TUAN HAJI JELANI SULONG
PENDAHULUAN
Surat rujukan kuasa JPNT.P.T.05009-02/11 (43) bertarikh 27 Julai
2020 adalah dirujuk. Program Kelayakan Profesional Kepimpinan
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) merupakan program latihan
yang telah diperkenalkan di Institut Aminuddin Baki (IAB), KPM
sejak tahun 1999, selepas penjenamaan semula National
Profesional Qualification for Headship (NPQH) dan menjadi pra
syarat latihan sebelum lantikan sebagai Pengetua dan Guru Besar
(PGB). Syarat Baharu Pelantikan Pengetua dan Guru Besar (PGB)
mewajibkan calon mempunyai sijil NPQEL/NPQH berkuatkuasa 1
Julai 2014 sebagai langkah untuk memastikan pencapaian
sasaran Anjakan 5 PPPM 2013-2025 iaitu menempatkan
pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah di bawah kawalan
KPM. Surat Siaran KPM bertarikh 17 Jun 2014 mewajibkan semua
calon yang ditawarkan pemangkuan dan penempatan hakiki
untuk mengikuti Program Residency dan Immersion (PRIme).
PRIme adalah satu program pemantapan pelbagai kompetensi
dalam kepimpinan dan pengurusan. Program ini juga memberi
bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) yang baharu
dilantik secara hands-on. Pengetua/Guru besar merupakan orang
yang terutama untuk menyokong dan memastikan kejayaan
pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti
kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk
mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi yang
berkualiti.
Sambungan…..
Program PRIme ini adalah program Guru Besar (GB) membuat
pembentangan amalan terbaik yang telah dilakukan di sekolah masing-
masing . Program ini dapat menyediakan dan memantapkan pelbagai
kompetensi kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan sejajar dengan
peranan mereka sebagai pemimpin sekolah. Program ini bertujuan
memberi bimbingan kepada GB dalam usaha melahirkan generasi Guru
Besar (GB) berprestasi tinggi di negara ini diperkasakan dengan
pelaksanaan Program Pembentangan Perkongsian Amalan terbaik
Pengetua PRIme oleh Kementerian Pendidikan. Program Residency dan
Immersion (PRime) diperkenalkan mulai 1 Julai 2014.
Justeru, pembentangan ini dicadangkan agar dapat memberi maklumat
dan pendedahan serta bimbingan kepada guru besar tentang langkah
yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dialami. Matlamat
Anjakan 5 PPPM 2013-2025: Menempatkan Pemimpin Berprestasi Tinggi
di Setiap Sekolah. Sejajar dengan itu GB yang telah diberi latihan semasa
program NPQEL dan disambut dengan khidmat konsultasi melalui
program PRIme haruslah sentiasa dibugarkan samada daripada segi
pengetahuan, kemahiran mahupun nilai. Sehubungan dengan itu
Pembentangan Amalan Terbaik PGB Immersion ini dirancang dengan
tujuan mewujudkan ruang dan peluang perkongsian amalan terbaik
dalam kalangan GB graduan NPQEL. Pembentangan Amalan Terbaik ini
dapat mengetengahkan GB graduan NPQEL yang berjaya sebagai
pemimpin instruksional dan perubahan di sekolah. Ruang perkongsian
yang diberikan kepada GB yang membentang dapat menyuntik
semangat dan memperkukuh jati diri sebagai pengurus dan pemimpin
institusi pendidikan dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.
Pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman para pembentang dapat
menjadi suri teladan kepada GB yang lain khususnya GB baharu.
OBJEKTIF
2.1.
Guru besar yang telah diberi latihan semasa
program NPQEL dan disambut dengan khidmat
konsultasi melalui program PRIme dan
pembentangan amalan terbaik
2.2.
Pembentangan Amalan Terbaik Guru Besar I
mmersion ini dirancang dengan tujuan
mewujudkan ruang dan peluang perkongsian
amalan terbaik dalam kalangan guru besar
graduan NPQEL dengan semua guru besar dan
penolong kanan pentadbiran sekolah rendah
daerah Kuala Nerus.
2.3.
Pembentangan amalan terbaik ini dapat
mengetengahkan gurubesar graduan NPQEL yang
berjaya sebagai pemimpin instruksional dan
perubahan di sekolah
OBJEKTIF
2.4.
