PENGENALAN
KEPADA AL- IJTIHAD
PENGERTIAN
Pengertian Ijtihad: mencurah tenaga secara habis-habisan untuk sampai kepada
hakikat suatu perkara daripada beberapa perkara yang memerlukan kepada
tenaga dan mengalami kepayahan.
Istilah: mencurahkan tenaga sepenuhnya dan sebanyak mungkin untuk
mendapatkan hukum syarak yang berbentuk amali, dengan cara istinbat daripada
dalil-dalil dan sumber syarak.
MUJTAHID: orang yang mampu membuat kesimpulan hukum-hukum syarak yang
berbentuk amali, dari dalili-dalilnya secara terperinci dan mujtahid dikatakan faqih
mengikut istilah ulama’ usul Fiqh.
HUKUM BERIJTIHAD DAN SEJARAHNYA
1. Ulama bersepakat – Harus ijtihad dalam mengeluarkan sesuatu hukum apabila cukup
syarat tertentu.
2. Melalui ijtihad, hukum Islam akan terus berkembang, sesuai dengan tempat, masa dan
keadaan. Selain itu, dengan ijtihad juga terbentuknya al-Qiyas dan ijmak ulama’.
3. Antara dalil ijtihad diharuskan dalam Islam adalah firman Allah dalam
surah al-Hasyr ayat 2;
"Maka insaflah dan ambillah pelajaran (daripada peristiwa itu) wahai
orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya".
SYARAT- SYARAT YANG MESTI ADA PADA MUJTAHID
1. Beriman, Islam dan bersifat adil.
2. Mengetahui tentang al-Quran berserta maknanya dari sudut bahasa dan syariat.
3. Mengetahui hadis berserta maknanya dari sudut bahasa dan syariat.
4. Mampu memahami tentang masalah-masalah ijmak serta tempat berlakunya ijmak,
5. Mengetahui cara-cara al-Al-Qiyas, iaitu tentang illah, hikmat, kemaslahatan masyarakat serta uruf.
6. Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna.
7. Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al-Quran dan Hadis.
8. Mengetahui ilmu usul fiqh.
9. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya dapat membezakan antara pendapat yang baik
dan yang salah.
10. Baligh (cukup umur).
11. Mengetahui tentang dalil akal dan kehujahannya.
12. Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum-hakam.
13. Mengetahui tentang sebab nuzul ayat dan sebab wurud hadis.
JENIS- JENIS IJTIHAD (HUKUM BERIJTIHAD)
Ijtihad fardhu ain:
1. Wajib dilakukan oleh seseorang atau individuyang mempunyai kemampuan dan kelayakan serta tidak
ada orang lain untuk menyelesaikan masalah dan perkara yang berkaitan dengan masalah hukum.
2. Ijtihad fardhu ain ada 2 bahagian:
I. Ijtihad yang dilakukan oleh seorang mujtahid terhadap sesuatu hukum dan
permasalahan yang ditanya oleh individu lain, dan tiada orang lain yang layak
berijtihad. Maka ia jadi fardu ain ke atasnya.
II. Ijtihad yang dilakukan oleh seorang mujtahid terhadap sesuatu hukum dan
permasalahan yang ditanya oleh individu lain, dan tiada orang lain yang layak
berijtihad. Maka ia jadi fardu ain ke atasnya.
JENIS- JENIS IJTIHAD (HUKUM BERIJTIHAD)
Ijtihad fardhu kifayah:
1. Ijtihad yang dilakukan oleh seorang mujtahid terhadap sesuatu hukum dan permasalahan yang ditanya
oleh individu lain, dan tiada orang lain yang layak berijtihad. Maka ia jadi fardu ain ke atasnya.
2. Terbahagi kpd 2 bahagian:
I. Seorang mujtahid yang diajukan atau ditanya tentang hukum sesuatu
permasalahan dan masih ada orang lain yang mampu berijtihad sepertinya.
II. Seorang mujtahid yang ragu-ragu Dengan ijtihad mujtahid lain dengan ia cukup
syarat sebagain mujtahid, dan ketika itu menjadi kifayah.
JENIS- JENIS BERIJTIHAD DAN HUKUM IJTIHADNYA
Ijtihad haram:
Segala ijtihad yang dilakukan oleh seseorang dengan cara yang bercanggah atau tidak memenuhi syarat
ijtihad serta bercanggah dengan nas.
Ijtihad sunat:
1. Bermaksud ijtihad untuk menyelesaikan masalah hukum-hakam yang mana ijtihad itu dilakukan oleh
seseorang yang memenuhi syarat berijtihad.
2. Terbahagi kpd 2 bahagian:
I. Seorang mujtahid yang berijtihad dalam sesuatu masalah yang ditanya oleh
individu atau masyarakat mengenai hukumnya, namun perkara yang ditanya
belum berlaku dan tidak wujud.
