PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 1KEHADIRAN KE KELAS/SEKOLAHa) Kehadiran ke sekolah adalah WAJIB.b) Semua murid wajib hadir ke sekolah pada Masa hari persekolahan Kelas gantian/ Kelas Tambahan Masa-masa aktiviti-aktiviti sekolah dijalankanc) Semua murid mesti berada di tapak perhimpunan / ruang legar ( jika hari hujan ) sebelum 6.40 pagi.d) Semua murid mesti berada di kawasan sekolah sepanjang sesi belajar dan sepanjang masa aktiviti sedang berjalan.e) Semua murid mesti berada di dalam bilik darjah masing-masing sepanjang masa waktu belajar walaupun tanpa guru. Jika guru belum sampai setelah 5 minit kelas bermula, Ketua Kelas mesti mencari guru berkenaan di bilik guru atau berjumpa dengan PK 1.f) Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Murid perlu minta kebenaran daripada guru subjek dan mendapatkan pas keluar kelas sebelum keluar kelas.g) Murid tidak dibenarkan berlegar-legar atau berkeliaran di luar bilik darjahh) Murid yang tidak hadir selama 30 hari berturut-turut / berterusan atau 60 hari terkumpul / tidak berturutturut dalam satu tahun tanpa sebab munasabah akan diambil tindakan yang boleh menyebabkan nama muridtersebut dikeluarkan daripada senarai kehadiran murid.i) Murid yang tidak hadir semasa GERKO tanpa sebab munasabah akan diambil tindakan tegas.j) Murid yang tidak hadir kerana menghadapi masalah kesihatan atau kecemasan keluarga mesti menulis surat rasmi kepada guru tingkatan. . Guru kelas mengeluarkan surat amaran kepada murid-murid ini mengikut jumlah hari ketidakhadiran meskipun murid-murid ada memberi surat ketidakhadiran. Hanya surat sakit daripada doktor, surat bagi kes serius sahaja diterima. (Dialog Prestasi Sekolah Bil. 01 / 2023)( Masih dikira tidak hadir ) Manakala surat daripada ibu bapa yang ada nombor telefon mesti diserahkan setalah sekembalinya ke sekolah. ( Masih dikira tidak hadir ) Setiap surat amaran perlu dibuat dalam tiga salinan untuk simpanan guru tingkatan, fail sekolah dan Penolong Kanan HEM. Surat amaran asal diberi kepada ibu bapa / penjaga murid.k) Murid yang benar-benar sakit semasa waktu pembelajaran boleh mendapat kebenaran pulang dengan syarat ibu/ bapa/ penjaga menjemput dan mengisi slip keluar yang boleh didapati dari AJK Guru Disiplin yang bertugas dalam Bilik Operasi Disiplin (BOD)PAKAIAN SERAGAM SEKOLAHa) Setiap murid Wajib memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.b) Tag nama Mesti dipakai di sebelah kiri baju seragam atau tudung ( murid perempuan muslim ) setiap hari persekolahan, baju T sekolah dan baju T unit beruniform semasa aktiviti sekolah dilaksanakan.c) Seluar ala jeans dan seluar pendek dilarang penggunaanya di sekolah.d) Pemakaian tali leher sekolah dengan kemas adalah wajib.e) Kasut mestilah kanvas putih atau hitam dan tidak berjalur-jalur. Stoking mestilah berwarna putih atau hitam tanpa belang atau berjalur (bersesuaian dengan warna kasut dipakai)Papan Notis Kelas _________
