SAJAK: SYUKUR ATAS NIKMATMU
KARYA: PN. ROHANA IBRAHIM DAN PN. NORHAYATI AHMID
Hijau Merimbun Ciptaan Allah
Langit Membiru Tersenyum Indah
Burung-Burung Si Mergastua
Bebas Berselerakan Melata-Lata.
Manusia Rakus Bermaharaja Lela
Tanah Diterokai Tiada Batas
Pokok Musnah Tanpa Tanda
Sungai Tercemar Hilang Hidupan
Banjir Kilat Di Mana-Mana
Sungai Pecah Mengorbankan Nyawa
Menusia Hanyut Entah Kemana
Negara Duka Meratap Hiba
Wahai Manusia Pelihara Alam
Tanda Syukur Nikmat Allah
Pulihara Tugas Bersama
Agar Kembali Kepada Fitrah
Aku Bersyukur Atas Nikmatmu
Seumpama Buih Di Lautan
Ku Bersujud Atas Kurniaanmu
Kerana Nikmat Alam Mu
Aku Bahagia