The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kesan tmk terhadap etika dan peradaban masyarakat dulu dan sekarang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noratiqahatie02, 2021-06-07 21:59:27

kesan tmk terhadap etika dan peradaban masyarakat dulu dan sekarang

kesan tmk terhadap etika dan peradaban masyarakat dulu dan sekarang

MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN
MASYARAKAT DULU DAN SEKARANG

NOR ATIKAH BINTI RAMAINA
04DKA20F2018

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT
DULU DAN SEKARANG
Nor Atikah binti Ramaina

Teknologi maklumat dan komunikasi pada zaman dulu dengan sekarang memang
terlalu banyak perubahan. Sebelum adanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
masyarakat pada zaman dulu hidup dengan tiadanya kemudahan seperti internet, wifi,
dan satelit yang mudah untuk mendapatkan maklumat. Dengan itu, masyarakat pada
zaman dulu hanya bergantung kepada sumber telekomunikasi seperti radio, surat khabar
dan televisyen untuk mendapatkan maklumat. Walaubagaimanapun, dulu tiada
kemudahan internet tetapi mereka tetap mengikuti perkembangan semasa melalui
sumber-sumber tersebut. Pada zaman sekarang jauh berbeza dari segi kemudahan
contohnya, zaman dulu orang membalas mesej menggunakan surat yang diletakkan
dengan bedak manakala zaman sekarang pula orang membalas mesej dengan
menggunakan telefon bimbit melalui whatsapp dan social media yang lain.

Pada zaman dulu, tiada kemudahan teknologi maklumat (ICT) disebabkan itu mereka
mendapatkan maklumat dari sumber-sumber tententu. Walau kehidupan zaman dulu
tiada kemudahan teknologi seperti internet atau sebagainya mereka tetap terus hidup
dengan gaya mereka tersendiri. Contohnya, jika mereka hendak membeli barang
keperluan, mereka pergi ke kedai sendiri. Jika dulu untuk mendapatkan kemudahan
pengangkutan mereka perlu berjalan untuk pergi ke stesen bas atau ke stesen menunggu
teksi. Kehidupan pada zaman dulu cukup selamat dari zaman sekarang kerana zaman
dulu tiadanya buli siber, jenayah penipuan dalam talian dan sebagainya. Kalau dulu untuk
berhubung dengan keluarga yang jauh susah, perlu menulis surat kemudian pergi ke
pejabat pos untuk poskan surat. Walaubagaimanapun mereka tetap berhubung Bersama
keluarga jauh tapi berbeza dengan zaman sekarang.

Teknologi zaman dulu ada seperti telefon,televisyen dan
sebaginya. Cuma televisyen dulu hanya ada 2 siaran saja dan jarang
orang ada televisyen pada zaman dulu. Jadi mereka menonton
televisyen dengan menumpang rumah jiran yang ada televisyen.
Tetapi seronok dulu kerana kita dapat menonton bersama kawan-
kawan. Telefon bimbit pada zaman dulu pula digelarkan dengan
nama telefot bimbit kerana ia perlu di bimbit dan saiznya yang
agak besar jika dibandingkan dengan sekarang. Begitu juga dengan
kanak-kanak, dulu mereka bermain permainan tradisional tetapi
sekarang sudah tiada seperti dulu kerana kanak-kanak sekarang
sedang menghadap game dalam telefon.

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan
dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal
permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasi
teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan
terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang
bersendikan adat, tatatusila ketimuran dan penghayatan
agama.

Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan dalam perjalanan menuju
negara maju menjelang tahun 2020, pasti tidak ketinggalan dalam arus pembangunan
teknologi maklumat.

Perkembangan teknologi maklumat mempengaruhi perkembangan sistem
teknologi komunikasi. Peralatan seperti komputer, internet dan satelit telah
membantu dan mempermudahkan manusia berkomunikasi dan berinteraksi tanpa
batas sempadan dan ruang.

Kemajuan dalam bidang industri mendorong ke arah penggunaan teknologi
dalam semua bidang. Pendidikan merupakan asset utama bagi mencapai dan
merealisasikan negara maju seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi
maklumat.