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 2Pakaian untuk Murid Lelakia) Seluar panjang berwarna hijau gelap (Olive Green)b) Seluar yang ketat, kakinya kecil ke bawah, terlalu besar atau pendek tidak dibenarkan.c) Pemakaian seluar jenis /potongan Jeans samada berwarna hijau atau hitam adalah tidak dibenarkan.d) Seluar mesti dipakai pada paras pinggang, bukan jatuh ke paras punggung.e) Kemeja putih dan berlengan panjang atau pendek. Jika memakai lengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan mesti dikancing dan tidak boleh dilipatkan lengannya.f) Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) samada ketika memakai baju seragam rasmi sekolah, baju PJ atau baju Gerko (t-shirt).g) Tali pinggang mesti berwarna hitam atau hijau kehitam-hitaman, lebar 3-4 cm. Kepala tali pinggang tanpa hiasan dan sama lebarnya dengan tali pinggang.h) Memakai tali leher (logo sekolah) dengan kemas.Pakaian untuk Murid Perempuana) “Pinafore” berwarna “turquoise” (biru) dan labuhnya mesti melebihi paras lutut.b) Blaus mesti berwarna putih dan berlengan panjang atau pendek.c) Memakai tali leher (logo sekolah) dengan kemas.Pakaian untuk Murid Perempuan Muslima) Baju kurung mestilah berwarna putih.b) Tudung mestilah mini telekung putih berbentuk segi tiga berukuran sesuai dengan murid yang memakainya dan tidak berenda.c) Kain sarung berwarna “turquoise” (biru) dan hendaklah melebihi dan menutup buku lali.Pakaian untuk Pendidikan Jasmani / Aktiviti Ko-kurikulum / Kerja Keceriaana) Semasa kegiatan ko-kurikulum pada hari Rabu, murid wajib memakai pakaian seragam unit beruniform. b) Baju T-sekolah wajib dipakai semasa kelas Pendidikan Jasmani dan aktiviti keceriaan dan setiap kali masuk ke kawasan sekolah pada bila-bila masa.c) Seluar trek panjang berwarna hitam atau biru/ hijau tua sahaja dibenarkan dipakai di sekolah.d) Baju t-shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) kecuali murid perempuan.e) Merujuk surat memo sekolah kepada ibu bapa dengan nombor rujukan JPS(W)SMKLT.600-3/6/7 bertarikh 28 Oktober 2022; ”Pemakaian t-shirt rasmi sekolah dan t-shirt badan beruniform adalah berlengan panjang atau berlengan pendek sahaja. Jika memakai baju lapis di bahagian dalam samaada berwarna atau tidak berwarna hendaklah tidak melebihi panjang tshirt rasmi tersebut.” Mulai sesi persekolahan 2024/2025, tag nama wajib dipakai pada pakaian seragam sekolah, T-Shirt sekolah dan TShirt unit beruniform.
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 3Pakaian yang ditetapkan olehKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIARujukan : K.P(BS)8543/Vol.11/(85)
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 4KEKEMASAN DIRI MURIDRambut untuk Murid LelakiSetiap murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah panjang adalah seperti berikut:a) Di belakang, rambut tidak boleh melebihi garisan cuping telinga dan digunting bertingkat-tingkat (tidak tebal) pada bahagian belakangb) Di depan, rambut tidak mencecah bulu kening.c) Di sebelah kepala, rambut tidak menutup telinga dan “sideburn” tidak melebihi garisan tengah hidung.d) Fesyen rambut yang keterlaluan seperti ala „jambul‟, pulau, punk, „skin head‟ atau gondol/botak adalah dilarang. Murid lelaki juga dilarang menyimpan misai dan janggut atau jambang.Ruj : SPI 2/1996Rambut untuk Murid Perempuana) Rambut murid perempuan yang pendek mestilah kemas.b) Jika panjang mencecah bahu, rambut mesti diikat dengan pengikat hitam atau biru tua. Warna lain dilarang.c) Rambut bahagian depan tidak boleh melebihi bulu kening. Perlu di”klip” dengan kemas jika terlalu panjang bahagian depan sehingga menutup mata.d) Rambut berwarna adalah dilarang sama sekali.e) Murid perempuan muslim wajib memakai tudung mini telekung berwarna putih yang tidak berenda.