Ruang perkongsian yang diberikan kepada
gurubesar yang membentang amalan terbaik
dapat menyuntik semangat dan memperkukuh
jati diri sebagai pengurus dan pemimpin institusi
pendidikan dalam menghadapi cabaran
pendidikan masa kini.
2.5.
Pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman
para pembentang dapat menjadi suri teladan
kepada pengetua yang lain khususnya gurubesar
baharu .
JAWATANKUASA PROGRAM
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
Tn. Haji Jelani Bin Sulong
(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu)
Naib Pengerusi
Encik Hamid Bin Yahya
(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus)
Penyelaras
Encik Nor Aslan b Mohd Yusoff
(Pegawai SIP+ PPD Kuala Nerus)
AJK
Tn. Hj Mohd Tamidi b Sidek
(Pegawai SIP+ PPD Kuala Nerus)
Tn. Hj Azman b Abd Majid
(Pegawai SIP+ PPD Kuala Terengganu)
Tn. Awang b Abdullah @ Sulong
(Pegawai SIP+ PPD Kuala Terengganu)
AJK PELAKSANA
Persediaan Tempat
Pn Rosmawati bt Ismail
(PK Pentadbiran, Sekolah Sukan Malaysia)
Backdrop/Dokumentasi & Post Mortem
YM Syed Abdul Rahman Hilmi bin Syed Zain
(PK Kokurikulum, SMK Kompleks Gong Badak)
En Razali bin Sulong
(PK Pentadbiran, SMK Kompleks Tembesu)
Jamuan dan Cenderamata
Pn Rohimatul Aslamiah bt Embong
(PK Pentadbiran, SMK Batu Rakit)
Juru acara
Pn Rohimatul Aslamiah bt Embong
(PK Pentadbiran, SMK Batu Rakit)
Pn Rosmawati bt Ismail
(PK Pentadbiran, Sekolah Sukan Malaysia)
Pendaftaran dan Pamphlet
Pn Norzihan bt Ab Karim
(PK Pentadbiran, SMKA Dato’ Haji Abbas)
Sambutan VIP
En Razali bin Sulong
(PK Pentadbiran, SMK Kompleks Tembesu)
Sijil Hakim & Pembentang
Pn Samihah bt Salleh
(PK Kokurikulum SM Teknik Terengganu)
Hakim
Ustaz Awang bin Sulong @ Abdullah
(Pegawai SIP+ PPD K.Terengganu)
En Azman bin Abd Majid
(Pegawai SIP+ PPD K.Terengganu)
Penyelaras Pembentangan
En Razali bin Sulong
(PK Pentadbiran, SMK Kompleks Tembesu)
Penjaga Masa
Nur Ain Sabariah bt Din
Nik Siti Nur Hadaina bt Mazelan
(Praktikum PPD Kuala Nerus)
Tentatif Program
MASA PENGISIAN
8:00 am Pendaftaran
8:30 am Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus
Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan aluan
Tuan Hamid bin Yahya, PPD Kuala Nerus
Ucapan Utama
Haji Jelani bin Sulong, PPD Kuala Terengganu
Penyampaian cenderahati kepada perasmi
Taklimat Rakan Strategik RHB Bank
Pembentangan 1
Nizam bin Abdullah
Guru Besar, SK Padang Air
Pembentangan 2
Noor Azuan bt Abdul Rahman
Guru Besar, SK Darat Batu Rakit
10:00 am Minum Pagi
10:30 am Pembentangan 3
Nor Shafizan b Husain
Guru Besar, SK Kompleks Tembesu
Pembentangan 4
Azmi bin Yusof
Guru Besar, SK Padang Kemunting
Pembentangan 5
Zaid bin Yusof
Guru Besar, SK LKTP Belara
Pembentangan 6
Mohd ‘Uwaidhah b Sulaiman
Guru Besar, SK Bukit Wan
Tentatif Program
MASA PROGRAM
Pembentangan 7
Shumaisah bt Ab Ghani
Guru Besar, SK Pechah Rotan
Pembentangan 8
Azmi bin Senik
Guru Besar SK Kompleks Gong Badak
Pembentangan Jemputan
Amalan Terbaik Sekolah TS 25
Azlia Liza Binti Alias
Guru Besar, SK Pagar Besi
Hayati bt Othman
Guru Besar SK Seberang Takir
1:30 pm Rumusan Pembentangan oleh Penyelaras Program
Penyampaian sijil dan cenderahati hakim
Penyampaian sijil pembentang
Majlis Bersurai
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Nizam bin Abdullah
Guru Besar SK Padang Air
Program Huffaz yang dilaksanakan untuk
melahirkan generasi yang mahir AlOuran
dan boleh membimbing murid lain
menyemarakan usaha pihak sekolah
memastikan kemenjadian murid dalam
bidang sahsiah dan akhlak terpuji.