II. Seorang mujtahid yang berijtihad tentang sesuatu masalah dan hukum yang
belum berlaku atau tidak berlaku. Di mana ia berijtihad atas dasar inisiatif dirinya
dan semata-mata berijtihad tanpa sebab lain.
Meneliti nas al- Berijtihad melalui Bergantung pada
Quran. al-Qiyas Bara’ah al-Asliyah.
Hadis mutawatir berdasarkan illah Istibat hukum
dan hadis Ahad dan sebabnya. melalui tarjih
untuk menetapkan Menguatkan salah
Meneliti perbuatan satu daripada
hukum. nabi dan taqrir
Berpegang pada baginda. keduanya.
zahir al-Quran dan Apa yang dapat
diambil daripada
hadis. mmanatfuhqumda. n
HUKUM YANG BOLEH DIIJTIHAD
1. Hal dan perkara yang tidak disebut hukumnya dalam nas Al-Quran, al Sunnah (tiada dalil
qat'i) dan ijmak ulamak.
2. al dan kejadian yang terdapat hukumnya dalam al-Quran dan hadis Mutawatir, namun
dilalah kedua-dua nas tersebut terhadap hukum adalah zanni.
3. ejadian yang terdapat hukumnya dalam nas yang sabit secara zanni tetapi dilalah pada
maknanya adalah sabit secara qat’i.
○ Contoh hadis nabi: “Pada setiap lima ekor unta diwajibkan zakat seekor kambing”
4. Kejadian dan perkara yang terdapat hukumnya dalam nas dan dilalahnya yang
disabitkan dengan zanni.
○ Contoh Hadis riwayat al-Jannah:”Tidak sah solat sesiapa yang tidak membaca al-
fatihah”
5. Boleh berijtihad tentang hukum yang tidak mempunyai nas dan ijmak mengenainya.
HUKUM YANG TIDAK BOLEH IJTIHAD
1. Masalah yang ada dalil qat’i.
2. Hukum yang telah maklum dan ditafsir oleh Rasulullah dan tidak mungkin berlaku takwil
padanya.
3. Kadar hukum yang telah ditentukan oleh syarak seperti hukuman hudud terhadap
penuduh zina.
4. Masalah yang telah diijmak Contohnya: Sepakat jumhur ulama tentang terbatalnya
perkahwinan antara wanita muslimah dengan lelaki kafir.
5. Hukum agama yang mesti diketahui oleh mukallaf seperti beriman.
6. Tidak boleh ijtihad terhadap hadis Mutawatir yang mentafsirkan lafaz mujmal, kerana ia
sabit secara qat’i.
7. Tidak boleh ijtihad tentang hukum-hukum syarak yang telah dimaklumi. Contohnya:
Wajib solat, puasa, zakat, pengharaman zina dan lainnya.
CONTOH PRAKTIKAL IJTIHAD
1. Mujtahid yang betul dalam ijtihad mendapat dua ganjaran, mujtahid yang salah dimaafkan serta
mendapat satu ganjaran.
2. Baginda Rasulullah s.a.w. pernah berijtihad menentukan kedudukan tawanan Badar samada dibunuh
atau mengambil tebusan.
3. Para sahabat pernah berijtihad antaranya:
I. Abu Bakar pernah berijtihad berkaitan orang yang enggan membayar zakat
dihukum golongan murtad dan harus diperangi dan ada sahabat lain berijtihad
sebaliknya. Akhirnya Allah menunjukkan ijtihad Abu Bakar yang benar.
II. Abu Bakar pernah berijtihad dalam masalah harta pusaka iaitu al-Kalalah,
katanya "Aku mengatakan hal itu berdasarkan pendapatku, kiranya benar
daripada Allah, kiranya salah ia daripadaku dan daripada syaitan.
III. Saidina Umar ada berijtihad berkaitan mas kahwin dan dibantah oleh wanita,
beliau meminta maaf dan berkata Umar salah dan benar wanita itu.
4. Berasaskan peristiwa Muaz bin Jabal ketika diutuskan menjadi wakil di Yaman.
FAKTOR- FAKTOR YANG MENYBABKANIJTIHAD TERBATAL
1. Apabila mujtahid melakukan ijtihad terhadap hukum, kemudian ternyata
ijtihad tersebut salah. Wajib mujtahid membatalkan ijtihad tersebut dan
melakukan ijtihad lain serta beramal dengan ijtihad baru itu.
2. Sekiranya hukum yang diijtihad bercanggah dengan nas al-Quran.
3. Hukum yang diijtihad bercanggah dengan ijmak.
4. Imam al-Qarafi berpendapat ijtihad batal jika bercanggah dengan kaedah-
kaedah kulliyyah mengikut ulamak mazhab maliki.
5. Ijtihad dibatalkan kiranya ia bercanggah dengan al-Qiyas jail mengikut
sepakat ulamak Hanbali.