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 5Kukua) Kuku hendaklah sentiasa pendek dan kemas.b) Kuku dilarang diwarnakan, menggunakan inai dan sebarang bentuk perhiasan.Barang-barang Kemas & Alat Soleka) Semua murid (lelaki / perempuan) dilarang memakai semua jenis barang kemas melainkan terdapat kes-kes tertentu dan perlukan surat daripada ibu bapa murid berkenaan.b) Barang-barang kemas yang dimaksudkan ialah gelang, cincin, rantai dan sebagainya sama ada tulen atau tiruan.c) Hanya sepasang subang pada bahagian bawah telinga boleh dipakai oleh murid perempuan. Murid lelaki dilarang sama sekali.d) Murid-murid dilarang bersolek.Barang-barang Terlarang di Luar dan Dalam Kawasan Sekolaha) Murid-murid dilarang membawa benda-benda tajam, lucah, peralatan bengkel, alat-alat perhiasan diri/solekan, majalah hiburan, makanan ringan, duit yang banyak atau barang-barang yang dianggap bahaya.b) Di bawah adalah benda-benda yang dilarang.i) Benda-benda tajam : - Parang, pisau, gunting (kecuali dengan keizinan guru), pembaris besi, alat-alat geometri (kecuali arahan guru) dan lain-lain berkaitan.ii) Bahan-bahan lucah/bukan lucah- CD, VCD, Tape, Video, Majalah lucah/ hiburan dan lain-lain berkaitaniii) Perhiasan diri- Cincin, anting-anting, rantai dan lain-lain perhiasan diriiv) Pensel berbentuk alat suntikan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992)v) Barang larangan lain-lain- Telefon bimbit, highlighter, blanko, rokok eletronik, vapes, rokok, mancis, kuaci, gula-gula, gula-gula getah, minyak wangi, cermin kecil, minyak rambut, gincu, daun terup dan lain-lain berkaitan.Kegiatan Ko-Kurikuluma) Setiap murid wajib menjadi ahli dalam ketiga-tiga jenis kegiatan ko-kurikulum : Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan.b) Perjumpaan ko-kurikulum diadakan sekali seminggu iaitu Rabu, pukul 2.00 hingga 4.30 petang dan murid tidak dibenarkan pulang sehingga masa ko-kurikulum tamat.c) Murid mesti berkumpul di tapak ruang legar pada pukul 2.00 petang untuk mendapatkan kehadiran dan 4.30 petangberedar pulang.d) Murid mesti berada di tempat aktiviti GERKO mengikut unit beruniform, kelab dan persatuan yang telah dipilih.
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 6ETIKA PERLAKUAN DALAM KELASa) Sebelum masuk ke dalam kelas, murid mesti mengetuk pintu meminta kebenaran masuk. Tindakan tidak mengetuk dan meminta kebenaran masuk dianggap kurang sopan dan tidak menghormati guru.b) Murid mesti duduk di tempat yang telah ditetapkan oleh guru. Jika murid bertukar tempat duduk tanpa kebenaran, tindakan saman boleh dikenakan.c) Bidang Akademik iaitu Pembelajaran merupakan ”CORE BUSINESS” iaitu KEUTAMAAN murid. Oleh itu, murid mesti menumpukan sepenuh perhatian dan mengambil berat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkaraperkara dibawah perlu diberi perhatian.Murid MESTI :1. Mendengar semasa guru membuat penjelasan isi pelajaran.2. Berusaha menjawab soalan yang guru kemukakan.3. Membuat latihan dan kerja rumah yang telah diberikan.4. Membawa peralatan pembelajaran berdasarkan mata pelajaran. Murid DILARANG :5. Bercakap-cakap sesama rakan sehingga mengganggu guru mengajar6. Mengganggu rakan yang sedang memberi tumpuan semasa guru mengajar7. Berjalan-jalan, membuat kerja lain yang tidak berkaitan dengan mata pelajaran waktu berkenaan.8. Membelakangkan guru yang sedang mengajar.9. Bermain seperti membaling kertas, peralatan tulis dan sebagainya.d) Murid mesti membawa buku teks, buku latihan, buku kerja serta peralatan lain yang diarahkan oleh guru dan diperlukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan mata pelajaran dan jadual waktu.e) Murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan kelas setiap masa. f) Setiap murid hendaklah menjalankan tugas pembersihan dan keceriaan kelas berdasarkan jadual tugas harian .g) Ketua Kelas atau Penolongnya mesti mengambil Buku Pemantauan Kelas setiap pagi dan mengembalikan ke pejabat am setelah tamat sesi pembelajaran pada hari berkenaan.PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAHa) Setiap