangsa dan negara. Kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa
pembangunan yang dikecapi kini tidak akan dicapai tanpa sumbangan dan pengorbanan tokoh-
tokoh pemimpin terdahulu.

Sekian, terima kasih.

DANIA HANNY BINTI HAMDAN

PENDAHULUAN

Dalam sejarah negeri Johor, tokoh-tokoh pemimpin terkenal ialah berasal dari Muar dan Johor
Bahru. Pada lazimnya, tokoh kepimpinan Johor Bahru mempunyai sejarah, pengaruh dan
pengalaman dan berasal-usul daripada keturunan pembesar tradisional Johor-Pahang. Mereka
mewarisi hal-hal kebudayaan dan pentadbiran atau politik Melayu daripada Kesultanan
Melayu Melaka. Manakala tokoh-tokoh Muar pula boleh dikatakan berasal-usul daripada
keturunan pemimpin pendakwah yang bebas dan mempunyai pengalaman berdagang dan
mempunyai pengaruh kebugisan. Dua faktor ini amat menarik diperhatikan kerana latar
belakang inilah yang mencorakkan politik Melayu Johor.

Daerah Muar banyak mencatatkan kelahiran tokoh pemimpin yang berwibawa. Tidak
dapat dinafikan lagi Muar seolah-olah berperanan seperti kilang pengeluar tokoh-tokoh
berwawasan yang terkenal. Tokoh tradisional banyak terlahir di sepanjang Sungai Muar
hingga ke Segamat. Manakala tokoh-tokoh pemimpin moden terlahir di kawasan bandar
merentas ke kawasan yang dulunya terkenal sebagai Padang dan pada hari ini meliputi
kawasan pantai ke arah Batu Pahat. Hal ini adalah disebabkan sejarah tamadun Muar adalah
antara tertua di Johor. Orang Muar juga amat peka terhadap pendidikan.

Dato’Abdul Rahman bin Muhammad Yasin ialah salah seorang tokoh

Johor yag terkenal dan berwibawa berasal dari Muar. Negara terhutang budi kepada beliau
kerana beliau adalah antara tokoh Melayu yang cepat dapat
melihat jurang bahaya perpaduan Melayu dan segera telah menyusun strategi mengisi
kekosongan kepimpinan dan mengemudi hala tuju politik Melayu.

BIODATA TOKOH

Nama Tokoh : Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin

Tarikh Lahir : 19 November 1891

Asal Usul : Parit Bakar, Muar, Johor

Meninggal dunia : 24 Mei 1970 (umur 78)Johor Bahru, Johor

Tempat persemadian : Makam Diraja Bukit Mahmoodiah

Pasangan : 1) Datin Zaharah Orang Kaya Abu Bakar

2) Datin Kamariah Dato' Jaafar

3) Ungku Salamah Ungku Abdul Rahman

Hubungan : Dato' Sir Onn Jaafar (adik ipar)

Tun Dr. Awang Hassan (menantu)

Mohamed Tawfik Ismail (cucu)

Tariq Ismail Mustafa (cicit)

Anak-anak : Dato' Suleiman Abdul Rahman

Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

Keturunan Orang Kaya Muar dan Batu Pahat

Parit Bakar dahulunya dikenali sebagai Padang Muar sebelum Bandar Maharani dibuka
pada tahun 1884. Padang Muar pernah diperintah oleh Dato' Mohd Yassin Abdul Rahman
(ayahnya) anak kepada Orangkaya Dato' Abdul Rahman Ismail, Orangkaya Setia Minyak
Beku III. Keluarga Abdul Rahman berasal dari keturunan Raja Melayu Bugis Champa
yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan Melayu Melaka. Ekonomi keluarga
bergantung kepada perkebunan dan perdagangan dan sangat mengutamakan pelajaran.

Datuk nenek moyang Abdul Rahman di Padang dan di Batu Pahat ialah pembesar
daerah atas pelantikan Sultan Johor. Dato' Abdul Rahman di Batu Pahat juga bernama
Abdul Rahman Ismail bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat (1862-1881)
. Orangkaya Ismail bin Orangkaya Ahmad bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku II
(1855-1862). Ahmad bin Daing Abdul Rahman pula menjadi Orangkaya Setia Minyak
Beku I (1811-1855). Daing Ahmad keturunan Daing Indera Perma Paso dari Sulawesi.

Daing Abdul Rahman mengetuai masyarakat Melayu Bugis dan orang-orang Selat
atau Seletar di Minyak Beku setelah melumpuhkan kegiatan lanun di perairan Batu Pahat.
Mulanya patuh kepada Sultan Melaka kemudian kepada Sultan Johor Pahang dan terakhir
kepada Temenggong Johor yang menjadi Sultan Johor pada tahun 1885. Pusat
pemerintahan keturunan mereka Bukit Makmur atau Bukit Mor, Muar hasil persetujuan
Sultan Melaka. Keluarga keturunan Bugis ini turun-temurun memerintah kawasan
bernama Padang dan sekitarnya.

PENDIDIKAN

Pendidikan rendah di Muar dan Johor Bahru dan

menamatkan persekolahannya di Raffles Institution Singapura.