PERSOALAN IJTIHAD SEMASA
Pemindahaonrgan
1. Pemindahan organ boleh didefinisikan sebagai mengganti organ yang gagal berfungsi dengan
baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru daripada seseorang penderma, sama ada
penderma itu masih hidup atau sudah mati..
2. Pandangan ulama tentang pemindahan organ terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan
yang mengharuskan dan tidak mengharuskan pemindahan organ.
3. Golongan yang mengharuskan adalah sebahagian ulama Mazhab al Syafie seperti al-Imam al-
Nawawi, Iz al-Din Abd al-Salam, Qalyubiyy, dan Umayrah dan sebahagian ulama Mazhab Hanbali
seperti Ibnu Qudamah mengharuskannya dalam keadaan seseorang yang berada dalam keadaan
darurat atau terdesak.
4. Golongan kedua iaitu golongan yang tidak mengharuskan pemindahan organ ini
adalah terdiri daripada kebanyakan ulama empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie
dan Hanbali. Mereka berpendapat tidak harus) mengambil manfaat daripada mana-
mana organ manusia kerana kehormatannya.
5. Ulama pada hari ini mengharuskan pemindahan organ manusia, berdasarkan
firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan
daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas
(pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Berdasarkan ayat di atas, ianya mengecualikan keadaan darurat
daripada pengharaman mengambil benda-benda yang dinaskan.
Dalam hal ini, seseorang pesakit yang memerlukan kepada
pemindahan organ termasuk dalam golongan darurat.
Kahwin Melalui- mEel
1. Ahli-ahli fiqh telah menegaskan, perkahwinan melalui surat menyurat atau telefon
tidak dibenarkan, demikian juga dengan e-mel.
2. Syariah menitik beratkan pengumuman perkahwinan dan tidak mengizinkan
sebarang keraguan. Oleh itu, saksi nikah diperlukan.
3. Jika pihak-pihak yang hendak berkahwin tidak dapat hadir maka mereka boleh
melantik wakil. Orang yang akan berkahwin itu hendaklah melantik saudara
lelakinya atau saudara perempuannya sebagai wakil. Melantik wakil melalui
telefon, faks, atau e-mel dibolehkan. Wakil itulah yang harus melakukan ijab dan
kabul bagi pihak yang melantiknya.
4. Justeru perkahwinan melalui e-mel tidak sah kerana suatu akad perkahwinan itu
memerlukan saksi dan saksi perlu hadir semasa akad dijalankan.
PenceraiaMn elalui E- Mel Atau SistemPesanan Ringkas (SMS)
1. Perceraian yang bertulis adalah diterima sama ada tulisan itu di atas kertas, sistem
pesanan ringkas atau dengan cara lain. tetapi kita hendaklah memastikan bahawa si
suamilah yang menulis kata-kata perceraian itu.
2. Jika si suami mengaku bahawa dialah yang menulisnya atau mengirim sistem pesanan
ringkas itu, maka perceraian itu dianggap sah.
3. Perceraian secara bertulis adalah sah mengikut pandangan sebahagian ulamak terutama
ulama keempat-empat mazhab fiqh. Akan tetapi, sebahagian mereka berpendapat
bahawa perceraian itu diterima walaupun si suami tidak berniat menceraikan si isteri.
4. Sebahagian yang lain pula berpendapat perceraian itu tidak boleh diterima melainkan
perceraian itu memang diniatkan, kerana sebab perceraian itu adalah merupakan
perceraian yang meragukan.
5. Pandangan yang terakhir itu dipegang oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Al-Syafie.
Mereka berpendapat bahawa menulis mungkin bertujuan menguji penanya atau hendak
menambah baik tulisan tangannya atau hendak menyebabkan keluarganya sedih, jadi
tulisan itu berlaku tanpa niat.
6. Dua perkara penting yang perlu dilihat dan dinilai apabila suatu perceraian itu
dilakukan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas ataupun e-mel
adalah:
(a) Jika si suami mengaku bahawa dialah yang mengarang surat perceraian itu
maka perceraian itu dianggap sah dan dikira bercerai dengan talak satu.
(b) Jika si suami tidak mengakuinya atau dia sedang bermusafir tidak dapat
dihubungi, sedangkan si isteri menerima mel elektronik atau sistem pesanan
ringkas, maka kita mengambil fatwa fiqh yang menyatakan: kepastian tidak
boleh dihapuskan dengan perasaan ragu semata-mata'. Jadi, perkahwinan itu
tidak boleh dibatalkan melainkan dengan adanya dua orang saksi yang adil dan
yang membuktikan bahawa si suamilah yang mengirimkan kata-kata
perceraian itu. Sekiranya tidak ada dua orang saksi yang adil dan si suami tidak
mengaku menghantar SMS itu, maka perkahwinan itu masih sah.