murid wajib menduduki pentaksiran sumatif, peperiksaan sumatif, peperiksaan percubaan dan peperiksaan awam yang dijalankan.b) Setiap murid perlu serius dengan setiap pentaksiran / peperiksaan yang diberi.c) Semua fail, buku dan beg murid hendaklah diletakkan di luar bilik kelas semasa pentaksiran / peperiksaan dijalankan. d) Seseorang murid akan diberi markah ‟O‟ – KOSONG jika i. telah digantung persekolahan semasa pentaksiran / peperiksaan.ii. telah menipu atau meniru dalam pentaksiran / peperiksaan.e) Murid yang tidak hadir pentaksiran / peperiksaan atas sebab-sebab peribadi yang tidak ada kaitan dengan aktiviti mewakili sekolah, boleh menduduki pentaksiran / peperiksan sebagai latihan sahaja dan markah tidak dikira sebagai markah pentaksiran / peperiksaan.f) Jika guru yang mengawas lewat sampai ke dalam kelas, Ketua Kelas bertanggungjawab memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.g) Murid tidak dibenarkan keluar kelas semasa pentaksiran / peperiksaan kecuali dalam keadaan terdesak dan telah diberi kebenaran oleh guru yang mengawas.h) Slip Laporan Prestasi Murid mesti ditandatangani oleh ibu atau bapa atau penjaga sendiri.
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 7i) Tindakan mengubah markah pada Slip Laporan Prestasi adalah satu kesalahan berat dan akan dikenakan tindakan tegas seperti dirotan, digantung persekolahan atau dibuang sekolah.j) Jika murid menghantar kertas jawapan kosong, bagi kertas subjektif, tindakan disaman akan dikenakan. Guru mata pelajaran mesti menghantar kertas jawapan mereka kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan HEM untuk ditunjukkan kepada ibu bapa dan simpanan dalam fail pelajar.k) Keputusan pentaksiran / peperiksaan akan membantu murid mendapatkan bantuan kewangan/ biasiswa serta penyusunan semula kelas jika berkenaan.Skim Pinjaman Buku Teks [SPBT]a) Buku teks adalah harta Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipinjamkan kepada murid.b) Semua murid diberi kemudahan SPBT yang diluluskan oleh Jawatankuasa SPBT jika tidak melanggar peraturan sekolah.c) Buku teks yang dipinjam hendaklah sentiasa dibalut dan dijaga.d) Murid dilarang menulis atau menconteng buku-buku pinjaman.e) Buku-buku yang dipinjam mesti dikembalikan pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa SPBT dalam keadaan yang baik.f) Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada buku-buku teks yang dipinjam, murid tersebut mesti menggantikannya dengan buku yang sama. g) Kegagalan menggantikannya akan menyebabkan murid tidak layak menerima kemudahan SPBT pada tahun seterusnya. Sijil-sijil seperti Sijil Berhenti Sekolah/SPM juga akan ditahan.h) Untuk memastikan keselamatan dan kebersihan buku dijaga, pemeriksaan mengejut akan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan keperluan.Tandasa) Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas. Murid mesti pamkan air setelah menggunakan tandas.b) Murid dilarang menconteng dinding, lantai, sinki di tandas.c) Murid dilarang membuang kertas, plastik, kayu dan apa-apa yang boleh menyebabkan kerosakan dalam tandas.d) Murid mesti berjimat cermat ketika menggunakan air di dalam tandas.e) Jika berlaku kerosakan pada tandas, setiap murid bertanggungjawab memberitahu kepada guru bertugas, guru disiplin atau PK HEM.f) Jika didapati murid sengaja merosakkan tandas, murid bertanggungjawab menanggung kos pembaikan.g) Sekiranya murid hendak ke tandas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid WAJIB mendapatkan kebenaran@pas keluar daripada guru yang sedang mengajar/ sit in.Kantin / Semasa Rehata) Masa rehat yang bermula 10.15 pagi hingga 10.45 pagi ( Isnin dan Selasa ), 10.00 pagi hingga 10.30 pagi ( Rabu hingga Jumaat ) atau masa lain yang dikhaskan untuk murid pergi ke kantin untuk makan dan minum.b) Murid dilarang berada di kantin pada masa-masa yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran.c) Murid mesti beratur semasa membeli. Murid mesti mengikut arahan guru/pengawas yang bertugas di kantin.
