The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab_4 MPU23052 PRINSIP SYARIAH & ETIKA ISLAM DALAM STK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by The Creeper Boy, 2021-03-10 21:40:19

Bab_4 MPU23052 PRINSIP SYARIAH & ETIKA ISLAM DALAM STK

Bab_4 MPU23052 PRINSIP SYARIAH & ETIKA ISLAM DALAM STK

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

TOPIK 4

PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN

Topik ini menjelaskan konsep syariah dan etika Islam dalam sains teknologi
dan kejuruteraan

Hasil pengajaran pembelajaran kursus (LLO)

1 Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains teknologi dan
kejuruteraan

2 Menghuraikan peranan syariah Islamiah dalam sains teknologi dan
kejuruteraan.

3 Membincangkan pelaksanaan prinsip syariah Islamiah dalam sains
teknologi dan kejuruteraan

4 Menerangkan prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan
kejuruteraan

5 Membincangkan pelaksanaan prinsip etika Islam dalam sains
teknologi dan kejuruteraan

TOPIK 4.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

1 Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan
kejuruteraan

3.1.1 Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains
teknologi dan kejuruteraan [ILO]

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 1
i

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang
memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi
makna jalan yang lurus [al-Jathiyah : 18]

ii Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala
hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat

manusia melalui Rasulullah saw.

ii Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai
sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus
hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk
menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati
tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan
syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi
kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Bil Prinsip Syariah Huraian
1 Rabbaniah
Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah
[Ketuhanan] Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt.
Segala kandungannya yang meliputi aspek
2 Wasatiah aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok
[Kesederhanaan] dengan keperluan manusia.
Alam yang terbentang luas dengan segala
khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan
mematuhi peraturan Allah swt.
Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt.
Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada
peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan
ciptaan hendaklah menjurus kepada
pengabdian diri kepada Allah swt dan
menginsafi keagunganNya.
Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk
kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan
kemakmuran sarwajagat.

Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi
makna segala hukum hakamnya adalah bersifat
sederhana. Tidak ekstrem kepada yang
berlebihan atau berkurangan.
Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian
tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut
keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu
hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri.
Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang
sakit.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 2

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

3 Tawazun Wasatiah juga memberi makna pertengahan
[Keseimbangan] antara dua perkara. Mengambil tindakan antara
dua kecenderungan. Contohnya antara kaya
4 Mizan dan miskin. Maka mengambil pendirian
[Kesetaraan] sederhana dalam mencari harta lebih
diutamakan.
5 Tetap & Anjal
[Mutlak & Murunah] Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala
kandungannya adalah mengimbangi antara
keperluan manusia di dunia dan akhirat.
Contohnya manusia diminta untuk mencari
rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga.
Dalam waktu yang sama rezeki tersebut
hendaklah dicari secara yang halal, baik dan
dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya
diaakhir bulan gaji diperolehi, pahala diganjari
dan pengurusan kerja dihargai.
Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat
dan jurutera mengimbangi keperluan manusia
di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.

Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum
hakam yang memberikan nilai yang selayaknya
bagi sesuatu perkara.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala
tindakan yang dilaksanakan hendaklah
meraikan keperluan dunia dan akhirat.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap
perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang
agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas
nama penyelidikan dan pembangunan.
Setiap perkara yang dilakukan hendaklah
mengambilkira item-item yang digunakan
benar menurut sukatan atau had yang
ditentukan oleh syariat.

Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam
aspek hukum hakamnya tetap untuk semua
zaman dan umat.
Tiada berlaku sebarang perubahan hukum
seperti pengharaman arak. Namun begitu,
pengharamannya boleh dikecualikan atau
digugurkan seandainya ada keperluan yang
syar’i untuk menggunakannya. Contohnya arak
terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan.
Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada
pilihan lain bagi mengubati penyakit yang
merbahaya.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 3

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi
memelihara kesucian prinsip syariat dan
keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat
kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan
dinamik.

4.1.2 Menerangkan peranan Syariah Islamiah dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Memelihara Agama

• Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya.
• Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.
• Andaikata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan

akan dilaksanakan.
• Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira

kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.
• Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan

kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama.
• Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan

manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia
sejagat.
• Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk
jenayah hudud.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 4

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Memelihara Maruah

• Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara
penting dalam kehidupan manusia.

• Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah
mengambilkira kepentingan maruah umat.

• Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan
kemusnahan yang besar.

• Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen
untuk merobek maruah manusia atau maruah agama.

• Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca
daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah
manusia

• Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap
tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 5

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Memelihara Nyawa

• Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan
untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.

• Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai
contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas.[Al-
An'am : 151]

• Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa.
Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan
nyawa manusia.

• Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia
dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.

• Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa
manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan
diri manusia.

• Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang
boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya
dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat.
Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan
nyawa manusia..

