MINIT MESYUARAT PENGURUSAN
BIL. 5/2022
15/11/2022
.
1
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN
BIL. 3/2022
Tarikh : 15 /11/2022
Hari : Selasa
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Kanan
Pengerusi Tuan Pengetua SMK Tanah Merah
Hadir: (Pengerusi)
1. Pn Rohana bt Yussof (Penolong Kanan Pentadbiran)
2. En Amir bin Mat Rejab (PK HEM)
3 En. Ahmad Shukri bin Abdul Ghani (PK Kokurikulum)
4 En. Ahmad Zalizan bin Mustafa (PK Pendidikan Khas)
5. Pn.Nur Shahida binti Baharudin (GK Sains dan Matematik)
4. Pn. Hazlina binti Hashim (GK Bahasa)
5. Pn Maidatul Akmal binti Baharum (GK Teknik dan Vokasional)
6. Pn. Faizah binti Mat Amin
7.
TIDAK HADIR Mesyuarat Peperiksaan SPM
En. Mohd. Zaki bin Kasim
AGENDA MESYUARAT
I. Ucapan Aluan Pengetua
II. Program Peningkatan Prestasi
III. Pengurusan Peperiksaan
IV. Laporan PK Pentadbiran
V. Laporan PK HEM
VI. Laporan PK PPKi
2
AGENDA I : UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1. Tuan Pengetua selaku pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan bacaan
surah Alfatihah. Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
pentadbir ke Mesyuarat Pengurusan Bil 5/2022 dan penghargaan atas kerjasama
semua pentadbir membantu beliau sepanjang menguruskan SMKTM.
2. Pengerusi juga menyatakan bahawa ini adalah pasukan pengurusan yang terbaik
yang beliau pernah bersama dan mengharapkan kerjasama ini dapat diteruskan
bersama Pengetua baharu nanti.
Makluman : Semua pentadbir
AGENDA II : PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI
3. Pengerusi memaklumkan selepas peperiksaan percubaan SPM pelajar-pelajar
tingkatan 5 perlu dikelaskan mengikut kumpulan pencapaian iaitu kumpulan
cemerlang, sederhana dan lemah. Pelajar kumpulan lemah akan memberi focus
kepada layak sijil sahaja. Memberi focus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu,
Sejarah dan mata pelajaran tambahan seperti sains dan Pendidikan Seni visual yang
boleh membantu mereka untuk lulus.
Tindakan : GKSM
4. Program Jom Bangkit Bersama yang dijadualkan pada bulan Januari 2022 perlu
diteruskan bagi pelajar Intervensi Jurang .
Tindakan : Guru Kanan
AGENDA III : PENGURUSAN PEPERIKSAAN
5. PK Pentadbiran memaklumkan pentaksiran UTQH peperiksaan akhir tahun akan
bermula pada 24.11.2022 bagi murid tingkatan 4. Manakala UBBM akan bermula
27.11.22 dan diikuti UBBI. Seterusnya Ujian Mendengan BM dan BI akan diadakan
pada 6.12.22. Ujian bertulis Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula pada 8.1.2023-
2.2.2023.
6. Pengerusi juga memaklumkan pelantikan semula cikgu Ku Noorhashimah sebagai
S/U PT3.
3
AGENDA IV: LAPORAN PK PENTADBIRAN
7. Instrumen KBAT
i. PKP memaklumkan pencerapan PDPc perlu dilaksanakan sekurang-
kurangnya 2 kali setahun.
ii. ISPPKBAT perlu diisi oleh semua guru dan dikembalikan ke pejabat dalam
minggu ini. Bagi pencerapan yang dibuat antara bulan 8-11 tidak perlu isi
bahagian murid.
iii. Pencerapan yang dibuat pada bulan 11 dan 12 perlu isi penilaian bahagian
murid.
Tindakan: semua
8. PBPPP
i. Tarikh akhir penghantaran markah ialah pada 30.12.2022.
ii. Guru-guru perlu menghantar keberhasilan kepada PYD 1 selewat-lewatnya
minggu depan melalui telegram atau email.
iii. Berikut adalah cadangan senarai penerima APC tahun 2022.
- Ustazah Norazlin
- Ummi Syahida
- Mohd Saiful Azrin
- Ustaz Zalizan
- Zulkifli(KIV)
- Noranis(KIV)
- Ahmad Radzi(simpanan)
AGENDA V: LAPORAN HEM
9. PK HEM memaklumkan urusan tender baru kantin telah selesai . Surat lantikan akan
dikeluarkan oleh PPD Pendang.
10. Pengusaha yang sedia ada akan menyambung perkhidmatan sehingga 8 Disember
2022.
4
AGENDA VI: HAL -HAL LAIN
11. Pengerusi memaklumkan beberapa tugas beliau yang belum selesai :
- Perasmian surau
- Tandas OKU masih dalam proses pembinaan.
- Parking OKU perlu disediakan dihadapan tandas tersebut.
- Permohonan bangunan baru Pendidikan Khas perlu diteruskan.
- Pengantian 1 unit aircond 3 hose power di makmal komputer.
- Menyiapkan galeri perlu diteruskan oleh Cikgu Rohaya.
12. Tempat parkir motosikal pelajar perempuan menjadi sempit kerana pembinaan
tandas OKU. Sehubungan itu Tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah
tersebut.
Tindakan: PK HEM
Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1.00 petang
Disediakan oleh: DIsemak dan disahkan oleh:
…………………………………… ………………………………..
(MAIDATUL AKMAL BT BAHARUM) ( ROHANA BT YUSSOF)
Guru Kanan Bahasa Pengetua,
SMK Tanah Merah, SMK Tanah Merah,
06700 Pendang , 06700 Pendang,
5
LAPORAN MAKLUM BALAS MESYUARAT
AGENDA BIL PERKARA TANGGUNG STATUS
JAWAB PELAKSANAAN
.
6