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 8d) Murid dilarang membuang sisa / baki makanan di atas meja/ celah-celah bangku/ lantai atau sinki.e) Murid dilarang masuk ke dapur kantin.f) Murid dilarang menconteng dinding, meja, lantai dan sebagainya yang berada di kantin.g) Murid dilarang masuk ke bilik makan guru di kantin.h) Jika berlaku kerosakan di kantin, setiap murid bertanggungjawab memberitahu kepada pihak sekolah /guru bertugas /guru disiplin atau PK HEM.i) Murid tidak boleh berada di dalam kelas semasa rehat.KAWASAN LARANGANMurid dilarang masuk dan berada di bilik-bilik khas tanpa kebenaran atau kehadiran guru.a) Bilik-bilik khas yang dimaksudkan ialah Pejabat Am Bilik Guru BOD Bilik Mesyuarat Bilik Operasi SPBT [BOSS] Bilik Pendidikan Seni dan Visual Bilik Komputer Bilik Bahasa Bilik Muzik Bilik Serbaguna Surau Bilik Bimbingan dan Kaunseling Makmal-makmal Sainsb) Kawasan Larangan adalah seperti berikut i) Blok Pentadbiran /Pejabat Am kecuali jika ada urusanii) Tandas Guruiii) Tempat Letak Keretaiv) Padang sekolah/ gelanggang permainan kecuali jika ada Pendidikan Jasmanic) Murid dilarang mengganggu sistem pendawaian eletrik di semua kawasan dalam atau luar sekolah.d) Murid dilarang keluar daripada kawasan sekolah sama ada untuk membeli atau berjumpa seseorang.PERATURAN LALU-LINTASa) Warga sekolah mesti mematuhi peraturan lalu-lintas demi keselamatan bersama.b) Murid yang berjalan masuk ke sekolah mesti menggunakan pintu pagar kecil dan laluan pejalan kaki yang ditetapkan.c) Tiada murid yang dibenarkan meletakkan kereta atau motorsikal di dalam kawasan sekolah kecuali murid bermotorsikal yang ada lesen sah dan berdaftar dengan AJK Keselamatan sekolah. Murid yang memandu kereta atau menunggang motosikal ke sekolah adalah atas risiko sendiri. d) Pihak sekolah tidak bertangggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan kenderaan murid.e) Sekiranya murid melanggar peraturan lalu-lintas sekolah, tindakan tegas akan diambil.f) Kenderaan ibu bapa atau penjaga dilarang masuk ke kawasan sekolah. Kereta ibu bapa atau penjaga murid mesti berhenti di perhentian bas di depan sekolah.
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 9g) Murid akan dikenakan tindakan saman sekiranya ibu bapa / penjaga masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar anak tanpa kebenaran pihak sekolah.KEBERSIHANSemua murid mesti sentiasa menjaga kebersihan diri dari setiap masa. Kebersihan diri bermaksud kebersihan dari segii) Fizikal (pakaian seragam, kulit, kuku, rambut, kasut & stoking,) ii) Tingkah laku (tidak melakukan kesalahan yang menyebabkan nama tercatat dalam rekod salahlaku / masalah disiplin.)iii) Mental (tidak memikirkan perkara yang negatif atau tidak berfaedah.)a) Murid-murid juga mesti membersihkan bilik darjah, kerusi meja sentiasa teratur dan kemas. Murid dilarang menconteng semua perabot dalam kelas.b) Ketua Kelas dan penolongnya bertanggungjawab melaporkan kerosakan perabot kepada Guru Tingkatan.c) Murid mesti menjaga kebersihan persekitaran kelas dan sekolah, tandas, kawasan sekolah dan sebagainya.URUSAN KETIDAKHADIRAN MURIDAMALAN BAIK DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)1. Menzahirkan mana-mana amalan baik2. Sukarela membantu guru3. Sukarela melapor kes salahlaku4. Membantu melaksana kerja-kerja landskap / taman5. Membersih kawasan / bilik khas6. Kerja-kerja mengecat7. Menyertai aktiviti luar di bawah Bimbingan dan KaunselingJenis-jenis Penganugerahan a) Paparan di Papan Kenyataanb) Sijil c) Anugerah semasa Majlis Anugerah CemerlangTindakan Berturut-turut Tidak berturut-turutAmaran Pertama 3 hari berturut-turut 10 hariAmaran Kedua 7 hari selepas Surat Amaran Pertama 10 hari selepas Surat Amaran PertamaAmaran Ketiga 7 hari selepas Surat Amaran Kedua 20 hari selepas Surat Amaran KeduaBuang sekolah 14 hari selepas Surat Amaran Ketiga 20 hari selepas Surat Amaran KetigaJumlah keseluruhan31 hariSurat Pemberitahuan Berhenti Sekolah kepada ibu bapa /Penjaga60 hariGuru Tingkatan hantar SURAT PEMBERITAHUAN BERHENTI SEKOLAH kepada ibu bapa/penjaga
PERATURAN-PERATURAN SMK LOPENG TENGAH 10SALAH LAKU MURIDEviden rekod salah laku dicatat dalam KAD HIJAU yang diambil dari:1. Buku Rekod Catatan Harian2. Slip Saman3. Borang Pemantauan Khas4. Slip Kelewatan/Slip Salah lakuBILANGANSALAH LAKULANGKAH/HUKUMAN TINDAKAN10 Kesalahan1. Guru Tingkatan (Pakej A dan B ) mengumpul maklumat salah laku dan pindahkan maklumat ke kad hijau. Bila sampai 10 kali keluarkan Surat Amaran Pertama ( Pakej A )Guru Tingkatan ( Pakej A dan B )2. Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Pertama kepada ibu bapa/penjaga Guru Tingkatan ( Pakej A )3. Hubungi ibu bapa/penjaga melalui telefon/ mesej Guru Tingkatan ( Pakej A )4. Berjumpa dengan ibu bapa/ penjaga Guru Tingkatan /PK HEM/Guru Disiplin / Pengetua5. Menandatangani Surat PERJANJIAN DISIPLIN MURID Ketua Guru Disiplin/ PK HEM/ Pengetua6. Rotan 2 kali/ Kerja Amal PK HEM/ Pengetua7. Sesi kaunseling Kaunselor15 Kesalahan1. Guru Tingkatan (Pakej A dan B ) mengumpul maklumat salah laku dan pindahkan maklumat ke kad hijau. Bila sampai ke-15 kali, keluarkan Surat Amaran Kedua ( Pakej A )Guru Tingkatan ( Pakej A dan B )2. Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa/penjaga Guru Tingkatan ( Pakej A )3. Hubungi ibu bapa/penjaga melalui telefon/ mesej Guru Tingkatan ( Pakej A )4. Berjumpa dengan ibu bapa/ penjaga Guru Tingkatan / Guru Disiplin /PK HEM / Pengetua5. Menandatangani Surat PERJANJIAN DISIPLIN MURID Ketua Guru Disiplin / PK HEM/ Pengetua6. Rotan 3 kali / Kerja Amal PK HEM/ Pengetua7. Sesi kaunseling Kaunselor20 Kesalahan1. Guru Tingkatan (Pakej A dan B ) mengumpul maklumat salah laku dan pindahkan maklumat ke kad hijau. Bila sampai ke-20 kali, maklum dengan ketua guru disiplin untuk keluarkan SURAT GANTUNG SEKOLAHGuru Tingkatan / Ketua Guru Disiplin2. Guru Tingkatan hantar SURAT GANTUNG SEKOLAH kepada ibu bapa/penjaga Guru Tingkatan ( Pakej A )3. Hubungi ibu bapa/penjaga melalui telefon/ mesej Guru Tingkatan ( Pakej A)4. Berjumpa dengan ibu bapa/ penjaga selepas tamat tempoh gantung sekolah.Guru Tingkatan / Guru Disiplin / PK HEM/ Pengetua5. Menandatangani Surat PERJANJIAN DISIPLIN MURID Ketua Guru Disiplin / PK HEM/ Pengetua6. Rotan 3 kali / Kerja Amal PK HEM/ Pengetua7. Sesi kaunseling Kaunselor /PK HEM/ Pengetua