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 6

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Memelihara Akal

• Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia.
Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara
maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi
padang bola sepak.

• Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan
riadah minda.

• Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan
pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang
mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda.

• Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh
badan bagi memelihara kecerdasan minda.

• Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan
keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.

• Saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang
menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama kesan langsung hendaklah
juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila
ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk
pada akal manusia.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 7

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Memelihara Keturunan

• Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk
tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak,
seperti :
• Liwat
• Istimna' - Onani
• Musahaqah - Lesbian
• Mendedahkan aurat
• Berdua-duan lelaki dan wanita
• Zina atau tuduhan melakukan zina
• Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
• Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
• Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
• Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan
benda yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah

• Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau
ta'zir

• Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara
keturunan manusia

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 8

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Memelihara Harta

• Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh
memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri,
menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal.

• Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah
mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mepunyai hak untuk terus mendapat
keberkatannya.

• Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi
kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu.

• Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta'zir menunjukkan
syariat Islam memandang serius jenayah ini.

• Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada
kematian dianggap mati syahid akhirat.

4.1.3 Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam
Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Utamakan Yang Utama

Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.
Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan
individu.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 9

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan
keutamaan kepada memelihara peranan syariah.
Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan
memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran.
Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama,
nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan
untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.
Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah
bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia.
Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan
rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh
digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.
Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga
bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian
huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut
bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.

Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat

Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai
keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam membangunkan alam.
Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta
syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.
Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira
kepentingan prinsip dan etika syariat Islam.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 10

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan
kepincangan pengurusan alam.
Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan
pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang
minima.

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat

Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam
pelaksanaan kerja manusia.
Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan
mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan
mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu
tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa
kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan
lahirnya anak luar nikah.
Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah
pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan
menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.
Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan
jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah
suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan
kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.

Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan

Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik
di sisi Allah swt tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua
pelaksanaan hidup manusia.
Syariat adalah peraturan Allah swt untuk dijadikan panduan hidup
bagi mengundang rahmat dan berkat.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 11

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan
keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan
pembangunan material sesebuah negara.

Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah
mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan
penyelidikan.

Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh
perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak
syariat.

4.2 Memahami etika Islam dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan

4.2.1 Menerangkan prinsip Etika Islam dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

4.2.1.1 Konsep etika, moral dan akhlak

Etika • Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup
yang bahagia

• Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara
secara terbaik

Moral • Berasal dari bahasa latin Moralitas

• Memberi maksud tingkahlaku yang baik

• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama,
budaya dan adat sesebuah bangsa

Akhlak • Berasal dari Bahasa Arab Khuluq

• Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang
menjadi amalan hidup

• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama
dan tetap

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 12

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

4.2.2.2 Prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan

 Aqidah : Keyakinan dan keimanan kepada rukun iman yang enam.
-Prinsip ini menuntut suatu keyakinan yang bersifat ghaib untuk memantau
segala perbuatan manusia.

 Syariah : Peraturan dan ketetapan hukum berdasarkan kepada Al Quran dan As-
Sunnah
-Segala kerja yang melibatkan kajian sains, teknologi dan kejuruteraan
hendaklah menuruti ketetapan yang ditunjukki oleh al-Qur’an dan As-
Sunnah.

 Akhlak : Panduan tingkahlaku yang mulia melibatkan manusia dengan Allah,
manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitarnya.
-Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan asas penting bagi
mewujudkan keseimbangan yang harmoni untuk mewujudkan
keseimbangan yang terbaik.

4.2.2.3 Kepentinga Etika Dalam Sains dan Teknologi

i. Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat dalam melakukan penyelidikan dan
penghasilan perkara-perkara yang baharu.

ii. Membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat
dan jurutera dalam penyelidikan masing-masing. Apa jua kerja yang dilakukan hendaklah
selaras dengan roh dan maksud syariat dan etika Islam.

iii. Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan hukum yang asasi bagi memastikan
kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak syariat.

iv. Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan kerakusan para saintis, teknokrat dan
jurutera yang mengancam keselamatan manusia. Tiada istilah matlamat menghalalkan
cara.

v. Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera yang berdisiplin tinggi, beradab dan
mengerti peranan manusia sebagai khalifah di bumi

vi. Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains, teknologi dan kejuruteraan agar benar pada
matlamat, operasi dan metodologi pelaksanaannya