Seramai 10 orang murid dipilih yang
terdiri dalam kalangan pelajar tahun 4, 5
dan 6. Usaha melahirkan Huffaz di
Sekolah Kebangsaan Padang Air
menampakkan impaknya setelah Huffaz
seramai 10 orang ini telah mendapat
kejayaan dalam pertandingan
koakademik di peringkat daerah.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Noor Azuan bt Abdul Rahman
Guru Besar SK Darat Batu Rakit
DABARA JUARA. Dalam Falsafah
Pendidikan Negara dinyatakan,
bermatlamat untuk mengembangkan
potensi dan minat murid ke arah
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis. Salah satu bidang yang perlu
diberi perhatian ialah bagaimana cara
untuk melahirkan murid yang lebih
berkeyakinan dan memantapkan diri
untuk lebih berjaya dan cemerlang
dalam apa jua bidang yang diceburi.
Keseimbangan bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah adalah perlu
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Negara.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Nor Shafizan b Husain
Guru Besar SK Kompleks Tembesu
Persaingan dengan taman didikan kanak-
kanak di sekitar komuniti sekolah
menyebabkan murid pra di sekolah ini
mengalami kemerosotan. Perkongsian
amalan terbaik yang dibuat ialah
intervensi pengurusan pra sekolah yang
telah dijalankan untuk meningkatkan
permohonan masuk dan juga peratus
kehadiran ke sekolah. Perubahan yang
dilakukan turut meliputi keceriaan fizikal
dan aktiviti - aktiviti serta program
bersama murid-murid dan juga ibu bapa.
Akhirnya ibu bapa dan komuniti memilih
SK Kompleks Tembesu untuk menghantar
anak mereka bersekolah.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Azmi bin Yusof
Guru Besar SK Padang Kemunting
Surau diimarahkan, akhlak dimuliakan
(SIAP) merupakan projek yang telah
dirancang dan dilaksanakan untuk
menangani isu peratus kehadiran murid ke
surau yang rendah dan murid kurang
berminat terhadap pelbagai aktiviti.
Program yang dijalankan ialah
memperkasakan kebersihan dan keceriaan
dalaman, menceriakan persekitaran surau
serta membina replika. Selain itu, AJK
surau juga telah memperbanyakkan
pengisian aktiviti kerohanian dan
persekitaran fizikal . Impak yang nyata
hasil pelaksanaan projek tersebut adalah
peratus kehadiran murid ke surau telah
meningkat. Impak terhadap pencapaian
murid dalam akademik, koakademik,
kokurikulum serta sahsiah murid telah
menunjukkan pencapaian kejayaan yang
cemerlang.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Zaid bin Yusof
Guru Besar SK LKTP Belara
Isu yang menjadi keutamaan Pembentangan Amalan
Terbaik PRime bagi SK LKTP Belara ialah bagaimana
untuk meningkatkan tahap kelulusan minima D dalam
UPSR , memandangkan dari analisa Tahun 2016 hingga
2018 menunjukkan penurunan yang terlalu
menakutkan berbanding Tahun 2017. Oleh itu,
Program Transformasi Akademik menjadi keutamaan
saya sebagai pentadbir sekolah yang dirancang dan
dilaksanakan pada Tahun 2019. Program Transformasi
Akademik ini mengambil kira Analisa SWOT yang
dijalankan. Berdasarkan kekuatan dan sokongan yang
ada, warga sekolah telah mengadakan program ini,
yang menjurus kepada 3 komponen utama keperluan
kemenjadian murid iaitu yang pertama
memperkuatkan minda supaya lebih cerdas dan
bersedia menghadapi cabaran melalui santapan
minda, keduanya ialah fokus kepada intelek yang akan
memantapkan calon dalam aspek teknik menjawab
soalan dan yang ketiga ialah pembentukan jati diri
calon dengan pelbagai program terancang dari aspek
rohani dan jasmani. Kejayaan Program Transformasi
Akademik ini menjadi kebanggaan warga SK LKTP
Belara dan seluruh masyarakat Felda Belara khususnya.
