Usaha!
HAZIQAH ZAFIRAH
Hari isnin pertama sekolah bagi murid tahun lima kelihatan sedikit berbeza
daripada hari sebelumnya.Shah,murid tahun lima dengan perangai yang
berbeza daripada murid biasa itu telah menyebabkan murid tahun lima yang lain
berpindah sekolah kerana tidak mahu dinggagu atau dibuli oleh Shah.Guru-guru
juga tidak dapat mengubah sikap Shah kerana bersikap besar kepala dan tidak
mahu mendengar nasihat.Ibu dan ayahnya juga sudah hampir berputus asa
dengan sikapnya itu.
“Shah,apa yang kamu buat dalam bilik tu lama-lama?Cepat siap dan sarapan.
Nanti kita lambat ke sekolah!”Pesan Aisyah kakak kedua Shah yang tidak pernah
berputus asa dan berharap agar adiknya berubah.
“Tunggulah sekejap,Shah tak jumpa buku nota sainslah!Akak tolonglah.”
Rungut Shah sambil meminta tolong kakaknya.Buat masa ni,Aisyah hanya tegas
tapi tidak pernah memarahi atau memukul Shah jadi dia amat berharap jika
kakaknya akan menolong.
“Haih..yalah cepat sarapan biar akak sahaja yang cari.”Balas Aisyah dengan
keluhan.Kalau boleh dia hendak ke sekolah dan tinggalkan Shah seorang diri.
“Hihihi,terima kasih kak!”Gembira Shah tidak perlu merisaukan tentang masalah
yang baru dihadapinya.
Nampaknya Aisyah dan Shah ditahan di depan pagar sekolah kerana lewat.
Nama mereka akan dicatat dan diberikan hukuman.Mereka sudah biasa lewat
dan dikenakan hukuman tidak kiralah berat atau pun ringan.Pengawas sekolah
pun sudah terbiasa berbual bersama mereka berdua ketika sedang mencatat.
“Kau masih lagi lewat Aisyah?”Tanya salah seorang anak jutawan dengan
sengaja.Aisyah masih lagi senyap dan itu membuatkan anak jutawan itu tida
berpuas hati.”Kesiannya kau Aisyah dapat adik mental !”sengaja ditekankan
perkataan mental supaya Aisyah tidak mampu menahan sabar.Malangnya anak
jutawan itu gagal kerana dia bukan orang pertama yan menglemparkan kata -
kata kesat berkaitan Shah.
Kelas tahun lima C agak sepi bila Shah mula menjejakkan kakinya ke dalam pintu
kelas.Ada yang berbisik-bisik ada juga yang tunduk tanda hormat kepada
Shah.Tempat duduk belakang sudah menjadi tempat lepak bagi Shah. Jika ada
yang berani duduk di tempat duduknya pasti lebam di sana-sini. Buat masa ini
hanya Izz seorang sahaja yang rapat dengan Shah.
“Apa kena ni ? Ada orang baru buli kau ke?”Tanya Izz sambil menyindir Shah
kerana air muka seperti baru diejek.
“Memang pun! Tapi bukan aku….kakak aku kena ejek dengan perempuan
jutawan tu! Dengan nama aku sekali dia selitkan!”Marah Shah kepada anak
jutawan yang baru mengejek kakak kesayanganya itu.
“Ooo,Eyra…aku rasa nama dia Eyra.Ha!kalau kau nak tanya mana aku tahu, adik
dia dari kelas A.”Izz menembak nama anak jutawan itu sambil memberikan
beberapa maklumat.
Shah hanya mengepit bibir sambil memandang ke hadapan dan menghebus
nafas panjang.Dia masih ingat pesan kakaknya agar selalu sabar dalam apa jua
rintangan dan seteruk mana pun ujian.Shah tidak mahu Aisyah juga berputus
asa dengan sikapnya yang menyebabkan ibu bapanya hampir berputus asa.