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 13

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

4.2.2.4 Amalan terbaik etika Islam dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
Keyakinan bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W. T. Kita
berusaha ke tahap yang sepatutnya…namun rezeki dan hasilnya
datang daripada Allah swt
Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada
kepentingan manusia.
Bersifat Ihsan . Keihsanan di sini merujuk kepada keyakinan bahawa
Allah swt akan memantau kerja manusia. Bukan bos yang melihat
kerja kita tetapi Allah yang melihatnya.
Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu
hendaklah berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat.
Berikan yang terbaik…pasti terbaiklah pulangannya.
Bermusyawarah dan bermuafakat dalam menentukan yang paling
terbaik untuk kepentingan manusia. Tiada kepentingan individu dan
bertujuan naik pangkat.
Mengekalkan keseimbangan, bersederhana dan konsistensi dalam
melaksanakan tugasan.
Membangunkan teknologi dan segala penemuan yang canggih dan
terkini yang memberi manfaat kepada alam dan manusia
Menjauhi mafsadah atau kerosakan dan kehancuran kepada urusan
manusia dan alam

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 14

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

4.2.2 Membincangkan perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]

Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang
memberi manfaat kepada keselesaan manusia

-Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya
kerosakan akhlak manusia.
-Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada
tugas sebagai hamba
-Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan
alam.
-Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan
penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.

Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan
nilai tambah kepada peningkatan kualiti

-Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit .
-Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan
manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi
manusia sebagai hamba Allah swt.
-Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga
bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.
-Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan
peribadi dan merosakkan dunia.

Penghasilan dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk
tujuan rawatan

-Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi tujuan
merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa.
-Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi genetik
melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan kesempurnaan atau
mengembalikan fungsi.
-Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk
mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 15

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat

-Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan
yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.
-Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi
untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
-Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal
mengesani kehidupan ekosistem manusia, flora dan fauna.
-Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah swt dan
mengubah identiti adalah dilarang.

Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa
dan negara

-Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu
keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak
dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan
agama, bangsa dan negara.
-Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi
boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.
-Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi
dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan.

Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika

-Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala
kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari
kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
-Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan
untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu
kebenaran wujudnya pencipta.
-Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas
bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 16

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Cadangan Aktiviti

TOPIK 4.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

Bil Metodologi P & P Aktiviti P & P Cadangan Masa

CL – Collaborative Pensyarah mengedarkan keratan
Learning
1 akhbar/majalah/artikel yang

berkaitan topik

Pensyarah memberikan arahan

kepada pelajar agar berada dalam

kumpulan beserta keratan tersebut

Para pelajar berbincang secara

kolaboratif dalam kumpulan bagi

mencari isi-isi penting beserta

contoh

Setiap kumpulan akan berdebat

dengan kumpulan lain berkaitan

dengan topik masing-masing

Atau setiap kumpulan akan

membuat pembentangan melalui

kaedah forum dan sebagainya

Soal jawab akan berlangsung bagi

setiap kumpulan

Rumusan akan dibuat oleh wakil

setiap kumpulan berkaitan dengan

topik tersebut

2 LBL – Library Base Pensyarah akan mengedarkan
Learning rangka kerja berkaitan dengan
topik

Pelajar akan mencari bahan untuk

menyiapkan kajian secara

berkumpulan

Setiap kumpulan menyiapkan buku

skrap berdasarkan panduan yang

diberikan

Setiap kumpulan akan

membentangkan hasil kerja

masing-masing

Pensyarah akan mengedarkan

3 PBL - Project Base tajuk-tajuk projek yang berkaitan
Learning topik untuk diselesaikan secara
berkumpulan

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 17

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Tajuk-tajuk projek adalah

berkaitan dengan menggunakan

prinsip-prinsip syariat dalam sains

teknologi dan kejuruteraan.

Pensyarah membawa para pelajar

4 TBL – Trip Base ke tempat yang sesuai bagi melihat
Learning bukti-bukti aplikasi sains teknologi
dan kejuruteraan Islam dalam

dunia hari ini

Pembahagian kumpulan

diperlukan bagi mereka membuat

kajian berdasarkan ciptaan sains

teknologi atau kejuruteraan

Kertas edaran yang mengandungi

tugasan yang melibatkan prinsip

syariat hendaklah diberikan kepada

setiap kumpulan

Merging Notes Setiap pelajar diberikan beberapa

5 Base Learning - prinsip syariat, maksud, contoh dan

MNBL huraiannya.

Pensyarah meminta setiap pelajar

bergerak mencari prinsip, maksud,

contoh dan huraian yang sesuai

untuk membentuk satu kumpulan

yang punyai satu prinsip fiqh yang

sempurna.

Setiap kumpulan akan

mempersembahkan hasil

cantuman mereka. Kumpulan-

kumpulan lain akan memberikan

komentar yang berkaitan.

Menghasilkan iklan Setiap kumpulan hendaklah

pendek yang membuat satu iklan inovatif

6 berkaitan dengan berasaskan penggunaan IT, sains

sains teknologi dan dan kejuruteraan

kejuruteraan

Satu pertandingan antara kelas

yang mengambil AA203 boleh

dibuat secara berjadual dan

ditakwimkan.

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 18

MPU23052 - Sains ,Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT 19


Click to View FlipBook Version