Teknologi telah memberi impak yang besar kepada pendidikan di Malaysia.
Misalnya, teknologi telah mengubah cara kita membina pengetahuan, cara kita
mengajar dan belajar, cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan
memudahkan pembelajaran.

Perkembangan ICT telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan
negara dalam pendidikan, teknologi, komunikasi dan ekonomi. Namun tanpa
menafikan sumbangan dan kebaikan dari pembangunan ICT terhadap manusia
sejagat, kita dapati kesan dan pengaruh negative juga menjadi cabaran besar dan
menggugat sosiobudaya insan.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah
berfirman yang bermaksud : “ Sekiranya datang

kepadamu orang yang fasik( jahat) membawa berita
maka hendaklah kamu berwaspada( berhati-hati ) akan

kebenarannya”.

Maklumat tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak
berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu
keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab
sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan
menyesatkan orang lain.

Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah
mempercayai bahan yang diperolehi dari internet.

Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya
merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup
Barat dalam aspek pakaian, makanan, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri
manusia. Pakaian tradisional setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara
atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang membanggakan. Makanan
seperti kueh tradisional bertukar dengan makanan import dengan pelbagai jenama
terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya disedari atau
kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan
mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi
harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya, perkataan Assalamualaikum
sudah di ringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai
tersebar penggunaanya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan
maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu
sendiri.

Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting
untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh
dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani
kehidupan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesan
positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT.

Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat
boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar
mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar
boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.

Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti
Fecebook, Twitter, Skype dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas
talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara
berada jauh di perantauan melalui laman sosial Skype.

Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan.
Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam
talian. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utility, permohonan kerja,
membeli belah dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang unntuk
membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bi utility mereka di internet
dengan mudah dan cepat.

Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui
perkembangan semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan
seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengna mudah
dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet
untuk mendapatkan berita-berita tekini dari negara luar.

Seterusnya melalui ICT individu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan
mereka. Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan
perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara talian
juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka
mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya.
Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada
pembeli barangan di pasar raya.

Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat(ICT).
Antaranya, banyak membuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosiol seperti
Fecebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan
seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar
yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah
dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosok jika terlalu leka
melayari internet.

Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah
siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang
berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian,
berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan jenayah siber ini adakalanya
mampu mengodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh
mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar.

Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari
laman sesawang yang tidak bermoral atau pronografi.
Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari
laman sesawang yang tidak bermoral pronografi di
sebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman
sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah
terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik
menerusi laman sesawang tersebut.

Kesan negatif ICT yang lain pada zaman sekarang, ialah pengaruh media massa. Di
era globalisasi ini, banyak sekali orang yang ‘menghalalkan’ segala cara. Jadi media massa
yang menjadi wadah untuk menyampaikanberita pun merebak keseluruhannya.

▪ Mengubah gaya hidup seseorang

▪ Teknologi digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

▪ Kekuatan media massa mempengaruhi gaya hidup seseorang.

Tidak dapat dinafikan lagi, sebagai contohnya, media massa merupakan
penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program
televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan
filem barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati
dengan jiwa masyarakat.

Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif
dan negatif terhadap masyarakat. Kewujudan kedua-dua
kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara
bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada
dengan cara yang betul atau salah. Terutama sekali apabila
kita berada di era globalisasi zaman sekarang yang banyak
perkara-perkara yang negatif. Dengan itu, masyarakat perlu
mempunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa
yang boleh di lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan
melalui teknologi.

Sumber rujukan

https://www.slideshare.net/shahfinal/cabaran-dan-impak-ict-terhadap-bangsa
https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatif-teknologi.html?m=1

https://omghackers.com/teknologi-zaman-dulu-dan-zaman-sekarang/?amp
https://youtu.be/Pb9_EXGqFT4

https://researchgate.net/publication/315456812_kebaikan_dan_keburukan_teknologi_maklumat

Lampiran


Click to View FlipBook Version