Riinggg!!”Baiklah kelas tamat di sini sahaja…kamu semua sudah boleh keluar
rehat!”Cikgu Adibah menamatkan kelasnya kerana loceng waktu rehat baru
sahaja berbunyi.Pelajar tahun empat dan lima berebut dan berlari-lari ke kantin
sedangkan pelajar tahun enam berjalan ke sekolah dengat sangat teratur kerana
mereka perlu menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.Pada waktu rehat ini
selalunya Shah akan ke luar pagar sekolah dan duduk di situ sehingga habis
waktu rehat.Jika waktu guru paling garang atau terlupa membawa kerja sekolah
Shah juga akan melarikan diri di mana-mana sahaja tetapi entah mengapa dia
hari ini kelihatan lebih matang.
“Hai Shah,kamu lebih tenang dan matang hari ini!”Guru kelas Shah Puan Suraya
memuji perubahan Shah.Malu Shah apabila dipuji Puan Suraya tapi dia tetap
mengukirkan senyuman.”Tiba-tiba sahaja kamu berubah…terkejut satu sekolah
dibuatnya tau!”Puan Suraya cuba mulakan perbualan walaupun Shah hanya
senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi.”Kamu dalam masalah
Shah?”Soal Puan Suraya.Shah memandang tepat kearah mata guru kelasnya
sambil mengalirkan air mata.
Keesokan hari satu berita buruk telah melanda semua warga sekolah.Aisyah
menghidapi penyakit jantung genetik dan ia akan menyebabkan Aisyah
menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama lagi.Puan Suraya guru pertama
yang tahu tentang penyakit Aisyah dan berharap supaya tuhan panjangkan umur
beliau.
Di rumah Encik Azli terdengar suara tangisan seorang kanak -kanak lelaki
meminta kakaknya supaya tidak meninggalkan dia seorang.Encik Azli dan Puan
Hamidah berasa amat susah hati dengan keadaan yang dialami anak
mereka.”Bagaimana ni bang?Kos rawatan angah tinggi tak mungkin kita dapat
membayarnya…lagipun ramai orang yang mengalami penyakit ini meninggal
dunia.”Tanya Puan Hamidah kepada suaminya.”
“Bukan kita yang menentukan ajal seseorang tetapi Allah S.W.T!”Tegur Encik
Azli.Puan Hamidah hanya mengangguk tanpa berkata-kata.Suara tangisan Shah
masih didengari dan itu membuatkan ibu bapanya berasa serba salah untuk
membawa Aisyah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Dah,jangan nangis lagi…”Aisyah meminta adiknya berhenti menangis.
“Hiks..hiks…Akak kena janji dengan Shah supaya tidak pergi dahulu!”Shah mahu
Aisyah berjanji denganya.
“Akak tak boleh berjanji…tapi Shah tolong tunaikan hasrat akak boleh?”Aisyah
mengukirkan senyuman apabila melihat Shah mengganguk.”Akak nak Shah jadi
orang yang boleh diharap,buat mak dan ayah bangga dan bantu semua orang
yang dalam kesusahan.Boleh Shah tunaikan?”Aisyah menyampaikan
hasratnya.Shah tergamam dan tersenyum tanda bersetuju.
Sejak itu,Shah mula berubah sikit demi sedikit dan bercita - cita untuk menjadi
seorang doktor yang berjaya dan dapat mengubati kakaknya.Tiada siapa dapat
jangka kematian,Aisyah menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu dia
masih muda.Tuhan lebih sayangkan Aisyah berbanding kita semua berakhirlah
hidup insan itu di dunia.Namun Shah menjadi lebih tabah dan tekun kerana dia
tahu dengan bersedih tidak dapat melakukan apa-apa.
Beberapa tahun kemudian,”Terima kasih doktor! Kerana doktor mereka yang
menghidapi masalah jantung genetik telah terselamat.”Ucap wartawan itu
kepada Shah.
“Saya hanya lakukan ini…demi kebaikan semua…saya juga berharap agar kakak
saya dapat melihat saya berjaya pada saat ini.”Shah menjelaskan sambil
tersenyum seorang diri kerana telah berjaya menunaikan hasrat terakhir
kakaknya.”Adik harap kakak di sini…”Ungkapan yang bermain di fikiran Shah.