The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuharahalivi, 2021-09-22 11:09:14

Buku Skrap Sejarah - Zafran 6 Cekal

Buku Skrap Sejarah - Zafran 6 Cekal

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

PENGHARGAAN DAN PENGENALAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia Nya saya dapat menyiapkan buku
skrap ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Terima Kasih kepada Cikgu Sejarah, Cik Nur Hidayah binti Musa yang mengajar saya mengenai
Sejarah dan cara-cara membuat buku Skrap. Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya Zakaria
Bin Abd Karim dan Zuharah Binti Alivi yang membantu dalam proses membuat buku skrap ini.
Buku skrap ini adalah mengenai idola saya Tunku Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa
Pembangunan Malaysia. Tun Abdul Razak Hussein ialah Perdana Menteri Malaysia ke-2 dan
beliau juga merupakan anak lelaki kepada Dato’ Hussein Mohd Taib dan Teh Fatimah binti Daud.
Beliau berkelulusan undang-undang dari United Kingdom dan berkecimpung dalam bidang politik
setelah pulang ke tanah air pada tahun 1950.

Zafran Bin Zakaria Page - 1 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

BIODATA DIRI

Nama: Zafran bin Zakaria
Tarikh Lahir: 9 Mei 2009
No MyKid: 090509-01-0255
Cita-Cita: Angkasawan
Hobi: Membaca
Guru Sejarah: Cik Nur Hidayah binti Musa
Alamat Rumah: No.31, Jalan Perjiranan 15/27, Bandar Dato’Onn, 81100 Johor Bahru

Zafran Bin Zakaria Page - 2 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

BIOGRAFI RINGKAS TUN ABDUL RAZAK

Nama: Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein.
Jawatan: Perdana Menteri Malaysia ke-2.
Tempoh Perkhidmatan: 22 September 1970- 14 Januari 1976.
Parti Politik: UMNO.
Tarikh Lahir: 11 Mac 1922.
Tempat Lahir: Pekan, Pahang.
Tarikh Kematian: 14 Januari 1976.
Tempat Kematian: London, England,
Pekerjaan: Peguam
Agama: Islam
Anak: 5 Orang

Zafran Bin Zakaria Page - 3 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

KEHIDUPAN PERIBADI

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan anak
sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Beliau keturunan
bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.

Abang ipar Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri
ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi perdana menteri
keenam menggantikan Tun Abdullah bin Mohammad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya
yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed
Nazir.

PENDIDIKAN

Sejak di sekolah rendah lagi, Tun Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Tun Abdul Razak betugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk
menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada tahun 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa
ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia ke-2.

Selepas peperangan, TunAbdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan
undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau betemu dengan Tunku Abdul Rahman yang
sedang membuat percubaan yang ke-3 untuk memperoleh ijizah undang-undangnya. Abdul Razak
menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK),
dipilih sebagai setiausaha dibawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping
itu, Tun Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan
persoalanan-persoalanan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Tun
Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

Zafran Bin Zakaria Page - 4 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

KERJAYA

Selepas kepulangannya, Tun Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat
dalam bidang politik. Di sebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dua tahun kemudian, pada Febuari 1955, beliau menjadi
Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur 33 tahun.

Selepas memenangani pilihan raya umun yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Tun Abdul Razak juga menyertai misi Febuari 1956 yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada
pihak British.

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman
serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui sehingga 1970. Pada 22
September 1970, Tun Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang kedua.

Tun Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.
Beliau dan "generasi baru" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk
menggendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme
perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:

1: menghapuskan kemiskinan

2: menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

Tun Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti
Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatakannya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukimia, Tun Abdul Razak meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat jawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan,
berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan
dengan gelaran Bapa Pembangunan.

Zafran Bin Zakaria Page - 5 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

SUMBANGAN TUN ABDUL RAZAK

Sumbangan dalam pendidikan
Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah banyak memberikan
sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah
membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku
Menteri Pelajaran ketika itu.
Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem
pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-
sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang
keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan
perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum.

Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang
berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu
dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama.
Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu system
persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat perpaduan negara.
Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Sumbangan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara
Tun Abdul Razak apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga turut memegang
portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957. Beliau telah membawa perubahan kepada angkatan
tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan efisien. Sebagai bekas anggota
askar wataniah, beliau mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik
pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat',
iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan

skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan

Zafran Bin Zakaria Page - 6 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung,
Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Beliau telah dilantik oleh
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj iaitu Perdana Menteri ketika itu sebagai Pengarah
MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

Sumbangan dalam pembangunan masyarakat luar bandar

Pada tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan di bawah

Tun Abdul Razak. Kementerian ini telah ditugaskan untuk menyelaras, mengesan dan menjayakan

rancangan pembangunan di kawasan luar bandar. Agensi seperti FELDA dan MARA (dahulunya

RIDA) telah diletakkan di bawah kementerian ini untuk menggerakkan pembangunan ekonomi di

kawasan luar bandar.

Dalam Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah memperuntukkan 44.5% daripada bajet

keseluruhan sebanyak RM1100 juta bagi pembangunan ekonomi. Selama 10 tahun memegang

potfolio itu, Tun Razak telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Tun Abdul Razak telah mengumumkan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di

seluruh negara pada 24 Oktober 1960. Rancangan tersebut diadakan untuk menempatkan mereka

yang tidak mempunyai tanah sekaligus memajukan tanah tersebut. Tanah-tanah rancangan adalah

dibawah pengurusan pihak berkuasa FELDA. Pada permulaannya terdapat 40 tanah rancangan

yang disertai oleh 400 buah keluarga. Pelan pembukaan tanah tersebut telah menjadi asas kepada

kemakmuran rakyat di kawasan luar bandar.

Beliau juga mengumumkan penubuhan FELCRA atau Penubuhan Lembaga Pemulihan dan

Penyatuan Tanah Persekutuan pada 20 September 1964. Penubuhan FELCRA adalah sejajar

dengan hasrat DEB untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum-kaum di negara ini. Melalui dasar

tersebut, hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dapat dilaksanakan. Beliau juga

bertanggungjawab merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah

kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta

mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai

tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk

pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang

meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

Zafran Bin Zakaria Page - 7 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan
beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Tun Abdul
Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara
berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Beliau sedar
masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun
Abdul Razak berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku
Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini
benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah
pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan
ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum dan mennghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang
dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan
Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara
kolektif dan pragmatik.

Sumbangan dalam perpaduan masyarakat
Tun Abdul Razak adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau gemar melawat ke
kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Di bawah
kepemimpinan beliau, Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan
mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun Abdul Razak telah melancarkan 'Rukunegara'
pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni
ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama,
liberal dan progresif.

Zafran Bin Zakaria Page - 8 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

Sumbangan dalam arena politik antarabangsa
Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding
dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas
Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak
juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham
Tun Abdul Razak juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia,
Eropah dan Amerika Syarikat.

Demi keselamatan negara dan kestabilan serantau, Tun Abdul Razak telah mengubah dasar luar
yang bersifat probarat dan antikomunis kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara tanpa mengira ideologi. Hasrat Tun Abdul Razak menjadi kenyataan apabila semua negara
ASEAN bersetuju untuk menjadikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau
ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Tun Abdul Razak juga mengiktiraf kewujudan negara China bagi mendapatkan sokongan kuasa
besar tersebut terhadap ZOPFAN. Untuk itu, Tun Abdul Razak telah menghantar Tengku
Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan perdagangan ke China pada bulan Mei 1971. Kejayaan
dalam bidang perdagangan telah memberi impak kepada hubungan diplomatik antara kedua-dua
negara apabila China menyokong cadangan mewujudkan ZOPFAN.

Zafran Bin Zakaria Page - 9 -
6 CEKAL

Buku Skrap Sejarah Tokoh Tun Abdul Razak

KESIMPULAN

Perpaduan yang kita nikmati sekarang sebenarnya adalah hasil usaha pejuang-pejuang terdahulu
contohnya seperti Tun Abdul Razak. Ramai juga pejuang tanah air yang telah berkorban masa dan
tenaga untuk mencapai taraf Negara Berdaulat. Kita sebagai generasi muda haruslah berusaha dan
bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan dan keamanan di bumi Malaysia ini.

Di harap dengan penghasilan buku skrap sejarah ini, saya dapat berkongsi pengetahuan mengenai
perkara-perkara penting yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sepanjang hidup
beliau. Marilah kita bersama-sama berganding bahu mengekalkan kesejahteraan negara kita.

Sedekahkanlah Alfatihah kepada Allahyarham Tun Abdul Razak.

Terima Kasih.

Zafran Bin Zakaria Page - 10 -
6 CEKAL


Click to View FlipBook Version