KERJAYA TOKOH

Beliau pernah menjadi kerani, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari Negeri
Johor. Selain daripada itu, menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama.

Dato’Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang
Malayan Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II. Sebagai ketua Orang
Tujuh , menuntut Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar meletak jawatan sebagai
Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946
yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Selain itu, dalam tahun 1919, beliau telah dilantik sebagai Jawatan Tadbir
Negeri JOhor dan memegang beberapa jawatan tinggi termasuk Bendahari Negeri
Johor(1935) dan Pesuruhjaya Daerah Muar (1941). Beliau turut menjadi ahli
Majlis Mesyuarat Negeri Johor selama 8 tahun.

SUMBANGAN

- Menubuhkan Persatuan Melayu Johor untuk menentang Malayan Union
- Menjadi wakil UMNO untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union.
- Memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu
- Membela nasib rakyat marhaen
- Mempertahankan kedaulatandan maruah negara daripada terus dijajah kuasa
asing

ANUGERAH

arjah Kebesaran Johor :
1) Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1967)
2) Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) – Dato' (1941)
3) Sultan Ibrahim Medal Pingat Ibrahim Sultan (PIS)

NILAI KEPIMPINAN

Ketokohan Dato' Abdul Rahman bin Mohamed Yassin selaku pemimpin rakyat
berpendidikan tinggi dan professional banyak mempengaruhi pemimpin-pemimpin
kontemporari Melayu. Ketegasan dan kejituan beliau membuat keputusan banyak
diwarisi oleh anaknya Tun Dr. Ismail yang telah berjaya menjadi Timbalan Perdana
Menteri Malaysia Kedua.

Selain itu, beliau sangat mengambil berat tentang kemajuan pembangunan untuk
rakyat dalam semua bidang. Beliau juga sangat peka dengan isu-isu kesultanan dan
institusi diraja agar tidak cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Di samping itu, Dato' Abdul Rahman telah memperjuangkan pengiktirafan
pegawai Melayu dalam pentadbiran Inggeris. Malah beliau turut menyokong serta
mengutamakan hak-hak keistimewaan Melayu seperti pelajaran, adat dan kebudayaan.
Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang besar kepada negara bangsa
Malaysia.

Oleh itu, para pemimpin muda masa ini harus mengambil iktibar daripada
perjuangan pemimpin terdahulu. Yang lebih penting, contoh teladan dapat diterapkan
dalam diri generasi muda agar memelihara maruah dan kedaulatan negara boleh
menjadi hadiah terhebat buat ibu pertiwi Malaysia.

Pembentukan seseorang pemimpin adalah menerusi proses pengasuhan. Kualiti
kepimpinan perlu dipupuk dari kecil lagi bak kata pepatah 'Melentur buluh biarlah dari
rebungnya'.

PENUTUP

Allahyarham Dato; Hj. Abdul Rahman bin Mohamed Yassin berjaya membuktikan
kewibawaanya sebagai pemimpin yang mampu mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan
. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.

Kebijaksanaan beliau dalam membuat keputusan yang jitu dan tepat dapat
menyelamatkan jurang bahaya dalam kalangan orang Melayu dengan memperjuangkan
hak-hak orang Melayu serta mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta daripada
penjajah. Oleh itu, sumbangan dan jasa pemimpin terdahulu wajarlah dikenang dan
dijadikan iktibar bagi memastikan maruah negara terpelihara.

Intihanya, generasi muda seharusnya meneladani kepimpinan beliau dalam
mengharungi cabaran globalisasi masa kini. Semua genarasi muda wajar melaksanakan
tanggung jawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Hanya generasi muda yang berkualiti dan
berkepimpinan yang mampu menerajui negara ke arah kecemerlangan.

SUMBER RUJUKAN

1. Panggilan "Yang Berhormat" dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang
dianugerahkan oleh Sultan Johor Darul Ta'zim.[1]
2.Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar
Online. Dicapai pada 5 Januari 2021.
3. "New date fixed for State visit to Johore". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa
Inggeris). The Straits Times. 1 Mac 1967. Dicapai pada 1 Februari 2021.
4. Ooi Kee Beng (2007). Bukan kerana pangkat : Tun Dr. Ismail dan masanya.
Bashir Basalamah. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 165.
ISBN 978-983-3782-18-5. OCLC 191805054.
5. "Portal Rasmi Parlimen Malaysia - Yang di-Pertua". www.parlimen.gov.my.
Dicapai pada 3 Februari 2021.
6. Tun Dr. Ismail Bin Dato' Abdul Rahman Wira Negara
7. "BEKAS YDP DEWAN NEGARA MENINGGAL". eresources.nlb.gov.sg.
Singapore: Berita Harian. 25 Mei 1970. Dicapai pada 3 Februari 2021.
8. "The Sultan of Perak tops the list".eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris).
Singapore: The Straits Times. 29 Oktober 1967. Dicapai pada 9 Februari 2021.
9. "BIRTHDAY HONOURS". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris).
Singapore: The Straits Times. 17 September 1941. Dicapai pada 5 Februari 2021.
10. Buku Pejuang Terbilang Johor (Yayasan Warisan Johor)

GALERI

TEMPAT-TEMPAT SEMPENA NAMA BELIAU

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version