Penghargaan dari pelbagai pihak termasuk daripada
JPNT, PPDKN, ADUN dan masyarakat menjadi
penyuntik semangat untuk kami meneruskan tradisi
kecemerlangan.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Mohd ‘Uwaidhah b Sulaiman
Guru Besar SK Bukit Wan
Projek Bacaan Pagi bersama Guru Muda
adalah satu projek yang dilaksanakan
terhadap bekas murid kelas pemulihan
bertujuan untuk membantu
melancarkan pembacaan serta
memahami apa yang dibaca. Projek
tersebut dilaksanakan pada waktu pagi
selama 30 minit sebelum PDPc bermula.
Guru muda yang terdiri daripada rakan
sebaya yang terpilih seramai 10 orang
akan membimbing murid tersebut
menggunakan kaedah imlak dan latih
tubi tersebut. Projek ini berjalan selama
3 bulan.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Shumaisah bt Ab Ghani
Guru Besar SK Pechah Rotan
Tajuk pembentangan Garden Of
Knowledge (MDL) dipilih kerana
kecenderungan dalam membentuk
perpustakaan abad ke-21. Antara isu yang
dipaparkan ialah Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Kurang Murid (SKM) yang sentiasa
mewakili peringkat daerah tetapi tidak
berjaya ke peringkat kebangsaan.
Beberapa kebaikan dan kelemahan
disenaraikan dalam mencari kekuatan dan
peluang yang dimiliki. Bagaimana
kejayaan dapat dicipta hasil dari usaha
yang gigih serta sokongan dari pihak luar
dalam membina hubungan strategik.
Dijelaskan juga cabaran yang dihadapi
dalam mengejar impian menjadikan pusat
sumber salah satu tempat mencari ilmu
tetapi tidak ketinggalan dari segi teknologi
IR 4.0 sejajar dengan institusi-institusi
pengajian tinggi.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Azmi bin Senik
Guru Besar SK Kompleks Gong
Badak
Didapati 81% murid Tahap 2 SK Pechah
Rotan menunaikan solat tidak
mencukupi lima waktu. Daripada soal
selidik yang dilakukan mendapati punca
masalah ini adalah kerana mereka tidak
berminat, tidak memahami makna surah
yang dibaca dan kurang dorongan
daripada ibubapa. Program “Sayangi
Solatmu” dilaksanakan bagi menarik
minat murid untuk menunaikan solat
cukup lima waktu melalui aktiviti
menghafal surah lazim berserta
maknanya. Berdasarkan analisa yang
dilakukan didapati 99% murid telah pun
menunaikan solat cukup lima waktu.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Azlia Liza Binti Alias
Guru Besar, SK Pagar Besi
Didapati 50% guru tidak mencapai tahap
cemerlang berdasarkan skor pencerapan
Standard 4 SKPMg2 pengajaran dan
pembelajaran pada akhir tahun 2019.
Berdasarkan data Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPMg2) yang
dianalisis, punca masalah ini adalah
disebabkan oleh 10% guru tiada komitmen
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
murid dan selesa mengajar secara
tradisional. Program Saya Cikgu ‘RARE’
dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran
menggunakan Skor Pencerapan Standard 4
SKPMg2 selari dengan Program
Transformasi Sekolah 2025. Berdasarkan
analisa yang dilakukan, didapati 4.68%
guru telah Berjaya meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran selari
dengan Program Transformasi Sekolah
2025.
ABSTRAK PEMBENTANGAN
Hayati bt Othman
Guru Besar SK Seberang Takir
Hala tuju:KEMENJADIAN MURID.
Isu :Data besar hanya disimpan
dalam fail dan tidak diinterpretasi
untuk dibuat intervensi.Inesiatif:
Coaching and mentoring (TS25-
Modul 1) .
Nama Program:Guru Dedikasi,
Murid Menjadi.
Pendekatan: Kajian Tindakan
Objektif umum:
1.Menggilap kemahiran murid
2.Menganjak potensi murid
3.Menjana Kemenjadian Murid
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Program
Pembentangan Perkongsian Amalan
Terbaik Guru Besar, Daerah Kuala
Nerus